Blogger news

Selasa, 28 Disember 2010

TAHUN BARU, BARUKAN TAHUN???

Assalammualaikum, korang semua…….permulaan ni, aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada korang semua yang melayari blog aku. Well, agak 2 tahun menyepi dari blogging. Mana tak nyer…hehehehe. Nasib baik aku still ingat password. Hahahaha….
So, apa yang nak diceritakan pasal tahun baru? Urmmm…Azam baru? Pengalaman baru? Stail baru? Awek baru??(ececehh….macam ada)…Entahla. Aku serahkan pada Allah yang Maha Esa. Dia lagi mengetahui apa yang terbaik untukku. Apapun, bak cogankata Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Dol Said(SDDS), HIDUP MESTI BERJUANG. Nak hidup kat dunia ni, memang kena berjuang dalam macam-macam hal. Tak boleh mengalah& dikalahkan. Kalau tak, anda akan sentiasa mundur& ditindas kebawah. Tapi, bukan semua dikalahkan itu teruk. Sometimes, it’s ok to be loser, if u don’t give-up. Jadi loser sekali-sekala juga member kita pelbagai perspektif dalam kehidupan. Tak sentiasa kita adalah juara. Kadangkala kita harus kalah& terima qada& qadar dengan hati terbuka. Menjadi loser juga memberi kita banyak peluang untuk banyak experience yang kita tak pernah alami ketika kita “juara”. Dari “kalah”, kita dapat renungi diri kita cumalah insan@hamba yang lemah& hina jer. Kita juga dapat merasakan hidup itu ”hidup” untuk kita sebab “kekalahan” itu akan sendiri mengajar kita akan erti hidup.




As u can see, semua yang aku tulis kat paper tu adalah azam aku sempena final year ni. Macam-macam lagi nak capai woo….Itulah, dah tahun terakhir kat MAHSA ni, kira dah pangkat-pangkat otaila kat kolej ni. LOL. Sekarang ni sem 5. Walaupun sem ni subjek pun tak banyak maner( juz 4 subjek: Pengajian Islam, Special Procedure, Image Critique& Evaluation, Basic Managemen), tapi bila nak setup 2 event besar dalam sem ni(almaklumla senior.....hehehe) terasa bahang busy tu dah ada dah. Baru semalam aku dengan Mamu(classmate aku) bincang nak buat proposal untuk Majlis Grand Dinner untuk final year kitorang. Sya pulak awal-awal dah tunjukkan aku contoh proposal untuk perkhemahan akhir tahun kitorang kat Pulau Pangkor (tengok aktiviti, boleh tahan gak….aku on jer). Tu baru event-event besar yang dah tau. Yang belum tau, perancangan SRC lagi….aduyai…Apapun, aku akan cuba memberikan yang terbaik untuk tahun terakhir ni.

Walaupun azam yang aku tulis kat paper tu macam sikit jer, tapi pelaksanaan dia yang macam payah sikit. Yelah, azam mana boleh dicapai tanpa perancangan (betul tak???). So, untuk memastikan semuanya berjalan lancar&tercapai dengan jayanya, perancangan yang teliti& bersungguh-sungguh mesti dibuat. Pasal perancangannnyerrr, aku sekarang ni cuba sedikit-dikit membiasakan diri aku untuk perancangan tersebut. Aku tak nak jadi “angan-angan Mat Jenin”. Aku cuba pastikan semua tercapai. Itulah, kadang-kadang bila difikirkan ada jer azam yang lepas tak selesai& sempurna. Ishhhh….takpela, forget it la!!! Yang lepas, lepas....renew azam& jalani hidup dengan bersemangat…hahahaha. Tapi apapun, kita juz manusia biasa&hamba yang lemah. So, pentingnya tawakal& doa untuk memastikan kehidupan kita terlindung dari semua ancaman bahaya* malapelataka. Kita cuma merancang, tapi Allah S.W.T jela yang menentukan segala-galanya…..

Sebenarnya, azam tu aku dah tulis since Awal Muharram lagi hari tu. Aku berharap sangat semua yang tulis tu tercapai& dimakbulkan Allah S.W.T. Tentang kehidupan ni, memang banyak yang tak dijangka. Tapi, kita mampu untuk mengubah yang tak dijangka itu menjadi samada positif/negatif. Semuanya bergantung pada diri kita. Anyway, sempena tahun baru ni, aku ucapkan selamat tahun baru pada korang semua yang banyak menyokong& baca blog aku. Well, sekarang ni, aku baru terfikir untuk bergiat balik dalam arena blogging ni. Hehehe. Apapun, jaga solat, jaga kesihatan, jaga adab& pekerti& jaga prestasi, insyAllah, semuanya akan berjalan lancar pada tahun 2011. Wassalam…

“experience is great& cruel teacher because it’s tested you before it’s teaching you”…….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...