Blogger news

Jumaat, 18 Januari 2013

Resipi Orang Bujang: Mee Maggi Ala Ladna



Assalammualaikum, semua. Urmm, tentu ada diantara kalian yang penat bekerja, bukan? Almaklumlah, macam PL yang bujang ni. Balik kerja je, mesti rasa penat dan lapar. Nak masak sedap-sedap, kena pulak nak berjimat. Lagilah kalau duduk KL. Macam semua benda nak kena catu. So itulah, kadang-kadang sebagai langkah berjimat, PL selalu masak sendiri di rumah. Dapat jimat sedikit, bukan? Untuk resipi ulung kalinya dalam blog Izzy Izzudin..Penglipur Lara Bercerita ni, PL akan tunjukkan satu resipi yang mudah, sedap, plus ringkas: Mee Maggi Ala Ladna.

Sesuailah nak kata resipi orang bujang. Terlalu simple, tapi sedap sebab rasanya ala-ala Mee Ladna. So pada mereka-mereka yang suka Mee Ladna bolehlah mencuba resipi ni. Bahan-bahan dia pun mudah nak jumpa & murah. So, bahan-bahannya adalah:

Bahan-Bahan:
Mee Maggi Perisa Ayam (sebungkus, tapi terpulanglah pada kalian nak buat berapa banyak)
Telur (Sebutir)

Bawang Putih (3 ulas, hiris)
Bawang Besar (sebiji, hiris)
Lada Cili Padi (3 tangkai, hiris)
Halia (Setengah inci, dititik)
Isi Ayam (Dalam artikel ni, PL tak tambah ayam sebab kehabisan. Haha)

Minyak Bijan
Sos Tiram (Sesudu)
Tepung Jagung (Sesudu, dilarutkan dalam air bersama perencah Mee Maggi)

Kobis (Terpulang pada citarasa. Kalau nak ganti Sawi pun takde masalah)
Cendawan Cina (Rendam terlebih dahulu sehingga kembang. Terpulang pada citarasa. Boleh sama ada nak tambah atau tak)

Cara-cara:

1. Sediakan bahan tumis(bawang besar, bawang putih, halia, cili padi) terlebih dahulu. Sementara tu, boleh rebus Mee Maggi (jangan buang perencah dia!!). Bila dah lembut mee, toskan dan biarkan.

2. Panaskan minyak bijan. Setelah panas, tumiskan bahan-bahan tumis tadi. Setelah naik wangi, masukkan pula isi ayam tadi dan gorengkan bersama bahan-bahan tumis tadi. Sementara itu, panaskan minyak lain untuk menggoreng mee.

3. Sementara menunggu isi ayam separa masak, kacau telur dan gaulkan bersama mee. Setelah sebati, gorengkan mee sepantas mungkin supaya mee tidak terlalu menyerap minyak dan supaya menjadi garing. Selepas itu, cepat-cepat toskan mee yang digoreng. Biarkan.

4. Setelah isi ayam masak, masukkan pula air tepung jagung yang telah dibancuh bersama perencah Maggi. Masak sehingga sedikit mengelegak.

5. Apabila sedikit mengelegak, masukkan sesudu sos tiram dan kacau. Selepas itu, masukkan pula sayur kobis dan cendawan cina. Biarkan sehingga mengelegak.

6. Setelah kuahnya siap, siramkan kuah ke atas mee garing yang disediakan diatas pinggan. Siap dihidang & enak di makan sementara masih panas!!

Hah?? Amacam? Senang tak resipinya? Apalagi, cubalah!! Lepas ni, bolehlah kalian memcuba dan memberi pandangan dan komen. Hahaha. Selamat mencuba!!

Sabtu, 12 Januari 2013

Mukadimah Tukang Masak Amatur



Assalammualaikum, semua. Semua nampak gambar-gambar masakan diatas? Semuanya hasil masakan PL. Hehe. Pertama kali dalam sejarah, PL berani nak post something about masakan. Sebenarnya, bukan kali pertama PL memasak & hobi PL sememangnya suka memasak. Tapi, itulah. Mungkin agak PL ni merendah diri sikit kot. Orang kata PL pandai memasak pun PL tersipu-sipu malu (Ahakzz...XD). Well, PL sebenarnya memang ada belajar memasak bermula dari zaman budak-budak lagi. Almaklumlah, kecik-kecik adik beradik PL selalu ajak main masak-masak(adik beradik PL semua perempuan yek. Bila Allahyarhamah k'ekin meninggal, baru dapat adik lelaki seorang). So bila mula tingkatan 1, PL sendiri belajar memasak dari Mak sebab kononnya nak belajar berdikari, tak nak susahkan Mak. hehe.

Resipi pertama yang PL belajar daripada Mak ialah Nasi Goreng Cina(waktu tu, ni menu favorite PL). PL suruh Mak PL standby kat sebelah, konon-konon macam buat Assesment la. haha. So, PL ingat lagi macam mana Mak PL ajar cara-cara tumbuk ikan guna lesung batu, cara nak potong bawang, macam mana nak bezakan serbuk lada sulah dengan serbuk lada hitam, cara nak kopek ikan bilis(buang bahagian hitam kat perut ikan bilis)& setiap kali basuh bahan masakan, jangan lupa selawat atas nama Nabi S.A.W 3 kali. Waktu tu, rasanya Allah S.W.T je tau macam mana "excited"nya belajar memasak. Bila dah siap, bagi Mak rasa dulu. Mak komen, ok jek. hoho. Lepas tu, PL pulak merasa air tangan PL yang pertama kalinya. Bila dah rasa, terasa macam kekurangan sesuatu. Tak sama macam Nasi Goreng Cina yang Mak selalu buat, walhal dah ikut habis stail Mak. Bila difahamkan, baru kita tau tiada masakan yang setanding masakan Mak kita sendiri. Selama kita membesar, kita dah biasa rasa masakan Mak kita. So bila kita rasa masakan kita, walau macam mana sekalipun kita tetap akan cakap masakan Mak juga yang paling sedap di dunia kerana kita membesar dengan air tangan dan suapan dari ibu kita. I LOVE u, MAK!!


Sejak dari itu, PL akui telah menemui jiwa dan hobi PL terbaru iaitu masakan. Sejak dari itu, buku dan majalah masakan jadi bahan tatapan. Selalu juga PL belajar memasak sendiri. Almaklumlah, dah yakin diri sendiri waktu tu. Mak pun dah bagi kepercayaan kat Pl untuk memasak sendiri. Kakak-kakak PL pun selalu suruh PL memasak sebab diorang tak se"rajin" PL nak memasak kot & PL suka pelbagai resipi pelik-pelik. hahaha. PL juga seorang yang suka bereksperimen. Kalau masak Mee Maggi, PL takkan masak Mee Maggi tu kosong-kosong. Mesti ada tambah something lah. Tak kisahlah tambah cili k, sayur, santan, fish ball, tauhu, serai, daun limau purut, keju, apa-apalah untuk menambah perisa. Lepastu, cara masakan pun pelbagai: masak secara berkuah, goreng, bakar dengan microwave. Paling best, pernah buat Maggi Kari Ala Ramen(Mee Jepun). Haha.

Sepanjang Pl belajar memasak ni, Alhamdulillah tak pernah lagi berlaku insiden-insiden teruk. Mungkin PL seorang yang teliti, so takde kes lagilah terpotong jari ke (pernah jugak hampir nak terpotong sebab nak belajar cara potong Julienne), dapur meletup ke, peralatan pecah ke (pernah sekali, itupun terlupa periuk kaca yang panas tak boleh terus rendam dalam air). Setakat terkena minyak panas meletup tu perkara biasalah waktu-waktu mengoreng (terutama, menggoreng telur). Tapi, PL tetap suka memasak sehingga hari ini.

PL akui, ada orang memandang serong pada PL kerana suka memasak. Pelik betul, zaman moden macam ni pun masih nak berpegang pada idea ortodoks (kononnya memasak ni kerja orang perempuan & lelaki suka memasak ni lelaki lembut). Lagilah pada waktu tu, Dato Chef Wan agak terkenal dengan style "mak cik kepoh" (ada sesetengah ibu bapa menakut-nakutkan anak lelaki mereka yang suka memasak: Bila dah besar nanti, nanti jadi lembut-lembut mcam Chef Wan). PL juga mengaku pernah diejek lembut kerana suka memasak. Huh, teruk betul. Tapi, nasib baik PL bukanlah seorang yang mudah tunduk pada kata-kata orang.Adoi!! PL tak tau nak cakap macam mana. Biasalah, kita mana boleh menahan mulut orang. Bagi PL, perkara dan ideologi bodoh ini perlu dihentikan segera.

Kita mungkin tidak sedar, terutama ibu bapa yang selalu menakut-nakutkan anak-anak mereka dengan cara begini sebenarnya anda telah pun "membunuh" sifat berdikari, berani, ingin tahu anak-anak anda. PL sendiri pernah terbaca suatu aritkel mengenai pendidikan keluarga iaitu "Cara untuk membesarkan anak-anak dengan yang betul". Sebenarnya, kita tidak harus menghentikan sifat ingin tahu kanak-kanak yang terutamanya dalam proses tumbesaran. Kanak-kanak begini seharusnya didedahkan dengan pelbagai bahan bantu belajar, agar dapar dikenalpasti kecenderungan dan minat anak anda & sekaligus dapat membantu anda untuk memahami bakat dan keistimewaan anak anda sendiri. Jika anak anda dikesan suka memasak, nasihat PL adalah sentiasa berada disisi anak anda untuk memahami dunia masakan. Untuk permulaan, biarkan anak anda menolong kecil-kecilan dengan tidak melibatkan instrumen memasak yang bahaya seperti membasuh buah-buahan, menyediakan pinggan. Pabila berganjak ke sekolah rendah, barulah diajarkan sedikit sebanyak mengenai dunia masakan. Pada waktu itu, pastikan anda sentiasa disisi anak-anak anda & mengawasi cara-cara mereka menggunakan instrumen masakan (Kini, banyak instrumen masakan yang dibuat khas untuk kanak-kanak ada dijual). Pada usia ini, mereka sudah boleh diajar untuk melakukan teknik-teknik mudah seperti menganyak tepung, memukul telur, membancuh minuman, menggoreng. Ajar mereka melakukan resipi-resipi mudah seperti sandwich, menggoreng keropok, nugget, cupcake dan lain-lain. Anda tidak boleh menghalang perkembangan anak-anak anda. Tapi, apa yang boleh anda boleh buat adalah sentiasa berada disisi anak-anak anda untuk "memandu" mereka untuk membezakan perkara baik dan buruk sehinggalah mereka dewasa.

Panjang pula mukadimah PL ni. Haha. Alangkah terujanya untuk membawa blog PL ini ke satu tahap istimewa. InsyaAllah, selepas ini terasa senang di hati Pl untuk berkongsi resipi-resipi masakan yang PL rasa mudah untuk di praktik untuk golongan muda@bujang. Kini, golongan bujang tiada lagi alasan untuk sentiasa meratah nasi bungkus di luar sahaja. Kebaikkan juga anda boleh berjimat dan mengasah bakat anda didapur. Suatu hari nanti, anda juga boleh memasak untuk keluarga anda juga. Teruskan membaca di Izzy Izzudin..Penglipur Lara Bercerita!!

YUNA'S FASHION MAGAZINE!! 2nd ISSUE

Assalammualaikum, semua. Bagi yang pernah melayari blog PL ni, pasti anda pernah terbaca satu artikel mengenai majalah fesyen yang diterbit khas secara on-line daripada IMAJETFUELSHOP yang dikelolakan oleh Yuna. Sekarang ini, IMAJETFUELSHOP kembali lagi dengan majalah fesyen untuk terbitan kedua.



WATCH OUT, FASHIONISTA!!! Jika di isu dahulu, Yuna mengetengahkan corak-corak tribal, colour block, vintage. Kini di isu keluaran terkini, Yuna mengetengahkan pula gaya-gaya kemeja berkolar dengan penambahan perincian stud dibahagian kolar. Turut disuaipadankan dengan blazer rona biru terang, sweater gedoboh berkait dan vest. Menarik pada isu kali ini juga menampilkan temubual bersama penyanyi indie, Guba (pernah berkolabrasi dengan Yuna untuk lagu You're So Fine) dan juga empunya siaran Indie-TV online, TAPAU TV iaitu En. Ahmad Faris. Selain itu juga, Yuna turut mengupas isu perkembangan stail hijab di Malaysia. So, Apa lagi? Jemput-jemputlah membaca!!

"Akan Datang, PL..."



Assalammualaikum, semua. PL menyambung bicara lagi. Pada tahun 2013 ini, maka masuk tahun kelima PL bergelumang didalam dunia blogging. PL berasa teruja dan berterima kasih pada kalian, pembaca-pembaca yang tidak putus-putus member sokongan dan sentiasa melayari blog PL yang tidak seberapa ini. Bagi PL, blog inilah sudut mini dunia PL. Sudut yang PL boleh katakana sebagai ruangan eksperesi diri. Bagi PL juga, blog ini tidak ubah umpama seperti majalah dan majalah ini adalah ruangan PL untuk melepaskan segala pemikiran terhadap dunia keliling PL. PL berasa bertuah dapat berkongsi dengan kalian dan menunjukkan pada kalian bahawa blogging bukanlah ruangan untuk mencari populariti semata-mata.

Di tahun 2013 ni, PL berharap banyak perkara yang PL boleh kongsikan. PL seorang yang gemar berbicara mengenai soal-soal kemanusiaan, motivasi, nilai-nilai moral di setiap artikel nukilan PL. Untuk di tahun yang baharu ini, PL berharap persoalan-persoalan ini kerap digarap disepanjang tahun ini. InsyaAllah, jika tiada aral melintang. Selain itu, PL telah menetapkan satu wawasan untuk tahun ini. Satu perancangan yang PL sentiasa fikirkan dari tahun lepas. Setelah bekerja & mempunyai kewangan tetap, PL berhajat untuk mencari peluang didalam perniagaan. Perniagaan apa? Urmm, just wait and see. PL hendak memberi kejutan. Seraya itu, kemungkinan blog ini juga akan diolah dan sebuah page baru akan direka khas untuk perniagaan yang akan PL kelolakan. Doakan PL Berjaya. Amin.

Semua tahu, obsesi PL adalah pengembaraan, fesyen, muzik dan kebudayaan. PL berasa bertuah kerana dilahirkan di Malaysia yang mempunyai pelbagai tempat yang menarik dan kebudayaan yang berwarna-warni. Industri muzik dan fesyen di Malaysia seiringan kian berkembang. Perkembangan-perkembangan positif ini memberi PL untuk menelaah disetiap sisi keunikkan Malaysia. Dari itu, PL mengambil kesempatan itu berkongsi segala pengalaman PL diserata tempat di Malaysia. PL juga akan berkongsi tips-tip berfesyen bagi anda semua dan juga pandangan PL terhadap music scene tempatan yang kian mencipta nama di pesada antarabangsa. Menarik bukan? Teruskan membaca Izzy Izzudin..Penglipur Lara Bercerita.

Jika ada diantara kalian yang merupakan friend PL di Facebook, pasti anda selalu terperasan PL selalu menge”post” gambar-gambar hasil masakan yang dimasak sendiri oleh PL. Yup, PL juga seorang yang suka memasak. Jadi, kesempatan dari itu PL juga akan menyediakan artikel-artikel menarik mengenai resipi-resipi yang ringkas dan enak. Tentu menyeronokkan, bukan? Selepas ini, pasti tiada alasan lagi untuk kaum bujang diluar sana untuk terus makan di kedai sahaja. Apa salahnya mempelajari ilmu masakan? Dapat juga kalian mengasah bakat dan ketangkasan di dapur. Cool!!

Bidang sastera dan prosa ciptaan tidak dilupakan. Bila diamati di page Puisi, hiba rasanya bila memikirkan ruangan Puisi paling kurang dinaik-tarafkan dengan nukilan-nukilan terbaru. Hohoho. Urmm. Nampaknya, selepas ini PL harus mencuri sedikit masa untuk mnulis puisi, mencari ruang untuk memberi kesempatan kepada roh sentimental meresap dalam diri. InsyaAllah, ruangan puisi akan dirancakkan dengan puisi-puisi terbaru. Ohh, ya. Tak lupa novel bersiri yang tergantung (Kemaafan Ramdhan, Adakah Untuk Kita) akan disambung juga. Kepada pembaca-pembaca yang selama ini mengikuti sambungannya, diucapkan seribu kemaafan kerana membuat kalian tertunggu sambungannya.

Sesungguhnya, niat PL disetiap jari menekan papan kekunci, mengarap dan memetik segala buah fikiran yang ranum di dahan akal pokok iman adalah untuk berkongsi pada kalian mengenai kisah dunia Izzy Izzudin. Izzy Izzudin bukanlah manusia luarbiasa, cuma apa yang diinginkannya adalah sebuah dunia yang penuh keharmoniaan seperti pelangi, kesuciaan seperti hujan yang membasah alam, kemeriahan pokok-pokok kehidupan dan keindahan bunga-bunga cinta. Semua itu, semuanya yang ingin PL luahkan pada blog PL yang tak seberapa ini. PL merendah hati, dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, PL memulakan 2013 ini dengan penuh harapan. Semoga tahun ini terbaik untuk PL dan kalian jua. Wassalam.

Rabu, 9 Januari 2013

Anugerah Juara Lagu Ke-27: Review Persembahan & Keputusan!!



Assalammualaikum!! Kita bersua kembali di bulan januari 2013 kembali. Well, this is 1st entry of 2013. Itulah, masa selalu tak mengizinkan PL untuk aktif berblogging. Banyak perkara yang PL boleh kongsi. InsyaAllah kalau diizinkan, PL akan terus berblogging lagi kerna menulis itu passion PL.

Anugerah Juara Lagu Ke- 27 baru berlangsung dengan jayanya. Sebagai pemerhati & pengulas muzik tak bertauliah (hahaha:D), AJL adalah acara wajib PL untuk tonton. AJL adalah anugerah berprestij yang mengiktiraf bakat-bakat seni dan juga menjadi tanda pengukur untuk menentukan kemajuan industri muzik di Malaysia. Sebab itu, PL agak teruja setiap kali AJL. Baiklah, sekarang ini PL hendak berkongsi dengan kalian mengenai pandangan PL terhadap setiap persembahan dan lagu yang dipertandingkan. Pada tahun ini, sebanyak 12 lagu yang diiktiraf diantaranya terbaik sepanjang tahun 2012. Setiap lagu mempunyai sisi menarik dan keunikkan sendiri. 10 orang juri dipilih & uniknya sistem penjurian kali ini dimana ada juri-juri didatangkan khas dari Indonesia dan Singapura turut sama mengadili. PL berpendapat, sistem penjurian ini sangat bijak dan saksama kerana ini dapat mengelakkan berlaku ketidakadilan dan kata-kata sumbang mengenai sistem penjurian, memberi suatu taraf dalam penilaian kualiti sesebuah lagu mengikut antarabangsa, memperkenalkan bakat-bakat Malaysia ke luar negara dan dapat menjalinkan persahabatan diantara indsutri muzik negara Singapura dan Indonesia.

OMBAK RINDU : ADIRA Ft. HAFIZ
-Opening yang dijangka. Aaron Aziz jadi penambat hati penonton & idea sama seperti tahun lepas(Remy Ishak dalam persembahan Kisah hati). Susunan orchestra dipuji kerana berjaya menbangkit mood persembahan. Latar graphic macam tidak bersesuaian ngan mood lagu. Paduan vokal kedua-dua kdengaran tidak begitu harmoni. "Ending"nya juga seolah-olah meniru gimik persembahan Kisah Hati, dimana Alyah memeluk Remy Ishak. Cuma bezanya, Adira didukung Aaron Aziz. So cliche~~

PATAH SERIBU : SHILA AMZAH
-Opening yang menarik. Ternyata puisi yang dilafaz brjaya menbangkit mood persembahan. Shila brjaya membawa PL mnjadi turut sayu. Kawalan vokalnya nampak matang, mnunjukkn kedewasaannya didalam indsutri ini. Biarpun persembahannya nampak ringkas, namun berjaya memikat hati dngan penghayatannya. Kudos Shila!!

SIMETRI : HAZAMA Ft AMY SEARCH
-OMG!! Pembukanya yang seperti yang dijangka & SUPERB!! Showmanship dijangka dari seorang Rockstar!! Namun, terlalu banyak pelakon pentas menyebabkn adakalanya Amy Search & Hazama agak tenggalam kehadirannya. Tapi, kostum yang digayakan kedua-duanya amat menarik. Kawalan vokal juga mantap.

IDOLA : LAN & THE TYPEWRITER
-Opening yang berjaya menarik perhatian!! Kostum, mekap, penataan konsep yang memang awesome!! Vokal Azlan tak boleh dinafikn kehebatannya!! Cuma, yang agak mengelirukan apa yang ingin ditunjukkan/diterangkan oleh Costume Player yang memakai baju Jalur Gemilang tu? Ke hulu hilir mengikut Lan? Apapun, enjoy!!

PELANGI SENJA : STACY
-Penataan pentas yang memukau dengan latar belakang seperti lagunya. Sungguh dramatik dan mngasyikkan. Kali ini, Stacy nampak brhati-hati melantun vokalnya, tidak seperti persembahannya ketika semi-final. Tetapi, adakalanya mungkin terlalu mengawal nampak seperti "playsafe". Namun, keseluruhan persembahan ternyata Stacy berjaya menampilkan kelainan dirinya berbanding kebiasaannya. Syabas!!

LAGU : BO (BEDROOM SANCTUARY)
-Opening yang penuh warna-warni. PL menyukainya kerana ia adalah satu persembahan yang ringkas sebenarnya, namun ia berjaya mngangkat keindahan liriknya yg indah & ceria. sekaligus berjaya membuat PL tersenyum & sing along sambil menyaksikan persembahannya. Lagu ini sememangnya tidak memerlukan vokal yang lantang, cuma perlu penghayatan dan semangat ceria utk mmbawanya...hahaha. I luv it!!!

TANPAMU : AMIR JAUHARI
-Accapella opening= fresh& creative idea!! Bersesuaian dengan tema "eksperesi seni", tema pentas adalah galeri seni. Fun performances. Setiap musician: drummer, gitaris, back-up singer & setiap orang dipentas berjaya mng"happening"kan. Ternyata masing2 brsemangat memberi persembahan yang terbaik. Namun, melodi instrument trnyata lebih kuat, telah menenggelamkan vokal Amir yang serdahana & relaks.

TEMAN PENGGANTI : BLACK Ft RJ
-Jazz noir+ orchestra berjaya mengbangkitkan nuansa kesedihan pada lirik lagu ini. Idea pentas berputar agak unik kerana pertama kali digunakan dalam pentas AJL. Biarpun berlainan genre dan cara pembawaan lagu, keserasian antara Black dan RJ ternyata berhasil. Vokal mereka ternyata berpadu dengan baik ketika pngakhiran lagu. Keseluruhan, ke"sedihan"nya memukau.

TERUKIR DI BINTANG : AIZAT
-Biarpun digantikn oleh Aizat, entah mngapa lagu ni boleh "suit" dgn Aizat dgn baik sekali. Aizat kelihatan berjaya mencairkn ramai gadis-gadis dengan renungannya. Penampilannya ternyata berlainan dari kebiasaannya. Mengingatkan PL pada Allahyarham P.Ramlee didalam filem "Penjodohan" mendendangkan lagu "Hujan Di Tengah Hari". Vokalnya agak santai, bersesuaian dengan keserdahanaan dan keindahan melodi. Tema "Romantik di Paris" berjaya mengbangkitkan nuansa romantik. Terasa seperti sedang brcuti di Paris!!

KU AKUI : HAFIZ
-Hafiz terlalu mendalami dan menghayati lagu ini. PL turut terbawa merasai jiwa lagu ini. Semangat lagu ini meningkat selepas "bridge" berjaya meresap ke dalam jiwa PL. Hafiz berjaya meruntun hati PL dengan prsembahannya & PL turut mendengar bahawa Hetty Koes Endang(selaku juri jemputan) memberi standing ovation kepada Hafiz!! Sememangnya vokalnya stunning!!

ANDAIKU BERCINTA LAGI: MOJO
-Konsep "Glorious Mozart" berjaya memukau PL. Penampilan Marsha Milan Londoh sebagai Soprano Singer memang tepat & bersesuaian dengan vokalnya. Vokal Aweera sepatutnya dipuji, untuk penampilan pertama di pentas AJL. Biarpun lantang, namun jelas kedengaran setiap perkataan. Namun, nampak kurang penghayatan. Mungkin ingin mmberi lebih penumpuan pada kawalan vokalnya. Namun, agak mnarik jikalau orchestra ala2 Mozart itu dipanjangkan sehingga penghabisan lagu, bukan hanya pada permulaanya sahaja.

ANAK KAMPUNG: JIMMY PALIKAT Ft ONE NATION EMCEES
-Biarpun lagu bergenre pop+hip hop, elemen-elemen etnik seperti Dikir Barat, Sumazau, Ngajat berjaya diserlah & brjaya menjadikan lagu ini lebih istimewa. Melihat persembahan mereka mengingatkan PL pada Noraniza Idris. PL rasa, AJL ptut mengembalikan zaman kegemilangan pop etnik kembali. Vokal kedengaran brsahaja & serdahana. Namun, menghiburkan & menarik!!

Sekian ulasan mengenai setiap persembahan. PL juga turut menyenaraikan pemenang-pemenang pada malam itu:
PERSEMBAHAN TERBAIK: TEMAN PENGGANTI (BLACK Ft RJ)
VOKAL TERBAIK: KU AKUI (HAFIZ)
3rd: KU AKUI (HAFIZ)
2nd: IDOLA (LAN & THE TYPEWRITER)
1st: TERUKIR DI BINTANG (AIZAT)

PL mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yuna & Aizat yang berjaya memenangi hati-hati juri professional sehingga lagu Terukir Di Bintang berjaya diangkat menjadi Lagu Terbaik di AJL Ke-27. Semoga kemenangan mereka mampu membuka dan memberi ilham pada pemuzik-pemuzik di tanah air untuk menghasilkan karya yang bermutu.
TAHNIAH YUNA & AIZAT DIATAS KEMENANGAN ANDA!!!

all the picture, thankzz to:
OFFICIAL PAGE AJL27
OH MEDIA
OFFICIAL FB PAGE AIZAT AMDAN

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...