Blogger news

Khamis, 30 Disember 2010

Citra Cita

Assalammualaikum, u guyzz…meet u all again. Urmmmm…sekarang ni nampaknya Team Malaysia tengah duk berhempas pulas menentang Team Indonesia. Dari sayup-sayup sorakan semua fans bola kat Kafe MAHSA ni, nampaknya masing-masing team tengah berhempas pulas cuba menjaring gol(aku tak dapat tengok coz aku sekarang ni turn aku pulak jaga MAHSA Recreational Centre…aduyai). Apapun, dalam hati aku menyokong& mendoakan semoga Team Malaysia berjaya membawa kejayaan Piala Suzuki kali ni. Kepada pihak yang kalah( tak kisahla Team Malaysia ke Indonesia ke), diharap janganla duk nak bergaduh 24 jam. Tak kisahla mana pihak yang mulakan dulu, juz bersabar& terima jela kekalahan dengan hati terbuka jela. Kalau kalah pun, It’s doesn’t mean ur loser, rite???

Selamat berjuang MALAYSIA&INDONESIA!!!

Aku pun sebenarnya taklah pandai nak bercerita pasal bola& aku pun taknak la berhipokrit bercerita macam tu jer pasal bola(itupun aku juz tau kalau masuk bola dalam ruang gol, so maknanya itu goal….). hahahahaha. Well, tak payahla akula bercerita kenapa aku tak minat bola. Harap korang faham yek.
Daripada aku duk buang masa menjaga Centre ni dengan tak buat apa-apa, baik aku tulis blog macam ni. At least ada juga benda nak dibuat.

So, apa kata aku berbicara pasal cita-cita?? Hahahaha….aku sekarang ni tengah blur
nak fikir topik apa…so, sorila kalo tak berkenan.

Bila datang tahun baru macam ni, sedar tak sedar umur pun dah tua setahun. Aiiii….makin tua kita yekk. Tak cukup rasanya umur remaja ni. Macam tak nak jer jadi dewasa. Aku harap umur yang makin lanjut ni, takkan menghalang aku untuk bermimpi@berangan lagi..hahahahahaha. well, bukan angan-angan mat jenin tau. Actually, aku tengah berikhtiar@berazam dapat buat post-graduate untuk Art&Design. InsyaAllah, aku takkan melupakan impian asal aku sebelum ni& mudah-mudahan Allah memberi peluang pada aku untuk kabulkan hasrat ni. Apapun, kerjaya sebagai radiographer ni takkan aku lepaskan macam tu jek (dah penat-penat belajar, tak jadi pulak…..tak ke bodoh namanyer?? Hahahaha) sekarang ni, aku harap experience aku sebagai freelancer designer kat MAHSA Student Representative Club boleh digunakan untuk menimba ilmu sebagai truly designer bila sampai masa nanti.

Selain tu, cita-cita aku yang lain pulak aku nak ceburi perniagaan. Aku nak bukak perniagaan kafe. Kafe yang macam mana?? Aku nak buka kafe makanan yang berkonsep mesra-pelajar. Macam mana tu?? Well, korang sebagai student, pernah tak terfikir kesukaran nak mencari tempat berdiskusi, belajar, hang out dengan culai-culai korang, kafe yang memberi kemudahan Wifi dengan berkonsepkan ala-ala perpustakaan? Sebenarnya aku dapat idea ni bila aku tengok filem SEPI, adegan Iman(Baizura Kahar) dan Ian(Syed)& the gang melepak sama-sama kat sebuah kafe yang lengkap dengan tempat diorang nak menelaah& ada rak yang penuh dengan buku pelbagai silibus& genre, pastu ada tempat belajar& melepak diasingkan, interior decorate pulak memang cozy& simple jek. Bila dah konsep mesra-student, of cozla aku nak buka kafe ni berdekatan dengan mana-mana IPTA/IPTS yang berdekatan& sasaran aku adalah student-student yang duk cari tempat untuk belajar diluar kampus, suka belajar sampai lewat malam kat kafe(mana tau aku bukak dekat MAHSA??). Pasal idea kafe ni, kakak pernah usulkan cadangan kat aku untuk jadi rakan kongsi, then I say YES!!(of cozla orang mengantuk disorong bantal!!). But, aku cakap kat kakak aku yang aku kenala kerja untuk beberapa tahun dulu sebelum buka kafe ni coz nak kumpul modal beli furniture, nak cari lokasi strategik lagi, pastu nak buat perancangan betul-betul pasal kertas kerja untuk mendaftarkan perniagaan lagi, nak cari pekerja lagi. Semuanya nak fikirkan lagi. Tambah-tambah lak aku nak sambung pelajaran lagi. Semuanya nak diambil kira.

Aku jugak cita-cita nak ada rumah sendiri sebelum umur aku 30 tahun. Well, lokasi rumah aku sebolehnya berdekatan bandar& tempat kerja aku. Aku tak kisah kalau rumah tu kecik ke apa ke, tapi make sure rumah tu bukan rumah apartmen, pangsa, even kondomanium sekalipun aku tak hairan( sebab malas nak naik tangga..LOL). aku nak rumah yang ada laman. At least, boleh gak aku buat taman kecil-kecilan sambil mengembangkan bakat hiasan laman ke…hahahaha.

Sekarang ni, aku nak tutup Centre coz dah pukul 10 pm. Sekarang ni aku nak balik bilik& siapkan kerja-kerja design untuk SRC Club. Nanti kita sambung cerita lagi, yekk???

WASSALAM

PS: waktu nak tutup bilik ni, aku call Darvin(kawan aku) nak tau pasal Piala Suzuki…Then, berita gembira bila MALAYSIA menang 4-2…ALHAMDULILLAH!!!!!

“Allahamdulillah syukur nikmat, kepada Allah yang member rahmat”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...