Blogger news

Rabu, 28 Mac 2012

Alyah-Kisah Hati (lyric included)


Assalammualaikum. Sekarang ni, aku tak tau kenapa aku gilakan lagu ni. Lagu ni memang sedih bagi aku. Kalau siapa-siapa yang baru kehilangan tunang/kekasih/suami/isteri ke, janganlah dengar lagu ni. Karang haru biru menangis meraung, dah payah pulak nak memujuk pulak. Tapi, lagu ni memang sangatla best menusuk kalbu gila la.....tambah lagi VC dia yang kewl abizz...HAYATILA LAGU NI!!!!

Selasa, 27 Mac 2012

BUNOHAN: karya syok sendiri? PLEASE!!!!


Assalammualaikum, semua. Pagi ni, aku terjumpa satu ulasan yang aku rasa macam bodoh pun ada. Abang Ipar aku ada menyiarkan satu link berkisarkan kritikan mengenai filem yang aku rasa terbaik tahun ni, BUNOHAN dari Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. Urmm, sumpah lepas baca kritikan dia, aku macam melopong kejap, sambil menepuk dahi "mamai ke orang tua ni?'


Bukanlah bersandarkan sifat fanatisme terhadap BUNOHAN, jauh sekali cuba mengagung-agungkan filem ni. Tapi bagi aku, filem ni memang terbaik. Jauh lebih baik dari filem picisan-picisan yang ada dalam koleksi industri perfileman yang ada. Boleh aku senaraikan juga antara filem yang setaraf dengan karya-karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad (Gubra, Sepet, Muallaf), U-Wei Hj Saari (Kaki Bakar), Khabir Bhatia(Sepi, Cinta). Setakat nak membandingkan cerita Adnan Sempit, Hantu Bonceng..Aiyoo, people know which is better maa... Bohongla aku cakap aku tak tengok Hantu Bonceng, Adnan Sempit, Raya Tak Jadi, what ever else cerita-cerita murahan yang lain , tapi aku juz anggap itu filem yang tak lebih dari sekadar hiburan tak bermesej sahaja. Namun , berlainan dengan Dengan BUNOHAN, its totally out of league. Terlalu berlainan nak di banding dengan filem-filem murahan macam tu. Moh kita baca ulasan-ulasan dari Prof Madya Abu Hassan (jangan-jangan lebih kurang taste dia dengan Prof. Razak Mohieddin ni, suka buat filem mengarut-ngarut).

SEGELINTIR pengarah nampaknya berkhayal atau syok sendiri ketika menghasilkan sesebuah filem dari aliran seni.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, tanggapan seumpama itu boleh dilihat menerusi beberapa penghasilan filem sedemikian di negara ini kabur dan bercelaru atau boleh dikatakan carca marba.

Menurutnya, filem terbaru Bunohan misalnya di mana karya Dain Said itu yang lemah dramaturgi atau pada jalan cerita telah membuatkan karya tersebut tidak diterima masyarakat.

“Saya sanggup kata Bunohan adalah hasil seorang pengarah amatur berikutan ia penuh kekeliruan.

“Cerita di dalam filem itu jika dibandingkan dengan filem Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali (1984) sangat jauh, betapa lemahnya Bunohan.

“Apatah lagi untuk dibandingkan dengan filem Semerah Padi dan Sumpah Orang Minyak arahan Tan Sri P Ramlee serta Hang Jebat arahan Hussien Haniff,” ujarnya.

Menurutnya, supaya umum lebih jelas, beliau mengambil perbandingan­ antara filem Melayu klasik berkenaan dan Bunohan.

Baginya, Bunohan sebuah contoh karya yang disumbat dengan banyak perspektif hingga tidak difahami apa yang hendak ditawarkan apatah lagi untuk difahami.

Beliau berpendapat supaya mencontohi pengarahan P Ramlee yang berjaya menghidupkan Semerah Padi sebagai sebuah realiti kehidupan kerana perspektifnya adalah jelas.

“Kita contoh dalam babak ketika watak Aduka dan Dara berada dalam sebuah rumah. Itu dari perspektif Taruna iaitu tunang kepada Dara. Taruna yang bercerita dan sebab itulah yang disebat itu Aduka dan Dara. Bermaksud Taruna yang intai semua pergerakan mereka.

“Sementara Sumpah Orang Minyak dari satu perspektif iaitu si Bongkok yang cacat dan dihina masyarakat hingga akhirnya merajuk.

“Sama juga dengan filem Hang Jebat yang diadaptasi daripada teks Hang Tuah di mana ia mengangkat Hang Jebat yang merajuk hingga mengamuk kerana sistem (pemerintahan). Namun, apa yang ditawarkan Bunohan?”

Abu Hassan berkata, sehubungan itu ketiga-tiga filem Melayu lama berkenaan menjadi naskah hebat yang diterima masyarakat sejak dahulu hingga abad ini. Sebaliknya pengarah Bunohan menghasilkan filem atas keinginan sendiri tanpa sebuah proses menerbitkan filem yang betul.

Katanya, perlu diingat bahawa membaca filem bukan dari gambarnya sahaja tetapi luarannya adalah penting sama ada soal antropologi, sosiologi, psikologi mahupun georgrafinya, bukan carca marba.

Namun katanya, itu yang dikesan dalam filem kita, antaranya banyak perspektif, sinematografi cantik tetapi kosong, skrip yang sukar difahami malah lebih lemah apabila tidak disokong oleh elemen visual sedemikian.

“Kalau filem komersial mengabaikan ini, kita boleh beri alasan kerana ia filem murahan yang tidak perlu ditangani secara akademik. Bagi penonton, jika hendak jadi naskah sempurna maka harus jadi naskah sempurna. Sebaliknya jika hendak jadi naskah murah maka cukup untuk jadi naskah murahan.

“Jadi kita pun kata, kenapa orang tengok filem Hantu Bonceng dan Sembilu. Masyarakat mungkin kata, itu sudah memang filem murahan dan mereka sememangnya hanya mahu berhibur. Apa pula faedahnya menonton filem seni sekiranya tidak luar biasa seperti difikirkan,” ujarnya.

Abu Hassan berkata, sehubungan itu jawapan mengapa filem seni tidak laku, ialah kerana naskah itu sendiri yang lemah hingga ditolak oleh masya­rakat. Bukan masalah polemik antara filem komersial dan seni.

“Kita tidak dapat nafikan bahawa penonton bijak apabila mereka menonton filem Godfather. Mengapa mereka tonton filem Hindi, Dil To Pagal Hai yang juga berat tetapi pada waktu sama tonton Kuch Kuch Hota Hai, sebuah teks yang sangat ringan.

“Kenapa penonton tengok filem Hantu Bonceng dan tidak mahu tengok­ Bunohan. Mesti ada masalah pada Bunohan kerana penonton yang pergi ke pawagam adalah sama.

“Kita tidak boleh menuduh masyarakat atau menyebelahi mana-mana pihak. Oleh kerana itulah, sutradara tidak boleh berkhayal mengarah karya untuk diri sendiri dengan mengatakan ‘aku bebas’ berkarya,” tambah Abu Hassan.

Katanya, filem yang dibikin dengan pengarahnya berkhayal hanya patut atau layak ditayang di pawagam milik pengarah itu sendiri bukan peringkat umum kerana jika hendak tayang kepada umum, karya seni mestilah suatu karya ajaib yang boleh diterima sebagai naskah luar biasa.

“Sebab itu orang ramai menonton Matinya Seorang Patriot dan tidak menolak filem Azura yang juga sebuah teks berat. Orang tidak tolak lakonan Ogy (Fauziah Datuk Ahmad Daud) dan juga filem Abang serta Tsu Feh Sofiah (arahan Datuk Rahim Razali, 1981).

“Namun orang menolak Azura 2012. Mesti ada persoalan. Masalah sekarang ialah, kita tidak faham masyarakat terlalu banyak menonton karya yang diterbitkan di pawagam, televisyen, satelit dan Youtube.

“Mereka telah menonton pelbagai filem seni dan komersial pelik tetapi puas. Oleh kerana itu, didapati tidak semua filem komersial juga berjaya,” ujarnya.

Menurutnya, filem komersial seperti Kembar Siam dan Karipap- Karipap Cinta yang menerima nasib seperti Bunohan menandakan, sudah ada parameter dalam kalangan masyarakat.

“Kenapa mereka tengok Hantu Bonceng. Saya tidak fikir kerana Zizan (pelakon) tetapi mereka percaya itulah filem komersial yang puas. Mungkin penonton tidak tengok Bunohan bukan kerana menentang sebuah karya baik tetapi mungkin penonton lebih awal memberitahu bahawa karya yang baik ini sebenarnya mempunyai masalah yang tidak sepatutnya. Jadi, kita mesti tengok situasi itu,” tegas Abu Hassan.

“Orang ramai hendak filem yang baik, yang mengangkat antropolgi, sejarah atau sosiologi bangsa dalam sebuah bentuk dramaturgi cerita yang sempurna sebagaimana filem Hang Jebat , Semerah Padi, Sumpah Orang Minyak, Abang dan Matinya Seorang Patriot.

“Orang hendak macam itu. Bagi masyarakat, lebih baik buat filem komersial sekiranya tidak sampai ke peringkat ini kerana setidak-tidaknya tidak menyakitkan hati,” katanya.

See?? Khasnya pada yang dah tengok BUNOHAN, apa yang korang fikir? Aku tertanya-tanya, rendah sangat ke mentaliti orang Malysia ni, sampai dia cakap penonton di Malaysia ni dah setup parameter mengenai kehebatan suatu karya? What can i say is itu terpulang pada masing-masing. Setiap orang ada persepsi & definisi yang berlainan mengenai sebuah karya. What are another meat is another poison: Tak semua orang ada pendapat yang sama. Tapi, bila seorang yang bijak pandai sendiri mengatakan yang sebaliknya, bukankah itu turut mengubah sedikit sebanyak tanggapan masyarakat pada suatu perkara? Dalam hal ni, aku pun ragu-ragu juga pada mulanya, sebelum menonton BUNOHAN. Apatah lagi, poster filem style era 90-an membuatkan aku rasa filem ni tak lebih tak kurang seperti filem Sembilu, Tragedi Oktober, Maria Mariana (bukan aku tak suka filem-filem arahan Yusof Haslam, cuma tak suka genre kebanyakkan filem romance). Tapi, durasi 1 jam lebih ternyata tak memuaskan aku langsung. BUNOHAN seolah-olah memaksa untuk aku menontonnya lagi untuk kali kedua, kerana banyak persoalan aku yang aku tak dapat tangkap & tak terjawab. Banyak siratan yang cuba diungkap mengenai mesej kekeluargaan, dendam, tradisi. Gaya penceritaan dari setiap watak-watak memang mengagumkan. Setiapnya ada misteri tersendiri: Adil (yang bagi aku naif dalam menentukan arah hidup), Bakar (sanggup lakukan apa sahaja untuk capai matlamat), Ilham (bergerak mengikut arus kehidupan). Watak sampingan seperti Pok Woh, Pok Eng yang memantapkan jalan cerita dengan nilai-nilai moral & tradisi yang diungkap melalui dialog-dialog mereka. Sesungguhnya, Bunohan bukanlah filem yang mudah. Ia memerlukan seorang pengarah yang bijak bermain minda & mampu membuat penonton terpaku memikirkan setiap persoalan dan kesimpulan yang ditawarkan dalam filem tersebut. Bagi aku, BUNOHAN wajar diangkat antara filem terbaik tahun ini. Menyuntik kata-kata Teguh Karya, pengarah tersohor Indonesia:

"Aku letakkan engkau pada watak-watak di layar. Sekiranya engkau dapat lihat diri engkau pada watak-watak rekaan aku, aku sudah berjaya dalam kerja aku."

Jelas, bayangan dalam kehidupan berjaya ditonjolkan dalam BUNOHAN. Ternyata, aku menyanggah pendapat Prof. Abu Hassan mengenai ulasannya yang mengatakan BUNOHAN adalah karya syok sendiri. Ternyata, tugas Daid Said sudah selesai. Dia berjaya menampakkan aku dalam BUNOHAN terjemahannya. Menyuntik ayat-ayat dari sedutan akhbar UTUSAN : artikel Manusia dan bayangan dalam Bunohan

Di akhir cerita, Pok Eng mengeluh: "Bagaimana semuanya ini boleh terjadi?" Pok Eng merenung tentang kemusnahan yang melanda keluarganya. Renungannya sudah pun terlambat. Sebagai 'pelakon' di pentas dunia, kita seharusnya lebih peka tentang diri sendiri dan bayangan yang memberi petanda, sebelum segalanya berakhir dengan 'pembunuhan'.

Rujukan:
UTUSAN : 11/03/2012 :Manusia dan bayangan dalam Bunohan
TONTONFILEM : 26/03/2012 :Kak Nab Jumpa Pensyarah Media Syok Sendiri
http://baacak.blogspot.com: 9/03/2012 :Bunohan - Nafas baru Sinema Malaysia

Isnin, 26 Mac 2012

A Day In Bukit Bintang

Assalammualaikum. Apa khabar? Macam mana hari minggu kalian? Mudah-mudahan indah dan tenang. Almaklumlah, saban minggu bekerja, berlari kesana-sini, menyiapkan tugasan, stress sepanjang hari. Penat lapan hari biarlah terbalas dengan satu hari yang indah dan menenangkan. Biar relaks dan seharian anda dapat merehatkan minda. Begitulah pendapat aku dalam menghadapi kehidupan serba mencabar ini. Setiap minggu, sekurang-kurangnya biarlah aku bercuti satu hari untuk memberi peluang menikmati hidup ini dari hanya sekadar bekerja dan mengejar arus serta masa disekeliling kita.

“life is what happened when you’re busy making other’s plan”-John Lennon.

Hampir setiap hari aku bekerja dengan tekanan. Kerja part-time sebagai Pengurus Cyber Café milik abang ipar & menyelenggara perniagaan sambilan (penyediaan kad kahwin dan hadiah tetamu) memang memerlukan perhatian. Setiap hari, e-mail perlu dikemaskini, pesanan perlu diperiksa, pembekal juga harus diingat. Tidak termasuk lagi dengan tugas menyelenggara Cyber Café. Faham-faham sajalah karenah pelanggan-pelanggan yang datang. Nak printlah, nak photostatlah, Komputer tiba-tiba hang lah, terpadamlah, pendrive mengandungi viruslah, apa-apalah. Penat-penat. Ada masa tak terlayan juga perangai masing-masing. Hahahahaha. Nak buat macam mana? Kenalah bersusah payah sikit sementara menunggu panggilan dari pihak KKM untuk posting mana-mana (baru tau dari kawan-kawan, berita posting dapat lambat sebab kelewatan dari pihak kolej menghantar result ke pihak KKM. Sumpah, rasa macam nak jealousy+menangis+geram+marah pun ada sebab dah tak tahan menganggur lama & tengok kawan-kawan dari kolej lain semua dah dapat posting masing-masing)

Sabtu tu aku dah beritahu bos (abang ipar aku), yang aku nak ambil cuti sehari (actually, syarat kerja adalah dalam seminggu kerja enam hari, sehari cuti. So, cuti tak kisah ambil hari apa-apa pun, janji another six day sambung kerja). Aku beritahu bos yang aku nak berehat, nak jalan-jalan. Hahahaha. Yeah, I need my leisure time. Aku nak buat apa yang aku suka buat. Aku nak gunakan seharian cuti dengan berjalan-jalan, window shopping, survey baju & latest promotion (maybe shopping little bit, hahahaha), tengok ragam orang, survey& tengok wayang, pergi kedai buku, pergi kedai CD & survey album dan hot movies. Do anything fun & relaxing activity!! So, malam tu bila dah tutup kedai sambil jalan balik rumah, otak dah sibuk fikir nak ke mana esok dengan siap aturcara sekali. Hahahaha. So, end it up, aku decide nak pergi Bukit Bintang. Urmm, nice idea indeed.

Keesokkan paginya, aku pun bertolak dengan menaiki bas. Huh, lawak jugak kejar bas pagi tu. Nasib baik dia nampak aku kejar dia. Hahahahaha. Naik bas pulak, dah satu hal lak. Bukanlah nak racist ke apa ke, tapi mamat kat sebelah aku ni (malaslah nak sebut nationality apa, sendiri mau ingat!) cuba-cubalah beringat sikit bila nak keluar tu tolongla belajar pakai deodorant ke, perfume ke. Bau kau tu kuat gila! Sampai terbangun jugak aku cari seat lain. Nak menyedapkan hati yang tergundah gara-gara bau-bauan kurang menyedapkan, telinga ni terpaksa disumbatkan earphone & berdendanglah seketika hati ini. Sepanjang perjalanan aku ok je. Cuma bila bas melalui jambatan di hadapan bangunan KWSP, urmmm, dah sampai dah sifat sentimental aku ni. Waktu tula aku teringat kenangan aku merenung kat tepi jambatan, aku jogging ke Tasik Jaya sewaktu aku kat kolej dulu. Urmmmm, worthy to remember it, kenangan yang banyak mengajar aku macam-macam perkara.

Sampai kat KL Sentral, aku pun turun untuk tukar transport. Naik pulak Monorail. Tambang ke Bukit Bintang ialah RM 2.10. Urmm, aku rasa macam pelik. Tambang naik harga ke? Entahlah, nampak sangat aku dah lama tak naik Monorail. Dulu, kerja kat Pusrawi pun selalu naik LRT Putra line jek. So, tak berapa ingat dah tambang Monorail. Huh, lantaklah. Janji sampai. Alhamdulillah, sampai-sampai jek Monorail dah standby. Elok sangatlah tu. Takdelah buang masa sangat. Monorail, segeralah bawa daku ke bintang!! (poyo jek, hahahaha)

Mendung cuaca hari ni. Elok jugak. Takdelah terlalu panas. Sampai-sampai jek, benda 1st yang aku cari adalah makanan. Lapar seyh, tak makan dari pagi tadi (silap aku jugak lupa nak sarapan). So, kebetulan aku pun ternampak signboard tempat makan Isetan kat dalam Lot 10. So, aku pun pergilah (Kut-kut, kalau foodcourt dia best, boleh jugak aku review dalam blog. Hehehe). Sampai kat foodcourt dia, wauu…(not bad). Macam sodap aku tengok. Aku pun surveylah semua stall yang ada. Yang peliknya, kenapa semua yang makan orang cina jek? Huh, patutlah. Rupanya, semua tak halal. Melopong jugak aku sekejap. Nama foodcourt, takkan semua tak halal kot? Sabau jola. Aku pun meninggalkan Lot 10 dengan segera demi mencari sesuap makanan (tak kisahlah nasi ke, mee ke, asalkan halal).

Jalan punya jalan, sampailah ke Pavilion. Huh, Tempat orang-orang kaya (kaya ke?? *tangan ke bahu, mata ke atas) hahahahahaha. Entahlah, aku pun tak tau siapa yang mulakan dulu definisi tu. Tapi, aku akui Pavilion tempat yang agak ekslusif. Lantaklah. Ekslusif ke tidak, janji aku dapat makan. Tapi, bila dah masuk Pavilion, bukan makanan yang aku cari dulu. Aku pergi survey movie dulu kat GSC. Aku bercadang nak tengok Bunohan (aku baca review movie ni kat internet banyak yang thumbs up, even Khairy Jamaludin pun syorkan filem ni). Tengok movie list, urrmmm lambat lagi. Mahu-mahu nak kena tunggu sejam lebih nak tengok Bunohan. Tapi takpelah, mission must be accomplish. Belilah jugak. Dah beli tiket, aku pun window shopping. Mesti korang pelik, aku ni tak lapar ke? Tadi kemain heboh lapar. Entahlah, dah masuk Pavilion tu memang tak lapar terus. Bukan apa, mata rambang sangat tengok sale. Hahahahahaahahaha. Dari Padini sampailah butik-butik kecil, hampir semua aku singgah. Semua best-best. Ada diskaun pulak tu. Kalaulah aku dah kerja & berduit…..urmmmm…. Aku pun berjalan-jalan sampailah terperasan satu kafe makanan, waktu tu baru aku merasa lapar balik. Urrmm, mencari tempat makan la gayanyer~~

Ok, sampai jugak kat Pavilion Food Village. Hohoho, nice environment. Bau-bauan yang wangi dan enak menarik minat aku (almaklum, terlampau lapar). Tapi hari tu, aku bercadang nak treat myself dengan makan something unique+delicious. So, berlegar-legar juga nak buat pilihan. Adakah Taiwanese? Teppanyaki? Sushi? Donburi? Korean? Sish Kebab? Nasi Campur? Western? Ayam Penyet? Thai? Arggghhh!!! I’m so lucky born in MALAYSIA!!!!! So, I choose to Japanese!!! Yeahh!! Hohoho, it so tough decision. Either ramen or bento? Aku pun tak tahu, wishing if I can get both of them in one set menu. Gila tamak!! Hahahahahaha. Susah nak pilih sangat, sampai aku tanya waitress pasal ingredient dengan opinion dia. Dah pening sangat layan aku, terus chief-waiter datang kat aku suggest kat aku ambil chicken teppanyaki bento, sekali dengan sup ramen PERCUMA!! (bukan sup miso, sup ramen!) . Dia cadangkan aku set ni supaya in next time kalau aku datang lagi kedai dia, so aku boleh pilih samada nak makan ramen atau bento (nice& generous la chief kedai ni. OF COURSE I DATANG LAGI!!).



Astaghfirullah Al Azim!! OMG!! Banyak gila nasi dia bagi. Sayur pun banyak (ada dua jenis sayur: salad & sayur goreng). Dengan ayam teppanyaki lagi. Sup ada dua mangkuk (satu sup miso, lagi satu sup chicken ramen). Ada 3 tembikai slice. Dengan air favorite aku, green tea. Arghhh, hatinya tak tahan. Bismillahirrahmanirrahim. ITTADAKIMASSU!!

“Blurppp…alhamdulillah”, tanda kekenyangan. Dah puas mengkentedarah, aku pun memeriksa jam. Alamak, habislah aku. Bunohan start dalam 3 minit lagi. Bayangkan, dengan perut kekenyangan korang berlari dari basement ke GSC kat tingkat 5. Hahaaha. Elok sangatlah tu. Habis bakar kalori semua bento tadi. Apapun, aku tetap terlewat. Sampai kat bilik, cerita dah start pun. Aku mula tengok kat scene Bunga Lalang@Adil tengah Muay Thai, lepas tu kena culik di bawak lari dek orang. Sabau jola. Apapun, kalau nak tau review aku pasal movie ni, aku memang tak pandai nak cakap keistimewaan dari sinematografi la, karakter la, apala, but what can I say bout dis film is thumbs up!!! Bagi aku, filem ni memang terbaik. Bukan filem tipikal melayu, no wonderla si Ahmad Idham terasa hati dengan Khairy Jamaludin (pandai-pandaila korang google pasal ni).

Dah Selepas tu, aku pun terus menyambung shopping window aku & terus menyinggah kejap kat kedai CD. Membelek satu persatu, dari satu blok ke satu blok. Sampailah aku ternampak album Najwa: Innocent Soul. Wuhuu!! Another luck for me! Puas aku cari album Najwa, akhirnya I found it! Best of all, I bought it! Yeah!! Memang tak sabar nak dengar kat rumah. Even aku ada lagu-lagu Najwa dalam MP3 aku, tapi sokonglah industri muzik Malaysia, macam aku cakap dalam entry ni. After that, aku pun merayau lagi ke bookstore. Cari latest-interesting book. Tapi, macam tak ada jek. Maybe korang bleh suggestkan something kat ruangan komen kat bawah ni yek. Hehehe.

Dah puas merayau dalam Pavilion, ni nak serang pulak jiran dia, Sungei Wang Plaza. Time nila, aku teringat kat Fauziah latiff, cerita dia waktu mula-mula jadi artis cari baju nak perform. Wuhuu, sale baju siott. Semua kedai pulak tu. Berlumba-lumba nak letak price & promotion terbaik sekali. Well, I don't have money. So, apa yang boleh aku buat juz survey-survey dulu, so for next time aku boleh datang & beli. Kalau nak difikirkan, dah lama jugak aku tak shopping. Nak buat macam mana. Diri ini dah tak sekaya dulu.huhuhu.

Totally joyous moment. Makanan yang enak, Movie yang awesome, beli album artis favorite, what can I say?? Alhamdulillah, for Your Gift!!

Well, that’s all bout my joyous Sunday. Rasa bertuah sangat-sangat dengan rezeki Allah S.W.T yang bagi pada hari Ahad tu. Memang kaw-kaw hilang terus stress seminggu. Aku balik pun dengan gembira (gembira sampai tak kisah bersesak naik bas & berdiri sepanjang perjalanan). So, at end of story, I wishing u’oll good Sunday!! Have fun!!

Najwa, your voice is sooo pure & innocent soul...i love it...

PS: sampai pukul 3 pagi, still bersemangat tulis blog coz terlampau happy sambil layan lagu-lagu Najwa~ (sorila, waktu menulis baru sedar picture tak tangkap langsung (kecuali gambar set bento) coz tak rancang pun nak tulis entry ni...hahahaha

Khamis, 22 Mac 2012

Lawak Pakcik Makcik!!!!

Assalammualaikum, semua. Dah lama aku tak post gambar-gambar lawak. Hurm, har ni, aku nak berkongsi sedikit dari gambar-gambar yang aku ambil dari page Saya selalu tengok wall awak bila saya rindu. Untuk entry kali ni, gambar-gambar yang aku pilih adalah bertemakan makcik pakcik yang sempoi dengan gelagat diorang. Aku tak taula kalo ada orang edit ke, photoshop ke, pedajal orang ke, tapi yang penting lawak & membuatkan kita ketawa bila melihatnya.

pakcik pun terer main snooker

terbaik punya protection (takut mato podih tumbok bawang)

ehem ehem...selamber makcik ni..kantoi ngan bos karang

1st time pakai helmet ke pakcik??

buek posing mulut itik, makcik..pahtu, boleh post kek fb "i x chumell..^_^"

lmu tak mongonal usio~~
i

kalo ado orang nak ragut makcik, makcik koja ngan ghimau!!

Sekian lah gambar-gambar ini. Aku akui aku tak berapa pandai nak letak tagline sesuai dengan gambar-gambar kat atas. Pandai-pandailah korang buat definition korang sendiri. ciao!

Rabu, 21 Mac 2012

Sexual Harassment di KTM : Wanita, sila berjaga-jaga dengan lelaki ini!!!!

Assalammualaikum, wanita-wanita seluruh Malaysia. Disini, aku baru mendapat info dari sebuah page Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa Senyum. mengenai seorang peganggu seksual yang sekarang dikatakan suka mencari amngsa dengan menaiki KTM. Really awful kn? Dah tanggungjawab aku sebagai lelaki & rakyat Malaysia untuk membantu & memberi amaran sebagai langkah berjaga-jaga kepada wanita -wanita diluar sana yang menggunakan perkhidmatan KTM. Ni adalah maklumat dari saksi berserta gambar peganggu itu:


Hati2 pada sape2 yg naik komuter, especially tren ke Rawang. Plez beware ngan org ni. Saya baru je pas buat repot cover utk kes cabul td…citenye gini…

Selasa baru2 ni..saya tunggu tren mcm biasa kat platform 4 kl sentral..tgh2 tgu tu ada la mamat yg dlm gambar tu dtg dari blkg dan rapat blkg saya..sbb x selesa saya pun pandang blkg n tgk kat blkg dia x de org pun…tp dia masih nak rapat lg..saya cube elak ke kiri n kanan..tp masih dia ikut…saya pun pandang dia n mybe dia perasan n dia blah….

Apa yg sengal nye dia ni dgn pakaian yg sama dia muncul lg semalam dan beratur lg blkg saya..saya elak n dia x bejaya nak buat kat saya dia tp dia try kat sorg budak ni…sian dia…

Dlm tren dia buat keje tu…dia mmg bergesel dgn bdk pompuan ni dr KL sentral smpai la stesen sg buloh…bayang kan la dlm tren tu betapa ramai org mmg x leh nk ckp la..sampai je stesen sg buloh kami (saya ngan akak sorg ni) perasan yg kat seluar dia basah…saya pun trun n cari budak pompuan td nk tanye ape tejadi kat dia….bdk ni cite yg mmg dia ada rase ‘something; kat punggung dia…tp dia x tau ape bendenye…mmg saya tgk kat seluar bdk tu pun ada kesan “air’dia …mmg kurang ajar org ni…dgn muka puas dia tersenyum mase kluar dr tren…saya ada buat laporan kat KTM staff tp diorg ckp dia x de kuase nak tangkap…hampeh betul…kalu ikutkan smlm dah tertangkap dia ni…masalahnye time tu x de plak polis kat sg buloh station…

So if u all ada terserempak ngan dia ni hati2…sbb dia ni x kan berhenti memburu n buat keje x senonoh tu..dah la bau busuk…@%^$&%*&^.. Mmg dia taget penumpang2 tren ni sbb dia x kan kemana bila dah turun, dia akan naik tren semula n cari mangsa2…

So, kepada yang membacanya, tak kira lelaki perempuan diminta menyebarkan kepada semua orang agar pesalah ini dapat ditangkap & dikenakan tindakan. Amat penting langkah pencegahan diadakan agar tidak ramai yang akan mengikut jejak langkah peganggu seksual ini di masa akan datang & mengurangkan lagi jenayah seksual serta penindasan terhadap kepada kaum wanita. Kita sepatutnya berterima kasih kepada saksi ni (tak tau siapa) yang telah berkongsi maklumat ni. Sekian, terima kasih.

PS: sumpah aku geli baca info ni. Dahla muka mamat ni tak hensem, badan berbau lak tu (seperti mana dilapor oleh saksi). Macam mana lah ko boleh terfikir nak end up jadi peraba bersiri?

Biar muka tak hensem, jangan jadi loser jek....

thankzz to: Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa Senyum.

Selasa, 20 Mac 2012

JoHaRa Pagi ERA - Bini Johan Mengamuk..!!


Assalammualaikum. Well, actually VC ni dah lama dah. Aku pun dah lama perasan video bini johan mengamuk ni. Tapi, baru hari ini aku terasa nak kongsi coz lawak gila. Aku puji gila bini Johan,Ozlyn sebagai bini yang sangat sempoi & sweet. Bagus Johan kahwin dengan Ozlyn, sama jek perangai. Masing-masing lawak. Semoga perkahwinan diorang bahagia & takde "control". hahahahahahaha..



HAHAHAHAHAHAHAHAXD

Ps: "sumpah makan sate 30 cucuk" hahahaXD

Khamis, 15 Mac 2012

Alkisah aku & Industri Muzik Malaysia

Assalammualaikum, semua. Untuk entry kali ni, tak kisahla nak baca atau tak sebab kali ni cuma luahan seorang peminat industri muzik tanah air. Mungkin garapan aku ni akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, tapi lantakla. Mungkin penulisan aku ni takdelah bersandarkan mana-mana rujukan atau "fakta kuat" untuk mengatakan aku seorang music expertise. Ni cuma luahan aku saja. Blog aku, suara aku. this is my channel to express my thought about anything around me. tak suka? boleh belah. hahahahaha

Pemusik-pemusik Malaysia aliran kini yang bakal memartabatkan Industri Musik Tanah Air

Well, macam pelik lak coz ni lah 1st time yang buat aku macam terpandang dengan AIM ni sebab sebelum ni, aku tak berapa berminat dengan AIM kerana bagi aku industri muzik Malaysia macam tak ada pembaharuan. AIM18 ni lah satu-satunya AIM yang aku tengok dari mula sampai habis& hampir semua tekaan aku menang pada malam tu seperti Dato Sheila Majid(Album Terbaik), Yuna(Vokal Wanita Terbaik), Najwa Mahiaddin(Lagu Inggeris Tempatan Terbaik& Artis Baru Terbaik), Aizat(Kulit Album Terbaik), Anuar Zain(Vokal Lelaki Terbaik). Tekaan ni bukan tekaan semata-mata minat, tapi lebih pada pembaharuan yang telah dibawa oleh artis-artis yang telah membuka mata aku untuk mengetahui siapa yang lebih berhak untuk meraih kemenangan pada malam tu.

Selama ni, jujur aku katakan aku macam tak berapa berminat pada industri muzik Malaysia. pasal apa? pasal takde perkembangan. takde pembaharuan. setiap tahun, lambakan lagu yang berkumandang di corong-corong radio tak lari dari genre rock kapak, balada, pop. itu saja. bukan aku menafikan kehadiran genre-genre lain seperti jazz, blues & lain-lain, tapi jumlah lagu-lagu dalam genre begini terlalu sedikit& sampai takde pengiktirafan langsung untuk lagu-lagu sebegini. Balik-balik lagu yang masuk AJL, AIM,& wateva apa-apa anugerah berkaitan muzik malaysia, semuanya lagu-lagu rock kapak, balada, pop. ulang-ulang anugerah, genre tu jugak. so, sampai aku rasa macam takde kepelbagaian dalam industri muzik dalam Malaysia ni. Aku tak tahu sejauh mana industri muzik malaysia ni boleh bertahan pada akhir 80 sehinggalah awal millenium. Aku teringat ada terbaca di dada akhbar(tak ingat tahun berapa) apabila seseorang musician malaysia sendiri mempersoalkan hala tuju& perkembangan industri muzik tanah air waktu tu. Pada sesetengah orang, mungkin akan terasa macam mana aku rasa. waktu tu, aku tak rasa yang muzik malaysia ada sesuatu yang boleh dibanggakan, meskipun aku ada pendapat teguh untuk katakan yang Malaysia ni mempunyai pelbagai bakat& vokal unik. Namun seringkali disalahgunakan pada genre lagu yang tak kena dengan kehebatan vokal penyanyi, ditambah pula dengan pemilihan lagu yang teramat "lame". Hurmm, itulah realiti muzik Malaysia bagi aku pada waktu dulu. Sebab ni jugak menyebabkan aku lebih memilih untuk mendengar lagu-lagu inggeris yang lebih luas kepelbagaian genre seperti Britney Spears, Madonna(Pop), The Corrs(Folk pop, Jazz), Celine Dion(Soft rock, classical), No Doubt(Ska, Punk), Norah Jones(Blues). Ini bukanlah statement poyo untuk menge"kelas"kan diri aku, tapi memang aku lagi enjoy dengar lagu inggeris yang unik, kreatif, kepelbagaian melodi dari lagu melayu yang sentiasa tertutup ideanya untuk mencuba rempah kepelbagaian serta aroma keunikan untuk dicampur dalam lagu tersebut.

Pabila menginjak ke era 2005 ke atas, sedikit demi sedikit golongan pembaharuan yang penuh dengan idea-idea yang bernas& unik serta berani mula menampakkan diri mereka di khalayak ramai dengan mempersembahkan muzik-muzik yang penuh kelainan seperti Bittersweet, Butterfingers(Grunge/Alternative Rock), Hujan, Bunkface(Punk Rock), Teh Tarik Crew, Too Phat, Ruffedge, AhliFiqir(Rap), Yuna(Folk Pop, Jazz), Najwa Mahiaddin(Soul, Jazz), Atilia(Nu-Jazz, R&B). Kehadiran mereka bagi aku adalah amat-amat dialukan untuk menjadi "saviour" industri Muzik Malaysia. Sememangnya idea-idea penuh kreatif mereka amat diperlukan untuk mencorak kembali kegemilangan muzik Malaysia. Ternyata, langkah berani mereka berjaya menambat hati penggemar muzik& termasuklah aku yang menyokong revolusi muzik tempatan. kini, aku teruja mendengar lagu-lagu genre kegemaran aku dalam bahasa melayu. Setiap hari, perkembangan gembira artis-artis kebangkitan ini berjaya memasarkan seni mereka sehingga ke peringkat antarabangsa. satu usaha& kejayaan yang jarang berlaku pada artis-artis Malaysia yang kebanyakkan lebih mengikut telunjuk tipikal sahaja.

Namun, mungkin disebabkan pemikiran tipikal orang-orang Malaysia yang lebih menganggap lagu terhebat adalah lagu-lagu yang mendayu-dayu, sentimentalism beserta vokalis yang mempunyai keupayaan mencapai high note (ataupun mungkin sesetengahnya lebih "menjerit")menyebabkan tidak semua menghargai lagu-lagu yang dibawa oleh pejuang-pejuang musik kini yang memperjuangkan lagu-lagu bermesej, berentak perlahan berserta pembawaan lagu yang santai tanpa menekankan kekuatan vokal. Keadaan ini ternyata bertentangan dengan kenormalan di halwa telinga bagi pendengar-pendengar musik di Malaysia yang terbiasa dengan 3 genre utama. Mereka tidak mudah untuk menerima kelainan dan pembaharuan genre yang dibawa pemusik-pemusik masa kini. Terlalu jelas pemikiran mereka pabila melihat komen-komen di laman Youtube, blog-blog, laman-laman gosip yang menghina usaha-usaha pejuang seni ini. Selain itu juga, nilai rupa paras juga tak lupa dikaitkan untuk merendah-rendahkan nilai bakat yang ada. Ternyata, sifat judgemental orang Malaysia terlalu menebal & terlalu suka mengkritik secara negatif(mengeji, mencarut, dsb) tanpa mengaitkan dengan fakta & komen-komen yang membina. Lagak pengkritik-pengkritik amatur yang tidak mempunyai latar profesional dalam bidang musik haruslah dihentikan. Ini hanyalah menjejaskan kualiti dan kemajuan arena musik di Malaysia. Jikalau tidak menyukai suatu genre itu, kenapa harus menghina? Muzik itu mempunyai pelbagai genre, kenapa harus memandang pada yang kita benci? nikmati sajalah jenis musik yang anda suka! Setiap orang tidak mempunyai citarasa yang sama, jadi kenapa harus ada diskriminasi? Itulah yang harus ada pada setiap peminat musik di Malaysia. Hentikanlah sifat jugdemental anda, dengarlah sahaja lagu yang anda suka! Tak usahlah menghina usaha penggiat musik aliran kini. Bukankah itu cara terbaik?

Begitulah antara halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh pengiat-pengiat muzik aliran kini. Merebut tempat di hati peminat pengkritik bukannya mudah, apatah lagi mencetus revolusi terhadap industri musik tempatan. Ternyata, perubahan seharusnya berlaku secara berperingkat. Namun apa yang pasti dari golongan-golongan muda ini, merekalah yang akan memartabatkan industri musik kre peringkat antarabangsa di masa akan datang.

ps: tak puas hati baca komen-komen kat Youtube...yang mengkritik semua bajet pandai musik...bodo~

Kemaafan Ramadhan (Bab 3)


BAB 3

Angin menderu, ombak menghempas diri di pantai. Geloranya makin kuat tatkala air pasang. Begitu juga jiwa Ramadhan. Jiwanya kian melara mengenang nasib badan. Bekas pukulan ibunya semalam masih berbekas di lengannya. Dia merintih kesakitan. Di sekolah, dia terpaksa memberi alasan jatuh tangga kepada guru kelasnya yang bimbang melihat tanganya sedikit membengkak. Dia berbohong demi menjaga maruah ibunya.
“Ya Allah, sakitnya” Ramadhan cuba menahan kesakitan. Syukur Alhamdulillah diatas keprihatinan Cikgu Habibah, guru kelasnya yang telah membantu merawat dan mengurut bengkak di tangan, bisanya sedikit berkurangan. Namun, jiwanya melirih memikirkan sikap ibunya. Dia sebak didalam hatinya, harapannya seakan menipis.

Seawal 10 tahun, dia telah menerima pelbagai ujian dari Allah S.W.T. Tidak sesekali dia meminta dugaan begini, namun sudah tertulis takdir untuknya. Meskipun dia hidup tanpa kasih sayang ibunya, dia sentiasa percaya adanya kasih sayang dari Allah S.W.T. Bersaksikan matahari yang kian terbenam di garisan ufuk, dia sentiasa berdoa, agar suatu hari nanti dia berjaya meraih kemaafan dari ibunya seandainya itulah satu-satu cara agar ibunya dapat menerimanya. Tidak sekelumit dendam tersimpan, cuma jiwa yang penuh kekosongan itu menjadikan dia mengalir airmata. Dia tertanya, siapakah ayahnya? Kemanakah ayahnya menghilang? Seandainya ayahnya ada, apakah dia disayangi seperti kanak-kanak lain dikampung ini? Apakah dia berjaya mencium tangan ibunya sebelum tiba masa ajalnya nanti?

“Assalammualaikum, Ramadhan”
Lamunan kelam Ramadhan terhenti. Kehadiran Ustaz Shah dan Rabiah ternyata mengejutnya. Dia langsung tidak sedar yang Ustaz dan Rabiah sudah lama berada dibelakangnya.

“Waalaikummusalam, Ustaz,” Ramadhan segera menyeka air matanya sambil bersalaman dengan Ustaz Shah. Ustaz Shah dan Rabiah mengambil tempat duduk disebelah Ramadhan.

“Kenapa dengan tangan kamu ni?” tanya Ustaz Shah.

“Tak ada apa ustaz. Cuma, jatuh tangga...” tidak sempat Ramadhan menghabiskan alasannya, Rabiah menyampuk;

“Mak dia pukul, Ustaz”, terang Rabiah.

“Rabiah!” Ramadhan ternyata marah dengan penjelasan Rabiah. Usahanya untuk mempertahankan ibunya ternyata gagal dengan mulut tempayan Rabiah.

“Sudah kamu berdua. Tak payah bergaduh,” Ustaz Shah cuba meredakan ketegangan. Ramadhan sempat menjeling ke arah Rabiah, tanda tidak puas hati. Manakala, Rabiah seakan rasa bersalah dengan sikapnya yang sedikit lurus bendul memberitahu ustaz, dia tidak berniat menyinggung perasaan kawannya;

“aku minta maaf, Ramadhan. Aku tak sengaja..” Rabiah memohon maaf kepada Ramadhan.

“Sudahlah, Ramadhan. Istighfar banyak-banyak,” Ustaz Shah memahami keadaan Ramadhan. Dia tahu perkara sebenarnya yang berlaku.

“Dalam kehidupan kita, tak semua yang berlaku seperti yang kita rancang. Ramadhan, kamu terlalu muda untuk memahami semua ini. Ustaz faham dengan jiwa kamu yang semakin memberontak...”

Kata-kata Ustaz Shah terhenti tatkala terlihat air mata Ramadhan yang berlinang. Sebak hatinya melihat anak itu menghadapi dugaan ini. Dia sendiri kehairanan, apakah silapnya Ramadhan sampai separuh mati ibunya sanggup memukul & membenci anaknya seteruk ini?

“Nah, Ramadhan. Lap air mata kau tu,” Rabiah menghulurkan sehelai tisu. Itu sahaja yang mampu dilakukan olehnya untuk merawat luka Ramadhan.

“Biarpun ibu kita adalah sekejam-kejamnya manusia, dia tetap ibu kita. Janji Allah Subhanallah Taala menyatakan syurga seorang anak letaknya pada keredhaan ibu. Biarpun apa yang terjadi, patuhlah pada ibu kamu asalkan tidak menyuruh kamu membelakangkan agama. Kamu ingat lagikan apa yang Ustaz pernah cakap dalam kelas?” Ustaz Shah menjelaskan hakikat keredhaan seorang ibu adalah penting untuk seorang anak untuk terus berjaya di dunia & akhirat.

Ramadhan mengangguk pelahan menahan sedihnya. Dia beristghfar di dalam hatinya. Terlalu sukar untuk dia memahami semua ini. Terlalu berat dugaan yang dipikul. Tanggungjawab sebagai anak menjadi satu cabaran hidupnya.

Disepanjang perjalanan pulang, hatinya bingung memikirkan apa yang perlu dilakukan. Hari kian membuka jendela malam. Dia harus pulang secepat mungkin. Meskipun Ustaz Shah menemani dia pulang bersama, kesempatan itu jangan disalahgunakan.

“Assalammualaikum, mak..”

“Waalaikummussalam, masuk cepat,” Salmah mengarah Ramadhan. Niatnya untuk menghambur kemarahan terpaksa ditahan pabila terlihat Ustaz Shah di laman.

“Assalammualaikum, Sal”, Ustaz Shah mengutus salam kepada Salmah. Kelihatan Salmah seperti tidak senang dengan kehadirannya.

“Waalaikumussalam, Shah. Lama tak jumpa kau...” Salmah bagaikan menahan gelodak dalam hatinya. Biarpun sekampung, namun sudah sekian lamanya dia menjauhkan dirinya dari masyarakat. Teramat dia merindui hidupnya, sebelum peristiwa hitam “itu” berlaku.

“Aku pun. Dah lama kau mengasingkan diri dari orang kampung...” balas Ustaz Shah.
Terlihat Ustaz Shah, Salmah melihat ketenangan. Ustaz Shah bukan seseorang yang asing baginya. Dialah satu-satunya kawan yang masih setia bersama dan tempat untuk meluahkan perasaan setelah Salmah dibuang keluarga.

“Nak buat macam mana, Shah. Begini hidup dalam buangan, aku takde sesiapa lagi dalam hidup aku. Mak dan Ayah dah lama takde. Abang Azman terus hilang takde khabar berita. Adik beradik semua dah buang aku jauh-jauh..” sebak Salmah. Hiba di dada cuba ditahan, mengenangkan bilanya surut kesedihan di hati.

“Istighfar, Salmah. Bawak bersabar banyak-banyak,” ujar Ustaz Shah memahami.

“Kau jela satu-satu kawan yang aku ada. Kau seorang jela yang rajin nak jenguk orang yang hina macam aku,” kata Salmah menahan air matanya. Dia tidak dapat menahan perasaan terharu di hatinya.

“Kau jangan sebut macam tu, Salmah. Kita dah lama kenal. Biarlah orang kampung nak cakap apa pun. Aku faham perasaan kau dan aku tau, kau tak bersalah. Mungkin dah takdir ujian ni yang kau kena terima. Terimalah qada dan qadarNya”, kata Ustaz Shah turut sebak dengan kata-kata Salmah.

“InsyAllah”, Air mata Salmah akhirnya tertumpah jua. Dia tidak dapat sedihnya.

“Aku dan Ramadhan akan terus berada disisi kau. Kami takkan...” belum sempat Ustaz Shah menghabiskan ayatnya, Salmah segera memintas:

“Cukup, aku tak nak dengar nama budak tu lagi.”

“Sudahlah tu, Salmah. Sampai bila kau nak menghukum budak tu? Dia pun tak tau mana asal usul dia. Dia pun cuma mangsa keadaan. Kau pun...” sekali lagi, kata- kata Ustaz Shah dipintas oleh Salmah.

“Shah, cukuplah. Kau tak payah nak beritahu aku perlu buat kat budak tu. Dah, cukup. Baik kau balik, Shah. Sebelum orang kampung fitnah kau pulak dengan aku. Baik kau pergi sekarang!” Salmah ternyata marah dengan kata-kata Ustaz Shah.

“Astaghfirullah, Sal. Tak perlu nak syak wasangka pulak.” Ustaz Shah terkilan apabila Salmah menghalaunya. Salmah terus meluru ke dalam rumah. Dia segera menutup daun pintu, tanpa menghiraukan Ustaz Shah. Meskipun di hatinya bersalah memperlakukan kawannya sedemikian rupa, namun terasa perit mengenangkan kebenaran kata-kata kawannya. Umpama menelan kepahitan, Salmah terasa dirinya bodoh. Namun, baginya dendam mengatasi segala-galanya. Tiada guna dia menyayangi Ramadhan, anak celaka itu. Kerana anak itu, dia hilang semua yang dikasihi.

Isnin, 12 Mac 2012

Song This Month : You're So Fine - Guba feat. Yuna





So refreshing!!!! Aku rasa tenang dengar lagu ni. Memang collaboration yang padan. Aku dengar lagu ni berulang-ulang kali. Walaupun lagu ni bukan typical Malaysian Ballad Song, tapi lagu ni berjaya membuai perasaan aku. ni lirik lagu ni:

It feels like December
The birds flew across my bedroom window
And the spiral staircase
That we used to hang around 'til 3 in the afternoon

I remember that day
The purple hoodie that you're wearing
And the smile up on your face
Your hair was flowing in the air
As you were sitting by my side
You moved me with your tides

You're so fine
And I wouldn't do anything
To deny you
And I would die for
You..

Oh baby don't despair
You're not alone I'm always there
I wish I was the one who's scared
Of the sickness that you bear
For as long as I could stay
I'll be happy just to see you smile for another day

But you're gone now
Oh so far gone now
Where the trees are green and cloudy grounds it seems
But my time will come
Oh so let it come
Where we'll meet again
Until the end of time

Maaf Seorang Lelaki


"Tak Semua Kau Rancang Akan Berlaku, Mungkin Nasib Tak Menyebelahi Aku..."

Assalamualaikum. Dah lama aku tak update blog ni. Sori. Terus terang komitmen tak macam dulu lagi. Aku terpaksa lebihkan banyak perkara yang lebih penting dari minat aku sekarang ni. Ikutkan, aku ada jek idea & luahan nak dikongsikan. Cuma, aku tak serajin dulu nak menulis blog ni. So, banyak idea & isu dah terbuang basi begitu jek. sia-sia betul. huh.

Sekarang ni, aku akui melalui peringkat kehidupan di mana aku sedang mengadaptasi/menyesuaikan diri dalam kehidupan cara dewasa. Mungkin dah berlaku perubahan hormon kala 22 tahun ni. Tambahan pulak, kerapkali kebelakangan ni mak selalu mengakhiri kata-kata di telefon dengan mengatakan aku adalah harapan mak & abah. Bukan tak pernah sebelum ni, cuma bila di peringkat ini kata-kata mak bukanlah bukan suatu yang boleh diremehkan. Yup, aku memang harapan mak ayahku. Aku anak lelaki sulung familiku. Jadi, di saat 22 ini segala tindakan & pemikiran haruslah disulam kebijaksanaan beserta kematangan. Aku akui kekok & payah untuk aku berubah. Namun, InsyAllah pasti ada jalan & perubahan yang akan berlaku nanti. Biarlah bertatih dulu meniti perubahan, kelak biar aku berlari dengan penuh yakin.

Baru sebentar tadi aku mengemaskini Facebook milikku. Setelah kebosanan melayan karenah kawan-kawan & melihat pelbagai ragam yang terpancar dari status-status kenalanku, aku terus menerewang profilku & terbuka semua senarai mesej yang pernah diterima dari permulaan usia facebook. Macam-macam mesej yang aku terima dari kenalan-kenalan. Ada yang datang dari juniorku dari kolej, mereka bertanya mengenai soalan-soalan exam dan tip-tip belajar. hahahahaha. tidak kurang dari kawan-kawan, yang jauh bertanya khabar, yang dekat mengutus salam, gurauan & gosip..hahahaha. Namun dari kesemua itu, terdapat mesej-mesej yang tidak terbalas. Itulah mesej-mesej dari mereka yang pernah membuat aku terluka suatu tika dahulu. Tak perlulah bertanya apa salah mereka. Cukup saja aku yang mengetahui. Banyak perkara yang terjadi antara mereka dan aku & mereka diutus oleh Allah S.W.T untuk hadir dalam hidup ini. Mesej mereka hanyalah cuma meminta mmaf dari aku. Mereka turut membuat pengakuan dan mengatakan itu ini agar aku boleh memaafkan mereka. Sungguh, itulah kehidupan.

Aku terpaku kembali, seperti pertama kalinya aku membaca mesej mereka. Bezanya, penilaian aku bukan seperti dulu. Banyak pengalaman dulu telah mengajar aku memandang suatu perkara dari pelbagai perspektif. Di dalam keadaan ini, aku memilih untuk terus memandang kehadapan & memaafkan mereka. Terlalu mudah? Aku cumalah manusia biasa. Seperti mereka, aku juga membuat kesalahan. Dalam kehidupan ini, ada pelbagai sebab untuk aku terus berdendam pada mereka yang pernah menganiaya aku. Ada pelbagai sebab yang memungkinkan aku patut merasa diri ini terus di pihak yang benar. Tapi, ternyata hidup ini bukanlah satu pentas yang memerlukan seorang pelakon. Aku bukanlah seorang yang mementingkan diri sendiri. Aku bukanlah mereka yang tak pernah hadir pada setiap "beban". Banyak kenangan "jatuh" untuk diingat. Banyak alkisah diri yang menjerumuskan ke dalam rasa kesedihan. Saat-saat itu wajib dijalani oleh setiap insani agar disuatu hari, kita akan lebih mengerti kehidupan. Mungkin juga ada dari kisah ini akan diperturunkan pada anak cucu kita agar dapat dijadikan iktibar dan pengajaran. Sesungguhnya, hidup ini mempelbagaikan kemungkinan yang tidak akan terjawab oleh peramal-peramal.

Aku teringat ada kata-kata (sunnah ataupun kata pujangga, tak pasti) mengatakan kekuatan sebenar adalah menahan amarah & keberanian yang mutlak adalah memaafkan musuh-musuhnya. Dahulu, pernah aku mngutarakan hal ini di pemikiranku. Namun, bukan semudah disangka. Mungkin terlalu menurut darah muda yang bergelora ketika itu. Biarlah, aku mengambil iktibar dari itu. Aku memulakan segalanya dengan Bismillah dan berharap segalanya jernih seperti dahulu. Assalammualaikum sebagai pembuka bicara yang lama terhenti. Aku membuat keputusan untuk melepaskan segala kemarahan & memaafkan mereka. Aku mahu mereka tau, balasan mesej mereka yang tidak tebalas 3 tahun dulu kini terjawab.

Tak semua yang kau rancang akan berlaku. Bukan semua kemaafan boleh dicapai tanpa keikhlasan. Mungkin nasib tak menyebelahi aku. Mungkin sudah tertakdir akan jalan cerita yang pernah berlaku aku & mereka. Biarpun rumit untuk diselesaikan, namun kata penamat wajib dicapai. Aku memilih untuk memaafkan mereka. Tidak perlu penyesalan lagi. Segalanya sudah selesai. Biarlah lelaki ini mencapai keberaniannya yang sebenar. Tak guna madah ini tertulis tanpa tujuan.

Sepatutnya, kemaafan ni patut terlafaz dari dulu lagi. Tapi, sudahlah. Biar tertangguh dari tiada. Aku juga memohon maaf kerana menangguh perasaan ini. Mungkin aku penakut. Terlalu penakut untuk luahkan kemaafan dan membiarkan kemarahan bermaharajalela dalam diri. Namun, cukuplah sekadar disini.

Pada anda yang membaca, saya berharap anda juga seperti saya. Memilih jalan untuk memaafkan, biarpun sekian lama hati disakiti. Memang bukan jalan termudah, namun bukan mustahil. Sesungguhnya anda yang menentukan segalanya mengenai perasaan anda sendiri. Namun, percayalah kuasa kemaafan kerana disebaliknya terdapat keindahan keamanan.

PS: terkenangkan lagu PENAKUT by Yuna...really inspire me~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...