Blogger news

Sabtu, 5 Julai 2014

Hatiku Kau Bawa Pergi: Selamat Tinggal Biduanita Sharifah Aini


"Inilah kisah cintaku...
Terjalin cinta pandang pertama..
Ku selalu ditinggal-tinggalkan..
Menanti penuh kerinduan..."
"Hatiku kau bawa pergi...
Terbang tinggi di awan yang biru..
Ku menanti dan menanti...
Pelukkan mu yang ku rindukan..."
Petikan lirik "Tinggi Di Awan Biru" nyanyian Allahyarhamah Sharifah Aini

Assalammualaikum semua. Sewaktu PL sedang melayari celoteh FB, PL dikejutkan oleh sebuah khabar duka iaitu Biduanita tersohor negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini @ Kak Pah telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.26 pagi ini di umur 61 tahun, 3 hari selepas hari jadinya. Sebelum ini, PL ada jugak terbaca dan mengetahui perihal kesihatan Kak Pah yang dikatakan menghidapi jangkitan Lung Fibrosis (radang paru-paru) & khabarnya Kak Pah telah dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Pakar Damansara di Petaling Jaya semalam.

Gelaran Biduanita dinobatkan sewaktu Kak Pah mendapat pengiktirafan dan penghargaan atas jasa-jasa seninya oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003. Bersama gelaran Biduanita, Kak Pah turut mendapat Pingat Panglima Jasa Negara diatas pengabdiannya didalam dunia seni. 

Sharifah Aini di zaman kanak-kanak (kredit: www.my artis.com)

Kak Pah dilahirkan pada 2 Julai 1953 di Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruJohor. Dibesarkan didalam keluarga yang miskin, Kak Pah sering membantu neneknya berniaga kuih disekitar Johor. Selain itu, Kak Pah juga membantu menyara keluarga sebagai penyanyi undangan di majlis-majlis keramaian. Sejak dari zaman persekolahan, Kak Pah sudah terkenal di sekitar Johor sebagai penyanyi undangan & malahan berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian sebagai karier profesional.

EP pertama, Seri Dewi Malam yang popular di tahun 1970.
(atas permintaan Allahyarham, gambar cover album ini PL "blur" kan
kerana menjaga aurat Allahyarham.)
Permulaan kerjaya profesionalnya bermula apabila Kak Pah menyertai Pertandingan Nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968. Membawa lagu 3 Malam, Kak Pah berjaya mendapat Johan Pertandingan & menarik minat Syarikat Rakaman EMI Malaysia untuk melamarnya sebagai artis rakaman pada 1969. EP pertama, Seri Dewi Malam diterbitkan pada 1970 mendapat perhatian dan sambutan hangat ketika itu.

Disepanjang kariernya sebagai anak seni, Kak Pah telah berkerjasama dengan pelbagai syarikat rakaman, mahupun didalam dan luar negara. Dikagumi di  negara serantau di Asia seperti Jepun, KoreaHong KongChinaSingapuraBrunei dan Indonesia & menghasilkan sebanyak 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris, Kak Pah sewajarnya patut dicontohi oleh para pelapis-pelapis penghibur masakini akan kejayaannya. Seiring itu, Kak Pah sering diberi penghormatan dalam dan luar negara & konsert-konsert anjurannya sering mendapat sambutan menggalakkan dan tiket juga laris terjual. 

Pengiktirafan tidak putus-putus untuk Kak Pah apabila memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006).

Kehilangan Allahyarhamah Kak Pah sememangnya tiada pengganti. Begitu juga PL meminati Kak Pah semenjak diperkenalkan oleh ayah PL menerusi lagu-lagu seperti Seiring dan Sejalan (duet bersama Breory Marantika), Tinggi Di Awan Biru, Filem Hapuslah Air Matamu sewaktu kecil lagi. PL amat meminati setiap lagu-lagu tradisional dendangan Kak Pah seperti Di Pinggir Kayangan, Yaladdan (duet bersama Allahyarham Fadzil Omar), Kenang Daku Dalam Doamu dan lain-lain. PL mengakui Kak Pah sering menjadi muse PL dalam setiap lagu-lagu tradisional, selain Allahyarhamah Saloma, Allahyarhamah Rosiah Chik. 

koleksi Piring Hitam Sharifah Aini kepunyaan PL yang telah di"convert"kan
menjadi bentuk CD. (atas permintaan Allahyarham, gambar cover album ini PL "blur" kan
kerana menjaga aurat Allahyarham.)
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu & kami anak-anak seni akan sentiasa mengingati dan kesejahteraan untukmu disana. Alfatihah...

Sumber:

4 ulasan:

  1. Alfatihah buat kak pah....mmg tiada ganti..sudah hilang seri dewi malam

    BalasPadam
    Balasan
    1. itula...xde sapa mmpu nyanyikan seri dewi malam sebaik kak pah :'(

      Padam
  2. moga arwah tenang di alam sana..

    Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak

    BalasPadam

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...