Blogger news

Khamis, 15 Mac 2012

Alkisah aku & Industri Muzik Malaysia

Assalammualaikum, semua. Untuk entry kali ni, tak kisahla nak baca atau tak sebab kali ni cuma luahan seorang peminat industri muzik tanah air. Mungkin garapan aku ni akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, tapi lantakla. Mungkin penulisan aku ni takdelah bersandarkan mana-mana rujukan atau "fakta kuat" untuk mengatakan aku seorang music expertise. Ni cuma luahan aku saja. Blog aku, suara aku. this is my channel to express my thought about anything around me. tak suka? boleh belah. hahahahaha

Pemusik-pemusik Malaysia aliran kini yang bakal memartabatkan Industri Musik Tanah Air

Well, macam pelik lak coz ni lah 1st time yang buat aku macam terpandang dengan AIM ni sebab sebelum ni, aku tak berapa berminat dengan AIM kerana bagi aku industri muzik Malaysia macam tak ada pembaharuan. AIM18 ni lah satu-satunya AIM yang aku tengok dari mula sampai habis& hampir semua tekaan aku menang pada malam tu seperti Dato Sheila Majid(Album Terbaik), Yuna(Vokal Wanita Terbaik), Najwa Mahiaddin(Lagu Inggeris Tempatan Terbaik& Artis Baru Terbaik), Aizat(Kulit Album Terbaik), Anuar Zain(Vokal Lelaki Terbaik). Tekaan ni bukan tekaan semata-mata minat, tapi lebih pada pembaharuan yang telah dibawa oleh artis-artis yang telah membuka mata aku untuk mengetahui siapa yang lebih berhak untuk meraih kemenangan pada malam tu.

Selama ni, jujur aku katakan aku macam tak berapa berminat pada industri muzik Malaysia. pasal apa? pasal takde perkembangan. takde pembaharuan. setiap tahun, lambakan lagu yang berkumandang di corong-corong radio tak lari dari genre rock kapak, balada, pop. itu saja. bukan aku menafikan kehadiran genre-genre lain seperti jazz, blues & lain-lain, tapi jumlah lagu-lagu dalam genre begini terlalu sedikit& sampai takde pengiktirafan langsung untuk lagu-lagu sebegini. Balik-balik lagu yang masuk AJL, AIM,& wateva apa-apa anugerah berkaitan muzik malaysia, semuanya lagu-lagu rock kapak, balada, pop. ulang-ulang anugerah, genre tu jugak. so, sampai aku rasa macam takde kepelbagaian dalam industri muzik dalam Malaysia ni. Aku tak tahu sejauh mana industri muzik malaysia ni boleh bertahan pada akhir 80 sehinggalah awal millenium. Aku teringat ada terbaca di dada akhbar(tak ingat tahun berapa) apabila seseorang musician malaysia sendiri mempersoalkan hala tuju& perkembangan industri muzik tanah air waktu tu. Pada sesetengah orang, mungkin akan terasa macam mana aku rasa. waktu tu, aku tak rasa yang muzik malaysia ada sesuatu yang boleh dibanggakan, meskipun aku ada pendapat teguh untuk katakan yang Malaysia ni mempunyai pelbagai bakat& vokal unik. Namun seringkali disalahgunakan pada genre lagu yang tak kena dengan kehebatan vokal penyanyi, ditambah pula dengan pemilihan lagu yang teramat "lame". Hurmm, itulah realiti muzik Malaysia bagi aku pada waktu dulu. Sebab ni jugak menyebabkan aku lebih memilih untuk mendengar lagu-lagu inggeris yang lebih luas kepelbagaian genre seperti Britney Spears, Madonna(Pop), The Corrs(Folk pop, Jazz), Celine Dion(Soft rock, classical), No Doubt(Ska, Punk), Norah Jones(Blues). Ini bukanlah statement poyo untuk menge"kelas"kan diri aku, tapi memang aku lagi enjoy dengar lagu inggeris yang unik, kreatif, kepelbagaian melodi dari lagu melayu yang sentiasa tertutup ideanya untuk mencuba rempah kepelbagaian serta aroma keunikan untuk dicampur dalam lagu tersebut.

Pabila menginjak ke era 2005 ke atas, sedikit demi sedikit golongan pembaharuan yang penuh dengan idea-idea yang bernas& unik serta berani mula menampakkan diri mereka di khalayak ramai dengan mempersembahkan muzik-muzik yang penuh kelainan seperti Bittersweet, Butterfingers(Grunge/Alternative Rock), Hujan, Bunkface(Punk Rock), Teh Tarik Crew, Too Phat, Ruffedge, AhliFiqir(Rap), Yuna(Folk Pop, Jazz), Najwa Mahiaddin(Soul, Jazz), Atilia(Nu-Jazz, R&B). Kehadiran mereka bagi aku adalah amat-amat dialukan untuk menjadi "saviour" industri Muzik Malaysia. Sememangnya idea-idea penuh kreatif mereka amat diperlukan untuk mencorak kembali kegemilangan muzik Malaysia. Ternyata, langkah berani mereka berjaya menambat hati penggemar muzik& termasuklah aku yang menyokong revolusi muzik tempatan. kini, aku teruja mendengar lagu-lagu genre kegemaran aku dalam bahasa melayu. Setiap hari, perkembangan gembira artis-artis kebangkitan ini berjaya memasarkan seni mereka sehingga ke peringkat antarabangsa. satu usaha& kejayaan yang jarang berlaku pada artis-artis Malaysia yang kebanyakkan lebih mengikut telunjuk tipikal sahaja.

Namun, mungkin disebabkan pemikiran tipikal orang-orang Malaysia yang lebih menganggap lagu terhebat adalah lagu-lagu yang mendayu-dayu, sentimentalism beserta vokalis yang mempunyai keupayaan mencapai high note (ataupun mungkin sesetengahnya lebih "menjerit")menyebabkan tidak semua menghargai lagu-lagu yang dibawa oleh pejuang-pejuang musik kini yang memperjuangkan lagu-lagu bermesej, berentak perlahan berserta pembawaan lagu yang santai tanpa menekankan kekuatan vokal. Keadaan ini ternyata bertentangan dengan kenormalan di halwa telinga bagi pendengar-pendengar musik di Malaysia yang terbiasa dengan 3 genre utama. Mereka tidak mudah untuk menerima kelainan dan pembaharuan genre yang dibawa pemusik-pemusik masa kini. Terlalu jelas pemikiran mereka pabila melihat komen-komen di laman Youtube, blog-blog, laman-laman gosip yang menghina usaha-usaha pejuang seni ini. Selain itu juga, nilai rupa paras juga tak lupa dikaitkan untuk merendah-rendahkan nilai bakat yang ada. Ternyata, sifat judgemental orang Malaysia terlalu menebal & terlalu suka mengkritik secara negatif(mengeji, mencarut, dsb) tanpa mengaitkan dengan fakta & komen-komen yang membina. Lagak pengkritik-pengkritik amatur yang tidak mempunyai latar profesional dalam bidang musik haruslah dihentikan. Ini hanyalah menjejaskan kualiti dan kemajuan arena musik di Malaysia. Jikalau tidak menyukai suatu genre itu, kenapa harus menghina? Muzik itu mempunyai pelbagai genre, kenapa harus memandang pada yang kita benci? nikmati sajalah jenis musik yang anda suka! Setiap orang tidak mempunyai citarasa yang sama, jadi kenapa harus ada diskriminasi? Itulah yang harus ada pada setiap peminat musik di Malaysia. Hentikanlah sifat jugdemental anda, dengarlah sahaja lagu yang anda suka! Tak usahlah menghina usaha penggiat musik aliran kini. Bukankah itu cara terbaik?

Begitulah antara halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh pengiat-pengiat muzik aliran kini. Merebut tempat di hati peminat pengkritik bukannya mudah, apatah lagi mencetus revolusi terhadap industri musik tempatan. Ternyata, perubahan seharusnya berlaku secara berperingkat. Namun apa yang pasti dari golongan-golongan muda ini, merekalah yang akan memartabatkan industri musik kre peringkat antarabangsa di masa akan datang.

ps: tak puas hati baca komen-komen kat Youtube...yang mengkritik semua bajet pandai musik...bodo~

4 ulasan:

  1. biasalah org kita....sikit2 "komplen".... langsung x support org kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mentaliti cmtula yg ptut diubahkan...kalo x org malaysia, sapa lgik nk support industri kita?

      Padam
  2. aku sokong pendapat kau bro..orang Malaysia ni (esp melayu) mmg payah sangat nk terima perubahan..seolah2 kalu berlaku perubahan tu mereka akan mati serta merta..lagi satu bro klu nk tau pemuzik2 indie ni diorang sebenarnye mengganggu sesetengah periuk nasi orang2 besar kt dlm industri..thats why orang2 besar ni cuba sedaya upaya utk menghalang or at least pantau perkembangan pemuzik2 indie ni supaya diorang ni tak lebih2 dn mengatasi pengaruh orang2 besar dlm industri..thats the fact..

    BalasPadam
    Balasan
    1. urmm...PL tak mahu bersangka buruk. Tapi, yup..kadangkala PL sendiri pernah bersyak-wasangka demikian. Wallahualam. Namun apa yang penting, segala sifat berat sebelah haruslah dihentikan demi kemajuan industri muzik kita. Industri kita tidaklah sebesar mana, jadi sepatutnya kita haruslah saling mendokong antara satu sama lain. Andai ramai karyawan kita berjaya mencipta nama diperingkat antarabangsa, PL yakin pasti ramai pemuzik bertaraf antarabangsa akan memandangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dipenuhi bakat-bakat yang luarbiasa. Sekaligus, membuka lagi luas peluang kerjaya pada artis-artis di Malaysia juga.

      Padam

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...