Blogger news

Isnin, 12 Mac 2012

Maaf Seorang Lelaki


"Tak Semua Kau Rancang Akan Berlaku, Mungkin Nasib Tak Menyebelahi Aku..."

Assalamualaikum. Dah lama aku tak update blog ni. Sori. Terus terang komitmen tak macam dulu lagi. Aku terpaksa lebihkan banyak perkara yang lebih penting dari minat aku sekarang ni. Ikutkan, aku ada jek idea & luahan nak dikongsikan. Cuma, aku tak serajin dulu nak menulis blog ni. So, banyak idea & isu dah terbuang basi begitu jek. sia-sia betul. huh.

Sekarang ni, aku akui melalui peringkat kehidupan di mana aku sedang mengadaptasi/menyesuaikan diri dalam kehidupan cara dewasa. Mungkin dah berlaku perubahan hormon kala 22 tahun ni. Tambahan pulak, kerapkali kebelakangan ni mak selalu mengakhiri kata-kata di telefon dengan mengatakan aku adalah harapan mak & abah. Bukan tak pernah sebelum ni, cuma bila di peringkat ini kata-kata mak bukanlah bukan suatu yang boleh diremehkan. Yup, aku memang harapan mak ayahku. Aku anak lelaki sulung familiku. Jadi, di saat 22 ini segala tindakan & pemikiran haruslah disulam kebijaksanaan beserta kematangan. Aku akui kekok & payah untuk aku berubah. Namun, InsyAllah pasti ada jalan & perubahan yang akan berlaku nanti. Biarlah bertatih dulu meniti perubahan, kelak biar aku berlari dengan penuh yakin.

Baru sebentar tadi aku mengemaskini Facebook milikku. Setelah kebosanan melayan karenah kawan-kawan & melihat pelbagai ragam yang terpancar dari status-status kenalanku, aku terus menerewang profilku & terbuka semua senarai mesej yang pernah diterima dari permulaan usia facebook. Macam-macam mesej yang aku terima dari kenalan-kenalan. Ada yang datang dari juniorku dari kolej, mereka bertanya mengenai soalan-soalan exam dan tip-tip belajar. hahahahaha. tidak kurang dari kawan-kawan, yang jauh bertanya khabar, yang dekat mengutus salam, gurauan & gosip..hahahaha. Namun dari kesemua itu, terdapat mesej-mesej yang tidak terbalas. Itulah mesej-mesej dari mereka yang pernah membuat aku terluka suatu tika dahulu. Tak perlulah bertanya apa salah mereka. Cukup saja aku yang mengetahui. Banyak perkara yang terjadi antara mereka dan aku & mereka diutus oleh Allah S.W.T untuk hadir dalam hidup ini. Mesej mereka hanyalah cuma meminta mmaf dari aku. Mereka turut membuat pengakuan dan mengatakan itu ini agar aku boleh memaafkan mereka. Sungguh, itulah kehidupan.

Aku terpaku kembali, seperti pertama kalinya aku membaca mesej mereka. Bezanya, penilaian aku bukan seperti dulu. Banyak pengalaman dulu telah mengajar aku memandang suatu perkara dari pelbagai perspektif. Di dalam keadaan ini, aku memilih untuk terus memandang kehadapan & memaafkan mereka. Terlalu mudah? Aku cumalah manusia biasa. Seperti mereka, aku juga membuat kesalahan. Dalam kehidupan ini, ada pelbagai sebab untuk aku terus berdendam pada mereka yang pernah menganiaya aku. Ada pelbagai sebab yang memungkinkan aku patut merasa diri ini terus di pihak yang benar. Tapi, ternyata hidup ini bukanlah satu pentas yang memerlukan seorang pelakon. Aku bukanlah seorang yang mementingkan diri sendiri. Aku bukanlah mereka yang tak pernah hadir pada setiap "beban". Banyak kenangan "jatuh" untuk diingat. Banyak alkisah diri yang menjerumuskan ke dalam rasa kesedihan. Saat-saat itu wajib dijalani oleh setiap insani agar disuatu hari, kita akan lebih mengerti kehidupan. Mungkin juga ada dari kisah ini akan diperturunkan pada anak cucu kita agar dapat dijadikan iktibar dan pengajaran. Sesungguhnya, hidup ini mempelbagaikan kemungkinan yang tidak akan terjawab oleh peramal-peramal.

Aku teringat ada kata-kata (sunnah ataupun kata pujangga, tak pasti) mengatakan kekuatan sebenar adalah menahan amarah & keberanian yang mutlak adalah memaafkan musuh-musuhnya. Dahulu, pernah aku mngutarakan hal ini di pemikiranku. Namun, bukan semudah disangka. Mungkin terlalu menurut darah muda yang bergelora ketika itu. Biarlah, aku mengambil iktibar dari itu. Aku memulakan segalanya dengan Bismillah dan berharap segalanya jernih seperti dahulu. Assalammualaikum sebagai pembuka bicara yang lama terhenti. Aku membuat keputusan untuk melepaskan segala kemarahan & memaafkan mereka. Aku mahu mereka tau, balasan mesej mereka yang tidak tebalas 3 tahun dulu kini terjawab.

Tak semua yang kau rancang akan berlaku. Bukan semua kemaafan boleh dicapai tanpa keikhlasan. Mungkin nasib tak menyebelahi aku. Mungkin sudah tertakdir akan jalan cerita yang pernah berlaku aku & mereka. Biarpun rumit untuk diselesaikan, namun kata penamat wajib dicapai. Aku memilih untuk memaafkan mereka. Tidak perlu penyesalan lagi. Segalanya sudah selesai. Biarlah lelaki ini mencapai keberaniannya yang sebenar. Tak guna madah ini tertulis tanpa tujuan.

Sepatutnya, kemaafan ni patut terlafaz dari dulu lagi. Tapi, sudahlah. Biar tertangguh dari tiada. Aku juga memohon maaf kerana menangguh perasaan ini. Mungkin aku penakut. Terlalu penakut untuk luahkan kemaafan dan membiarkan kemarahan bermaharajalela dalam diri. Namun, cukuplah sekadar disini.

Pada anda yang membaca, saya berharap anda juga seperti saya. Memilih jalan untuk memaafkan, biarpun sekian lama hati disakiti. Memang bukan jalan termudah, namun bukan mustahil. Sesungguhnya anda yang menentukan segalanya mengenai perasaan anda sendiri. Namun, percayalah kuasa kemaafan kerana disebaliknya terdapat keindahan keamanan.

PS: terkenangkan lagu PENAKUT by Yuna...really inspire me~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...