Blogger news

Jumaat, 15 Julai 2011

HARAPAN: Inspirasi& Dedikasi untuk K'ekin

Sorry for poor editing(arwah tak tutup aurat dalam gmabar asal, jadi PL edit supaya auratnya dijaga)
Assalammualaikum, kepada semua. Entry kali ni mungkin agak personal sikit, but it’s ok untuk berkongsi.

Actually, entry ni dibuat khas sempena perginya Allahyarhamah Nurul Ashikin bt Md Noor (5 April 1984-9 Julai 2001), kakak aku yang selalu ada untuk aku, sepanjang hayatnya. Selalu ada disisi untuk satu-satunya adik lelaki dia. Yup, aku kiranya adik kesayangan dia.
Selain dari emak, K’ekin(gelaran aku kepada dia) adalah tempat aku bermanja. Tempat aku membesar. Dia yang selalu back-up aku kalau aku bergaduh dengan kakak-kakak aku yang lain. Dia yang rajin mengajar aku matematik. Kadang-kadang ada masa dia masak, dia akan masak chicken sweet sour(makanan favourite aku waktu childhood& i really missed it). Dia, kakak yang baik menjaga adik dia yang degil ni. Haha

Banyak sifat arwah yang aku kagum. K’ekin antara pelajar terbaik di sekolah. Dikagumi oleh semua pelajar& guru di sekolah dia coz antara pelajar terbaik, terutama dalam bidang sains biologi. Meskipun K’ekin tak sempat melangkah ke SPM, tapi dia berjaya mencapai A1 untuk biologi pada percubaan, biarpun kanser yang menyerang sudahpun tahap kritikal. K’ekin sangat friendly. Dia tak kisah berkawan dengan sesiapapun, tak lokek berkongsi ilmu sehingga disenangi semua. Biarpun ditahan di wad, sifat yang ada tak pernah berkurang. K’ekin masih gigih belajar biarpun ditangguhkan SPM& menjalinkan persahabatan dengan pesakit lain(seorang hamba Allah yang sebaya dengan K’ekin, pesakit kanser& meninggal dunia selang 14 hari selepas K’ekin).

Meskipun dah hampir 10 tahun kembalinya K’ekin, aku masih teringat arwah. Sejak insiden jatuh bas sehingga saat terakhir aku iringi dia masuk ke dalam kereta, aku masih teringatkan arwah, dalam banyak bait-bait hidupku. Seperti dia ada untuk aku, aku sebagai adik juga menyokong dia, cuma aku waktu tu masih kecil& tak memahami apa-apa lagi keperitan hidup dia(itulah perkara yang mungkin sesali sampai sekarang). Aku akui masih terkilan dengan sikap aku yang waktu tu, terlalu kebudak-budakkan(meskipun aku cuma 10 tahun), aku terlalu susah untuk memahami arwah yang sakit ketika tu. Aku mengaku pernah marahkan k’ekin& mengejek “botak” coz waktu tu semua rambut dia gugur akibat kemoterapi. Waktu tu, aku memang tak faham apa-apa. Tapi, k’ekin masih melayan aku dengan sabar& tenang, meskipun kanser mula menjalar dalam diri dia perlahan-lahan. Sehingga hari ni, aku masih agak terkilan coz tak sempat minta maaf atas kedegilan& kebodohan aku.

Sepanjang 2 tahun, hospital menjadi rumah ke-2. Setiap jumaat, abah akan bawa aku bermalam di rumah mak usu di Kuala Lumpur untuk menjenguk K’ekin di HUKM. Kesemua cuti mak sepanjang tahun digunakan untuk menjaga K’ekin di hospital. Besar kasih mak menjaga K’ekin sehingga akhir hayatnya. Dari HUKM, berpindah ke PPUM. Usaha berterusan, namun gagal. Tiada perubahan. Meskipun semuanya dalam keadaan buntu, namun K’ekin tak pernah berputus asa. Kesempatan masa terluang di wad, digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Biarpun dalam hati dia agak terkilan tak dapat menelaah sewajarnya di sekolah, itu bukan pilihan untuk dia. Dari saat itu, katanya dia kini bertekad untuk menjadi doktor. Menjadi doktor untuk merawat pesakit kanser seperti dia. K’ekin sentiasa kuat semangat& percaya pada harapan. Ada masa perlepasan dari wad, hari-harinya tidak dirumah. Sebaliknya K’ekin berkeras ke sekolah, biarpun bertongkat sebelah. Dia sentiasa berdoa pada Allah S.W.T untuk masa depan yang cerah, meskipun mendung untuknya waktu itu. Dia berserah pada qada& qadar. Penyakit yang dihadapi bukan kata putus untuk kehidupannya, meskipun dia tahu saatnya.

Sepanjang hayat, arwah sentiasa cuba mendekatkan dirinya pada Allah S.W.T. Solat sentiasa cuba dipenuhi, meskipun K’ekin sudah tidak mampu bersujud ketika itu. Dia melakukan sedaya yang termampu untuk mendekatkan diri pada Allah S.W.T. Hati arwah sentiasa penuh dengan harapan. Tak ada sesalan. Dia tak menyalahkan sesiapa pun atas ujian yang dia hadapi. Biarpun permulaan, dia agak sukar menerima hakikat, lama-kelamaan K’ekin sendiri redha akan ujian yang diterima. Ada masa, airmata K’ekin akan luluh juga menahan perit kanser yang merebak dalam diri. Tangisan luluh bukan kerna putus asa, tapi kekuatan dalam hati menerima kepayahan ujian yang Allah S.W.T bagi.

Masa hampir sampai penghujung. Penawar tidak mampu menawarkan kanser tulang yang menyerang K’ekin. Keadaan memaksa untuk membawa K’ekin untuk ke Kuala Terengganu untuk bertemu pakar tulang disana. Pagi ahad itu, aku sempat menonton Cardcaptor Sakura dengan K’ekin, yang aku tak sangka untuk bersama kali terakhir. Aku berbual dengan K’ekin seperti biasa. Dalam keadaan begitu, dia tenang sperti biasa. Tapi dalam hati, aku simpati namun kagum dengan arwah ketika itu. Dia masih mampu tersenyum melihat anime kegemaran kami berdua. Biarpun dalam kedegilan& kebodohan aku, aku cuba untuk memahami situasi kakak aku. Aku akui, K’ekin sering menjadi inspirasi aku. Ketabahan, kesabaran, bijaksana, sifat sebagai ketua sering jadi ikutan, adakala aku cuba terapkan dalam diri. Sehabis Cardcaptor Sakura, aku tak sedar mak& abah sudah pun mengemas barang ke dalam kereta untuk bertolak ke Kuala Terengganu. Aku terlalu berharap masa aku & K’ekin untuk pagi itu dapat dipanjangkan lagi. Masa tambahan untuk kenangan selama-lamanya. Aku berharap Sakura bersusah payah untuk menangkap kad kemanisan, agar siri Cardcaptor Sakura dapat dipanjangkan lagi. Tapi, bagaimana manisnya mimpi, kita tetap akan bangun dari tidur untuk menghadapi kenyataan bahawa itulah saat yang akan aku ingat buat selama-lamanya sebelum pergi. K’ekin dipapah abah untuk dibawa masuk ke dalam kereta. Waktu itu, biarpun tak rela, aku hanya memerhati dengan hati sayu. Aku cuma mampu mencium& melambai selamat tinggal kepada K’ekin. Lambaian tersambut dengan senyuman arwah sebelum dia pergi, hilang dari pandangan karangan rumah. Di beranda rumah aku keseorangan, buat pertama aku menangis dalam hati, memohon ketemukan harapan yang selama ini K’ekin perjuangkan.

Malam itu, aku& kakak aku bermalam di rumah mak(mak teh yang aku anggap “mak” jugak). Mak tak henti-henti menangis menelefon mak aku di Kuala Terengganu& solat hajat malam tu memohon agar K’ekin dapat sembuh. Malam tu, aku tidur dalam memikirkan nasib kakak yang disayangi. Apakah takdir untuk dia sudah tertulis? Apa keputusan pemeriksaan? Apakah dia dibedah? Semua perkara bermain dalam fikiran, melihat mak masih tak luntur berdoa& membaca Al-Quran di tengah malam meminta kesempatan untuk K’ekin untuk membesar seperti remaja seusia sepertinya. Aku tidur dalam tangisan.

9 julai 2001, 4 pagi, aku dikejutkan. Aku termangu, untuk apa bangun seawal ini untuk ke sekolah?

“Din, bangun din. Kakak kau dah takde, din..”

Aku tergaman dalam bingung,

“Meh, bangun. Kita balik, bersihkan rumah kau.”

Sepanjang dalam perjalanan, Aku bagai bingung, biarpun aku dengar apa yang mak katakan, K’ekin dah tak ada. Sampai di rumah, aku menolong mak mengatur perabot& barang-barang dalam rumah. Aku membuat segala-gala seolah-olah aku terlalu bingung tentang apa yang berlaku. Mak, aku dan kakak mengemas rumah. Manakala, Ayah(Pak Teh yang aku anggap “ayah” juga) memanggil tok imam & khairat kematian. Sesubuh pukul 6, tiba-tiba datang sebuah ambulans. Aku lihat didalam ada emak bersama sekujur tubuh yang tertutup dengan kain. Emak ternyata masih sendu & disambut pelukkan simpati dari Mak. Manakala sekujur tubuh itu dibawa masuk ke ruang tamu& diletakkan diatas tilam yang disediakan mengikut kiblat. Mak, emak, Tuo(nenek aku) menyelakkan kain putih itu untuk memperlihatkan wajah si jenazah itu. Itulah K’ekin, yang dulunya gadis riang& bijak, kini cumalah tubuh kaku tak bernyawa lagi.

Selepas pemandian jenazah& bacaan yassin dilakukan, K’ekin dikebumikan pada pagi pukul 10. Aku turut mengiring jenazah K’ekin ke kubur. Waktu tu, tisu yang ada kat tangan habis lunyai meresap airmata yang tak henti-henti mengalir sejak pagi. Aku sendiri menyaksikan seorang yang sayangi ditanamkan di dalam tanah sedalam 6 kaki itu sendiri. Hiba terasa mendengar talkin dibaca, sayu melihat wajah kesayangan kini ditimbus buat selama-lamanya. Saat itu, adalah sukar untuk kanak-kanak 10 tahun memahami erti perpisahan. Aku tak sangka, orang yang selalu disisiku, teman baikku, kakak yang selalu membelikan aku jajan sebaik pulang sekolah, kini tiada lagi. Ketika biasa, aku selalu menangis& mengadu masalahku pada K’ekin. Kini, bila menangis, riba siapa hendak ku cari? Siapa yang sanggup mendengar masalah aku menyelesaikan soalan matematik? Siapa yang aku tunggu kepulangannya tiap hari? Waktu itu, hanya Allah S.W.T yang tau.

Kini 10 tahun berlalu, kenangan arwah masih ada. Kisah hidupnya, aku teladani sebaik mungkin untuk aku harungi hidup. Untuk 10 tahun ni, banyak peristiwa dalam hidup yang aku mengajar aku berdikari tanpa bantuan sesiapa. Ia membuatkan aku menjadi seorang yang mempunyai hala tuju, sabar, penyendiri& memerhati, serta menganalisis orang disekeliling. Aku menjalani hidup penuh warna-warna ragam manusia, namun jauh di sudut hati aku kesepian. Aku masih tak menemui rakan yang mampu mengantikan K’ekin. Kawan yang ada untukku& aku ada untuk dia. Aku kini berusaha untuk menyambung usaha K’ekin untuk membantu pesakit-pesakit untuk menemui kemungkinan untuk pulih& menemukan harapan untuk mereka yang hampir putus asa. Meskipun hanyalah jawatan juru x-ray, aku berharap setiap imej radiograf yang terhasil mampu membantu doktor-doktor memberi diagnosis terbaik untuk pesakit-pesakit ini. Aku harap dapat membantu sedaya mungkin memberi khidmat terbaik kepada semua orang yang memerlukan, seperti K’ekin andai dia masih ada lagi.

PS: Jauh disudut hati, aku berharap K’ekin berbangga dengan aku, meskipun aku bukanlah juru x-ray yang terbaik& dicemuh orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...