Blogger news

Rabu, 14 Disember 2011

33% Lelaki, 39% Wanita Malaysia Curang??!!!

Assalammualaikum, semua. Kalau kita nak bercerita pasal curang, memang takkan habis coz curang ni sering berlaku & terjadi akibat banyak sangat sebab. Sampaikan pasal belacan pun orang boleh buat cerita pasal curang. hahahahahaha

"Engkau tahu kesukaan aku ialah belacan. Kenapa kau masak sayur asam tak mau campur belacan??!! Sekarang aku pancung leher kau!!"

Itu baru takat nak pancung, belum tengok lagi yang bergaduh nak rak lagi. Ada yang sampai gaduh baling barang rumah, gaduh main kejar-kejar(ala..macam dalam cerita Madu Tiga tu~), main merajuk la konon & paling naya, siap menderem pakai bomoh lagi. Pulak dah. hahhahahahaha

Ok. Zaman sekarang ni, tak tau apa nak kabo pasal orang kita, orang Malaysia. Baru-baru ni, ada satu kajian dibuat oleh Syarikat Kondom Durex (bukan Susu Dumex..hahaha) mengatakan yang orang Malaysia ni adalah ke-3 tertinggi kecurangan di dunia??!! OMG, biau bona cik tun oitt~~

Rakyat Malaysia di tangga ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia seperti yang dilaporkan oleh China Press.

Menurut tinjauan yang dilakukan, 33% lelaki di Malaysia mengaku bahawa mereka tidak jujur kepada pasangan-pasangan mereka. Negara Thailand pula 54% di tempat pertama di ikuti oleh Korea Selatan dengan peratusan 34%.

Russia dan Hong Kong di tangga ke-empat dan ke-lima dengan peratusan masing-masing 32% dan 29%.

Sebilangan 39% wanita di Malaysia juga mengaku bahawa mereka pernah mengkhianati pasangan. Dua negara di tangga teratas pula ialah Nigeria 62% dan Thailand 59%.

Wanita Russia di tangga ke-empat paling suka berlaku curang di dunia sementara Singapura di tangga ke -lima.

Tinjauan itu dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar kondom, Durex berdasarkan tinjauan terhadap 29,000 orang di 36 buah negara seluruh dunia.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa secara purata, lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup manakala Hong Kong dan Singapura di tangga teratas dengan jumlah 16 orang pasangan seks sepanjang hidup. Data ini adalah yang tertinggi di Asia.

So, apa pandangan korang? Apa nak jadi? Tak taula nak kata apa beb. Nak cakap lebih, aku ni bukannya kaunselor perkahwinan. Nak kata kajian ni tak betul, kalau tak salah aku ada hari tu aku terbaca surat khabar apa tah mengatakan peratusan kes penceraian di Malaysia semakin meningkat. Pulak dah. Tak tau nak koba apa seyh. Lepas ni, yang berkahwin tu, tolongla jaga perkahwinan anda. Tak kisahla anda yang laki ke, bini ke, tanggungjawab mempertahankan masjid anda terletak di tangan anda juga. Dah tu, takkan anda yang kahwin, mak bapak anda pulak yang nak protect kan? Biarpun apa-apa alasan sekalipun, sentiasa percaya pada ketentuan Allah S.W.T (bagi yang beragama Islam). Sentiasa anda mencari penyelesaian kalau ada masalah berlaku & sifat tolak ansur serta bermuafakat antara suami isteri amatlah digalakkan.

Kepada samada laki (mostly lelaki yang kuat curang..hahahaha) atau bini yang menggatal nak pasang luar, adalah dinasihatkan bawak-bawakla bertaubat. Ingatlah, perkahwinan itu adalah ibadat dan sunnah. Takde dalam sunnah suruh anda curang kepada pasangan anda. So, ingat-ingatlah janji-janji anda pada pasangan anda sekiranya terdetik nawaitu syaitan nak perdajal anda untuk berlaku curang. Renung-renungkan & selamat beramal!!

thankzz dari sumber: http://drysheet.blogspot.com/

Selasa, 13 Disember 2011

Kisah Disebalik Header Blog Izzy Izzudin..Penglipur Lara Bercerita 2011 part 1

"Di setiap gambar, ada lagu" Yuna


Assalammualaikum, semua. Terima kasih pada korang semua yang sanggup blogwalking kat blog aku yang tak seberapa ni. Kalau korang perasan, blog Izzy Izzudin..Penglipur Lara Bercerita ni dah mengalami pelbagai penukaran dari segi header, theme blog mengikut suatu peristiwa dan keadaan. Well, tentu ada cerita di sebaliknya kan? So, untuk entry khas untuk mengimbau perjalanan 2011 penjenamaan blog Izzy Izzudin..Penglipur Lara Bercerita, tentu aku boleh ceritakan serba sedikit kisah disebalik header blog.

Walaupun aku adalah seorang bakal Radiographer, tapi aku bukanlah Photographer. Gambar-gambar cantik semua header-header blog aku ni ditangkap secara tak sengaja cantik oleh saudara-mara/kawan-kawan aku. But, process editing picture semua dibuat oleh aku. Aku akan memilih gambar yang terbaik untuk dibuat header. Tentang pemilihan gambar, aku memilih berdasarkan mood& cerita yang aku nak sampaikan. sekaligus, boleh menarik blogwalker untuk stop-by kejap untuk melihat intisari blog aku. Process editing pulak, gambar-gambar yang dipilih tadi akan di"edit" untuk menaikkan seri & menyerlah personaliti aku dalam setiap gambar. Ada jugak yang tanya, apa perisian aku guna untuk editing pic ni? Actually, aku tak menggunakan mana-mana perisian khas editing pun selain Picasa dan laman web khas Picture Editor, Picnik untuk meng"edit" setiap header aku. So, memang interesting jugaklah bila kita meng"edit gambar ni. Sedikit sebanyak menguji kreativiti korang untuk menghasilkan gambar yang menarik & mampu menyerlahkan cerita di setiap gambar.

Header COUNTDOWN 2011: PENJENAMAAN SEMULA BLOG IZZY IZZUDIN..PENGLIPUR LARA BERCERITA


Alkisah gambar ni adalah ditangkap oleh aku sendiri dengan menggunakan timer. hehehe. Time ni aku juz guna kamera VGA handphone Sony Ericson K320i. Lokasi pengambaran ni pulak bertentang dengan sebuah bangunan masjid berhampiran jalan besar antara Kuantan & Kuala Terengganu. Actually, aku pun tak tau nama masjid tu apa coz waktu tu aku macam mamai baru bangun tidur lagi. hah, yerr...lupa nak beritahu yang gambar ni actually ditangkap pada awal suboh pukul 5.45 pagi. Time ni, aku tengah sertai rombongan pengantin Kak Chik ke rumah pengantin belah lelaki di Kuala Terengganu. Idea nak capture gambar ni pun waktu tu juz sebab terasa macam cantik pulak pemandangan masjid ni pada waktu suboh. So, sementara menunggu saudara-saudara aku yang lain selesai solat suboh, aku pun tangkap jela gambar aku yang memandang masjid. Seperti yang dijangka, kalau dah guna kamera murahan, memang kualiti gambar mesti hancur. So, sayang betul lak bila latar belakang masjid tu tak nampak langsung kecuali cahaya lampu spotlight dari setiap menara masjid. Nak tak nak, terpaksa la aku mengeditnya dengan melebihkan sedikit kontras & menambah highlight. Hasilnya, latar belakang masjid tu terus nampak seolah-olah gambar ni ditangkap di stadium. huhuhu. nice work rite? Gambar ni digunapakai pada bulan 12 tahun lepas, dimana usaha untuk penjenamaan kembali blog aku ni selepas hampir 2 tahun terabai.

Header JANUARI-FEBRUARI: SPRING TIME AT CAMEROON HIGHLANDS


Gambar ni pulak ditangkap oleh abang ipar aku sewaktu kitorang sekeluarga trip to Cameroon Highland, Pahang. Time ni, waktu riang ria bertambah gila dengan abang ipar aku yang masing-masing gila poseur bila time tangkap gambar. hahahahaha. Gambar ni ditangkap dengan kamera Sony Ericsson(aku tak ingat siri berapa handphone dia). Lokasi gambar ni adalah di Taman Kebun FAMA yang terletak di Tanah Rata, Cameroon Highland. Gambar ni jugak antara gambar favorite aku coz segala mengenai gambar ni sesuai dari segi attire, latar belakang, warna memang cantik. Bila di edit pun still cantik lagi. Gambar ni jugak aku selalu gunakan dalam presentation aku, gambar theme untuk handphone aku, pic profile FB aku & gambar ni jugak aku gunakan sebagai pengenalan pentas sewaktu pertandingan MAHSA IDOL dulu. Memang gambar ni serbaguna la bagi aku.

Header MAC-APRIL: FESTIVAL AT I-CITY, SHAH ALAM


Ok, cerita pasal gambar ni pulak. Gambar ni ditangkap di I-City, Shah Alam. 1st time aku pergi sana& idea aku memang nak cari gambar header baru. Kebetulan family Mak Usu dah ajak, memang hau lioww la...hahahaha. Gambar ni ditangkap oleh adik aku menggunakan kamera handphone Sony Ericsson Xperia (kalau tak salah aku). Waktu ni memang enjoy antara saudara mara. Waktu tu, masing-masing purchase telinga rabbit yang ada lampu tu (bajet cute..hahahahaha). Aku sorang je yang pelik beli topeng coz terfikir yang topeng tu boleh diguna balik kalau ada function next time. Malam tu, persalinan aku pun agak ringkas dengan mengenakan baju layering kardigan dengan kemeja & seluar jean je. Cuma topeng jela penyeri muka yang tak berapa hensem ni..hahahahahha

Header MAY-JUN: EMOTIONAL AT PANTAI BOGAK, PULAU PANGKOR


Gambar ni pulak di tangkap di Pantai Bogak, Pulau Pangkor. Gambar ni ditangkap sewaktu trip batch kitorang kat Pulau pangkor. So, waktu senja kat sini memang cantik. Aku pun mintak tolong kawan aku untuk tangkapkan gambar ni menggunakan kamera Canon Powershot A470. Memang menjadila gambar ni sewaktu ditangkap, kena lak time tu mood emo aku tengah melanda. urmm, lantakla tang emo-emo tu. Tak kuasa nak fikirkan. Aku sengaja gelapkan diri aku untuk menggambarkan perasaan aku time tu. Waktu pergambaran ni, memang kena buat pantas coz air laut nak pasang & ombak pulak makin kuat. So, waktu tangkap gambar ni memang agak terhuyung hayang sikit. hahahahaha.

Sekian dulu 4 gambar terdahulu yang aku kisahkan. Ikuti sambungan dengan 4 lagi gambar header sepanjang tahun 2011 ni. Be watch out!!!!!

Isnin, 12 Disember 2011

Kisah Pemuda Muslim, Paderi & Kunci Syurga


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?' Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,

- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).

- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.'
(Al-Mulk: 3).

- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.'
(Al-Haqah: 17).

- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.'
(Al-An'am: 160).

- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf

- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.'
(Al-Baqarah: 60).

- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.'
(At-Takwir: 18).

- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan
terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.'
(Luqman: 19).

- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..'
(Al-Anbiya':69).

- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci syurga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga
orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua'lam

semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!

thankzz to: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/

Sahabat Di Langit Biru




Assalammualaikum, semua. Suboh-suboh ni tak taula macam mana boleh terbangun awal. Mungkin sebab dah terbiasa waktu kat induksi dulu kot. hahaha. Selalunya, aku tak la bangun sesuboh awal macam ni. Tapi, takpela. Masa yang ada, elok juga aku karangkan satu kisah yang mungkin boleh buat kita terfikir sejenak apa itu erti persahabatan

Actually, aku terasa nak bercerita pasal kawan ni coz.....tak taula nak cakap macam mana coz benda ni yang aku tiba-tiba terterjah otak aku bangun-bangun aje dari tidur. Sebenarnya, 1 fakta yang mungkin orang& semua kawan-kawan aku tak tau pasal aku adalah kawan-kawan adalah perkara 1st yang akan aku teringat setiap pagi. Tapi, selalunya aku akan buat dano(bodoh) jela. Tapi, kalau kat kolej memang muka ni yang selalu buat kawan-kawan aku geram coz selalu kacau pepagi buta lagi. hahahahaha. Bayangkan pukul 4 pagi aku dah ketuk pintu bilik diorang. hahahahahahaha.

Memang satu keindahan dalam memori persahabatan. Memang indah untuk dinafikan. Setiap hari, istilah kawan dan aku sentiasa ada. Lagi 1 fakta yang mungkin orang tak tau juga di sebalik muka serius& emo ni, aku seorang yang suka berkawan dengan sesiapa saja. i'm open my arms to accept anyone, as long they respect my own way. Yup, aku memang suka kawan dengan orang yang tau erti kawan. biarpun kawan aku tak ramai, tapi yang tak ramai ni la bersama-sama dengan aku waktu susah & senang. Kawan-kawan ni jela yang tau mana port aku setiap kali aku menangis, kawan-kwan ni jela yang tau selera aku macam mana, kawan-kawan ni jela yang tau baju mana yang akan aku beli & kawan-kawan ni jela yang tau aku akan bersama dengan diorang sampai akhir hayat aku. Bersama selamanya, biarpun mungkin selepas ni kitorang takkan berjumpa lagi. Tapi yang penting didalam hati, ada sebuah kenangan yang sama untuk diingat sampai nafas terakhir. Itulah erti kasih sayang.

Setiap hari juga, bila terpandang langit biru, aku teringat port lama aku kat MAHSA. Setiap hari aku renung dari tingkap koridor tingkat 6 bila hati terasa sedih. Begitu juga di rumah, tatkala aku tengah siapkan kerja rumah. Memandang langit biru ketika menyidai pakaian di jemuran mengingatkan aku yang terlalu cepat masa berlalu. Lagu Leka dari Atilia yang aku mainkan dulu kat koridor cumalah kenangan. Aku teringatkan kisah kami. Persahabatan yang dulu. Bagaimana ia bermula dan bagaimana juga ia berakhir. Semuanya takdir Allah S.W.T. Dia ingin aku belajar erti persahabatan. Aku bertemu pelbagai kawan & ternyata dia kawan yang "pelik". Dia adalah kawan dan bukan. my bezfren, but in another perception, he's not my bezfren. Mula-mula memangla aku dengan budak ni bezfren. Waktu mula-mula dulu, memang sekepala. Aku memang seorang bertuah ada kawan macam mangkuk ni(hahahahaha) yang supportive. Dalam masa yang singkat, istilah bezfren terus melekat antara kitorang aka kawan kamceng punyala. hahahaha. Tapi, ada ujian yang berlaku antara kitorang. Satu hari, dia kekeliruan. Dia keliru tentang siapa diri dia. Dia jadi tak tentu arah, jadi dia perlukan penjelasan dan arah kehidupannya. Setiap hari, semua kawan-kawannya dilukainya, termasuk aku. Dan setiap hari juga, kawan-kawan yang dulu rapat kini merenggang. Merenggang kian merenggang, akhirnya putus. Semua kawan-kawan aku menasihati aku untuk memutuskan persahabatan kitorang, tapi aku tak nak. Aku beri peluang untuk dia cari jalan yang dia nak, andai dia rasa itu yang terbaik. Lagipun, aku bukannya ibu bapa dia, aku cumalah kawan dia je. Bukan hak aku untuk berkata "jangan" atau "tidak" dalam keputusan setiap kawan-kawan aku. tiga kali tali persahabatan ni diuji dengan sikap diri dia yang tak menentu & aku sebagai sahabat akan selalu ada untuk dia melepaskan kepedihan dalam hati dia, walaupun dalam sakit hati dengan perangai dia. Aku terus menyokong dia sehinggalah dia sendiri yang memutuskan persahabatan ni sendiri, selepas 3 kali percubaan tu aku cuba tahankan. Dia kata, dia nak bersendiri & tak perlukan kawan-kawannya lagi. Macam mudahkan? terlalu senang sangat ke untuk dia sanggup cakap macam tu pada semua kawan-kawan dia? Aku tak tau. Aku tak tau mana salah silap persahabatan ni sampai hancur semua rasa dalam hati ni. Aku rasa dikhianati. Aku tau dia juga rasa bersalah & cuba jernihkan kebencian dengan menerangkan sebab. Tapi, aku tak sanggup nak dengar lagi apa-apa alasan. Dia tau yang aku bezfren dia & aku bukan mudah berkawan dengan orang lain macam aku kawan dengan dia. Tapi, aku dah tak tahan bila dia sendiri yang menggantungkan Persahabatan ni.

Setahun perkara tu berlalu. Marah. Benci. Itulah yang ada dalam hati semua orang yang pernah berkawan dengan dia. Kenangan dikhianati terus ada dalam hati masing-masing. Cuma aku sahaja yang agak baik hati. Rasa benci dan marah tu aku tukarkan pada penyesalan dan kerinduan. Sesal untuk apa yang terjadi & rindu pada kenangan indah. Kini, kisah tu dah macam mimpi untuk diingati. Pernah ke kitorang lepak kat Old Town Jaya One sama-sama? Pernah ke kitorang pergi pasar malam waktu hujan lebat? Pernah ke dia ajarkan aku anatomy & physiology yang aku tak faham? Dah terlalu jauh untuk diimbau semua rasa yang berderai & mustahil untuk aku cantumkan balik semoga persahabatan ni ada untuk kali kedua. Kini, aku dengan dia membawa haluan masing-masing. Dia sekarang ada bezfren baru nampaknya. Takpelah, aku tak kecil hati pun. Kekadang, dia datang kat aku & berharap kalau aku boleh kawan dia macam dulu. Tapi, aku dah tak larat. Aku cuma tersenyum memandang pada harapan yang dia beri & berkata tidak. Aku tak larat nak sedih ditinggalkan bezfren aku lagi. Dah banyak peluang aku beri & peluang tu tiada lagi, biarpun rasa persahabatan tu masih ada. Bagi aku, dia memang kawan yang sejati. Dia juga seperti aku, yang harapkan tiada terluka biarpun berkali cuba untuk menafikan pedih dalam hati. Kalau kitorang berada di situasi berbeza, mungkin kitorang dapat kekalkan persahabatan ini. Biarpun berkali dia memohon maaf & mengharapkan aku memanggil dia sebagai kawan, ternyata aku tak kuasa lagi. cukup sampai sini. Maaf kau, aku terima. Tapi, tak perlulah nak menebus segala kesalahan kau pada aku. Aku tak meminta apa-apa dalam persahabatan kita selain setiakawan. Sebab tu aku gelarkan kau adalah "kawan dan bukan" pada aku. Kita bukan kawan lagi, tapi kita mungkin akan mengingati antara satu sama lain sehingga mati. "Kita" akan terus jadi kenangan selamanya selagi kita masih dibawah langit biru ni.

Ada kalanya, aku tertanya mungkin keputusan aku salah. Tapi, tak mengapalah. Salah atau tidak, itu bukan persoalan. Yang penting, pengajaran dan iktibar dalam kehidupan.

Kasih sayang bukanlah hanya berpeluk-pelukan antara suami isteri, bercium-ciuman antara kekasih, bermanja-manja antara ibu dan anak. Namun, kenangan & kerinduan dari jauh juga merupakan kasih sayang. Biarpun kemungkinan bertemu kembali adalah nipis, tapi itulah jua erti kehidupan bahawa tiada yang kekal abadi selainNya.

Walau apapun terjadi, berjalanlah tanpa henti

Khamis, 24 November 2011

KONTROVERSI AIM18: Kemenangan Penakut oleh Yuna ditarik balik???


Assalammualaikum semua. Seperti sedia maklum, AIM 18 telah pun berlalu hampir seminggu lebih. tapi, macam orang cakap, rumah dah siap, pahat masih berbunyi. tak habis-habis lagi bunyinya. kalau bunyi sedap didengar, takpelah jugak. ni bunyi yang sampai kita tau naik berbulu jek. Apa kejadahnya?? hahahaha


Well, segalanya bermula pabila lagu Penakut oleh Yuna meraih kemenangan sebagai Lagu Terbaik didalam pencalonan tersebut. Kemenangan ni menjadi tanda tanya ramai orang coz katanya lagu ni tak sepatutnya tercalon sebagai lagu terbaik coz dah already kalah dengan lagu Sedetik Lebih oleh Anuar Zain di dalam pencalonan Lagu Pop Terbaik. So, memang menjadi kemusykilan la kiranya bila lagu yang tak menang pencalonan genre boleh menang Lagu terbaik (kater ko~~). Pendapat Yuna boleh dibaca melalui link ini.




seperti tuan punya blog dalam link tersebut, aku pun merasa malu & tak puas hati dengan penganjur AIM ini. Kalau macam ni punya masalah, sampai bila kita nak percayakan sistem juri yang tak telus ni? boleh pulak main tarik-tarik award. macam main passing-passing pulak. Sepatutnya perkara macam ni la yang tak patut berlaku dalam anugerah yang berprestij macam tu. senang-senang jek bagi alasan kesilapan penilaian untuk tarik balik kemenangan seseorang. yang kesiannya cik Yuna kita jugak. Nak buat macam mana? takde rezeki. nampaknya, penat lelah awak orang kita still tak hargai lagi. takpelah akak, miss Yuna still juara& legend bagi kebangkitan musik-musik aliran baru di Malaysia.

"nasib baik anugerah kembara tu tak ditarik sekali, kalau tak....

Sekian Blogging

kini bebas...gambar kat genting...



Assalammualaikum semua. Lama dah tak bersua berceloteh yek? Urmm, kalau nak dikira, dah msuk 3 bulan jugak aku berpuasa blogging. Dah tahap bersawang, penuh jin dalam rumah kalau 3 bulan tak berjenguk kan? Apapun, Alhamdulillah ni bukan rumah, ni cuma blog jek. hahahahaha. Sekarang ni, aku rasa dah tiba masa untuk aku aktif berblogging sekian lama sepi ruangan aku ni.


Ke mana aku menghilang yek? Aku tak menghilang, juz busy jek. Kalau korang ada baca entry-entry sebelum ni, aku ada beritahu yang aku adalah pelajar Dip. Medical Imaging tahun akhir & sebab tu aku terlalu sibuk untuk update blog aku. aku kena lebihkan masa & tumpuan dalam pelajaran terlebih dahulu dari blog ni. so, faham-faham jela kan student life? lepas tu, kehidupan berpraktikal pun menyebabkan aku tak sempat nak update apa-apa cerita pun. penat seyh. habis kerja, balik bilik, makan , kemas bilik, gosok baju, baca buku, lepas tu tidur. keaadaan dengan takdenyer link internet menyebabkan aku langsung takde masa nak jenguk-jenguk blog. kalau jenguk pun, tak tau nak tulis apa coz takde idea terlalu spontan untuk menulis.

sekarang ni, walaupun aku dah free, dah habis study, nak cari kerja, banyak masa terluang, aku akan luangkan masa untuk meneruskan minat aku untuk menulis. cerita novel aku pun akan disambung & kepada mereka-mereka yang tertunggu-tunggu sambungannya, mohon maaf akan kelewatan untuk menyambungnya. InsyAllah, aku akan meneruskan novel tersebut. mungkin blog aku tak la sehebat mana, at least inilah satu-satunya penanda wacana untuk meluahkan pendapat dalam sesuatu perkara..PEACE

"tengah cari idea nak menulis...."

Selasa, 16 Ogos 2011

Kemaafan Ramadhan (Bab 2)




BAB 2

10 tahun kemudian

“Allahuakbar, Allahuakbar” azan maghrib berkumandang. Seisi kampung kini di rumah masing-masing menyambut ketibaan malam. Ada yang sedang bersiap hendak ke masjid, ada yang sedang memasak untuk makan malam, ada yang sedang menyucikan diri & ketika ini, Ramadhan sedang memperbetulkan baju dan kain pelikat yang dipakainya. Dia sedang bersiap untuk ke masjid untuk menyertai kelas mengaji bersama kawannya, Rabiah. Selesai bersiap, dia mengapai beg yang berisi Al-Quran serta rehal di atas almari bajunya. Dia terdengar jeritan Rabiah dari luar rumah;

“Assalammualaikum, Ramadhan. Wei, awak dah siap ke belum?”
Ramadhan tersenyum girang terus ke tingkap dan melihat rakannya, Rabiah yang comel mengenakan baju kurung siap bertelekung menunggang basikalnya.

“Waalaikummussalam. Rabi, kau tunggu kejap. Nanti aku turun” balas Ramadhan geli hati melihat telatah kawannya berpeluk tubuh sambil menunggunya.

Ramadhan segera berlari ke dapur untuk mendapatkan ibunya. Salmah yang ketika itu hendak ke bilik air untuk mengambil wuduk.

“Mak, mak. Adan pergi mengaji, mak” kata Ramadhan kepada ibunya. Namun, Salmah sedikit pun tidak memalingkan mukanya ke arah anaknya. Dia berpura-pura tidak peduli pada anaknya. Ramadhan yang sudah terbiasa dengan sikap ibunya terus berlalu pergi, biarpun dalam hatinya agak sedikit terkilan dengan perilaku ibunya selama ini. Bukan sekali ibunya bersikap begini. Dari kecil, dia tidak pernah dimanjakan ibunya. Baginya, caci maki serta sikap tidak peduli dari ibunya sudah menjadi kebiasaan. Adakalanya, ibu tidak memperdulikan apa yang terjadi pada dirinya. Pernah suatu ketika, dia diherdik ibunya sebagai “anak sial” di khalayak ramai kerana mahukan kereta mainan sewaktu dia kecil. Jauh disudut hati Ramadhan, dia sangat dahagakan kasih sayang dari satu-satu ibunya, sementelah mengetahui dia tidak menpunyai bapa. Dia pernah bertanyakan perihal bapanya pada ibunya, namun apa yang didapati hanyalah kata-kata kesat dan maki hamun dari ibunya yang mengatakan dia amat membenci bapanya & Ramadhan sendiri. Kini, biarpun dia cumalah budak berumur 10 tahun, namun dia sering bermunajat pada Allah agar ibunya dapat menerimanya & segala kebenaran mengenai siapa dirinya terungkap satu hari nanti. Seperti mana kata-kata Ustaz Shah yang sering menjadi pegangan bahawa “syurga di bawah tapak kaki ibu” tatkala dia bersabar tika mengenangkan nasib diri yang tidak diterima ibu kandungnya sendiri.

“lambatnya....” rungut Rabiah.

“Dah siap dah, jom”, ajak Ramadhan. Dia cuba menyembunyikan rasa sedihnya dari pengetahuan Rabiah. Mereka berdua terus mengayuh basikal masing-masing ke masjid. Di sepanjang perjalanan, keadaan Ramadhan yang senyap membuatkan Rabiah tidak senang hati;

“Wei, awak kenapa Ramadhan? Kenapa tiba-tiba senyap ni?”

“Eh, tak ada apalah, Rabiah. Aku macam tak sedap perut je sekarang ni”, Ramadhan tidak mahu menceritakan apa yang terbuku dihatinya. Dia tidak mahu Rabiah tahu mengenai sikap ibunya.
Sesampai di masjid, kelihatan Ustaz Shah baru sahaja selesai mengambil wuduk. Ramadhan dan Rabiah segera menempatkan basikal mereka di sebuah pokok, lalu berjalan ke arah Ustaz dan memberi salam dengan kuat;

“Assalammualaikum ya Ustaz!!” laung mereka.

“Waalaikumussalam. Astagfirullah, kamu berdua ni tak payahlah bagi salam kuat-kuat. Runtuh masjid ni nanti...” ngomel Ustaz Shah tersenyum melihat keletah dua anak murid kesayangannya yang tersengih-sengih.

“Sudah. Sekarang ni, kamu berdua dah ambil wuduk ke belum? Cepat, solat maghrib nak mula ni..”

“Baik, ustaz”, kata Ramadhan. Dia sentiasa akur & mendengar kata ustaz kesayangannya. Ustaz Shah sememangnya peramah serta menyayangi kanak-kanak & Ramadhan adalah antara murid kesayangannya. Sejak Ramadhan dilahirkan, dia selalu membantu Salmah menjaga Ramadhan kerana baginya, anak kawan-kawannya umpama seperti anaknya sendiri. Semenjak dia kehilangan isteri dan anaknya sewaktu nahas jalan raya dulu, dia memutuskan untuk tidak berkahwin lagi. Meskipun begitu, adakalanya Ustaz Shah cumalah bapa yang amat rindukan keletah kanak-kanak. Kerana itu, Ustaz Shah mengabdikan dirinya di masjid untuk mengajar hafazan Al-Quran dan ilmu-ilmu agama kepada anak-anak kecil di kampung, untuk merawat kedukaannya. Melihat Ramadhan, baginya seperti melihat anaknya yang telah lama mengadap ilahi. Sedikit sebanyak, melihat Ramadhan membesar membuatkan dia merasa bahagia.

Selesai solat maghrib berjemaah, kelas hafazan Al-Quran dimulakan. Ketika ini, semua murid Ustaz Shah bergilir-gilir membaca ayat Al-Quran sambil diteliti tajwidnya oleh Ustaz Shah. Begitu juga Ramadhan dan Rabiah. Untuk kelas pada malam itu, Ramadhan lebih fokus untuk memperbetulkan sebutan tajwidnya, manakala Rabiah masih mengaji Muqaddam. Kedua-duanya kelihatan tekun, namun adakalanya kemesraan antara dua sahabat ini terpancar apabila mereka sempat mengusik antara satu sama lain. Ustaz Shah yang memerhati cuma mengeleng kepala sahaja. Lucu melihat telatah dua sahabat karib itu.

“Sadakallahuazim”, demikian berakhirnya kelas hafazan pada malam itu. Kesemua pelajar beransur pulang. Begitu juga Ramadhan, Rabiah & Ustaz Shah. Setelah memohon diri dan bersalaman dengan Ustaz Shah, Rabiah dan Ramadhan segera mendapatkan basikal mereka untuk pulang.

“Adan, kau dah hafaz Al-Quran sampai Juzuk berapa?” tanya Rabiah.

“3, kenapa?” jawab Ramadhan ,hairan dengan soalan Rabiah.

“ Huhhh...Banyak lagi aku nak kejar kau. Kau dah sampai baca Al-Quran, aku ni tak habis lagi mengaji Muqaddam” rungut Rabiah. Ternyata, dia cemburu dengan pencapaian hafazan Ramadhan.

“Hahahaha....”, Ramadhan begitu geli hati mendengar penjelasan sahabatnya. Rabiah yang sedikit masam turut tertawa kecil.

“Ala, relaks la. InsyAllah, nanti lama-lama habislah mengaji Muqaddam tu. Lepas tu, kau tu bolehlah kau mula baca Al-Quran”

“Tapi, apapun kau tak boleh potong aku..hahahaha” usik Ramadhan. Rabiah yang mendengar terus mengacah basikal Ramadhan tanda tidak puas hati.

“Iyalah, aku taulah kau mengaji dulu dari aku. Memanglah kau cepat” rajuk Rabiah. Dia seolah-olah menyesal kerana menolak kata-kata neneknya untuk mengaji sejak dari darjah 1. Dia mula mengaji apabila mengetahui Ramadhan sudahpun membaca Al-Quran dari darjah 2 dari neneknya. Dia terasa ketinggalan dari kawannya.

Tiba-tiba, basikal Ramadhan terhenti. Rabiah yang mengikuti di sebelahnya terkejut;

“kenapa, Ramadhan? Kenapa kau berhenti?” soal Rabiah. Dia memandang Ramadhan yang kelihatan agak pucat mukanya. Rabiah menoleh kedepan. Barulah dia tahu. Rupa-rupanya Ibu Ramadhan, Salmah terpacak di depan muka pintu. Dia dapat mengagak sesuatu bakal terjadi.

“Macam mana ni Ramadhan? Mak kau macam tengah marah tu” Rabiah berasa tidak senang hati. Rabiah juga tahu akan perangai ibu Ramadhan, seorang yang amat garang. Berkali-kali dia pernah menyaksikan Ramadhan di”baham” ibunya didepan matanya.

Ramadhan pula hanya diam seribu bahasa. Dia ternyata sedikit kecut. Melihat ibunya di depan pintu mengundang rasa resahnya. Seperti Rabiah, dia juga tahu ada sesuatu yang tak kena.

Rabiah dan Ramadhan terpisah di pintu pagar rumah. Ramadhan menuju ke halaman rumahnya, manakala Rabiah meneruskan perjalanannya. Namun, Rabiah sengaja memberhentikan basikalnya di sebalik pokok untuk memerhatikan apa yang bakal terjadi.

“Assalammualaikum, mak...” Ramadhan memberi salam pada ibunya. Melihat wajah ibunya yang merah padam umpama gunung merapi yang bakal meletus, Ramadhan bagaikan tahu apa yang bakal terjadi.

“Woii, budak bodoh!! Kau ingat aku nak tunggu lama-lama kau balik masjid? Kau ingat kau siapa, hah??? Wei, anak sial! Kalau tak sebab orang kampung duk kecoh cakap aku kejam kat anak sial macam kau, dah lama aku kunci saja pintu. Biar kau tidur kat depan rumah ni sampai pagi.” amukan Salmah bagaikan tidak dibendung. Anaknya diterkam di tangga, lalu dilempang berkali-kali serta telinga Ramadhan dipulas sekuat-kuatnya. Berkali-kali Ramadhan memohon maaf, namun tidak diendahkan. Ternyata amarah Salmah amat menggila.

“Mak, Adan minta maaf mak. Adan janji tak buat lagi...”, berkali-kali Ramadhan merayu-rayu. Dia diseret ibunya masuk kedalam rumah. Selepas daun pintu ditutup rapi, raungan Ramadhan kedengaran makin jelas.

Rabiah yang memerhati kejadian itu dengan mata berlinang. Dia terlalu kecil untuk mempertahankan kawannya. Dia tidak tahu hendak mengadu pada siapa. Dia tidak tahu hendak buat apa.

Ahad, 14 Ogos 2011

Celoteh Ramadhan

Setiap kali masuk je bulan puasa ni mesti banyak cerita-cerita lucu yang menggelikan hati. Semua aspek kehidupan seolah berbeza bila masuk je bulan puasa. dan masyarakat dari pelbagai lapisan, khususnya di Malaysia ada cerita untuk dikongsi:-


1. Budak-budak sekolah rendah: Mula buat muka sebab kena bangun sahur awal pagi. Bila balik sekolah, penat, curi-curi makan

2. Suami: stand-by balik awal. Kerja sepanjang bulan puasa slow and steady. By kul 4 dah siap bertolak balik rumah.

3. Anak-anak di perantauan: Ramadhan first dah pasang lagu raya, especially lagu Sudirman. tangkap leleh beb..Dah teringat rumah. Tu baru puasa hari first. Hari tu lah jugak teringat masakan mak. Yang belajar local, hari first memang cari chan (chance) je nak sahur bersama family kat kampung.

4. Family: Masuk je bulan puasa dah plan nak beli baju raya kat mana. Tambahan kalau dah dekat-dekat penghujung, Jalan TAR, dan seluruh KL-sesak beb. Diborongnya segala khazanah. Dengan kedai-kedainya sekali. Baju raya, langsir, kuih raya.

5. Anak-anak yatim: bulan puasa diorang demand skit. Kalau nak ajak jemput buka puasa, nak kena tengok diari dulu, free tak. Sebab kalau clash dengan jemputan berbuka kat hotel 5 star, buka puasa kecik-kecik kat surau ni tak main lah. (tak semua..Sebahagian kecil saja)

6. Imam-imam: budak-budak hafiz, kalau bulan puasa memang ramai yang dipanggil menjadi imam tarawih. Tapi nak jadi imam, kena tengok package nye. Tengok bayaran. Bayar cikai, package tak lengkaplah jawabnya. Kalau bayar sikit, boleh compare dengan bayaran ramadhan tahun lepas plak tu. Katanya, tahun lepas kat kawasan-kawasan dato' tu, diorang bayar 5k, takkan ni bayar skit je?...kalau nak boleh. tapi package tak lengkap. bacaan ringkas je. doa pun pendek je. hehehe... (tak semua.. sebahgian kecil)

7. Peniaga pasar Ramadhan: tak menang tangan para peniaga pasar Ramadhan ni. ada aje cara untuk tambah pendapatan. Lokasi pulak yang strategic. Booking tempat, kalau dengan DBKL berbulan-bulan awalnya. Itu pun kena mark up banyak. Tak pa. Ramadhan punya pasal.

8.Budak-budak bujang: Time ni lah tak payah nak susah2 pikir pasal makn. Tinggal buat diari planner je. Hari ni kat mana, esok kat mana. Rezeki bersepah-sepah. dari rumah orang dah kahwin, masjid, syarikat tempat kerja, atau rumah lecturer, rumah boss. Mana-mana pun boleh.

9. Orang-orang yang mengelat: orang yang nak mengelak lah tu. Ingatkan zaman dulu je ada orang-orang yang rumah kata pergi, kubur kata mari lari dari puasa. zaman sekarang pun masih ada lagi. Macam-macam alasan. Gastrik lah. Pastu gi makan sembunyi-sembunyi. Dah kene tangkap dengan JAWI baru nak tau malu. Esok keluar suratkhabar, Datuk 10 cucu ditangkap tak berpuasa.

10. Shopping mall: first puasa dah buat iklan untuk raya. sebesar-besar alam. berjenis-jenis. Sambutan bulan puasanya tak seberapa, tapi rayanya sakan bagai. Hotel-hotel pulak buat hidangan special sempena ramadhan. ingatkan ramadhan untuk besederhana, tapi kat hotel sumbat makanan dalam perut macam untuk setahun. Ye lah nak bagi berbaloi dengan duit yang dibayar.

Tu lah sebahagian coretan masyarakat kita kat Malaysia ni. Bulan Ramadhan bulan rezeki untuk semua. Saya cuma teringat kisah-kisah lucu tatkala menghampiri bulan mulia ini. Cerita-cerita di atas adalah sekadar celoteh ramadhan. Yang baik jadikan ikutan, buruk jadikan ingatan. Besederhana dalam Ramadhan. Selamat Berpuasa semua...

PS: time nila aku teringat...PIL PUASA..hahahahaha


thankzz: ADA SESIAPA YANG ZAMAN KANAK-KANAKNYA DI TAHUN 80an & AWAL 90an

Kisah-Kisah Ramadhan & Raya

Kisah 1

Kata orang raya setahun sekali. Tapi setiap tahun keseronokannya berbeza bagi sesetengah orang. Ada yang makin seronok dan ada yang makin hambar barangkali.Terutamanya orang yang dah berumur macam saya. Anak dah dua tiga dan bajet pula banyak yang keluar nak balik kampung sendiri dan balik kampung orang rumah.Tapi, yang pasti, dalam agama, Ramadhan adalah penghulu segala bulan dan 1 Syawal pula adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang beriman.

Apabila diimbas semula, ternyata zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan bagi sesiapa pun - kecualilah bagimereka yang kurang bernasib baik. Yang jadi mangsa dera, mangsa perceraian,mangsa pengabaian ibu bapa dan sebagainya. Dan, keseronokan waktu bulan puasa serta hari raya adalah keseronokan yang tak terhingga bagi kanak-kanak. Apalagi kalau hari raya tu jatuh waktu musim cuti sekolah.

"Dam, dam, dum... bunyi mercun. Kanak-kanak datang berduyun-duyun". "Miskin kaya memakai baju baru warnawarni....", "Minta mak, kuih sepotong. Saya mahu makan kerna perut kosong". Semua lirik-lirik ini menggambarkan betapa seronoknya menyambut hari lebaran. Setiap kali berkemundang lagu-lagu nostalgia ini, setiap kali itu jugalah, secara automatik pastinya minda kita mengimbau semula kenangan 10, 20 atau 30 tahun lepas.

Sewaktu zaman kanak-kanak saya dulu, pada tahun70an. Meriam buluh belum diharamkan. Mercun pun. Kadang-kadang pakai kabaid untuk buat meriam. Asal masuk ramadhan, memang setiap petang dan malam selepas terawih, bunyi dentuman meriam bersahut-sahutan tanpa henti. Seolah-olah berlawan antara satu kampung dengan kampung sebelah. Biasanya waktu malam kalau bulan Ramadhan memang semua orang kampung berkumpul di surau sembahnyang terawih. Syoknya makan mi rebus moreh. Apalagi, kita ni anak orang susah.Jarang-jarang makan mi rebus yang ada daging, ayam, udang dalamnya. Tapi, kalau moreh, mi rebus, roti jala, mi goreng dan sebagainya memang mewah. Selain makanannya yang sedap, barang kali itulah nikmat yang Tuhan bagi sebab makan selepas sunat terawih.


meriam buluh


Malam-malam, kalau bukan pasal Ramadhan memang tak boleh nak ke mana-mana. Memang waktu untuk menelaah buku pelajaran. Tapi,istimewanya bulan puasa, kanak-kanak dapat lesen besar. Lepas sembahyang terawih, selalunya kami berkumpul ramai-ramai. Macam-macam permainan, polissentri, main sembunyi-sembunyi dan berbagai-bagai lagi. Dulu, ibu bapa tak risau anak main-main tengah malam. Bukan ada orang jahat pun. Paling syok kalau7 malam terakhir. Semua rumah di kelilingi dengan pelita terang benderang.

Sebelum pengharaman mercun, memang meriah pesta bunga api dan mercun ni. Teringat pulak masa tahun 80an, umur dah remaja.Teknik bermain pun makin tambah brutal. Bayangkan, tiap-tiap malam main perang macam Iran-Iraq dulu. Pakai mercun lidi dan mercun telur. Memang kita tak sehebat seperti mat rempit zaman sekarang. Tapi, sempatlah juga rambut hangus dan kepala berasap kena mercun lidi. Kerja bodoh tapi memang seronok.

Tapi, sekarang ni. Kesian saya tengok anak-anak saya. Duduk kawasan perumahan, bandar besar macam KK, nak keluar rumah pun takut-takut. Kita pun tak bagi. Kalau balik kampung barulah mereka seronok sikit. Kita sendiri pulak, bila hari raya, perasaan seronok tu bercampur baaur dengan perasaanberdebar-debar. Seronok kalau dapat jumpa semua adik-beradik dan sahabathandai. Tapi, bedebar-debar memikirkan bajet yang mungkin banyak lari selepas raya nanti.

Kisah 2

Walaupun saya nih muda lagi, tapi zaman macam tu sempat gak rasa. Masih dalam zaman meriam buluh kalau kat kampung. Cuma saya tak tinggal kat kampung (jadi saya terlepas bahagian meriam buluh tu... Sedihnya... hehehe...). Tapi macam yang bro bwan cakap, kebanyakan ibu bapa zaman tu memang tak kasi anak2 kuar malam sangat. Tapi masa ramadhan adalah malam yang agak bebas bagi kanak2. Terawikh buat lapan rakaat jer. Abis kul 9.30 paling2 lewat. Tapi sampai rumah adalah dalam kul 11.30 atau 12.00 malam. Mana tidaknya. Dengan acara perang mercun lah, main bunga api lah, game2 kampung lain lah (polis sentri, sembunyi2, etc...) dan lain2 lagi. Balik umah jer bukan kena marah sebab lambat tapi sebab baju melayu berlubang sana sini kena bedilan mercun pihak tentera musuh. Hahaha... Indahnya zaman tu. Zaman yang tidak ada erti "duduk bersendirian mengadap ps3 lagi bagus" macam kanak2 zaman ini.

Tapi kini semuanya dah berubah... Tak sama malah boleh dikatakan jauh sekali. Tapi adat la. Zaman akan sentiasa berubah... Sekarang ni merupakan tahun pertama saya beraya bersama kdn. Dan juga tahun pertama beraya tanpa seorang insan yang bergelar ibu... Suasana dah lain. Tah macam mana la agaknya. Mungkin juga akan jadi tahun pertama saya beraya dalam tangisan. Siapa tahu... Tapi apa sekalipun, nostalgia zaman kanak2 dulu tetap dalam ingatan...

Kisah 3

Mmg tak nafikan sambutan ramadhan dan syawal setiap tahun kebelakang ni makin hambar.tp mungkin saya sorang je yg terasa begitu kot.mungkin bro2 yg lain ok je dan makin meriah.saya blh lihat budak2 skrg pun dah tak bersemangat sgt menyambut ramadhan mcm saya masa budak2 nakal dulu2..dulu saya dan geng2 cukup rajin ke surau atau ke masjid join org terawih walaupun ada kalanya kami tak terawih tp sekadar nak melepak2 je pastu menyelit time moreh..hehehhe.budak2 time skrg lak saya tgk lepas berbuka puasa lebih suka berkumpul kat simpang2 jln,bawah2 lampu jln,atau kat taman2 perumahan.ni saya duduk kat kawasan kampong,klu kat pekan2 atau Bandar tak tau la macamana..


Ttg bunga api dan mercun lak lg la sedih..saya bukan la nak membelakangkan undang2 negara,tp kesian gak kat budak2 yg dah takleh main bunga api dan mercun sgt (tp ada gak yg main sbb masih boleh dibeli kat sesetengah tempat dan juga tokan2 mercun).dulu saya cukup suka main bunga api.thunderclap,mercun katak,air bomb,cili kering,mercun naga,mercun cili padi,mercun cina,mercun lalat,mercun ayam,paying terjun,kereta kebal..dll..skrg ni yg blh jumpa pun bunga api lidi,bunga api besi,mercun bola dan jenis2 yg bahaya je..sbb tu undang2 bunga api pun makin ketat sbb mercun2 yg selamat dah susah nak jumpa..


Kisah 4

Masa dulu, awal pagi raya memang suasana yang sungguh syahdu. Pagi-pagi mandi, lepas tu pakai baju baru, cium tangan mak bapak. Lepas sembahyang, habis semua rumah jiran satu kampung kita serbu. Punya seronok walau pun masa tu satu rumah biasanya dapat seposen je. Kalau rumah cikgu ke atau rumah orang berada sikit, dapat la dua posen atau rekod saya lima puluh sen satu rumah. Itu macam dah kena loteri masa tu. Tak cukup jiran kampung sendiri, boleh pulak seberang ke kampung sebelah.

Tapi anak-anak kita sekarang, bukan kata nak bertandan ke rumah jiran, kita nak bawa pergi rumah saudara mara pun tak mahu. Semua nak melepek kat TV tengok rancangan TV sempena hari raya.

thankzz: ADA SESIAPA YANG ZAMAN KANAK-KANAKNYA DI TAHUN 80an & AWAL 90an.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Kemaafan Ramadhan (Bab 1)


BAB 1

Pada suatu subuh Ramadhan, kelihatan riuh rendah di sebuah rumah itu. Seorang lelaki kelihatan resah mundar mandir di anjung rumah. Masakan tidak, didalam rumah tersebut, ada seorang wanita sedang bersabung nyawa melahirkan satu lagi hamba Allah dimuka bumi ini. Disisi wanita itu, seorang mak bidan membantu menyambut kelahiran bayi itu.

“Salmah, dengar cakap Mak Jah ni. Kali ni, kau teran kuat-kuat,” kata Mak Jah resah. Dia merasa runsing, kedudukan bayi adalah songsang, menyukarkan lagi proses kelahiran.

“Ya Allah!! Saya tak tahan, Mak Jah!!” Jeritan Salmah sedikit sebanyak memecah keheningan subuh di perkampungan itu.

“Aduh, macam mana ni,” keluh Mak Jah. “Lepas ni, ambil nafas banyak-banyak. Mak Jah cuba lakukan yang termampu”.

“Kenapa, Mak Jah? Saya terdengar dari luar Salmah menjerit. Ada apa-apa ke?” Ustaz Shah panik.

“Tak ada apa ustaz. Salmah cuma susah nak beranak je. Budak dalam kandungan ni songsang kedudukannya,”

“Ustaz tak perlu risau. InsyAllah, Mak Jah cuba usaha,” kata Mak Jah cuba menenangkan Ustaz Shah yang kerisauan.

Bagaikan jiwa tidak keruan, Ustaz Shah segera melantunkan zikir-zikir dan doa:

“Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki”

Bagaikan rahmat dari Allah Subhanallah Taala yang memperkenankan doa-doa hambaNya yang bertakwa, bayi itu berjaya dilahirkan dengan selamat. Seorang bayi lelaki yang sempurna sifatnya. Kini, wajah kerisauan Mak Jah bertukar riang, seraya dihatinya mengucapkan Alhamdulillah kepada Yang Esa. Salmah yang tercungap-cungap, kini boleh bernafas dengan lega. Bayi itu segera dimandikan& dipakaikan kain putih dengan penuh cermat. Setelah itu, Mak Jah meletakkan bayi itu disisi ibunya.

“Alhamdulillah, Salmah. Kau dapat anak lelaki, Salmah” kata Mak Jah. Mak Jah segera bingkas mendapatkan Ustaz Shah di anjung untuk mnyampaikan khabar gembira itu. Namun, berita gembira itu umpama berita kebencian yang langsung tidak menyenangkan hati Salmah.

“Ustaz! Ustaz!! Alhamdulillah ustaz, Salmah bersalin dengan selamat,”

“Syukur Allahamdulillah. Anak lelaki ke perempuan?” tanya Ustaz Shah turut gembira.

“Anak lelaki,” kata Mak Jah. Kemudian Mak Jah segera ke bilik bersalin untuk menemui Salmah. Dia terlupa untuk menyuruh Salmah mengazankan anaknya.

“Salmah, kau dah azankan anak kau ke belum? Cepatlah azankan..”

Salmah diam membatu. Dia bagaikan dilema, samada mngazankan anaknya atau tidak. Dalam hatinya berkecamuk, dia keliru untuk menyayangi atau membenci anak yang baru dilahirkannya. Bagi dia, anak itulah punca segala kebahagiaannya diragut dahulu. Kerana anak itu, dia kehilangan syurganya, suatu tika dahulu. Kegembiraan tiada lagi terpancar pabila usia kandunganya mencecah 5 bulan, tidak seperti ibu-ibu yang lazimnya gembira akan kandungan membesar.

“Salmah, kau dengar tak?” Mak Jah menghentikan lamunan Salmah.

“Saya tak nak bayi ni. Dia bukan anak saya..” kata Salmah tersekat-sekat. Dia bagaikan menahan amarah, namun di hati dia ingin menangis kekesalan. Segalanya bercampur baur.

“Salmah, yang sudah tu sudahlah....” belum sempat Mak Jah menghabiskan kata-katanya, Salmah terus memaki Mak Jah& melepaskan apa yang terpendam dalam hatinya.

“Saya dah kata tak nak, tak naklah! Anak ni anak sial, dia bukan anak saya. Sebab budak ni, saya hilang mak ayah saya. Sebab budak ni, abang Azman tinggalkan saya. Saya tak nak, saya tak nak!!”
Rontaan Salmah menakutkan Mak Jah. Takut-takut Salmah meroyan kerana baru sahaja lepas bersalin. Bayi disisi Salmah turut menangis terkejut dengan rontaannya. Mak Jah segera mengambil bayi itu dari sisi ibunya yang dikhuatiri meroyan itu.

“Astagfirullah, Salmah. Bawak mengucap banyak-banyak..” Mak Jah cuba menenangkan Salmah.

“Kalaulah aku gugurkan kau dari dulu lagi...” kata-kata Salmah menyebabkan Mak Jah terus menjauhkan bayi itu dari Salmah, apatah melihat Salmah bagaikan dirasuk menjegil matanya ke arah anak kecil yang tidak berdosa itu. Mak Jah takut Salmah akan mengapa-apakan anaknya sendiri. Dia terus mebawa anak itu berjumpa Ustaz Shah di luar.

“Ustaz, tolonglah saya. Salmah sekarang macam tengah meroyan, ustaz”. Mak Jah kerisauan.

“Astagfirullah, macam mana boleh jadi macam tu?”

“InsyAllah, tak ada apa-apala ustaz. Biasalah, orang baru lepas bersalin. Apapun, saya nak minta tolong ustaz untuk mengazankan budak ni. Kesian budak ni...” rintih Mak Jah simpati akan nasib bayi itu kelak. Emaknya tidak redha akan kelahiranya, malah membencinya. Mak Jah segera memangku bayi itu ke tangan Ustaz Shah untuk diazankan.

“Bismillahirrahman Irrahim”. Ustaz Shah membetulkan kedudukan ke arah qiblat dan terus mengazankan di telinga kanan serta Iqamat di telinga kiri bayi itu. Mak Jah yang menyaksikan kejadian itu menjadi sebak, sebak sehingga menitiskan airmatanya. Dalam hatinya, dia berdoa agar Allah memelihara nasib itu serta memberikan ketabahan kepada anak kecil itu untuk mengharungi hidup-hidupnya yang akan mendatang. Di sudut hati mak Jah, dia tahu anak kecil itu akan mengharungi pelbagai dugaan besar disepanjang hidupnya. Dia juga memohon agar Salmah dapat menerima anaknya dengan rela.

“Mak Jah, Salmah dah berikan nama?” tanya Ustaz Shah.

“Belum lagi, Ustaz. Mak Jak tak sempat nak tanya..Salmah kan masih tak tenteram lagi” Mak Jah sengaja berdalih. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk menerangkan pada ustaz bahawa Salmah tidak menerima anaknya. Malahan, Mak Jah sendiri merasa mustahil untuk bertanya pada Salmah memandangkan situasinya sekarang. Pasti disumpah seranah anaknya sendiri jika ditanya nama anaknya.

“Saya rasa baiklah ustaz sendiri namakannya. Saya pasti, Salmah pasti setuju dengan cadangan ustaz. Ustaz kan kawan baik Salmah”, cadang Mak Jah sambil tersenyum pahit sedikit. Dia cuba untuk tidak menunjukkan sebarang permasalahan yang berlaku.

“Kalaula budak ni anak saya, tentu saya namakan dia RAMADHAN sebab dia dilahirkan pada bulan Ramadhan, yakni bulan kerahmatan”, seloroh Ustaz Shah kegembiraan. Dia terasa bagaikan menyambut anaknya sendiri, meskipun bayi itu adalah anak sahabat karibnya dari kecil lagi.

“itulah seelok-eloknya, ustaz”, sokong Mak Jah. Baginya, apa yang diperkatakan Ustaz Shah adalah benar. Nama yang baik akan membawa rahmat pada pemiliknya& Mak Jah berharap agar Ramadhan mampu merubah hati Salmah untuk menyayangi dirinya. Subuh kian berlabuh kini menampakkan suria mengembangkan sinarnya. Keindahan fajar bagaikan meraikan kelahiran seorang anak kecil yang bernama Ramadhan.

Khamis, 4 Ogos 2011

Mohon Maaf


Assalammualaikum, semua. Aku penglipur lara nak minta maaf banyak-banyak sebab tak menunaikan janji-janji untuk menerbitkan novel bersiri secara online "Adakah Untuk Kita". Novel bersiri tu tak dapat disiarkan buat masa sekarang, memandangkan internet interruption+ ketidaksesuaian waktu menjadi masalah penglipur lara tak dapat nak berlara meng"update" blog ni. Apapun, korang tak payah berkecil hati kerna rancangan novel bersiri tetap berjalan, cuma ceritanya bukan seperti dijanjikan. Okla, Apapun aku memohon seribu kemaafan sempena Awal Ramadhan ni diatas kekhilafan yang berlaku. Sebagai ganti, terimalah sebuah novel bersiri sempena Ramadhan ini, "Kemaafan Ramadhan"....

Isnin, 25 Julai 2011

Lagu-Lagu Wajib Ramadhan!!!


Assalammualaikum, semua. Setiap kali kita menyambut Ramadhan, waktu tu lagu-lagu nasyid menjadi siulan& selalu berkumandang di radio-radio(mesti banyak lagu Maher Zain diputarkan Bulan Ramadhan ni). Mesti setiap kali sewaktu kita menunggu azan Maghrib berkumandang(tunggu waktu nak buka la), selingan lagu-lagu nasyid bertemakan kemuliaan Ramadhan akan diputarkan sebelum atau selepas azan. Mari kita "cekidout" lagu-lagu popular sepanjang Ramadhan ni.

Harapan Ramadhan-Man Bai ft Raihan


Lailatul Qadar-Raihan


Yayadan-Dato Sharifah Aini


Permaidani-Aris Ariwatan


Doa-Rahimah Rahim


One of my favorite(ni bkn VC dia, VC asal dah kena block),
Jalan Lurus-Gita Gutawa


Apapun lagu yang berdendang, mesejnya harus disampai& difahami oleh orang yang mendengarnya. Begitulah mengenai lagu-lagu ini yang berkisarkan ketakwaan& keimanan kepada Allah S.W.T. Semoga kita mampu mempelajari& mengambil nasihat-nasihat dari lagu-lagu ini untuk dijadikan iktibar& pedoman hidup sebagai seorang muslim. Assalammualaikum.

Al-Kisah dalam Bulan Ramadhan




Assalammualaikum, semua. Seperti sedia maklum, sekarang ni, semua pengkaji& ahli-ahli falak duk standby(termasuk bapak aku) tunggu time nak tengok anak bulan, menunjuk bermulanya ibadah puasa seluruh umat Islam di dunia ini. So, nak diceritanya betapa "excited"nya aku nak menyambut bulan mulia yang penuh berkat ni. Alkisahnya dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ni selain bulan dimana kita menahan lapar haus disiang hari, bulan ni juga adalah bulan ujian pada ummatNya untuk melawan gelora nafsu, menjaga adab tertib, memelihara&meningkatkan ketakwaan serta menambahbaikkan keimanan kita pada Allah S.W.T.

Antara aktiviti ibadah yang aku suka buat pada sepanjang bulan Ramadhan adalah solat Tarawikh. Solat Tarawikh memang takde dalam bulan yang lain, sebab tu salah satu istimewanya bulan ramadhan adalah solat Tarawikh. Solat Tarawikh ni memang satu kenangan dari kecil aku dibiasakan mak& abah aku pergi surau/masjid setiap bulan Ramadhan menjelang. Waktu kecik-kecik dulu, kalau dapat habiskan sampai 8 rakaat pun dah kira bangga(siap cerita-cerita kat mak lagi..hahaha). Sekarang ni, walaupun sibuk dengan tanggungjawab+kerja seharian, seboleh-bolehnya aku tetap cuba untuk solat Tarawikh, sebab itulah yang aku suka pasal bulan Ramadhan.




Istimewanya bulan Ramadhan ni juga terletak pada malam yang ke-sepuluh terakhir. Malam ni juga amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang hauskan keredhaan& ganjaran yang diberikan oleh Allah S.W.T. Itulah Malam Lailatul Qadar yakni Malam Seribu Bulan. Ada disebut dalam Surah Al-Qadr:



Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Berikut adalah pengertiaan Surah Al Qadr yang khususnya menceritakan malam Lailatul Qadar yang menjadi bukti janji Allah S.W.T andai sesiapa hambanya yang beribadah serta memperolehi keberkatan Lailatul Qadar itu. Dari kecil jugak, Ustazah aku sering menceritakan keistimewaan malam Lailatul Qadar. Katanya, malam tu adalah malam yang paling ganjil dalam bulan Ramadhan. Malahan, keistimewaan malam Lailatul Qadar cuma disedari mereka-mereka yang tertentu sahaja, kata ustazahku. Wallahualam.

Selain itu, Bulan Ramadhan telah menjadi saksi pelbagai peristiwa besar dalam Islam. Mari kita hayati& renungkan kisah bulan yang istimewa ini:


Bulan diturunkan al-kitab

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

Peristiwa Badar

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

Islam membuka Kota Mekah

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad ke Tabuk

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

Islam sampai ke Yaman

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

Khalib Bin Al-Walid Meruntuhkan berhala Al ‘Uzza

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

Penyerahan Bandar Taif

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

Pembukaan Andalus (Sepanyol)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

Peperangan Zallaqah: Portugal

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

Peperangan Yakhliz

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Tertawannya garis Bar lev, Israel

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Semoga kita berjaya melalui bulan yang penuh ujian ini& serta memperolehi hidayah dariNya. Aku, Izzy Izzudin, Si penglipur lara mengucapkan pada anda semua Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Marilah sama-sama merebut cinta& kasih sejati dari Allah S.W.T. Assalammualaikum.

thankzz to: http://g-heartmuslim.blogspot.com & http://ibnuabbas.wordpress.com

Jumaat, 22 Julai 2011

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Kalau korang ada perasan kat penjuru gambar ni, ada sepasang suami isteri yang dah tua. Tapi jalan still berpegangan tangan sambil tengok cucu diorang tengah mandi tu...romantik betul~~



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

*Thanks to Tengku Muhammad Kalmani As-Saif

Jalan Terakhir


Nanti di persimpangan jalan
Pilihlah
Ikutilah
Kata hatimu

Kau jalan tak berhenti
Melawan kesepian
Mencari kebahagiaan di setiap sisi perjalanan
Yang mungkin lurus atau sebaliknya
Itu terpulang pada dirimu

Permulaan dari rahim
Kita meniti kehidupan
Ada perkara jijik, ada perkara mulia
Berkalang antara dosa dan pahala
Kita harungi dengan kebijaksanaan

Kehidupan
Banyak drama dan realitinya
Banyak jatuh, banyak juga bangkitnya
Namun,
Sesungguhnya kejatuhan yang nyata adalah ketidakbangkitan selama-lamanya

Jalan terakhir
untuk sekiannya
untuk penghujung tanpa sesalan
Tiada kisah selain noktah
Tamat dengan penuh kebanggaan
Dari sepanjang perjalanannya yang dulu.

Khamis, 21 Julai 2011

Cubaan Garapan

Assalammualaikum, semua. Untuk bermulanya sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, aku akan cuba mengarap sebuah cerita dari minggu ke minggu. Urmm, ni adalah percubaan pertama aku untuk memaparkan hasil nukilan aku secara online. So, aku harap korang, kawan-kawan aku dapat membaca hasil kreativiti aku, ok? Sekarang ni, draf cerita aku dah rangka. So, apa kata korang check-it-out sipnosisnyer ok??

Sipnosis:


Apakah rasa cinta? manis? pahit? Apakah cinta sememangnya terjanji bahagia? Pengakhir segala duka? Bagaimana cinta yang terhalang? Adakah PANGKAT, LATAR BELAKANG yang menjadi ukuran? Sesungguhnya cinta itu anugerah Allah S.W.T. Tiada yang mampu merubah takdir selain dariNya, andai jodoh dia bukanlah untukmu, biarpun dia bererti bagimu. Alamilah Kecekalan Annissa menemukan syurga hatinya, Ketabahan Khalif menepis kehinaan, Kasih Sayang Mia yang tak berbelah bagi& Kerinduan Hazrul meraih cinta seumur hidup. Masa berlalu, undang ketawa& sendu mereka dalam perjalanan meraih cinta dipenghujungnya.

Amacam? ok tak sipnosis?? Aku pun tak sabar nak tulis bab 1. Harap-harap penulisan aku konsisten kali ni. OK, jumpa lain kali. Assalammualaikum.

Jumaat, 15 Julai 2011

HARAPAN: Inspirasi& Dedikasi untuk K'ekin

Sorry for poor editing(arwah tak tutup aurat dalam gmabar asal, jadi PL edit supaya auratnya dijaga)
Assalammualaikum, kepada semua. Entry kali ni mungkin agak personal sikit, but it’s ok untuk berkongsi.

Actually, entry ni dibuat khas sempena perginya Allahyarhamah Nurul Ashikin bt Md Noor (5 April 1984-9 Julai 2001), kakak aku yang selalu ada untuk aku, sepanjang hayatnya. Selalu ada disisi untuk satu-satunya adik lelaki dia. Yup, aku kiranya adik kesayangan dia.
Selain dari emak, K’ekin(gelaran aku kepada dia) adalah tempat aku bermanja. Tempat aku membesar. Dia yang selalu back-up aku kalau aku bergaduh dengan kakak-kakak aku yang lain. Dia yang rajin mengajar aku matematik. Kadang-kadang ada masa dia masak, dia akan masak chicken sweet sour(makanan favourite aku waktu childhood& i really missed it). Dia, kakak yang baik menjaga adik dia yang degil ni. Haha

Banyak sifat arwah yang aku kagum. K’ekin antara pelajar terbaik di sekolah. Dikagumi oleh semua pelajar& guru di sekolah dia coz antara pelajar terbaik, terutama dalam bidang sains biologi. Meskipun K’ekin tak sempat melangkah ke SPM, tapi dia berjaya mencapai A1 untuk biologi pada percubaan, biarpun kanser yang menyerang sudahpun tahap kritikal. K’ekin sangat friendly. Dia tak kisah berkawan dengan sesiapapun, tak lokek berkongsi ilmu sehingga disenangi semua. Biarpun ditahan di wad, sifat yang ada tak pernah berkurang. K’ekin masih gigih belajar biarpun ditangguhkan SPM& menjalinkan persahabatan dengan pesakit lain(seorang hamba Allah yang sebaya dengan K’ekin, pesakit kanser& meninggal dunia selang 14 hari selepas K’ekin).

Meskipun dah hampir 10 tahun kembalinya K’ekin, aku masih teringat arwah. Sejak insiden jatuh bas sehingga saat terakhir aku iringi dia masuk ke dalam kereta, aku masih teringatkan arwah, dalam banyak bait-bait hidupku. Seperti dia ada untuk aku, aku sebagai adik juga menyokong dia, cuma aku waktu tu masih kecil& tak memahami apa-apa lagi keperitan hidup dia(itulah perkara yang mungkin sesali sampai sekarang). Aku akui masih terkilan dengan sikap aku yang waktu tu, terlalu kebudak-budakkan(meskipun aku cuma 10 tahun), aku terlalu susah untuk memahami arwah yang sakit ketika tu. Aku mengaku pernah marahkan k’ekin& mengejek “botak” coz waktu tu semua rambut dia gugur akibat kemoterapi. Waktu tu, aku memang tak faham apa-apa. Tapi, k’ekin masih melayan aku dengan sabar& tenang, meskipun kanser mula menjalar dalam diri dia perlahan-lahan. Sehingga hari ni, aku masih agak terkilan coz tak sempat minta maaf atas kedegilan& kebodohan aku.

Sepanjang 2 tahun, hospital menjadi rumah ke-2. Setiap jumaat, abah akan bawa aku bermalam di rumah mak usu di Kuala Lumpur untuk menjenguk K’ekin di HUKM. Kesemua cuti mak sepanjang tahun digunakan untuk menjaga K’ekin di hospital. Besar kasih mak menjaga K’ekin sehingga akhir hayatnya. Dari HUKM, berpindah ke PPUM. Usaha berterusan, namun gagal. Tiada perubahan. Meskipun semuanya dalam keadaan buntu, namun K’ekin tak pernah berputus asa. Kesempatan masa terluang di wad, digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Biarpun dalam hati dia agak terkilan tak dapat menelaah sewajarnya di sekolah, itu bukan pilihan untuk dia. Dari saat itu, katanya dia kini bertekad untuk menjadi doktor. Menjadi doktor untuk merawat pesakit kanser seperti dia. K’ekin sentiasa kuat semangat& percaya pada harapan. Ada masa perlepasan dari wad, hari-harinya tidak dirumah. Sebaliknya K’ekin berkeras ke sekolah, biarpun bertongkat sebelah. Dia sentiasa berdoa pada Allah S.W.T untuk masa depan yang cerah, meskipun mendung untuknya waktu itu. Dia berserah pada qada& qadar. Penyakit yang dihadapi bukan kata putus untuk kehidupannya, meskipun dia tahu saatnya.

Sepanjang hayat, arwah sentiasa cuba mendekatkan dirinya pada Allah S.W.T. Solat sentiasa cuba dipenuhi, meskipun K’ekin sudah tidak mampu bersujud ketika itu. Dia melakukan sedaya yang termampu untuk mendekatkan diri pada Allah S.W.T. Hati arwah sentiasa penuh dengan harapan. Tak ada sesalan. Dia tak menyalahkan sesiapa pun atas ujian yang dia hadapi. Biarpun permulaan, dia agak sukar menerima hakikat, lama-kelamaan K’ekin sendiri redha akan ujian yang diterima. Ada masa, airmata K’ekin akan luluh juga menahan perit kanser yang merebak dalam diri. Tangisan luluh bukan kerna putus asa, tapi kekuatan dalam hati menerima kepayahan ujian yang Allah S.W.T bagi.

Masa hampir sampai penghujung. Penawar tidak mampu menawarkan kanser tulang yang menyerang K’ekin. Keadaan memaksa untuk membawa K’ekin untuk ke Kuala Terengganu untuk bertemu pakar tulang disana. Pagi ahad itu, aku sempat menonton Cardcaptor Sakura dengan K’ekin, yang aku tak sangka untuk bersama kali terakhir. Aku berbual dengan K’ekin seperti biasa. Dalam keadaan begitu, dia tenang sperti biasa. Tapi dalam hati, aku simpati namun kagum dengan arwah ketika itu. Dia masih mampu tersenyum melihat anime kegemaran kami berdua. Biarpun dalam kedegilan& kebodohan aku, aku cuba untuk memahami situasi kakak aku. Aku akui, K’ekin sering menjadi inspirasi aku. Ketabahan, kesabaran, bijaksana, sifat sebagai ketua sering jadi ikutan, adakala aku cuba terapkan dalam diri. Sehabis Cardcaptor Sakura, aku tak sedar mak& abah sudah pun mengemas barang ke dalam kereta untuk bertolak ke Kuala Terengganu. Aku terlalu berharap masa aku & K’ekin untuk pagi itu dapat dipanjangkan lagi. Masa tambahan untuk kenangan selama-lamanya. Aku berharap Sakura bersusah payah untuk menangkap kad kemanisan, agar siri Cardcaptor Sakura dapat dipanjangkan lagi. Tapi, bagaimana manisnya mimpi, kita tetap akan bangun dari tidur untuk menghadapi kenyataan bahawa itulah saat yang akan aku ingat buat selama-lamanya sebelum pergi. K’ekin dipapah abah untuk dibawa masuk ke dalam kereta. Waktu itu, biarpun tak rela, aku hanya memerhati dengan hati sayu. Aku cuma mampu mencium& melambai selamat tinggal kepada K’ekin. Lambaian tersambut dengan senyuman arwah sebelum dia pergi, hilang dari pandangan karangan rumah. Di beranda rumah aku keseorangan, buat pertama aku menangis dalam hati, memohon ketemukan harapan yang selama ini K’ekin perjuangkan.

Malam itu, aku& kakak aku bermalam di rumah mak(mak teh yang aku anggap “mak” jugak). Mak tak henti-henti menangis menelefon mak aku di Kuala Terengganu& solat hajat malam tu memohon agar K’ekin dapat sembuh. Malam tu, aku tidur dalam memikirkan nasib kakak yang disayangi. Apakah takdir untuk dia sudah tertulis? Apa keputusan pemeriksaan? Apakah dia dibedah? Semua perkara bermain dalam fikiran, melihat mak masih tak luntur berdoa& membaca Al-Quran di tengah malam meminta kesempatan untuk K’ekin untuk membesar seperti remaja seusia sepertinya. Aku tidur dalam tangisan.

9 julai 2001, 4 pagi, aku dikejutkan. Aku termangu, untuk apa bangun seawal ini untuk ke sekolah?

“Din, bangun din. Kakak kau dah takde, din..”

Aku tergaman dalam bingung,

“Meh, bangun. Kita balik, bersihkan rumah kau.”

Sepanjang dalam perjalanan, Aku bagai bingung, biarpun aku dengar apa yang mak katakan, K’ekin dah tak ada. Sampai di rumah, aku menolong mak mengatur perabot& barang-barang dalam rumah. Aku membuat segala-gala seolah-olah aku terlalu bingung tentang apa yang berlaku. Mak, aku dan kakak mengemas rumah. Manakala, Ayah(Pak Teh yang aku anggap “ayah” juga) memanggil tok imam & khairat kematian. Sesubuh pukul 6, tiba-tiba datang sebuah ambulans. Aku lihat didalam ada emak bersama sekujur tubuh yang tertutup dengan kain. Emak ternyata masih sendu & disambut pelukkan simpati dari Mak. Manakala sekujur tubuh itu dibawa masuk ke ruang tamu& diletakkan diatas tilam yang disediakan mengikut kiblat. Mak, emak, Tuo(nenek aku) menyelakkan kain putih itu untuk memperlihatkan wajah si jenazah itu. Itulah K’ekin, yang dulunya gadis riang& bijak, kini cumalah tubuh kaku tak bernyawa lagi.

Selepas pemandian jenazah& bacaan yassin dilakukan, K’ekin dikebumikan pada pagi pukul 10. Aku turut mengiring jenazah K’ekin ke kubur. Waktu tu, tisu yang ada kat tangan habis lunyai meresap airmata yang tak henti-henti mengalir sejak pagi. Aku sendiri menyaksikan seorang yang sayangi ditanamkan di dalam tanah sedalam 6 kaki itu sendiri. Hiba terasa mendengar talkin dibaca, sayu melihat wajah kesayangan kini ditimbus buat selama-lamanya. Saat itu, adalah sukar untuk kanak-kanak 10 tahun memahami erti perpisahan. Aku tak sangka, orang yang selalu disisiku, teman baikku, kakak yang selalu membelikan aku jajan sebaik pulang sekolah, kini tiada lagi. Ketika biasa, aku selalu menangis& mengadu masalahku pada K’ekin. Kini, bila menangis, riba siapa hendak ku cari? Siapa yang sanggup mendengar masalah aku menyelesaikan soalan matematik? Siapa yang aku tunggu kepulangannya tiap hari? Waktu itu, hanya Allah S.W.T yang tau.

Kini 10 tahun berlalu, kenangan arwah masih ada. Kisah hidupnya, aku teladani sebaik mungkin untuk aku harungi hidup. Untuk 10 tahun ni, banyak peristiwa dalam hidup yang aku mengajar aku berdikari tanpa bantuan sesiapa. Ia membuatkan aku menjadi seorang yang mempunyai hala tuju, sabar, penyendiri& memerhati, serta menganalisis orang disekeliling. Aku menjalani hidup penuh warna-warna ragam manusia, namun jauh di sudut hati aku kesepian. Aku masih tak menemui rakan yang mampu mengantikan K’ekin. Kawan yang ada untukku& aku ada untuk dia. Aku kini berusaha untuk menyambung usaha K’ekin untuk membantu pesakit-pesakit untuk menemui kemungkinan untuk pulih& menemukan harapan untuk mereka yang hampir putus asa. Meskipun hanyalah jawatan juru x-ray, aku berharap setiap imej radiograf yang terhasil mampu membantu doktor-doktor memberi diagnosis terbaik untuk pesakit-pesakit ini. Aku harap dapat membantu sedaya mungkin memberi khidmat terbaik kepada semua orang yang memerlukan, seperti K’ekin andai dia masih ada lagi.

PS: Jauh disudut hati, aku berharap K’ekin berbangga dengan aku, meskipun aku bukanlah juru x-ray yang terbaik& dicemuh orang.

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...