Blogger news

Isnin, 31 Januari 2011

busy weyhh...BBBBBZZZZZ!!!!!!




Assalammualaikum guyz.. hehehehe. Lama gak aku tak update blog. Adakah aku telah bersara dari dunia blogging??? OOHH TIDAK!!! Actually, bulan januari ni agak aku agak busy sikit. Mana taknyer, still awal sem lagi. Banyak benda nak kene manage awal-awal sem ni(alhamdulillah, thankz to my planner to keep all my important&event list). Sekarang ni dah tinggal final year. Akhir bulan 11 ni, aku graduate. huhuhu. Well, wish me luck!!

Tengah malam-malam siapkan assignment ni, dah alang-alang pasang t-net, why not spend few times to update my blog, rite?? hahahaha...pening seyhh hari-hari mengadap kojo jo. Dah tak mengantuk ni, bukak blog, tengok latest cerita dari blog kawan-kawan& update dengan perkara semasa. Tapi, memandangkan dah lama tak update, so aku dah ketinggalan banyak cerita-cerita sensasi yang boleh dibuat isi blog ni. Tapi, apakan daya, study ku menuntut pemerhatian yang lebih dariku. aduyai~~

Well, walaupun bz dengan belajar, itu still tak menghalang aku dari menghadapi pelbagai kisah hidupku: dapat anak buah sulung(YEAHHHH!!!), wallet aku hilang(B*****!!!), repeat paper dengan jayanya, jadi MAHSA Representative dekat Education Fair, love life yang agak...(tak tau nak cakap apa~). So, tu jela kiranya sipnosis sedikit sebanyak post yang bakal aku post tak lama lagi(itupun kalau tak bzz...ahakzz)

Urmm...sekarang ni, dah nak pukul 5 pagi. Aduyai, tak tidur lagi gamaknyer aku ni. Mana taknyer, BZZZZZZ!!!!! Walaupun mata ni macam nak melanyut, tapi jari ni still gagah nak tekan keypad sambil layan HURU HARA FM....hahahaha...apapun, BZZZZNYERRR!!!!!!!

Ahad, 2 Januari 2011

Khairul Fahmi bakal menjadi pemain MU???

Assalamualaikum!!!! Kepada kamu semua yang baca headlines di atas ni, janganla panik meraban tak tentu arah yekk?? Aku tau apa mataku tau. Aku tau, korang semua macam tak percaya, bukan? 1st time pemain Malaysia masuk Liga Eropah. Wakluuu!!! Sesungguhnya, akhirnya doa eden tercapai juga nak menengok pemain Malaysia yang dulu dipandang kokak sebelah mata oleh rakyat Malaysia, kini sudah mampu untuk melangkah jauh sehingga pesada antarabangsa. MALAYSIA BOLEH!!!!!


OPPSSSS, nanti dulu yek~ Eden tau korang semua mesti baca headlines ni. But, jika diperhatikan betul-betul, page website ini adalah TIRUAN!!!!! Tak percaya??? Ini buktinya:

1. kalau dilihat pada alamat web nyer, dah terang lagi bersuluhla page ni penipu!! Page MU yang sebenarnyer, www.manutd.com(Official MU page) , but as u can see, page ni pulak http://man-united.co.nr. So, pandai-pandaila korang judge sendiri yek~~

2. kalau anda bukak pagenyer(man-united.co.nr), cubala korang bukak mata bosa-bosa tengok penjuru belah kanan bawah tu. Sila baca kuat-kuat siapa yang design page ni???? Kompom melopong lepas korang baca...LOL

3. Kepada mereka yang pandai BI(aku bolehla sikit-sikit), tentu korang terasa macam ada yang tak kena dengan text BI dia yang agak macam terabur sikit. Kalaula ikut logik, Official MU page yang dah memang asal UK sana yang dah memang bahasa ibunda diorang pun bahasa inggeris, apa korang ingat diorang gajikan budak tadika diorang ke untuk update kan official page?? LOLXD

Mungkin tujuan manusia yang buat page ini hanyalah untuk bergurau sajer(terbakar hutan nampak asap, terbakar hati sapa yang tau), tapi kalau difikirkan segala yang dikatakan adalah doa, bukan?? Cuba fikirkan, kalau doa termakbul bila 40 orang duk menyebut, insyAllah dimakbulkan, bukan??? u know what i mean??? LOL

PS: kalau masin+gatai mulut budak ni, memang bangga aku sebagai anak Malaysia!!! hahahaha~

"Tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi..."

MALAM PESTA MUDA MUDI TAHUN BARU 2011!!

anak buah den, ADAM

Assalammualaikum!!! SELAMAT MENYAMBUT 2011!!! So, ini adalah blog sulung untuk tahun ni. Syabas!! Untuk tahun baru ni, sama-samala kita mendoakan kesejahteraan Kg. Talang!!! Eihh silap~ Kita sama-samala mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan& kecemerlangan di tahun 2011 ni. Moga-moga Allah S.W.T rahmati perjalanan& perjuangan tahun ni. Amin.

Dari semua blog-blog kawan-kawan aku, semua orang duk bercerita pasal impian, cita-cita, azam& bla bla bla…..yang aku sendiri tak tau nak cerita lagi pasal azam-azam ni. Hahaha. Entahla, masing-masing punya blog. Lantakla apa diorang nak buat& cerita kat blog diorang.

Anyway, meh aku cerita pulak sambutan tahun baru kitorang sekeluarga. Actually, malam tahun baru tu malam berinai besar abang saudara akula kiranya (Selamat pengantin baru Azrul&Rose!!!!). So, malam berinai tu diserikan dengan marhaban penduduk setempat. Sementara tu, majlis makan-makan untuk tetamu pun mula. Tetamu semua disajikan dengan buffet nasi lemak kukus ayam goreng. Walaupun simple, but I like!!!! Suka tang sambalnya(saperla buat sambalnyer, pedas+enak sungguh!!), pekena pulak dengan ayam goreng panas 2 ketul, UMMPPPHH!!!! Sajian tepat untuk dinner di malam yang sejuk…huhuhuhu.

Selesai bacaan marhaban, kami yang darah-darah muda ni(hehehehe) mulala mencari sesuatu untuk bersuka-ria. Apalagi, KARAOKE!!! Sememangnya, karaoke adalah aktiviti wajib kitorang waktu-waktu malam berinai besar ni. Bukan apa, juz hiburan family& acara untuk menunjukkan darah seni masing-masing. Hahahaha. Semacam tradisi dalam keluarga kami, setiap majlis perkahwinan wajib mengadakan karaoke booth untuk semua saudara-mara berhibur. Well, keluarga kitorang memang havoc sikit. Mana taknyer, hampir semua ahli keluarga kami semuanya ada talent bab-bab menyanyi ni. Ada yang pandai nyanyi rock kapak(itu dah semestinya), lagu era P’Ramlee( bapak-bapak jer selalu nyanyi), lagu pop yeh yeh, lagu taraf Klasik Nasional gitu, lagu nada tinggi(semestinya aku), nada rendah, dangdut(pandai mak long aku nyanyi)& semuala jenis genre.

tetamu-tetamu& saudara mara yang turut buat persembahan

Untuk permulaan persembahan untuk menghiburkan tetamu yang tengah duk makan waktu tu, start pukul 10. 30 malam aku yang mula-mula rasmikan karakoke menyampaikan lagu “Keroncong Untuk Ana”. Huh, memang terlepas hajatla aku yang dah beberapa bulan ni tak berkaraoke ni. Hahahaha.

Selepas tu, mulala saudara-mara aku pun nyanyi sekali(aku tak ingat pulak turn sapa yang buat persembahan). Malam bertambah rancak bila abang pengantin pulak nyanyi lagu rock(aku tak ingat tajuk apa da) dengan baju jubahnya lepas layan tetamu tadi. Memang macam gampang, tapi kudos untuk bang chik untuk persembahan yang best. LOL. Pastu pulak, ada penyanyi jemputan mana ntah(saudara ipar mak ngah kot~). Perghhhh!! Suara memang tahap Anuar Zain la kiranya. Terlayan syahdu den mengenangkan zaman muda-mudi menyanyikan lagu Anuar Zain ni(sekarang ni tak boleh coz suara dah keras semacam. LOL).

aippp!!! jaga-jaga kain, bang chik oiit!! terserlah karang!! LOL!!!

nak menyanyi ke nak bagi tazkirah??

yang mengandung pun tak nak mengalah...cayalah!!



Siapa sangka, ada pulak orang hari jadi time malam tahun baru ni. Birthday gurl, Mak Usu aku menyambut hari jadinya yang entah ke berapa umurnya. Secret katanya. Hahahahaha. Walaupun takde kek, tapi takpe. Janji happy dengan persembahan kitorang. LOL.

tiup "lilin" sampai padam...



Sedar tak sedar(heboh duk nyanyi masing-masing), dah pukul 11. 55 malam. Apalagi, gatal la nak buat countdown kiranya. So, tangan masing-masing dah prepare mercun bola& lighter nak tunggu kiraan. So, tunggu punya tunggu, sampaila “LIMA”, “EMPAT”, “TGA”, “DUA”, “SATUUUUUU!!!!!”. Memang gamatla malam tu. Bukan mercun kitorang jer duk memekak, jiran-jiran taman pun sama-sama tunjuk skill bakar mercun. Yang budak-budak kecik, main bunga api. Memang tak aman siapa tidur malam tadi. Hahahaha. Apapun, persembahan still berjalan(still, tak ingat aturan penyanyi).


Mira&Nana

Akhirnya, semua orang dah mengantuk. Orang kerja rewang semua dah penat. So, kiranya persembahan pun berakhir. Aku yang memulakan acara, so aku akan juga mengakhirkan acara karaoke malam tu dengan “Mahakarya Cinta”. Walaupun penat, tapi energy nak tergelak still ada bila Angah buat lawak kat belakang aku time aku tengah nyanyi. Hampeh…hahahahaha. Apapun semua enjoy~~~

Sekian kisah sambutan tahun baru 2011 kitorang. Semoga tahun ni banyak “ong” la. Hahahaha

PS: teramat sorryla gambar tak lawa+hancuss...almaklumla, admin miskin nak beli henpon kamera canggih-canggih ni. AHAKZZ!!

“IT’S A FINAL COUNTDOWN!!!!”

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...