Assalammualaikum, semua. Semenjak menyertai fitness ni, PL belajar dan mula menyukai makanan-makanan berpanggang(grill) dan kukus(steam) untuk menjaga tahap lemak dan calori-intake seharian. Jadi untuk Resepi Orang Bujang kali ini, PL akan menunjukkan satu resipi panggang yang amat mudah dan lazat serta rendah kalori. Resipi Garlic Chicken ni sebenarnya PL belajar melalui buku masakan, tapi diolah cara masakan dan penggunaan bahan untuk mengurangkan kadar kalori dan melazatkan rasa dan aroma resipi ini dengan menambahkan elemen aroma cendawan dan herba. So, jadilah resipi Garlic Chicken Grill and Mushroom!!
Bahan-Bahan:
Bawang Putih (satu labu, cincang. Jumlah bawang putih bergantung pada saiz ayam)
Cendawan Kering (bilangan terpulang pada kalian)
Daun Parsley/Daun Sup (boleh guna yang dalam botol. Kalau dapat yang segar, lagi bagus)
Marjerin (Kalau boleh, dapatkan mentega yang rendah kolesterol dan lemak tepu. Dalam resipi ini, PL menggunakan marjerin Planta kerana rendah kandungan lemak tepu dan 0% kolesterol. Selain itu, baunya agak wangi dan senang didapati di kedai.)
Air (untuk merebus cendawan)
Untuk resipi ini, PL mengesyorkan kalian menggunakan Pemanggang Ajaib (tak kisahlah mana-mana jenama pun) kerana sifatnya tidak melekat dan penutup yang rapat memudahkan ayam dipanggang sempurna(isi dalamnya masak dan lapisan luar tidak hangus).
Cara-cara:
1. Jerang air didalam periuk dan masukkan cendawan kering. Sementara itu, cincang selabu bawang putih dan ketepikan. Apabila cendawan sudah menjadi kembang, tos dan sejukkan. Jangan dibuang air rebusan cendawan kerana akan digunakan ketika memasak ayam.
2. Leburkan marjerin (sukatannya bergantung pada saiz ayam. Ketika ini, PL menggunakan 3 sudu besar marjerin). Kemudian, masukkan pula bawang putih yang sudah dicincang. Sautekan sehingga naik bau bawang putih. Sementara menunggu tumisan naik bau, bolehlah menghiris sebentar cendawan dan buang batangnya. Apabila naik bau, masukkan cendawan yang baru dihiris tadi kedalam bahan tumisan dan kacau. Elakkan bawang putih menjadi hangus. Apabila tumisan menjadi kering, masukkan air rebusan cendawan tadi. Kacau sehingga mengelegak.
3. Setelah mengelegak, masukkan ayam bersama daun parsley yang dihiris kecil. Rebus ayam sehingga suku masak (jangan sampai masak sepenuhnya). Selepas itu, tutup api dan sejukkan sebelum dipindahkan ke dalam bekas penyimpanan/perapan. Selepas ayam dipindahkan ke dalam bekas penyimpanan/perapan, perap ayam bersama air rebusan dan cendawan selama 1-2 jam.
5. Setelah ayam siap diperap, bolehlah ayam dan cendawan dipanggang. Sentiasa perhatikan ayam agar tidak terlalu masak dan hangus (peruntukkan satu bahagian dipanggang selama 5-6 minit). Ketika memanggang, curahkan sedikit air rebusan ke atas ayam untuk mengelakkan lapisan luar terlalu garing.
Begitulah resipi Garlic Chicken and Mushroom. Ayam yang dipanggang beraroma herba bawang putih dan daun parsley, serta cendawan yang enak mampu membuka selera. Siapa sangka hidangan ini rendah lemak tepu. Tanpa garam pulak tu. Sekian resepi sihat ini Selamat mencuba!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan