Blogger news

Selasa, 27 Mac 2012

BUNOHAN: karya syok sendiri? PLEASE!!!!


Assalammualaikum, semua. Pagi ni, aku terjumpa satu ulasan yang aku rasa macam bodoh pun ada. Abang Ipar aku ada menyiarkan satu link berkisarkan kritikan mengenai filem yang aku rasa terbaik tahun ni, BUNOHAN dari Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. Urmm, sumpah lepas baca kritikan dia, aku macam melopong kejap, sambil menepuk dahi "mamai ke orang tua ni?'


Bukanlah bersandarkan sifat fanatisme terhadap BUNOHAN, jauh sekali cuba mengagung-agungkan filem ni. Tapi bagi aku, filem ni memang terbaik. Jauh lebih baik dari filem picisan-picisan yang ada dalam koleksi industri perfileman yang ada. Boleh aku senaraikan juga antara filem yang setaraf dengan karya-karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad (Gubra, Sepet, Muallaf), U-Wei Hj Saari (Kaki Bakar), Khabir Bhatia(Sepi, Cinta). Setakat nak membandingkan cerita Adnan Sempit, Hantu Bonceng..Aiyoo, people know which is better maa... Bohongla aku cakap aku tak tengok Hantu Bonceng, Adnan Sempit, Raya Tak Jadi, what ever else cerita-cerita murahan yang lain , tapi aku juz anggap itu filem yang tak lebih dari sekadar hiburan tak bermesej sahaja. Namun , berlainan dengan Dengan BUNOHAN, its totally out of league. Terlalu berlainan nak di banding dengan filem-filem murahan macam tu. Moh kita baca ulasan-ulasan dari Prof Madya Abu Hassan (jangan-jangan lebih kurang taste dia dengan Prof. Razak Mohieddin ni, suka buat filem mengarut-ngarut).

SEGELINTIR pengarah nampaknya berkhayal atau syok sendiri ketika menghasilkan sesebuah filem dari aliran seni.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, tanggapan seumpama itu boleh dilihat menerusi beberapa penghasilan filem sedemikian di negara ini kabur dan bercelaru atau boleh dikatakan carca marba.

Menurutnya, filem terbaru Bunohan misalnya di mana karya Dain Said itu yang lemah dramaturgi atau pada jalan cerita telah membuatkan karya tersebut tidak diterima masyarakat.

“Saya sanggup kata Bunohan adalah hasil seorang pengarah amatur berikutan ia penuh kekeliruan.

“Cerita di dalam filem itu jika dibandingkan dengan filem Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali (1984) sangat jauh, betapa lemahnya Bunohan.

“Apatah lagi untuk dibandingkan dengan filem Semerah Padi dan Sumpah Orang Minyak arahan Tan Sri P Ramlee serta Hang Jebat arahan Hussien Haniff,” ujarnya.

Menurutnya, supaya umum lebih jelas, beliau mengambil perbandingan­ antara filem Melayu klasik berkenaan dan Bunohan.

Baginya, Bunohan sebuah contoh karya yang disumbat dengan banyak perspektif hingga tidak difahami apa yang hendak ditawarkan apatah lagi untuk difahami.

Beliau berpendapat supaya mencontohi pengarahan P Ramlee yang berjaya menghidupkan Semerah Padi sebagai sebuah realiti kehidupan kerana perspektifnya adalah jelas.

“Kita contoh dalam babak ketika watak Aduka dan Dara berada dalam sebuah rumah. Itu dari perspektif Taruna iaitu tunang kepada Dara. Taruna yang bercerita dan sebab itulah yang disebat itu Aduka dan Dara. Bermaksud Taruna yang intai semua pergerakan mereka.

“Sementara Sumpah Orang Minyak dari satu perspektif iaitu si Bongkok yang cacat dan dihina masyarakat hingga akhirnya merajuk.

“Sama juga dengan filem Hang Jebat yang diadaptasi daripada teks Hang Tuah di mana ia mengangkat Hang Jebat yang merajuk hingga mengamuk kerana sistem (pemerintahan). Namun, apa yang ditawarkan Bunohan?”

Abu Hassan berkata, sehubungan itu ketiga-tiga filem Melayu lama berkenaan menjadi naskah hebat yang diterima masyarakat sejak dahulu hingga abad ini. Sebaliknya pengarah Bunohan menghasilkan filem atas keinginan sendiri tanpa sebuah proses menerbitkan filem yang betul.

Katanya, perlu diingat bahawa membaca filem bukan dari gambarnya sahaja tetapi luarannya adalah penting sama ada soal antropologi, sosiologi, psikologi mahupun georgrafinya, bukan carca marba.

Namun katanya, itu yang dikesan dalam filem kita, antaranya banyak perspektif, sinematografi cantik tetapi kosong, skrip yang sukar difahami malah lebih lemah apabila tidak disokong oleh elemen visual sedemikian.

“Kalau filem komersial mengabaikan ini, kita boleh beri alasan kerana ia filem murahan yang tidak perlu ditangani secara akademik. Bagi penonton, jika hendak jadi naskah sempurna maka harus jadi naskah sempurna. Sebaliknya jika hendak jadi naskah murah maka cukup untuk jadi naskah murahan.

“Jadi kita pun kata, kenapa orang tengok filem Hantu Bonceng dan Sembilu. Masyarakat mungkin kata, itu sudah memang filem murahan dan mereka sememangnya hanya mahu berhibur. Apa pula faedahnya menonton filem seni sekiranya tidak luar biasa seperti difikirkan,” ujarnya.

Abu Hassan berkata, sehubungan itu jawapan mengapa filem seni tidak laku, ialah kerana naskah itu sendiri yang lemah hingga ditolak oleh masya­rakat. Bukan masalah polemik antara filem komersial dan seni.

“Kita tidak dapat nafikan bahawa penonton bijak apabila mereka menonton filem Godfather. Mengapa mereka tonton filem Hindi, Dil To Pagal Hai yang juga berat tetapi pada waktu sama tonton Kuch Kuch Hota Hai, sebuah teks yang sangat ringan.

“Kenapa penonton tengok filem Hantu Bonceng dan tidak mahu tengok­ Bunohan. Mesti ada masalah pada Bunohan kerana penonton yang pergi ke pawagam adalah sama.

“Kita tidak boleh menuduh masyarakat atau menyebelahi mana-mana pihak. Oleh kerana itulah, sutradara tidak boleh berkhayal mengarah karya untuk diri sendiri dengan mengatakan ‘aku bebas’ berkarya,” tambah Abu Hassan.

Katanya, filem yang dibikin dengan pengarahnya berkhayal hanya patut atau layak ditayang di pawagam milik pengarah itu sendiri bukan peringkat umum kerana jika hendak tayang kepada umum, karya seni mestilah suatu karya ajaib yang boleh diterima sebagai naskah luar biasa.

“Sebab itu orang ramai menonton Matinya Seorang Patriot dan tidak menolak filem Azura yang juga sebuah teks berat. Orang tidak tolak lakonan Ogy (Fauziah Datuk Ahmad Daud) dan juga filem Abang serta Tsu Feh Sofiah (arahan Datuk Rahim Razali, 1981).

“Namun orang menolak Azura 2012. Mesti ada persoalan. Masalah sekarang ialah, kita tidak faham masyarakat terlalu banyak menonton karya yang diterbitkan di pawagam, televisyen, satelit dan Youtube.

“Mereka telah menonton pelbagai filem seni dan komersial pelik tetapi puas. Oleh kerana itu, didapati tidak semua filem komersial juga berjaya,” ujarnya.

Menurutnya, filem komersial seperti Kembar Siam dan Karipap- Karipap Cinta yang menerima nasib seperti Bunohan menandakan, sudah ada parameter dalam kalangan masyarakat.

“Kenapa mereka tengok Hantu Bonceng. Saya tidak fikir kerana Zizan (pelakon) tetapi mereka percaya itulah filem komersial yang puas. Mungkin penonton tidak tengok Bunohan bukan kerana menentang sebuah karya baik tetapi mungkin penonton lebih awal memberitahu bahawa karya yang baik ini sebenarnya mempunyai masalah yang tidak sepatutnya. Jadi, kita mesti tengok situasi itu,” tegas Abu Hassan.

“Orang ramai hendak filem yang baik, yang mengangkat antropolgi, sejarah atau sosiologi bangsa dalam sebuah bentuk dramaturgi cerita yang sempurna sebagaimana filem Hang Jebat , Semerah Padi, Sumpah Orang Minyak, Abang dan Matinya Seorang Patriot.

“Orang hendak macam itu. Bagi masyarakat, lebih baik buat filem komersial sekiranya tidak sampai ke peringkat ini kerana setidak-tidaknya tidak menyakitkan hati,” katanya.

See?? Khasnya pada yang dah tengok BUNOHAN, apa yang korang fikir? Aku tertanya-tanya, rendah sangat ke mentaliti orang Malysia ni, sampai dia cakap penonton di Malaysia ni dah setup parameter mengenai kehebatan suatu karya? What can i say is itu terpulang pada masing-masing. Setiap orang ada persepsi & definisi yang berlainan mengenai sebuah karya. What are another meat is another poison: Tak semua orang ada pendapat yang sama. Tapi, bila seorang yang bijak pandai sendiri mengatakan yang sebaliknya, bukankah itu turut mengubah sedikit sebanyak tanggapan masyarakat pada suatu perkara? Dalam hal ni, aku pun ragu-ragu juga pada mulanya, sebelum menonton BUNOHAN. Apatah lagi, poster filem style era 90-an membuatkan aku rasa filem ni tak lebih tak kurang seperti filem Sembilu, Tragedi Oktober, Maria Mariana (bukan aku tak suka filem-filem arahan Yusof Haslam, cuma tak suka genre kebanyakkan filem romance). Tapi, durasi 1 jam lebih ternyata tak memuaskan aku langsung. BUNOHAN seolah-olah memaksa untuk aku menontonnya lagi untuk kali kedua, kerana banyak persoalan aku yang aku tak dapat tangkap & tak terjawab. Banyak siratan yang cuba diungkap mengenai mesej kekeluargaan, dendam, tradisi. Gaya penceritaan dari setiap watak-watak memang mengagumkan. Setiapnya ada misteri tersendiri: Adil (yang bagi aku naif dalam menentukan arah hidup), Bakar (sanggup lakukan apa sahaja untuk capai matlamat), Ilham (bergerak mengikut arus kehidupan). Watak sampingan seperti Pok Woh, Pok Eng yang memantapkan jalan cerita dengan nilai-nilai moral & tradisi yang diungkap melalui dialog-dialog mereka. Sesungguhnya, Bunohan bukanlah filem yang mudah. Ia memerlukan seorang pengarah yang bijak bermain minda & mampu membuat penonton terpaku memikirkan setiap persoalan dan kesimpulan yang ditawarkan dalam filem tersebut. Bagi aku, BUNOHAN wajar diangkat antara filem terbaik tahun ini. Menyuntik kata-kata Teguh Karya, pengarah tersohor Indonesia:

"Aku letakkan engkau pada watak-watak di layar. Sekiranya engkau dapat lihat diri engkau pada watak-watak rekaan aku, aku sudah berjaya dalam kerja aku."

Jelas, bayangan dalam kehidupan berjaya ditonjolkan dalam BUNOHAN. Ternyata, aku menyanggah pendapat Prof. Abu Hassan mengenai ulasannya yang mengatakan BUNOHAN adalah karya syok sendiri. Ternyata, tugas Daid Said sudah selesai. Dia berjaya menampakkan aku dalam BUNOHAN terjemahannya. Menyuntik ayat-ayat dari sedutan akhbar UTUSAN : artikel Manusia dan bayangan dalam Bunohan

Di akhir cerita, Pok Eng mengeluh: "Bagaimana semuanya ini boleh terjadi?" Pok Eng merenung tentang kemusnahan yang melanda keluarganya. Renungannya sudah pun terlambat. Sebagai 'pelakon' di pentas dunia, kita seharusnya lebih peka tentang diri sendiri dan bayangan yang memberi petanda, sebelum segalanya berakhir dengan 'pembunuhan'.

Rujukan:
UTUSAN : 11/03/2012 :Manusia dan bayangan dalam Bunohan
TONTONFILEM : 26/03/2012 :Kak Nab Jumpa Pensyarah Media Syok Sendiri
http://baacak.blogspot.com: 9/03/2012 :Bunohan - Nafas baru Sinema Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...