Blogger news

Sabtu, 12 Januari 2013

"Akan Datang, PL..."



Assalammualaikum, semua. PL menyambung bicara lagi. Pada tahun 2013 ini, maka masuk tahun kelima PL bergelumang didalam dunia blogging. PL berasa teruja dan berterima kasih pada kalian, pembaca-pembaca yang tidak putus-putus member sokongan dan sentiasa melayari blog PL yang tidak seberapa ini. Bagi PL, blog inilah sudut mini dunia PL. Sudut yang PL boleh katakana sebagai ruangan eksperesi diri. Bagi PL juga, blog ini tidak ubah umpama seperti majalah dan majalah ini adalah ruangan PL untuk melepaskan segala pemikiran terhadap dunia keliling PL. PL berasa bertuah dapat berkongsi dengan kalian dan menunjukkan pada kalian bahawa blogging bukanlah ruangan untuk mencari populariti semata-mata.

Di tahun 2013 ni, PL berharap banyak perkara yang PL boleh kongsikan. PL seorang yang gemar berbicara mengenai soal-soal kemanusiaan, motivasi, nilai-nilai moral di setiap artikel nukilan PL. Untuk di tahun yang baharu ini, PL berharap persoalan-persoalan ini kerap digarap disepanjang tahun ini. InsyaAllah, jika tiada aral melintang. Selain itu, PL telah menetapkan satu wawasan untuk tahun ini. Satu perancangan yang PL sentiasa fikirkan dari tahun lepas. Setelah bekerja & mempunyai kewangan tetap, PL berhajat untuk mencari peluang didalam perniagaan. Perniagaan apa? Urmm, just wait and see. PL hendak memberi kejutan. Seraya itu, kemungkinan blog ini juga akan diolah dan sebuah page baru akan direka khas untuk perniagaan yang akan PL kelolakan. Doakan PL Berjaya. Amin.

Semua tahu, obsesi PL adalah pengembaraan, fesyen, muzik dan kebudayaan. PL berasa bertuah kerana dilahirkan di Malaysia yang mempunyai pelbagai tempat yang menarik dan kebudayaan yang berwarna-warni. Industri muzik dan fesyen di Malaysia seiringan kian berkembang. Perkembangan-perkembangan positif ini memberi PL untuk menelaah disetiap sisi keunikkan Malaysia. Dari itu, PL mengambil kesempatan itu berkongsi segala pengalaman PL diserata tempat di Malaysia. PL juga akan berkongsi tips-tip berfesyen bagi anda semua dan juga pandangan PL terhadap music scene tempatan yang kian mencipta nama di pesada antarabangsa. Menarik bukan? Teruskan membaca Izzy Izzudin..Penglipur Lara Bercerita.

Jika ada diantara kalian yang merupakan friend PL di Facebook, pasti anda selalu terperasan PL selalu menge”post” gambar-gambar hasil masakan yang dimasak sendiri oleh PL. Yup, PL juga seorang yang suka memasak. Jadi, kesempatan dari itu PL juga akan menyediakan artikel-artikel menarik mengenai resipi-resipi yang ringkas dan enak. Tentu menyeronokkan, bukan? Selepas ini, pasti tiada alasan lagi untuk kaum bujang diluar sana untuk terus makan di kedai sahaja. Apa salahnya mempelajari ilmu masakan? Dapat juga kalian mengasah bakat dan ketangkasan di dapur. Cool!!

Bidang sastera dan prosa ciptaan tidak dilupakan. Bila diamati di page Puisi, hiba rasanya bila memikirkan ruangan Puisi paling kurang dinaik-tarafkan dengan nukilan-nukilan terbaru. Hohoho. Urmm. Nampaknya, selepas ini PL harus mencuri sedikit masa untuk mnulis puisi, mencari ruang untuk memberi kesempatan kepada roh sentimental meresap dalam diri. InsyaAllah, ruangan puisi akan dirancakkan dengan puisi-puisi terbaru. Ohh, ya. Tak lupa novel bersiri yang tergantung (Kemaafan Ramdhan, Adakah Untuk Kita) akan disambung juga. Kepada pembaca-pembaca yang selama ini mengikuti sambungannya, diucapkan seribu kemaafan kerana membuat kalian tertunggu sambungannya.

Sesungguhnya, niat PL disetiap jari menekan papan kekunci, mengarap dan memetik segala buah fikiran yang ranum di dahan akal pokok iman adalah untuk berkongsi pada kalian mengenai kisah dunia Izzy Izzudin. Izzy Izzudin bukanlah manusia luarbiasa, cuma apa yang diinginkannya adalah sebuah dunia yang penuh keharmoniaan seperti pelangi, kesuciaan seperti hujan yang membasah alam, kemeriahan pokok-pokok kehidupan dan keindahan bunga-bunga cinta. Semua itu, semuanya yang ingin PL luahkan pada blog PL yang tak seberapa ini. PL merendah hati, dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, PL memulakan 2013 ini dengan penuh harapan. Semoga tahun ini terbaik untuk PL dan kalian jua. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...