Blogger news

Selasa, 5 April 2011

Kami perintis usahawan!!!

Asslammualaikum semua!!! Macam mana korang pada hari ini? hahahah..well, actually aku still dalam mood exam-nism lagi. Tapi, ia masih tidak lagi menghalang aku untuk terus bercerita & melepaskan geram untuk berkongsi cerita-cerita latest dengan korang. Aku perlukan "sesuatu" untuk aku membuatkan aku dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hati. So, blog is good medium for expressing myself to the world. hehehe. Macam Betty Quote dalam "Ugly Betty", blog adalah untuk mereka-mereka yang tidak mempunyai majalah, stesen tv untuk mengekspresi diri mereka kepada dunia.

Hari ni, sepatutnya aku dah kongsi perkara ni dari dulu dengan korang. Tapi, memandangkan hari ni agak free sikit(baru lepas 1 paper...hehehe) & memandangkan perniagaan kami adik- beradik semakin berkembang, so ada kesempatan ni , i think this is a good issue for my new entry. Kiranya aku nak promoting perniagaan kitorang la ni. hehehehe.

Sejak dari dulu lagi, family aku memang suka berniaga. Ni semua pengaruh mak aku yang suka berniaga. Lepas tu, turun kat kami adik beradik. Aku & kakak-kakak aku suka bereksperimen dengan perkara-perkara baru dalam kehidupan kitorang, termasukla hal-hal seperti perniagaan. Dulu, kami adik beradik pernah berniaga kuih raya & Alhamdulillah, it's success!!! Ni semua gara-gara kakak sulung aku yang memang otak suka duit lebih& suka berniaga. Kami adik-adik ni pun suka& join sekaki la(termasukla emak mempromote perniagaan kitorang, LUV U, MUM!!)

Kitorang adik beradik memang enjoy berniaga. Well, kitorang masing-masing ada cara sendiri. Macam kakak sulung aku, selepas dia graduate dari Multimedia University, dia& suaminya sedang menguasahakan perniagaan servis perkhidmatan videografi & fotografi untuk pelbagai jenis majlis (especially wedding). Alhamdulillah, perniagaan kakak aku agak maju & agak terkenal disamping harga yang berpatutan di tengah-tengah KL ni. Ni laman webnya, DMZ Design



Servis fotografi DMZ Design turut mendapat sambutan menggalakkan dari pelbagai kaum, tak kisahla kaum melayu , cina, india. Semuanya berpuas hati dengan perkhimatan DMZ Design ni. Nak tengok testimoni, sila klik sini.

Pada awal tahun 2011 ni, kakak aku yang ketiga ada order baju melalui t-net. Entah macam mana agaknya tengah dia syok ber-shopping kat t-net, tiba-tiba dia utarakan cadangan dia kat kitorang untuk membuka satu perniagaan untuk menjual baju-baju, aksesori import berkonsepkan korean street wear. Mula-mula aku macam tak berapa faham gak, tapi maybe instinct berniaga tu dah memang ada dalam darah, rasa macam seronok & nak join sekaki gak. So, dari situ bermulala usaha untuk mengusahakan butik secara online yang diberi nama "Fashion Passionista" (Link Facebook page)


Butik Fashion Passionista ni dibuka & diasaskan oleh kitorang adik beradik. Kami menjual pelbagai jenis pakaian dari jaket, t-shirt, aksesori seperti beg dan legging dengan harga berpatutan . So, kepada korang-korang yang kaki shopping, jenguk-jengukla ke butik kitorang. Andai perniagaan kitorang maju, insyAllah mungkin kitorang buka butik betul, kan? hahahaha

Meskipun perniagaan kami tidaklah begitu besar-besaran(memandangkan masalah kos & komitmen masing-masing), namun insyAllah kami adik beradik akan cuba mengembangkan& Alhamdulillah perniagaan kami berkembang. Semoga perniagaan kami akan terus berkembang& maju. Diharap para pembaca dapat menyokong kami untuk menjadi usahawan muda yang berjaya!!!!

PS: Ramadhan nanti, aku akan postkan entry jualan Kuih Raya kami yang memang selama ni laku gila!!!! it's my first time promote & jual kuih raya secara on9...hehehehe

Rabu, 30 Mac 2011

Princess Natasha Hudson: permintaan awak ditunaikan

Assalammualaikum semua. Seperti yang kita maklum, sudah tersurat janjiNya bahawa setiap kehidupan akan berakhir pada kematian. Hari ini, sewaktu aku menonton Ugly Betty Season 2, ada satu babak dimana Betty menulis blog mengenai istilah "Good Bye" atau selamat tinggal. Mungkin satu kebetulan pada hari ini, aku terjumpa seorang kawan aku, Nur Hidayah, menceritakan bahawa kawan dia, Princess Natasha Hudson sekarang sakit kanser hati tahap kritikal, dimana hayatnya tinggal 1 tahun lagi. Kawan aku mohon supaya sesiapa yang membaca wallpostnya, diminta untuk dibacakan doa & bermohon agar Puteri dapat sembuh, meskipun harapannya tipis. Puteri juga meminta agar sesiapa yang membaca note, tolong sebarkan agar hajatnya untuk mohon maaf kepada ibu bapanya tercapai. Berikut adalah note yang ditulis dalam account facebooknya:




Maafkan Sha andai selama ini Sha pernah buat salah kat awak semua.Andai Sha pernah buat awak semua marah.Andai kata-kata Sha selama ini menyakitkan hati awak semua.Maafkan Sha.Sebenarnya Sha tak ada niat pun nak menyinggung perasaan awak semua.Sha rasa gembira sangat dapat kawan dengan awak semua.Sha sayang awak semua.Sayangnya Sha kat awak semua sama taraf sayang Sha terhadap keluarga Sha.Jika Sha pernah menulis di dinding dan Sha cakap Sha sayang dia,itu bermakna Sha sayangkan awak semua sangat-sangat.Sha anggap awak semua macam adik beradik Sha sendiri.

Sebenarnya,selama ni Sha ada masalah.Masalah yang hampir membuat hidup Sha rasa gelap-gelita.Pada 23 Mac yang lepas,Sha telah jatuh pengsan di sekolah ketika sedang giat menimba ilmu agama.Sha rasa pening dan pandangan Sha serta merta gelap.Selepas itu Sha tak tahu apa yang terjadi pada Sha selepas itu.Bila Sha buka mata dari pengsan,Sha lihat Uncle Lee,Aunty Mary dah ada di tepi Sha.Mereka nampak macam sedih.Sha masih lemah pada tengah hari itu.Uncle Lee suruh Sha bermalam di hospital.Sha pada mulanya tak nak.Tapi Sha mengalah setelah Uncle Lee berusaha untuk pujuk Sha.Sebelum itu,Sha ada sesuatu permintaan kat Uncle Lee.Sha minta supaya Sha boleh main laptop sepanjang berada di hospital.Walaupun Sha itu agak melawan undang-undang,tapi Sha berkeras juga nak Uncle Lee bawa laptop kesayangan Sha.Sebenarnya Sha nak online facebook.Sha tak nak kawan-kawan Sha tercari Sha.

Keesokan harinya,kepala Sha mula sakit lagi.Sha panggil seorang jururawat.Sha diberi suntikan ubat tahan sakit.Lepas tu Sha batuk-batuk,dan Sha terkejut tengok darah yang tekeluar dari mulut Sha.Sha rasa marah kat doktor.Sha pergi ke bilik tempat doktor yang merawat Sha dan Sha tanya apa sebenarnya sakit Sha.macam ni la pebualan Sha dan doktor tersebut

Sha : doktor ! Sha tak kira doktor . Sha nak juga Sha ni sakit apa sebenarnya.??Sha sakit apa.Kenapa nak rahsiakan dari Sha !

Doctor:Bertenang cik Puteri Natasha Ieyma.bertenang.Bukan begini caranya . . .

Sha : doktor ! cakaplah apa sakit Sha . janganlah banyak ceramah(Sha memang marah)

Doctor: okay,memandangkan cik Pu . .

Sha: tak payah panggil panjang-panjang ! just call me SHA ok !

Doctor : begini cik Sha,sebenarnya setelah diperiksa dengan teliti,kami dapati cik Sha telah menghidapi penyakit kanser

hati.Diharapkan cik Sha dapat bersabar.Cik Sha juga tidak dapat menjalani kehidupan seperti orang lain juga.Kanser Cik Sha sebenarnya dah sampai tahap 4 iaitu tahap kronik yang tak dapat di ubati lagi.

Sha : apa ?? jadi sha dah nak pergi .(Sha terus pengsan lagi)

bila Sha dengar penjelasan dari doktor,Sha rasa badan Sha lemah sangat.Bangun ja Sha dari pengsan,Sha tak nak cakap dengan sesiapa pun.Uncle Lee tanya dah makan ke belum,Sha tak jawab.Malah Sha suruh dia orang keluar . Sha halau diaorang.Uncle Lee nampak sedikit kecewa.Maafkan Sha Uncle Lee,Sha tak ada niat pun nak buat Uncle lee macam tu .

Laagipun Sha dah nak mati.Tak ada gunanya Uncle lee nak jaga Sha.

malam tu pula,Sha kedua Sha kat hospital,Sha terkejut sangat-sangat.Abang Ruey dan kembar Sha iatu Sis Nurul datang melawat Sha.Rupanya Uncle Lee dah maklumkan pada family Sha tentang Sha.Sha terharu dengan kedatangan mereka berdua.Walaupun jauh mereka sanggup datang jumpa Sha.Tapi Papa dan Mama Sha mana ? Mereka tak sayang Sha ke ?Abang Ruey cakap mereka sibuk dan tak ada masa nak jenguk Sha.Sampai hati Mama dan Papa buat Sha macam ini.Sha tahu la yang Papa masih marah kat Sha pasal hal yang dulu.Hal yang Sha asyik membantah cakap Papa.Ya,memang Sha degil,jahat dan nakal.Sha memang tak sebaik anak kesayangan Papa.Sha memang tak macam Sis Nurul.Sha tau tu semua.Tapi sekurang-kurangnya waktu Sha perlu sokongan,dia patut datang.Tapi mama pun macam tu.Mama Papa maafkanlah kesalahan Sha.Sha minta ampun.

Andai saja sesiapa yang membaca apa yang Sha tulis.Sha mohon agar disebarkan.Sha mohon.Biar la 1 Dunia tahu yang Sha ni amat memohon kata maaf dari Mama dam Papa.Terima kasih kawan-kawan sebn sudi layan segala karenah Sha. terima kasih.Tentang pemuda bisu yang Sha suka tu,Sha fikir biarlah Sha pendamkan lah sahaja perasaan Sha.Sha tak nak kecewakan dia.Andai dia terbaca yang Sha tulis ni.Satu ja yang Sha boleh cakap "WO AI NI SO MUCH".Awak mungkin dilahirkan sebagai orang yang bisu.Tapi cinta dan sayang Sha tak pernah berubah.Sha tak nak disaat awak mencintai Sha,Sha pergi begitu sahaja.Biarlah Sha simpa ja perasaan ni <3 okay samapi disini sahajalah.Sha sayang awak semua.Terutama sahabat baik Sha iaitu ShieChie atau lebh dikenali sebagai NUR SHIMA SINCLAIR. ShieChie,walaupun kita baru kenal,Sha sayang sangat-sangat kat ShieChie.Dan satu lagi kawan yang terbaik pernah Sha ada iaitu Erna Hamzah. Erna kamek sayng kitak <3 Akhir kata,andai Sha pergi,Sha serahkan account facebook pada Sis Nurul.Harap awak semua gembira kawan dengan Sis Nurul.Waktu Sha tulis ni pun Sha tengah nangis.Sha tahu yang Sha tak akan dapat hidup lama.Sha hanya tunggu masa.Sha dijangka dapat hidup dalam 1 tahun lebih sahaja. Apapun Sha tetap sayang awak semua.Sekarang Sha nak habiskan sisa hidup Sha dengan kegembiraan.Sha tak nak lagi sedih-sedih.Sha kena kuat .


Sejujurnya, hati aku sebak membaca permintaan terakhir saudari Puteri ni. Aku sendiri mempunyai pengalaman kehilangan Allahyarham kakak aku yang meninggal akibat kanser tulang. Aku faham macam mana sedih & pilu menhitung hari-hari terakhir Allahyarham kakak aku. Malahan, tindakan untuk menjadikan Juru-xray sebagai karier aku adalah sebagai menyambung hasrat Allahyarham yang tak kesampaian untuk berbakti pada terutamanya pesakit-pesakit kanser.

Kepada Saudari Princess Natasha Hudson, InsyAllah permintaan awak akan ditunaikan. Janganlah bersedih, permintaan anda akan dibacakan oleh setiap orang yang mengunjungi blog saya. Setiap ayat yang dilafazkan adalah doa & andai lebih 40 mukmin membaca doa untuk awak, InsyAllah awak tentu akan mendapat kemaafan dari orang tua anda. Saya, Izzy Izzudin akan sentiasa mendoakan kesejahteraan & keampunan untuk awak. Banyak-banyakkanlah berzikir, mengingati Allah S.W.T. Sentiasa kuatkan semangat & terima qada dan qadar dengan iman & hati yang terbuka. Ingatlah, setiap apa yang berlaku, sentiasa ada hikmah yang tersembunyi. Moga, Allah S.W.T akan memberi peluang pada awak untuk terus berbakti & beramal di dunia ini.

PS: Mohon sesiapa yang baca, tolonglah sebar-sebarkan. Ini adalah permintaan terkhir saudari kita.

"Bagaimana sulitnya kehidupan, pastinya dicelah-celahnya terselit nilai kebahagiaan yang tidak tercemar sedikit pun"

Selasa, 29 Mac 2011

Manusia/Haiwan/Alien????

ha ni..ambo ado nak oyak soh bondo ni...sapo-sapo ado koncing manieh,darah tinggi,gawut, lomah jantung, duk blake sikit, blake sikit...kalo raso nak kelik, kelik, kelik~~

Assalammualaikum semua!!! Seperti headlines di atas, aku turut terkesima serta bingung untuk menyifatkan samada insan(?) ini masih patut dipanggil manusia atau tidak. Mana taknya, dah macam takde rupa manusia lagi. Menakutkan orang lagi adalah.














Entahla, mungkin diorang bertindak sedemikian rupa atas nama memperjuangkan seni or kebebasan untuk eksperesi diri. Tapi, kadang-kadang aku terfikir jugak, diorang ni tak terbayang ke macam mana esok diorang tua ke? Iyolah, kalau 1 badan dah jahanam sampai macam tu, pastu bila dah tua dengan badan berkerepot macam tu, mesti lagi horrror lagi. Apapun, kepada yang teringin nak cucuh tatoo kat badan, ingat-ingatla efek dia bila kita dah tua& mati lepas tu. Takkanla kita nak takutkan anak cucu kita tengok muka kita dah rupa macam tu.

Kalau nak buat tatoo tu(Islam MELARANG ummatnya mencucuh/melukis pada badan/tatoo), tak payahla over-over sangat. Buat kecik-kecik sudahla. Tak payahla nak tayang besar-besar sampai orang nak dekat pun naik takut. Juzz simple-simple jek.

PS: Sekali lagi, Islam MELARANG ummatnya melukis tatoo pada badan. So, jangan korang(beragama Islam) gatal-gatal nak try benda alah ni. Takut teman memandangnyerrr~~

Sifat EXAM-NISM melanda kembali!!!!

Assalammualaikum!!! Korang semua apa kabar?? sihat? Alhamdulillah. Aku kat sini pun sihat jugakla, cuma kadang-kadang tu kesihatan terganggu sikit coz selalu tak cukup tidola, makanla, kasih sayangla...hahahahaha. Takdela, aku ok jek. Cuma sekarang ni aku agak hardworking sikit untuk menjamin masa depan aku sekarang ni.

Sekarang ni aku tengah study week. Aku tengah dalam mood exam dah ni. Tengah gabra & cuba menambah ilmu sebanyak mungkin. Aku cuba sedaya upaya aku untuk melakukan yang terbaik untuk last year ni. Aku tak nak terkandas pergi practical nanti kat Hospital Kuala Lumpur nanti. It's my time to shine. Ya Allah, i'm begging for Your Mercy, please don't let me down, aku tak sanggup fail paper lagi. Aku nak pergi melangkah ke hospital & melakukan jasa bakti kepada penduduk Kuala Lumpur dengan memberi khidmat X-ray terbaik dari diri ini.

Filem "RAY"...wait until exam finish eyhh....huhuhu

Tentu korang pelik semacam kenapa aku blogging, sedangkan cakap tengah study. Urmm..good question. Seperti korang tau, blog ni la tempat aku bercerita pasal apa yang ada dalam otak aku sekarang. Selagi aku tak luahkan apa yang ada, selagi tu aku macam tak senang duduk. That's why aku selalu tambah entry. Bukan nak "fly" dari study, juz nak ada satu wadah untuk melepaskan apa yang terpendam & geram yang ada dalam kepala batu aku ni. Sepanjang waktu exam-nism ni, banyak benda aku nak buat terbantut/ditangguh buat sementara waktu memandangkan exam ni adalam my top priority sekarang ni. So, kepada kawan-kawan aku, aku sorry sesangat kalau aku tak dapt join korang joli mana-mana sekarang ni. Sekarang ni aku teramatla busy & sibuk menyiapkan diri dengan segala kemungkinan pada minggu peperiksaan.

Sekarang ni, aku kembali ke pangkuan keluarga untuk mencari pedoman dari Pn Alina, HOD Pengimejan Diagnostik Hospital Alor Gajah & serta warga Juru X-ray. Aku sekarang benar-benar mengharapkan bantuan dari mereka untuk memantapkan diri di hari peperiksaan. hohoho. Macam tu serius sekali aku belajar. Ingat aku mengadap blog ni, aku tak study la. Urmmm...singkat sungguh pemikiran kamu itu. Aku sekadar untuk melepaskan perasaan sahaja. Iyola, kalau mengadap buku 24 jam pun, belum tentu masuk otak kan?? Study Smart, NOT Study Hard!!!

Memandangkan malam makin larut, setakat di sini sajalah celoteh aku. Nanti aku akan sambung lagi bila terasa nak kongsi apa-apa nanti. Apapun, terima kasih pada korang semua yang melayari blog aku yang tak seberapa ni. Keep Enjoy It!!!!

PS: Doakan aku berjaya untuk final exam untuk semua subjek yek...:)

"Dua tiga boleh ku cari....Manakan sama Tuan seorang"

Lagu Rakyat - Identiti Bangsa Malaysia!!!


Assalammualakum, semua!!! Lama aku tak membebel weyh. hahahahaha. Memandangkan dah lama aku tak bercerita & bertindak sebagai penglipur lara masakini, so ada kesempatan pada malam ni aku pun terasa nak buka satu topik yang aku rasa memang rare dipersoalkn oleh orang-orang/pemuda-pemudi masakini, iaitu Lagu Rakyat.

Actually, semua persoalan ni bermula bila aku tengah-tengah bosan dikala malam kesepian. Kesunyian yang mencengkam kalbu memaksaku untuk bertindak mencari ssesuatu yang ceria. So, datangla tabiat asal aku dengan suka melayari youtube. Sewaktu duk girang melayan lagu Nirmala (AJL Version), aku terperasan di bahagian sidebar ada tertulis link medley lagu-lagu rakyat yang dinyanyikan Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London.



Nak download?: Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall,London - Medley Lagu Rakyat

Dah tengok?? Best kan?? Time ni, tak pasal-pasal aku terjoget sorang-sorang coz lagu medley ni memang "hidup". Penuh ceria. Memang lagu rakyat yang asli. Disebabkan pasal ni jugak, aku buat reserach sedikit mengenai lagu-lagu rakyat di seluruh negeri di Malaysia. Memang enjoy bila kita menyelusuri asal usul kita. Macam lagu Embun Sok Sek, Patendu Patende, Watiman Landak & macam-macam lagu rakyat yang lain, memang agak jarang didengari pada masa sekarang kecuali waktu-waktu kemerdekaan& keramaian setempat. Pendapat aku, generasi muda sekarang kurang didedahkan dengan lagu rakyat. Macam aku waktu sekolah rendah dulu, lagu rakyat yang cikgu aku pernah ajar macam Anak Itik Tok Wi, Jong Inai, SuriRam & banyak lagi. Tapi, kenapa lagu-lagu rakyat kini macam agak asing pada generasi muda? Bila aku tanya pada adik aku& kawan-kawan aku, rata-rata jawapan macam agak menghambarkan. Senang cakap, masing-masing tak tau lagu rakyat negeri masing-masing(termasukla aku).

Meskipun lagu-lagu rakyat kian dilupakan, namun kita generasi muda masih belum terlambat untuk mengetahui asal usul kita yang unik ini.

Lagu Rakyat Terengganu: Patendu Patende


Lagu Rakyat Kelantan: Wau Bulan


Lagu Rakyat Negeri Sembilan: Dendang Umpan Bocek


Lagu Rakyat Pahang: Walinong Sari


Lagu Rakyat Sarawak: Putri Santubong


Lagu Rakyat Perlis: Canggung


Lagu Rakyat Kedah: Cinta Sayang


Lagu Rakyat Perak: Hadrah


Lagu Rakyat Melaka: Dondang Sayang


Lagu Rakyat Sabah: Jambatan Tamparuli


Lagu Rakyat Johor: Tanjung Puteri


Lagu Rakyat Selangor: Keroncong Selangor


Berikut diantara lagu-lagu rakyat negeri di seluruh Malaysia yang dapat aku cari di youtube. Ada diantara aku rasa bukan lagu rakyat memandangkan kekurangan sumber video untuk dibuat tontonan. Apapun diharap entry ni dapat digunakan untuk menambahkan pengetahuan disamping meningkatkan semangat nasionalisme untuk mengenali siapa diri kita sebenarnya.

PS: siapa-siapa yang ada info mengenai lagu-lagu rakyat, sudila kita berkongsi beramai-ramai di wacana ini...

"Searah menyusun gerak
Gerak tari gerak sejambak
Sungguh indah seni pusaka
Bagai wajah penyeri rupa
Tersurat bicara rahsia

Isnin, 28 Mac 2011

Suami boroi tanda bahagia? - Berita harian



SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga.



Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?



ISTERI BAHAGIA,



Hulu Langat.



JAWAPAN



Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.



Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk æakan di rumah. lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.



Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak

begitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!



Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain BOROI…´



Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.



Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan.



Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang, namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.



Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula menemui atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin boroi atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.



Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.



Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air æat� isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin,

perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.



Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami

cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.



Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga



DIPETIK DARI BERITA HARIAN - DISEMBER 2009

thankzz: Rahsia Perkahwinan

Ahad, 27 Mac 2011

Hari KEHANCURAN: gambaran Hari Kiamat!!


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.
Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Thankzz to:TheMen OfPen
Add as Friend

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...