Asslamammualaikum, semua. Happy new year 2015 PL ucapkan pada semua. kita semua tahu 2014 adalah tahun terburuk (mungkin) bagi Malaysia. Banyak sangat musibah berlaku; dari kes MH370 hilang, MH17 ditembak, musibah banjir terbesar dalam sejarah, nilai ringgit jatuh, dan terbaru pesawat AirAsia AK8510 terhempas pula. Sungguh kejadian yang tak disangka, apa yang PL boleh lakukan adalah mendoakan kesejahteraan dan bersabarlah terhadap segala yang terjadi.
Bila masuk 2015, apa yang selalu kita harapkan adalah permulaan baru, kehidupan baru, kisah baru, baru, baru, baru segalanya....
Tapi, adakah kita terfikir mampukah untuk kita mengorak perubahan dalam hidup kita? sudah kuatkah asas berdiri kita untuk kehadapan atau sebaliknya?
Pada awal tahun ini, seperti stereotaipnya lafaz azam tahun baru akan diucapkan. Catatlah segala macam impian dan harapan untuk dicapai pada sepanjang tahun ini. Namun, berapa lama bertahan semangat cita-cita tersebut?
Mungkin sampai pertengahan tahun, 2-3 bulan atau seminggu sahaja? atau sehari sahaja membara?
Adakah PL mempersendakan mereka yang bercita-cita? Tidaklah PL bermaksud demikian. Cuma, PL ternyata ingin berkongsi pendapat dan idea sejauh mana relevan berimpian di tahun baru? Berbaloi atau tidak?
Seperti kalian, PL juga sudah tentu memasang niat dan impian sepanjang tahun ini. Dari segala aspek kehidupan, kerjaya, hubungan, peribadi difikirkan. Almaklumlah, ketika itu semangatnya untuk membuka lembaran baru begitu membuak-buak. Masing-masing tidak mahu kalah. Alahai..
Tapi, apabila baru-baru ini PL dihimpit masalah kerjaya dan peribadi, ini membuatkan PL tertanya-tanya pada diri ini; you still gonna do it or not?
PL akui agak terkilan juga dengan ketidakcekalan diri ini untuk tegas pada impian. Mudah teranjak diduga angin kuat, belum ribut taufan lagi. PL terasa malu memikirkan bagaimana mudah diri ini beralah pada masalah & lebih memalukan pada diri ini yang bagai terlupa cita yang digarap panjang lebar 5 hari lepas. Aduhai~~~
Susah, susah...
Tapi, kehidupan mana yang tiada susah? You can't simply get what you want. Masih teringat cita- cita tahun lepas. Sedih memikirkan suku sahaja yang berjaya dicapai. Hahaha. Waktu tu baru PL realise yang PL sendiri making my life joke. Hahaha. Patutlah rasa F*** semacam. Asas PL berdiri untuk cita-cita pun tak betul, ada hati nak buat impian baru. Makin tak menjadila jawabnya...
Kita mudah menutur janji, tapi apa dengan menunaikannya? Termuhasabah PL sebentar.
Mudah sangat bercita-cita, tapi mudah pula tersilap mengukur kemampuan sendiri. Jadi, bagaimana untuk mengubahnya?
Ada siapa-siapa mahu membantu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan