Petikan lirik "Tinggi Di Awan Biru" nyanyian Allahyarhamah Sharifah Aini
Assalammualaikum semua. Sewaktu PL sedang melayari celoteh FB, PL dikejutkan oleh sebuah khabar duka iaitu Biduanita tersohor negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini @ Kak Pah telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.26 pagi ini di umur 61 tahun, 3 hari selepas hari jadinya. Sebelum ini, PL ada jugak terbaca dan mengetahui perihal kesihatan Kak Pah yang dikatakan menghidapi jangkitan Lung Fibrosis (radang paru-paru) & khabarnya Kak Pah telah dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Pakar Damansara di Petaling Jaya semalam.
Gelaran Biduanita dinobatkan sewaktu Kak Pah mendapat pengiktirafan dan penghargaan atas jasa-jasa seninya oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003. Bersama gelaran Biduanita, Kak Pah turut mendapat Pingat Panglima Jasa Negara diatas pengabdiannya didalam dunia seni.
Sharifah Aini di zaman kanak-kanak (kredit: www.my artis.com)
Kak Pah dilahirkan pada 2 Julai 1953 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Dibesarkan didalam keluarga yang miskin, Kak Pah sering membantu neneknya berniaga kuih disekitar Johor. Selain itu, Kak Pah juga membantu menyara keluarga sebagai penyanyi undangan di majlis-majlis keramaian. Sejak dari zaman persekolahan, Kak Pah sudah terkenal di sekitar Johor sebagai penyanyi undangan & malahan berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian sebagai karier profesional.
EP pertama, Seri Dewi Malam yang popular di tahun 1970.
(atas permintaan Allahyarham, gambar cover album ini PL "blur" kan
kerana menjaga aurat Allahyarham.)
Permulaan kerjaya profesionalnya bermula apabila Kak Pah menyertai Pertandingan Nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968. Membawa lagu 3 Malam, Kak Pah berjaya mendapat Johan Pertandingan & menarik minat Syarikat Rakaman EMI Malaysia untuk melamarnya sebagai artis rakaman pada 1969. EP pertama, Seri Dewi Malam diterbitkan pada 1970 mendapat perhatian dan sambutan hangat ketika itu.
Disepanjang kariernya sebagai anak seni, Kak Pah telah berkerjasama dengan pelbagai syarikat rakaman, mahupun didalam dan luar negara. Dikagumi di negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia & menghasilkan sebanyak 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris, Kak Pah sewajarnya patut dicontohi oleh para pelapis-pelapis penghibur masakini akan kejayaannya. Seiring itu, Kak Pah sering diberi penghormatan dalam dan luar negara & konsert-konsert anjurannya sering mendapat sambutan menggalakkan dan tiket juga laris terjual.
Pengiktirafan tidak putus-putus untuk Kak Pah apabila memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006).
Kehilangan Allahyarhamah Kak Pah sememangnya tiada pengganti. Begitu juga PL meminati Kak Pah semenjak diperkenalkan oleh ayah PL menerusi lagu-lagu seperti Seiring dan Sejalan (duet bersama Breory Marantika), Tinggi Di Awan Biru, Filem Hapuslah Air Matamu sewaktu kecil lagi. PL amat meminati setiap lagu-lagu tradisional dendangan Kak Pah seperti Di Pinggir Kayangan, Yaladdan (duet bersama Allahyarham Fadzil Omar), Kenang Daku Dalam Doamu dan lain-lain. PL mengakui Kak Pah sering menjadi muse PL dalam setiap lagu-lagu tradisional, selain Allahyarhamah Saloma, Allahyarhamah Rosiah Chik.
koleksi Piring Hitam Sharifah Aini kepunyaan PL yang telah di"convert"kan
menjadi bentuk CD. (atas permintaan Allahyarham, gambar cover album ini PL "blur" kan
kerana menjaga aurat Allahyarham.)
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu & kami anak-anak seni akan sentiasa mengingati dan kesejahteraan untukmu disana. Alfatihah...
Assalammualaikum semua. Khasnya pada peminat seni kulinari dan dunia masakan Malaysia, adalah satu pencapaian yang membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia apabila seorang surirumah yang berasal dari Ipoh, Perak kini menjadi Juara Masterchef UK.
Menurut Puan Catherine Chin Wan Ping Combes merupakan seorang anak Malaysia kaum cina, beliau berasal dari "bandar kulinari" (Ipoh). Membesar dibawah citarasa dan inspirasi ibunya, beliau mempelajari bahawa masakan adalah salah satu cara untuk meluahkan kasih sayang. Beliau mula mempelajari ilmu masakan secara serius ketika menyambung pelajaran ke universiti. Kini, beliau telah berkahwin dan bersama keluarganya menetap di Bath, England. Biarpun bermaustautin di England, kenangan dan masakan Malaysia tidak dilupakan & baginya, tujuan memasuki Masterchef UK adalah untuk memperkenalkan seni kulinari Malaysia pada orang ramai, khasnya di United Kingdom. Antara masakan yang dipersembahkan di MasterChef Uk pusingan akhir adalah Sup Wantan dan Sari Straw Mushroom (pembuka/appetizer), Nasi Lemak bersama Sambal Udang dan Ikan Bilis, Ayam Goreng Oat dan Telur Puyuh (hidangan utama/main course) dan Kelapa Panachotta dan Sari Nenas dan Mangga.
Ucapan setinggi tahniah pada Puan Catherine Chin Wan Ping Coombes. Semoga terus berjaya memperkenalkan masakan kebanggaan Malaysia.
PL: ni yang bersemangat nak masuk Masterchef tahun depan ni...
Assalammualaikum, semua pembaca. Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang hamba Allah S.W.T yang merupakan lagenda komedi Malaysia. Pak Ajis atau dikenali Datuk Abdul Aziz bin Sattar(8 Ogos 1925 – 6 Mei 2014) telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Pusat Perubatan KPJ, Kajang. Khabar pemergian Allahyarham telah disahkan oleh cucu Allahyarham, Ibaidah A. Ishak melalui laman twitter. Allahyarham Pak Ajis merupakan salah seorang Lagenda Perfileman Melayu, seiring dengan barisan-barisan seniman seperti Allahyarham Tan. Sri P. Ramlee, Allahyarham S. Shamsuddin, Seniwati Mariani, Seniwati Sarimah, Allahyarhamah Normadiah, Allayarham Mahmood June dan lain-lain. Terkenal di era Perfileman Jalan Ampas, Pak Ajis telah membintangi lebih 50 buah filem dan drama dan diantara filem-filem terkenal lakonnya seperti Trilogi "Bujang Lapok (Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok)", "Nujum Pak Belalang", "Suami, Isteri &...", "Layar Lara", "Pontianak Harum Sundal Malam I,II". Bermulanya karier anak seni sebagai krew rakaman, perlahan-lahan Pak Ajis mendapat perhatian dengan lakonan pertamanya sebagai watak pembantu dalam filem pertama lakonannnya, "Putus Harapan(1952)". Diatas bakat semulajadi Pak Ajis sebagai pelawak dan penghibur, Pak Ajis terus mendapat watak lakonan di bawah arahan P.Ramlee melalui watak diri sendiri dalam trilogi terkenal, "Bujang Lapok". Allahyarham Pak Ajis telah mendirikan rumah tangga sebanyak 3 kali dimana isteri pertama, Siti Rumina Ahmad (bercerai), isteri kedua, Allahyarhamah Seniwati Dayang Sofiah (bercerai), dan isteri ketiga, Hasimah Delan. Sepanjang perkahwinan bersama ketiga-tiga isteri, Pak Ajis dikurniakan 7 orang anak. Berikut adalah gambar-gambar tribute pada Allahyarham Pak Ajis:
Kini apa yang pasti, kita anak Malaysia yang membesar dibawah pengaruh filem lakonan Allahyarham Pak Ajis akan sentiasa mengingati beliau. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Pak Ajis selamanya. Amin. Kepada Pak Ajis, kami akan merindui keletah dan jenaka Pak Ajis sentiasa & tenanglah di sana.
Assalammulaikum semua. Sedekah dan Ihsan tidak semestinya melibatkan wang ringgit. Macam adik Arman Dani, adik ni amat-amat memerlukan darah jenis O+ untuk membantu dia meneruskan kelangsungan hidup. Berikut adalah mesej dari ibu kepada Adik Arman Dani:
Dear all,
Anak kami disahkan menghidapi Acute Lymphoblastic Leukemia empat minggu lalu. Sekarang ini dia sedang menerima rawatan kimoterapi yang intensif (tempoh rawatan dua tahun). Saya sangat berharap kalian dapat mendoakan kesihatan satu-satunya anak kami ini bertambah baik. InsyaAllah. Terima kasih atas sokongan dan nasihat. #prayforarman#armandani#leukemia
Antara kriteria diperlukan adalah :
1 : Lelaki
2 : Umur 18-55
3 : Sihat
4 : Cukup makan
5 : Cukup darah jenis O+
Jika ada dikalangan pembaca ingin menderma darah, boleh ke SJMC, Bank Darah, Menara Utara, tingkat lima. Maklum nama adik Arman Dani untuk membantu.
Semoga Allah S.W.T bersama dan memberi kekuatan dan kesabaran pada keluarga Adik Arman Dani. Pada Pembaca yang mempunyai syarat-syarat yang cukup diatas, boleh sama-sama kita membuat amal jariah sempena Bulan Allah, Bulan Rejab ini.
Assalammualaikum, semua. Bagi yang pernah melayari blog PL ni, pasti anda pernah terbaca satu artikel mengenai majalah fesyen yang diterbit khas secara on-line daripada IMAJETFUELSHOP yang dikelolakan oleh Yuna. Sekarang ini, IMAJETFUELSHOP kembali lagi dengan majalah fesyen untuk terbitan kedua.
WATCH OUT, FASHIONISTA!!! Jika di isu dahulu, Yuna mengetengahkan corak-corak tribal, colour block, vintage. Kini di isu keluaran terkini, Yuna mengetengahkan pula gaya-gaya kemeja berkolar dengan penambahan perincian stud dibahagian kolar. Turut disuaipadankan dengan blazer rona biru terang, sweater gedoboh berkait dan vest. Menarik pada isu kali ini juga menampilkan temubual bersama penyanyi indie, Guba (pernah berkolabrasi dengan Yuna untuk lagu You're So Fine) dan juga empunya siaran Indie-TV online, TAPAU TV iaitu En. Ahmad Faris. Selain itu juga, Yuna turut mengupas isu perkembangan stail hijab di Malaysia. So, Apa lagi? Jemput-jemputlah membaca!!
Assalammualaikum!! Kita bersua kembali di bulan januari 2013 kembali. Well, this is 1st entry of 2013. Itulah, masa selalu tak mengizinkan PL untuk aktif berblogging. Banyak perkara yang PL boleh kongsi. InsyaAllah kalau diizinkan, PL akan terus berblogging lagi kerna menulis itu passion PL.
Anugerah Juara Lagu Ke- 27 baru berlangsung dengan jayanya. Sebagai pemerhati & pengulas muzik tak bertauliah (hahaha:D), AJL adalah acara wajib PL untuk tonton. AJL adalah anugerah berprestij yang mengiktiraf bakat-bakat seni dan juga menjadi tanda pengukur untuk menentukan kemajuan industri muzik di Malaysia. Sebab itu, PL agak teruja setiap kali AJL. Baiklah, sekarang ini PL hendak berkongsi dengan kalian mengenai pandangan PL terhadap setiap persembahan dan lagu yang dipertandingkan. Pada tahun ini, sebanyak 12 lagu yang diiktiraf diantaranya terbaik sepanjang tahun 2012. Setiap lagu mempunyai sisi menarik dan keunikkan sendiri. 10 orang juri dipilih & uniknya sistem penjurian kali ini dimana ada juri-juri didatangkan khas dari Indonesia dan Singapura turut sama mengadili. PL berpendapat, sistem penjurian ini sangat bijak dan saksama kerana ini dapat mengelakkan berlaku ketidakadilan dan kata-kata sumbang mengenai sistem penjurian, memberi suatu taraf dalam penilaian kualiti sesebuah lagu mengikut antarabangsa, memperkenalkan bakat-bakat Malaysia ke luar negara dan dapat menjalinkan persahabatan diantara indsutri muzik negara Singapura dan Indonesia.
OMBAK RINDU : ADIRA Ft. HAFIZ
-Opening yang dijangka. Aaron Aziz jadi penambat hati penonton & idea sama seperti tahun lepas(Remy Ishak dalam persembahan Kisah hati). Susunan orchestra dipuji kerana berjaya menbangkit mood persembahan. Latar graphic macam tidak bersesuaian ngan mood lagu. Paduan vokal kedua-dua kdengaran tidak begitu harmoni. "Ending"nya juga seolah-olah meniru gimik persembahan Kisah Hati, dimana Alyah memeluk Remy Ishak. Cuma bezanya, Adira didukung Aaron Aziz. So cliche~~
PATAH SERIBU : SHILA AMZAH
-Opening yang menarik. Ternyata puisi yang dilafaz brjaya menbangkit mood persembahan. Shila brjaya membawa PL mnjadi turut sayu. Kawalan vokalnya nampak matang, mnunjukkn kedewasaannya didalam indsutri ini. Biarpun persembahannya nampak ringkas, namun berjaya memikat hati dngan penghayatannya. Kudos Shila!!
SIMETRI : HAZAMA Ft AMY SEARCH
-OMG!! Pembukanya yang seperti yang dijangka & SUPERB!! Showmanship dijangka dari seorang Rockstar!! Namun, terlalu banyak pelakon pentas menyebabkn adakalanya Amy Search & Hazama agak tenggalam kehadirannya. Tapi, kostum yang digayakan kedua-duanya amat menarik. Kawalan vokal juga mantap.
IDOLA : LAN & THE TYPEWRITER
-Opening yang berjaya menarik perhatian!! Kostum, mekap, penataan konsep yang memang awesome!! Vokal Azlan tak boleh dinafikn kehebatannya!! Cuma, yang agak mengelirukan apa yang ingin ditunjukkan/diterangkan oleh Costume Player yang memakai baju Jalur Gemilang tu? Ke hulu hilir mengikut Lan? Apapun, enjoy!!
PELANGI SENJA : STACY
-Penataan pentas yang memukau dengan latar belakang seperti lagunya. Sungguh dramatik dan mngasyikkan. Kali ini, Stacy nampak brhati-hati melantun vokalnya, tidak seperti persembahannya ketika semi-final. Tetapi, adakalanya mungkin terlalu mengawal nampak seperti "playsafe". Namun, keseluruhan persembahan ternyata Stacy berjaya menampilkan kelainan dirinya berbanding kebiasaannya. Syabas!!
LAGU : BO (BEDROOM SANCTUARY)
-Opening yang penuh warna-warni. PL menyukainya kerana ia adalah satu persembahan yang ringkas sebenarnya, namun ia berjaya mngangkat keindahan liriknya yg indah & ceria. sekaligus berjaya membuat PL tersenyum & sing along sambil menyaksikan persembahannya. Lagu ini sememangnya tidak memerlukan vokal yang lantang, cuma perlu penghayatan dan semangat ceria utk mmbawanya...hahaha. I luv it!!!
TANPAMU : AMIR JAUHARI
-Accapella opening= fresh& creative idea!! Bersesuaian dengan tema "eksperesi seni", tema pentas adalah galeri seni. Fun performances. Setiap musician: drummer, gitaris, back-up singer & setiap orang dipentas berjaya mng"happening"kan. Ternyata masing2 brsemangat memberi persembahan yang terbaik. Namun, melodi instrument trnyata lebih kuat, telah menenggelamkan vokal Amir yang serdahana & relaks.
TEMAN PENGGANTI : BLACK Ft RJ
-Jazz noir+ orchestra berjaya mengbangkitkan nuansa kesedihan pada lirik lagu ini. Idea pentas berputar agak unik kerana pertama kali digunakan dalam pentas AJL. Biarpun berlainan genre dan cara pembawaan lagu, keserasian antara Black dan RJ ternyata berhasil. Vokal mereka ternyata berpadu dengan baik ketika pngakhiran lagu. Keseluruhan, ke"sedihan"nya memukau.
TERUKIR DI BINTANG : AIZAT
-Biarpun digantikn oleh Aizat, entah mngapa lagu ni boleh "suit" dgn Aizat dgn baik sekali. Aizat kelihatan berjaya mencairkn ramai gadis-gadis dengan renungannya. Penampilannya ternyata berlainan dari kebiasaannya. Mengingatkan PL pada Allahyarham P.Ramlee didalam filem "Penjodohan" mendendangkan lagu "Hujan Di Tengah Hari". Vokalnya agak santai, bersesuaian dengan keserdahanaan dan keindahan melodi. Tema "Romantik di Paris" berjaya mengbangkitkan nuansa romantik. Terasa seperti sedang brcuti di Paris!!
KU AKUI : HAFIZ
-Hafiz terlalu mendalami dan menghayati lagu ini. PL turut terbawa merasai jiwa lagu ini. Semangat lagu ini meningkat selepas "bridge" berjaya meresap ke dalam jiwa PL. Hafiz berjaya meruntun hati PL dengan prsembahannya & PL turut mendengar bahawa Hetty Koes Endang(selaku juri jemputan) memberi standing ovation kepada Hafiz!! Sememangnya vokalnya stunning!!
ANDAIKU BERCINTA LAGI: MOJO
-Konsep "Glorious Mozart" berjaya memukau PL. Penampilan Marsha Milan Londoh sebagai Soprano Singer memang tepat & bersesuaian dengan vokalnya. Vokal Aweera sepatutnya dipuji, untuk penampilan pertama di pentas AJL. Biarpun lantang, namun jelas kedengaran setiap perkataan. Namun, nampak kurang penghayatan. Mungkin ingin mmberi lebih penumpuan pada kawalan vokalnya. Namun, agak mnarik jikalau orchestra ala2 Mozart itu dipanjangkan sehingga penghabisan lagu, bukan hanya pada permulaanya sahaja.
ANAK KAMPUNG: JIMMY PALIKAT Ft ONE NATION EMCEES
-Biarpun lagu bergenre pop+hip hop, elemen-elemen etnik seperti Dikir Barat, Sumazau, Ngajat berjaya diserlah & brjaya menjadikan lagu ini lebih istimewa. Melihat persembahan mereka mengingatkan PL pada Noraniza Idris. PL rasa, AJL ptut mengembalikan zaman kegemilangan pop etnik kembali. Vokal kedengaran brsahaja & serdahana. Namun, menghiburkan & menarik!!
Sekian ulasan mengenai setiap persembahan. PL juga turut menyenaraikan pemenang-pemenang pada malam itu:
PERSEMBAHAN TERBAIK: TEMAN PENGGANTI (BLACK Ft RJ)
VOKAL TERBAIK: KU AKUI (HAFIZ)
3rd: KU AKUI (HAFIZ)
2nd: IDOLA (LAN & THE TYPEWRITER)
1st: TERUKIR DI BINTANG (AIZAT)
PL mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yuna & Aizat yang berjaya memenangi hati-hati juri professional sehingga lagu Terukir Di Bintang berjaya diangkat menjadi Lagu Terbaik di AJL Ke-27. Semoga kemenangan mereka mampu membuka dan memberi ilham pada pemuzik-pemuzik di tanah air untuk menghasilkan karya yang bermutu.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah misteri yang berlaku di tingkat 13 KLCC, dikatakan kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.
Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jumaat) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.
Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.
Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.
Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ……… dan segera berkata ……..
Assalammualaikum. Semua orang tahu, Yuna adalah penyanyi, penulis/pencipta lagu, ikon fesyen, malahan usahawan juga. Well, selaras dengan gelaran ikon fesyen yang memulakan pelbagai trend tudung & turban sehingga mewujudkan istilah "hijabista", Yuna telah melancarkan sebuah magazine secara online di laman sesawang butiknya, IAMJETFUELSHOP dimana memaparkan trend-trend terkini dari pelbagai jenama, baju& aksesori terkini, panduan gaya yang semestinya dari Yuna sendiri. Semestinya Yuna turut mempromosi jenamanya melalui majalah online dan secara tidak langsung menjadikan Yuna sebagai ikon fesyen yang tersendiri. Selamat membaca!!!
Assalammualaikum, semua. Pagi ni, aku terjumpa satu ulasan yang aku rasa macam bodoh pun ada. Abang Ipar aku ada menyiarkan satu link berkisarkan kritikan mengenai filem yang aku rasa terbaik tahun ni, BUNOHAN dari Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. Urmm, sumpah lepas baca kritikan dia, aku macam melopong kejap, sambil menepuk dahi "mamai ke orang tua ni?'
Bukanlah bersandarkan sifat fanatisme terhadap BUNOHAN, jauh sekali cuba mengagung-agungkan filem ni. Tapi bagi aku, filem ni memang terbaik. Jauh lebih baik dari filem picisan-picisan yang ada dalam koleksi industri perfileman yang ada. Boleh aku senaraikan juga antara filem yang setaraf dengan karya-karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad (Gubra, Sepet, Muallaf), U-Wei Hj Saari (Kaki Bakar), Khabir Bhatia(Sepi, Cinta). Setakat nak membandingkan cerita Adnan Sempit, Hantu Bonceng..Aiyoo, people know which is better maa... Bohongla aku cakap aku tak tengok Hantu Bonceng, Adnan Sempit, Raya Tak Jadi, what ever else cerita-cerita murahan yang lain , tapi aku juz anggap itu filem yang tak lebih dari sekadar hiburan tak bermesej sahaja. Namun , berlainan dengan Dengan BUNOHAN, its totally out of league. Terlalu berlainan nak di banding dengan filem-filem murahan macam tu. Moh kita baca ulasan-ulasan dari Prof Madya Abu Hassan (jangan-jangan lebih kurang taste dia dengan Prof. Razak Mohieddin ni, suka buat filem mengarut-ngarut).
SEGELINTIR pengarah nampaknya berkhayal atau syok sendiri ketika menghasilkan sesebuah filem dari aliran seni.
Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, tanggapan seumpama itu boleh dilihat menerusi beberapa penghasilan filem sedemikian di negara ini kabur dan bercelaru atau boleh dikatakan carca marba.
Menurutnya, filem terbaru Bunohan misalnya di mana karya Dain Said itu yang lemah dramaturgi atau pada jalan cerita telah membuatkan karya tersebut tidak diterima masyarakat.
“Saya sanggup kata Bunohan adalah hasil seorang pengarah amatur berikutan ia penuh kekeliruan.
“Cerita di dalam filem itu jika dibandingkan dengan filem Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali (1984) sangat jauh, betapa lemahnya Bunohan.
“Apatah lagi untuk dibandingkan dengan filem Semerah Padi dan Sumpah Orang Minyak arahan Tan Sri P Ramlee serta Hang Jebat arahan Hussien Haniff,” ujarnya.
Menurutnya, supaya umum lebih jelas, beliau mengambil perbandingan antara filem Melayu klasik berkenaan dan Bunohan.
Baginya, Bunohan sebuah contoh karya yang disumbat dengan banyak perspektif hingga tidak difahami apa yang hendak ditawarkan apatah lagi untuk difahami.
Beliau berpendapat supaya mencontohi pengarahan P Ramlee yang berjaya menghidupkan Semerah Padi sebagai sebuah realiti kehidupan kerana perspektifnya adalah jelas.
“Kita contoh dalam babak ketika watak Aduka dan Dara berada dalam sebuah rumah. Itu dari perspektif Taruna iaitu tunang kepada Dara. Taruna yang bercerita dan sebab itulah yang disebat itu Aduka dan Dara. Bermaksud Taruna yang intai semua pergerakan mereka.
“Sementara Sumpah Orang Minyak dari satu perspektif iaitu si Bongkok yang cacat dan dihina masyarakat hingga akhirnya merajuk.
“Sama juga dengan filem Hang Jebat yang diadaptasi daripada teks Hang Tuah di mana ia mengangkat Hang Jebat yang merajuk hingga mengamuk kerana sistem (pemerintahan). Namun, apa yang ditawarkan Bunohan?”
Abu Hassan berkata, sehubungan itu ketiga-tiga filem Melayu lama berkenaan menjadi naskah hebat yang diterima masyarakat sejak dahulu hingga abad ini. Sebaliknya pengarah Bunohan menghasilkan filem atas keinginan sendiri tanpa sebuah proses menerbitkan filem yang betul.
Katanya, perlu diingat bahawa membaca filem bukan dari gambarnya sahaja tetapi luarannya adalah penting sama ada soal antropologi, sosiologi, psikologi mahupun georgrafinya, bukan carca marba.
Namun katanya, itu yang dikesan dalam filem kita, antaranya banyak perspektif, sinematografi cantik tetapi kosong, skrip yang sukar difahami malah lebih lemah apabila tidak disokong oleh elemen visual sedemikian.
“Kalau filem komersial mengabaikan ini, kita boleh beri alasan kerana ia filem murahan yang tidak perlu ditangani secara akademik. Bagi penonton, jika hendak jadi naskah sempurna maka harus jadi naskah sempurna. Sebaliknya jika hendak jadi naskah murah maka cukup untuk jadi naskah murahan.
“Jadi kita pun kata, kenapa orang tengok filem Hantu Bonceng dan Sembilu. Masyarakat mungkin kata, itu sudah memang filem murahan dan mereka sememangnya hanya mahu berhibur. Apa pula faedahnya menonton filem seni sekiranya tidak luar biasa seperti difikirkan,” ujarnya.
Abu Hassan berkata, sehubungan itu jawapan mengapa filem seni tidak laku, ialah kerana naskah itu sendiri yang lemah hingga ditolak oleh masyarakat. Bukan masalah polemik antara filem komersial dan seni.
“Kita tidak dapat nafikan bahawa penonton bijak apabila mereka menonton filem Godfather. Mengapa mereka tonton filem Hindi, Dil To Pagal Hai yang juga berat tetapi pada waktu sama tonton Kuch Kuch Hota Hai, sebuah teks yang sangat ringan.
“Kenapa penonton tengok filem Hantu Bonceng dan tidak mahu tengok Bunohan. Mesti ada masalah pada Bunohan kerana penonton yang pergi ke pawagam adalah sama.
“Kita tidak boleh menuduh masyarakat atau menyebelahi mana-mana pihak. Oleh kerana itulah, sutradara tidak boleh berkhayal mengarah karya untuk diri sendiri dengan mengatakan ‘aku bebas’ berkarya,” tambah Abu Hassan.
Katanya, filem yang dibikin dengan pengarahnya berkhayal hanya patut atau layak ditayang di pawagam milik pengarah itu sendiri bukan peringkat umum kerana jika hendak tayang kepada umum, karya seni mestilah suatu karya ajaib yang boleh diterima sebagai naskah luar biasa.
“Sebab itu orang ramai menonton Matinya Seorang Patriot dan tidak menolak filem Azura yang juga sebuah teks berat. Orang tidak tolak lakonan Ogy (Fauziah Datuk Ahmad Daud) dan juga filem Abang serta Tsu Feh Sofiah (arahan Datuk Rahim Razali, 1981).
“Namun orang menolak Azura 2012. Mesti ada persoalan. Masalah sekarang ialah, kita tidak faham masyarakat terlalu banyak menonton karya yang diterbitkan di pawagam, televisyen, satelit dan Youtube.
“Mereka telah menonton pelbagai filem seni dan komersial pelik tetapi puas. Oleh kerana itu, didapati tidak semua filem komersial juga berjaya,” ujarnya.
Menurutnya, filem komersial seperti Kembar Siam dan Karipap- Karipap Cinta yang menerima nasib seperti Bunohan menandakan, sudah ada parameter dalam kalangan masyarakat.
“Kenapa mereka tengok Hantu Bonceng. Saya tidak fikir kerana Zizan (pelakon) tetapi mereka percaya itulah filem komersial yang puas. Mungkin penonton tidak tengok Bunohan bukan kerana menentang sebuah karya baik tetapi mungkin penonton lebih awal memberitahu bahawa karya yang baik ini sebenarnya mempunyai masalah yang tidak sepatutnya. Jadi, kita mesti tengok situasi itu,” tegas Abu Hassan.
“Orang ramai hendak filem yang baik, yang mengangkat antropolgi, sejarah atau sosiologi bangsa dalam sebuah bentuk dramaturgi cerita yang sempurna sebagaimana filem Hang Jebat , Semerah Padi, Sumpah Orang Minyak, Abang dan Matinya Seorang Patriot.
“Orang hendak macam itu. Bagi masyarakat, lebih baik buat filem komersial sekiranya tidak sampai ke peringkat ini kerana setidak-tidaknya tidak menyakitkan hati,” katanya.
See?? Khasnya pada yang dah tengok BUNOHAN, apa yang korang fikir? Aku tertanya-tanya, rendah sangat ke mentaliti orang Malysia ni, sampai dia cakap penonton di Malaysia ni dah setup parameter mengenai kehebatan suatu karya? What can i say is itu terpulang pada masing-masing. Setiap orang ada persepsi & definisi yang berlainan mengenai sebuah karya. What are another meat is another poison: Tak semua orang ada pendapat yang sama. Tapi, bila seorang yang bijak pandai sendiri mengatakan yang sebaliknya, bukankah itu turut mengubah sedikit sebanyak tanggapan masyarakat pada suatu perkara? Dalam hal ni, aku pun ragu-ragu juga pada mulanya, sebelum menonton BUNOHAN. Apatah lagi, poster filem style era 90-an membuatkan aku rasa filem ni tak lebih tak kurang seperti filem Sembilu, Tragedi Oktober, Maria Mariana (bukan aku tak suka filem-filem arahan Yusof Haslam, cuma tak suka genre kebanyakkan filem romance). Tapi, durasi 1 jam lebih ternyata tak memuaskan aku langsung. BUNOHAN seolah-olah memaksa untuk aku menontonnya lagi untuk kali kedua, kerana banyak persoalan aku yang aku tak dapat tangkap & tak terjawab. Banyak siratan yang cuba diungkap mengenai mesej kekeluargaan, dendam, tradisi. Gaya penceritaan dari setiap watak-watak memang mengagumkan. Setiapnya ada misteri tersendiri: Adil (yang bagi aku naif dalam menentukan arah hidup), Bakar (sanggup lakukan apa sahaja untuk capai matlamat), Ilham (bergerak mengikut arus kehidupan). Watak sampingan seperti Pok Woh, Pok Eng yang memantapkan jalan cerita dengan nilai-nilai moral & tradisi yang diungkap melalui dialog-dialog mereka. Sesungguhnya, Bunohan bukanlah filem yang mudah. Ia memerlukan seorang pengarah yang bijak bermain minda & mampu membuat penonton terpaku memikirkan setiap persoalan dan kesimpulan yang ditawarkan dalam filem tersebut. Bagi aku, BUNOHAN wajar diangkat antara filem terbaik tahun ini. Menyuntik kata-kata Teguh Karya, pengarah tersohor Indonesia:
"Aku letakkan engkau pada watak-watak di layar. Sekiranya engkau dapat lihat diri engkau pada watak-watak rekaan aku, aku sudah berjaya dalam kerja aku."
Jelas, bayangan dalam kehidupan berjaya ditonjolkan dalam BUNOHAN. Ternyata, aku menyanggah pendapat Prof. Abu Hassan mengenai ulasannya yang mengatakan BUNOHAN adalah karya syok sendiri. Ternyata, tugas Daid Said sudah selesai. Dia berjaya menampakkan aku dalam BUNOHAN terjemahannya. Menyuntik ayat-ayat dari sedutan akhbar UTUSAN : artikel Manusia dan bayangan dalam Bunohan
Di akhir cerita, Pok Eng mengeluh: "Bagaimana semuanya ini boleh terjadi?" Pok Eng merenung tentang kemusnahan yang melanda keluarganya. Renungannya sudah pun terlambat. Sebagai 'pelakon' di pentas dunia, kita seharusnya lebih peka tentang diri sendiri dan bayangan yang memberi petanda, sebelum segalanya berakhir dengan 'pembunuhan'.
Assalammualaikum, wanita-wanita seluruh Malaysia. Disini, aku baru mendapat info dari sebuah page Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa Senyum. mengenai seorang peganggu seksual yang sekarang dikatakan suka mencari amngsa dengan menaiki KTM. Really awful kn? Dah tanggungjawab aku sebagai lelaki & rakyat Malaysia untuk membantu & memberi amaran sebagai langkah berjaga-jaga kepada wanita -wanita diluar sana yang menggunakan perkhidmatan KTM. Ni adalah maklumat dari saksi berserta gambar peganggu itu:
Hati2 pada sape2 yg naik komuter, especially tren ke Rawang. Plez beware ngan org ni. Saya baru je pas buat repot cover utk kes cabul td…citenye gini…
Selasa baru2 ni..saya tunggu tren mcm biasa kat platform 4 kl sentral..tgh2 tgu tu ada la mamat yg dlm gambar tu dtg dari blkg dan rapat blkg saya..sbb x selesa saya pun pandang blkg n tgk kat blkg dia x de org pun…tp dia masih nak rapat lg..saya cube elak ke kiri n kanan..tp masih dia ikut…saya pun pandang dia n mybe dia perasan n dia blah….
Apa yg sengal nye dia ni dgn pakaian yg sama dia muncul lg semalam dan beratur lg blkg saya..saya elak n dia x bejaya nak buat kat saya dia tp dia try kat sorg budak ni…sian dia…
Dlm tren dia buat keje tu…dia mmg bergesel dgn bdk pompuan ni dr KL sentral smpai la stesen sg buloh…bayang kan la dlm tren tu betapa ramai org mmg x leh nk ckp la..sampai je stesen sg buloh kami (saya ngan akak sorg ni) perasan yg kat seluar dia basah…saya pun trun n cari budak pompuan td nk tanye ape tejadi kat dia….bdk ni cite yg mmg dia ada rase ‘something; kat punggung dia…tp dia x tau ape bendenye…mmg saya tgk kat seluar bdk tu pun ada kesan “air’dia …mmg kurang ajar org ni…dgn muka puas dia tersenyum mase kluar dr tren…saya ada buat laporan kat KTM staff tp diorg ckp dia x de kuase nak tangkap…hampeh betul…kalu ikutkan smlm dah tertangkap dia ni…masalahnye time tu x de plak polis kat sg buloh station…
So if u all ada terserempak ngan dia ni hati2…sbb dia ni x kan berhenti memburu n buat keje x senonoh tu..dah la bau busuk…@%^$&%*&^.. Mmg dia taget penumpang2 tren ni sbb dia x kan kemana bila dah turun, dia akan naik tren semula n cari mangsa2…
So, kepada yang membacanya, tak kira lelaki perempuan diminta menyebarkan kepada semua orang agar pesalah ini dapat ditangkap & dikenakan tindakan. Amat penting langkah pencegahan diadakan agar tidak ramai yang akan mengikut jejak langkah peganggu seksual ini di masa akan datang & mengurangkan lagi jenayah seksual serta penindasan terhadap kepada kaum wanita. Kita sepatutnya berterima kasih kepada saksi ni (tak tau siapa) yang telah berkongsi maklumat ni. Sekian, terima kasih.
PS: sumpah aku geli baca info ni. Dahla muka mamat ni tak hensem, badan berbau lak tu (seperti mana dilapor oleh saksi). Macam mana lah ko boleh terfikir nak end up jadi peraba bersiri?
Assalammualaikum, semua. Kalau kita nak bercerita pasal curang, memang takkan habis coz curang ni sering berlaku & terjadi akibat banyak sangat sebab. Sampaikan pasal belacan pun orang boleh buat cerita pasal curang. hahahahahaha
"Engkau tahu kesukaan aku ialah belacan. Kenapa kau masak sayur asam tak mau campur belacan??!! Sekarang aku pancung leher kau!!"
Itu baru takat nak pancung, belum tengok lagi yang bergaduh nak rak lagi. Ada yang sampai gaduh baling barang rumah, gaduh main kejar-kejar(ala..macam dalam cerita Madu Tiga tu~), main merajuk la konon & paling naya, siap menderem pakai bomoh lagi. Pulak dah. hahhahahahaha
Ok. Zaman sekarang ni, tak tau apa nak kabo pasal orang kita, orang Malaysia. Baru-baru ni, ada satu kajian dibuat oleh Syarikat Kondom Durex (bukan Susu Dumex..hahaha) mengatakan yang orang Malaysia ni adalah ke-3 tertinggi kecurangan di dunia??!! OMG, biau bona cik tun oitt~~
Rakyat Malaysia di tangga ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia seperti yang dilaporkan oleh China Press.
Menurut tinjauan yang dilakukan, 33% lelaki di Malaysia mengaku bahawa mereka tidak jujur kepada pasangan-pasangan mereka. Negara Thailand pula 54% di tempat pertama di ikuti oleh Korea Selatan dengan peratusan 34%.
Russia dan Hong Kong di tangga ke-empat dan ke-lima dengan peratusan masing-masing 32% dan 29%.
Sebilangan 39% wanita di Malaysia juga mengaku bahawa mereka pernah mengkhianati pasangan. Dua negara di tangga teratas pula ialah Nigeria 62% dan Thailand 59%.
Wanita Russia di tangga ke-empat paling suka berlaku curang di dunia sementara Singapura di tangga ke -lima.
Tinjauan itu dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar kondom, Durex berdasarkan tinjauan terhadap 29,000 orang di 36 buah negara seluruh dunia.
Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa secara purata, lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup manakala Hong Kong dan Singapura di tangga teratas dengan jumlah 16 orang pasangan seks sepanjang hidup. Data ini adalah yang tertinggi di Asia.
So, apa pandangan korang? Apa nak jadi? Tak taula nak kata apa beb. Nak cakap lebih, aku ni bukannya kaunselor perkahwinan. Nak kata kajian ni tak betul, kalau tak salah aku ada hari tu aku terbaca surat khabar apa tah mengatakan peratusan kes penceraian di Malaysia semakin meningkat. Pulak dah. Tak tau nak koba apa seyh. Lepas ni, yang berkahwin tu, tolongla jaga perkahwinan anda. Tak kisahla anda yang laki ke, bini ke, tanggungjawab mempertahankan masjid anda terletak di tangan anda juga. Dah tu, takkan anda yang kahwin, mak bapak anda pulak yang nak protect kan? Biarpun apa-apa alasan sekalipun, sentiasa percaya pada ketentuan Allah S.W.T (bagi yang beragama Islam). Sentiasa anda mencari penyelesaian kalau ada masalah berlaku & sifat tolak ansur serta bermuafakat antara suami isteri amatlah digalakkan.
Kepada samada laki (mostly lelaki yang kuat curang..hahahaha) atau bini yang menggatal nak pasang luar, adalah dinasihatkan bawak-bawakla bertaubat. Ingatlah, perkahwinan itu adalah ibadat dan sunnah. Takde dalam sunnah suruh anda curang kepada pasangan anda. So, ingat-ingatlah janji-janji anda pada pasangan anda sekiranya terdetik nawaitu syaitan nak perdajal anda untuk berlaku curang. Renung-renungkan & selamat beramal!!
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'
Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'
'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'
'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'
'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?' Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,
- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).
- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.'
(Al-Mulk: 3).
- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.'
(Al-Haqah: 17).
- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.'
(Al-An'am: 160).
- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf
- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.'
(Al-Baqarah: 60).
- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.'
(At-Takwir: 18).
- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan
terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)
- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.'
(Luqman: 19).
- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..'
(Al-Anbiya':69).
- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).
- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci syurga itu?'
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'
Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'
Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '
Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.
Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga
orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.
Wallahua'lam
semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!
Assalammualaikum semua. Seperti sedia maklum, AIM 18 telah pun berlalu hampir seminggu lebih. tapi, macam orang cakap, rumah dah siap, pahat masih berbunyi. tak habis-habis lagi bunyinya. kalau bunyi sedap didengar, takpelah jugak. ni bunyi yang sampai kita tau naik berbulu jek. Apa kejadahnya?? hahahaha
Well, segalanya bermula pabila lagu Penakut oleh Yuna meraih kemenangan sebagai Lagu Terbaik didalam pencalonan tersebut. Kemenangan ni menjadi tanda tanya ramai orang coz katanya lagu ni tak sepatutnya tercalon sebagai lagu terbaik coz dah already kalah dengan lagu Sedetik Lebih oleh Anuar Zain di dalam pencalonan Lagu Pop Terbaik. So, memang menjadi kemusykilan la kiranya bila lagu yang tak menang pencalonan genre boleh menang Lagu terbaik (kater ko~~). Pendapat Yuna boleh dibaca melalui link ini.
seperti tuan punya blog dalam link tersebut, aku pun merasa malu & tak puas hati dengan penganjur AIM ini. Kalau macam ni punya masalah, sampai bila kita nak percayakan sistem juri yang tak telus ni? boleh pulak main tarik-tarik award. macam main passing-passing pulak. Sepatutnya perkara macam ni la yang tak patut berlaku dalam anugerah yang berprestij macam tu. senang-senang jek bagi alasan kesilapan penilaian untuk tarik balik kemenangan seseorang. yang kesiannya cik Yuna kita jugak. Nak buat macam mana? takde rezeki. nampaknya, penat lelah awak orang kita still tak hargai lagi. takpelah akak, miss Yuna still juara& legend bagi kebangkitan musik-musik aliran baru di Malaysia.
"nasib baik anugerah kembara tu tak ditarik sekali, kalau tak....
Setiap kali masuk je bulan puasa ni mesti banyak cerita-cerita lucu yang menggelikan hati. Semua aspek kehidupan seolah berbeza bila masuk je bulan puasa. dan masyarakat dari pelbagai lapisan, khususnya di Malaysia ada cerita untuk dikongsi:-
1. Budak-budak sekolah rendah: Mula buat muka sebab kena bangun sahur awal pagi. Bila balik sekolah, penat, curi-curi makan
2. Suami: stand-by balik awal. Kerja sepanjang bulan puasa slow and steady. By kul 4 dah siap bertolak balik rumah.
3. Anak-anak di perantauan: Ramadhan first dah pasang lagu raya, especially lagu Sudirman. tangkap leleh beb..Dah teringat rumah. Tu baru puasa hari first. Hari tu lah jugak teringat masakan mak. Yang belajar local, hari first memang cari chan (chance) je nak sahur bersama family kat kampung.
4. Family: Masuk je bulan puasa dah plan nak beli baju raya kat mana. Tambahan kalau dah dekat-dekat penghujung, Jalan TAR, dan seluruh KL-sesak beb. Diborongnya segala khazanah. Dengan kedai-kedainya sekali. Baju raya, langsir, kuih raya.
5. Anak-anak yatim: bulan puasa diorang demand skit. Kalau nak ajak jemput buka puasa, nak kena tengok diari dulu, free tak. Sebab kalau clash dengan jemputan berbuka kat hotel 5 star, buka puasa kecik-kecik kat surau ni tak main lah. (tak semua..Sebahagian kecil saja)
6. Imam-imam: budak-budak hafiz, kalau bulan puasa memang ramai yang dipanggil menjadi imam tarawih. Tapi nak jadi imam, kena tengok package nye. Tengok bayaran. Bayar cikai, package tak lengkaplah jawabnya. Kalau bayar sikit, boleh compare dengan bayaran ramadhan tahun lepas plak tu. Katanya, tahun lepas kat kawasan-kawasan dato' tu, diorang bayar 5k, takkan ni bayar skit je?...kalau nak boleh. tapi package tak lengkap. bacaan ringkas je. doa pun pendek je. hehehe... (tak semua.. sebahgian kecil)
7. Peniaga pasar Ramadhan: tak menang tangan para peniaga pasar Ramadhan ni. ada aje cara untuk tambah pendapatan. Lokasi pulak yang strategic. Booking tempat, kalau dengan DBKL berbulan-bulan awalnya. Itu pun kena mark up banyak. Tak pa. Ramadhan punya pasal.
8.Budak-budak bujang: Time ni lah tak payah nak susah2 pikir pasal makn. Tinggal buat diari planner je. Hari ni kat mana, esok kat mana. Rezeki bersepah-sepah. dari rumah orang dah kahwin, masjid, syarikat tempat kerja, atau rumah lecturer, rumah boss. Mana-mana pun boleh.
9. Orang-orang yang mengelat: orang yang nak mengelak lah tu. Ingatkan zaman dulu je ada orang-orang yang rumah kata pergi, kubur kata mari lari dari puasa. zaman sekarang pun masih ada lagi. Macam-macam alasan. Gastrik lah. Pastu gi makan sembunyi-sembunyi. Dah kene tangkap dengan JAWI baru nak tau malu. Esok keluar suratkhabar, Datuk 10 cucu ditangkap tak berpuasa.
10. Shopping mall: first puasa dah buat iklan untuk raya. sebesar-besar alam. berjenis-jenis. Sambutan bulan puasanya tak seberapa, tapi rayanya sakan bagai. Hotel-hotel pulak buat hidangan special sempena ramadhan. ingatkan ramadhan untuk besederhana, tapi kat hotel sumbat makanan dalam perut macam untuk setahun. Ye lah nak bagi berbaloi dengan duit yang dibayar.
Tu lah sebahagian coretan masyarakat kita kat Malaysia ni. Bulan Ramadhan bulan rezeki untuk semua. Saya cuma teringat kisah-kisah lucu tatkala menghampiri bulan mulia ini. Cerita-cerita di atas adalah sekadar celoteh ramadhan. Yang baik jadikan ikutan, buruk jadikan ingatan. Besederhana dalam Ramadhan. Selamat Berpuasa semua...
PS: time nila aku teringat...PIL PUASA..hahahahaha
Kata orang raya setahun sekali. Tapi setiap tahun keseronokannya berbeza bagi sesetengah orang. Ada yang makin seronok dan ada yang makin hambar barangkali.Terutamanya orang yang dah berumur macam saya. Anak dah dua tiga dan bajet pula banyak yang keluar nak balik kampung sendiri dan balik kampung orang rumah.Tapi, yang pasti, dalam agama, Ramadhan adalah penghulu segala bulan dan 1 Syawal pula adalah hari kemenangan bagi orang-orang yang beriman.
Apabila diimbas semula, ternyata zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan bagi sesiapa pun - kecualilah bagimereka yang kurang bernasib baik. Yang jadi mangsa dera, mangsa perceraian,mangsa pengabaian ibu bapa dan sebagainya. Dan, keseronokan waktu bulan puasa serta hari raya adalah keseronokan yang tak terhingga bagi kanak-kanak. Apalagi kalau hari raya tu jatuh waktu musim cuti sekolah.
"Dam, dam, dum... bunyi mercun. Kanak-kanak datang berduyun-duyun". "Miskin kaya memakai baju baru warnawarni....", "Minta mak, kuih sepotong. Saya mahu makan kerna perut kosong". Semua lirik-lirik ini menggambarkan betapa seronoknya menyambut hari lebaran. Setiap kali berkemundang lagu-lagu nostalgia ini, setiap kali itu jugalah, secara automatik pastinya minda kita mengimbau semula kenangan 10, 20 atau 30 tahun lepas.
Sewaktu zaman kanak-kanak saya dulu, pada tahun70an. Meriam buluh belum diharamkan. Mercun pun. Kadang-kadang pakai kabaid untuk buat meriam. Asal masuk ramadhan, memang setiap petang dan malam selepas terawih, bunyi dentuman meriam bersahut-sahutan tanpa henti. Seolah-olah berlawan antara satu kampung dengan kampung sebelah. Biasanya waktu malam kalau bulan Ramadhan memang semua orang kampung berkumpul di surau sembahnyang terawih. Syoknya makan mi rebus moreh. Apalagi, kita ni anak orang susah.Jarang-jarang makan mi rebus yang ada daging, ayam, udang dalamnya. Tapi, kalau moreh, mi rebus, roti jala, mi goreng dan sebagainya memang mewah. Selain makanannya yang sedap, barang kali itulah nikmat yang Tuhan bagi sebab makan selepas sunat terawih.
meriam buluh
Malam-malam, kalau bukan pasal Ramadhan memang tak boleh nak ke mana-mana. Memang waktu untuk menelaah buku pelajaran. Tapi,istimewanya bulan puasa, kanak-kanak dapat lesen besar. Lepas sembahyang terawih, selalunya kami berkumpul ramai-ramai. Macam-macam permainan, polissentri, main sembunyi-sembunyi dan berbagai-bagai lagi. Dulu, ibu bapa tak risau anak main-main tengah malam. Bukan ada orang jahat pun. Paling syok kalau7 malam terakhir. Semua rumah di kelilingi dengan pelita terang benderang.
Sebelum pengharaman mercun, memang meriah pesta bunga api dan mercun ni. Teringat pulak masa tahun 80an, umur dah remaja.Teknik bermain pun makin tambah brutal. Bayangkan, tiap-tiap malam main perang macam Iran-Iraq dulu. Pakai mercun lidi dan mercun telur. Memang kita tak sehebat seperti mat rempit zaman sekarang. Tapi, sempatlah juga rambut hangus dan kepala berasap kena mercun lidi. Kerja bodoh tapi memang seronok.
Tapi, sekarang ni. Kesian saya tengok anak-anak saya. Duduk kawasan perumahan, bandar besar macam KK, nak keluar rumah pun takut-takut. Kita pun tak bagi. Kalau balik kampung barulah mereka seronok sikit. Kita sendiri pulak, bila hari raya, perasaan seronok tu bercampur baaur dengan perasaanberdebar-debar. Seronok kalau dapat jumpa semua adik-beradik dan sahabathandai. Tapi, bedebar-debar memikirkan bajet yang mungkin banyak lari selepas raya nanti.
Kisah 2
Walaupun saya nih muda lagi, tapi zaman macam tu sempat gak rasa. Masih dalam zaman meriam buluh kalau kat kampung. Cuma saya tak tinggal kat kampung (jadi saya terlepas bahagian meriam buluh tu... Sedihnya... hehehe...). Tapi macam yang bro bwan cakap, kebanyakan ibu bapa zaman tu memang tak kasi anak2 kuar malam sangat. Tapi masa ramadhan adalah malam yang agak bebas bagi kanak2. Terawikh buat lapan rakaat jer. Abis kul 9.30 paling2 lewat. Tapi sampai rumah adalah dalam kul 11.30 atau 12.00 malam. Mana tidaknya. Dengan acara perang mercun lah, main bunga api lah, game2 kampung lain lah (polis sentri, sembunyi2, etc...) dan lain2 lagi. Balik umah jer bukan kena marah sebab lambat tapi sebab baju melayu berlubang sana sini kena bedilan mercun pihak tentera musuh. Hahaha... Indahnya zaman tu. Zaman yang tidak ada erti "duduk bersendirian mengadap ps3 lagi bagus" macam kanak2 zaman ini.
Tapi kini semuanya dah berubah... Tak sama malah boleh dikatakan jauh sekali. Tapi adat la. Zaman akan sentiasa berubah... Sekarang ni merupakan tahun pertama saya beraya bersama kdn. Dan juga tahun pertama beraya tanpa seorang insan yang bergelar ibu... Suasana dah lain. Tah macam mana la agaknya. Mungkin juga akan jadi tahun pertama saya beraya dalam tangisan. Siapa tahu... Tapi apa sekalipun, nostalgia zaman kanak2 dulu tetap dalam ingatan...
Kisah 3
Mmg tak nafikan sambutan ramadhan dan syawal setiap tahun kebelakang ni makin hambar.tp mungkin saya sorang je yg terasa begitu kot.mungkin bro2 yg lain ok je dan makin meriah.saya blh lihat budak2 skrg pun dah tak bersemangat sgt menyambut ramadhan mcm saya masa budak2 nakal dulu2..dulu saya dan geng2 cukup rajin ke surau atau ke masjid join org terawih walaupun ada kalanya kami tak terawih tp sekadar nak melepak2 je pastu menyelit time moreh..hehehhe.budak2 time skrg lak saya tgk lepas berbuka puasa lebih suka berkumpul kat simpang2 jln,bawah2 lampu jln,atau kat taman2 perumahan.ni saya duduk kat kawasan kampong,klu kat pekan2 atau Bandar tak tau la macamana..
Ttg bunga api dan mercun lak lg la sedih..saya bukan la nak membelakangkan undang2 negara,tp kesian gak kat budak2 yg dah takleh main bunga api dan mercun sgt (tp ada gak yg main sbb masih boleh dibeli kat sesetengah tempat dan juga tokan2 mercun).dulu saya cukup suka main bunga api.thunderclap,mercun katak,air bomb,cili kering,mercun naga,mercun cili padi,mercun cina,mercun lalat,mercun ayam,paying terjun,kereta kebal..dll..skrg ni yg blh jumpa pun bunga api lidi,bunga api besi,mercun bola dan jenis2 yg bahaya je..sbb tu undang2 bunga api pun makin ketat sbb mercun2 yg selamat dah susah nak jumpa..
Kisah 4
Masa dulu, awal pagi raya memang suasana yang sungguh syahdu. Pagi-pagi mandi, lepas tu pakai baju baru, cium tangan mak bapak. Lepas sembahyang, habis semua rumah jiran satu kampung kita serbu. Punya seronok walau pun masa tu satu rumah biasanya dapat seposen je. Kalau rumah cikgu ke atau rumah orang berada sikit, dapat la dua posen atau rekod saya lima puluh sen satu rumah. Itu macam dah kena loteri masa tu. Tak cukup jiran kampung sendiri, boleh pulak seberang ke kampung sebelah.
Tapi anak-anak kita sekarang, bukan kata nak bertandan ke rumah jiran, kita nak bawa pergi rumah saudara mara pun tak mahu. Semua nak melepek kat TV tengok rancangan TV sempena hari raya.
Assalammualaikum, semua. Seperti sedia maklum, sekarang ni, semua pengkaji& ahli-ahli falak duk standby(termasuk bapak aku) tunggu time nak tengok anak bulan, menunjuk bermulanya ibadah puasa seluruh umat Islam di dunia ini. So, nak diceritanya betapa "excited"nya aku nak menyambut bulan mulia yang penuh berkat ni. Alkisahnya dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ni selain bulan dimana kita menahan lapar haus disiang hari, bulan ni juga adalah bulan ujian pada ummatNya untuk melawan gelora nafsu, menjaga adab tertib, memelihara&meningkatkan ketakwaan serta menambahbaikkan keimanan kita pada Allah S.W.T.
Antara aktiviti ibadah yang aku suka buat pada sepanjang bulan Ramadhan adalah solat Tarawikh. Solat Tarawikh memang takde dalam bulan yang lain, sebab tu salah satu istimewanya bulan ramadhan adalah solat Tarawikh. Solat Tarawikh ni memang satu kenangan dari kecil aku dibiasakan mak& abah aku pergi surau/masjid setiap bulan Ramadhan menjelang. Waktu kecik-kecik dulu, kalau dapat habiskan sampai 8 rakaat pun dah kira bangga(siap cerita-cerita kat mak lagi..hahaha). Sekarang ni, walaupun sibuk dengan tanggungjawab+kerja seharian, seboleh-bolehnya aku tetap cuba untuk solat Tarawikh, sebab itulah yang aku suka pasal bulan Ramadhan.
Istimewanya bulan Ramadhan ni juga terletak pada malam yang ke-sepuluh terakhir. Malam ni juga amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang hauskan keredhaan& ganjaran yang diberikan oleh Allah S.W.T. Itulah Malam Lailatul Qadar yakni Malam Seribu Bulan. Ada disebut dalam Surah Al-Qadr:
Maksudnya:
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
Berikut adalah pengertiaan Surah Al Qadr yang khususnya menceritakan malam Lailatul Qadar yang menjadi bukti janji Allah S.W.T andai sesiapa hambanya yang beribadah serta memperolehi keberkatan Lailatul Qadar itu. Dari kecil jugak, Ustazah aku sering menceritakan keistimewaan malam Lailatul Qadar. Katanya, malam tu adalah malam yang paling ganjil dalam bulan Ramadhan. Malahan, keistimewaan malam Lailatul Qadar cuma disedari mereka-mereka yang tertentu sahaja, kata ustazahku. Wallahualam.
Selain itu, Bulan Ramadhan telah menjadi saksi pelbagai peristiwa besar dalam Islam. Mari kita hayati& renungkan kisah bulan yang istimewa ini:
Bulan diturunkan al-kitab
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
Peristiwa Badar
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
Islam membuka Kota Mekah
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.
Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad ke Tabuk
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.
Islam sampai ke Yaman
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
Khalib Bin Al-Walid Meruntuhkan berhala Al ‘Uzza
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.
Penyerahan Bandar Taif
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
Pembukaan Andalus (Sepanyol)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.
Peperangan Zallaqah: Portugal
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.
Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
Peperangan Yakhliz
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
Tertawannya garis Bar lev, Israel
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.
Semoga kita berjaya melalui bulan yang penuh ujian ini& serta memperolehi hidayah dariNya. Aku, Izzy Izzudin, Si penglipur lara mengucapkan pada anda semua Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Marilah sama-sama merebut cinta& kasih sejati dari Allah S.W.T. Assalammualaikum.