Blogger news

Ahad, 13 Julai 2014

Resipi Orang Bujang: Garlic Chicken Grill with Mushroom




Assalammualaikum, semua. Semenjak menyertai fitness ni, PL belajar dan mula menyukai makanan-makanan berpanggang(grill) dan kukus(steam) untuk menjaga tahap lemak dan calori-intake seharian. Jadi untuk Resepi Orang Bujang kali ini, PL akan menunjukkan satu resipi panggang yang amat mudah dan lazat serta rendah kalori. Resipi Garlic Chicken ni sebenarnya PL belajar melalui buku masakan, tapi diolah cara masakan dan penggunaan bahan untuk mengurangkan kadar kalori dan melazatkan rasa dan aroma resipi ini dengan menambahkan elemen aroma cendawan dan herba. So, jadilah resipi Garlic Chicken Grill and Mushroom!!

Bahan-Bahan:


Ayam (terpulang pada bahagian kegemaran kalian. Kali ini, PL menggunakan whole leg)

Bawang Putih (satu labu, cincang. Jumlah bawang putih bergantung pada saiz ayam)
Cendawan Kering (bilangan terpulang pada kalian)
Daun Parsley/Daun Sup (boleh guna yang dalam botol. Kalau dapat yang segar, lagi bagus)
Marjerin (Kalau boleh, dapatkan mentega yang rendah kolesterol dan lemak tepu. Dalam resipi ini, PL menggunakan marjerin Planta kerana rendah kandungan lemak tepu dan  0% kolesterol. Selain itu, baunya agak wangi dan senang didapati di kedai.)

Air (untuk merebus cendawan)

Untuk resipi ini, PL mengesyorkan kalian menggunakan Pemanggang Ajaib (tak kisahlah mana-mana jenama pun) kerana sifatnya tidak melekat dan penutup yang rapat memudahkan ayam dipanggang sempurna(isi dalamnya masak dan lapisan luar tidak hangus).

Cara-cara:


1. Jerang air didalam periuk dan masukkan cendawan kering. Sementara itu, cincang selabu bawang putih dan ketepikan. Apabila cendawan sudah menjadi kembang, tos dan sejukkan. Jangan dibuang air rebusan cendawan kerana akan digunakan ketika memasak ayam.


2. Leburkan marjerin (sukatannya bergantung pada saiz ayam. Ketika ini, PL menggunakan 3 sudu besar marjerin). Kemudian, masukkan pula bawang putih yang sudah dicincang. Sautekan sehingga naik bau bawang putih. Sementara menunggu tumisan naik bau, bolehlah menghiris sebentar cendawan dan buang batangnya. Apabila naik bau, masukkan cendawan yang baru dihiris tadi kedalam bahan tumisan dan kacau. Elakkan bawang putih menjadi hangus. Apabila tumisan menjadi kering, masukkan air rebusan cendawan tadi. Kacau sehingga mengelegak.


3. Setelah mengelegak, masukkan ayam bersama daun parsley yang dihiris kecil. Rebus ayam sehingga suku masak (jangan sampai masak sepenuhnya). Selepas itu, tutup api dan sejukkan sebelum dipindahkan ke dalam bekas penyimpanan/perapan. Selepas ayam dipindahkan ke dalam bekas penyimpanan/perapan, perap ayam  bersama air rebusan dan cendawan selama 1-2 jam.


5. Setelah ayam siap diperap, bolehlah ayam dan cendawan dipanggang. Sentiasa perhatikan ayam agar tidak terlalu masak dan hangus (peruntukkan satu bahagian dipanggang selama 5-6 minit). Ketika memanggang, curahkan sedikit air rebusan ke atas ayam untuk mengelakkan lapisan luar terlalu garing.

6. Isi ayam yang dipanggang sempurna apabila isinya  bertukar putih sepenuhnya, tetapi lembut ketika memotong. Setelah ayam diyakini masak, hidangkan bersama hirisan cendawan yang di panggang bersama. Siap!!!


Begitulah resipi Garlic Chicken and Mushroom. Ayam yang dipanggang beraroma herba bawang putih dan daun parsley, serta cendawan yang enak mampu membuka selera. Siapa sangka hidangan ini rendah lemak tepu. Tanpa garam pulak tu. Sekian resepi sihat ini Selamat mencuba!!


Sabtu, 12 Julai 2014

Melihat Tanpa Mata

Quote from one of my favourite movie: Paradise Road :D


Assalammualaikum, semua. Malam ni, PL terasa nak menulis satu situasi yang PL alami dalam minggu ni.

Alkisahnya bermula apabila suatu malam tu, kawan PL ada mengepost status di wall FB. Katanya, maknya (bekas cikgu PL juga) bakal dinaikkan pangkat sebagai pengetua di sekolah lama PL. Wauu, tak sangka cepat masa berlalu & sekarang one my rock-est teacher become principal. hoho. congratulation!! Well, PL saja jela berseloroh dan membuat lawak dengan kawan PL mengenai mak ayam (u know boys, we are always use dirty joke untuk mengeratkan silaturrahim...hahahaha). PL secara spontan picking 1,2 of my schoolmates name as joke (takde niat apa-apa pun) & macam biasa kami ketawa tanpa berfikir bukan-bukan. But unfortunately, there were bunch of smarty-pant people yang tak tahu hujung pangkal tiba-tiba attack PL & menuduh PL kurang ajar. hahahaha. Well, u know. This, group of kerek-people yang PL dari zaman sekolah lagi tak berkenan langsung peel diorang. Bajet pandai sangat(almaklumla, group-group top student+hidung tinggi+bajet good2). Dari zaman sekolah lagi, diorang ni memang tak suka PL pun (coz u know, i too "different" to them), so PL pun tak heranla sangat kalau diorang ni selalu tarik-tarik muka & look-down on me. Lagipun, PL dari dulu lagi selesa dengan berkawan dengan semua orang yang tau prinsip hormat-menghormati, unlike this ignorant people.

Ok, sambung cerita balik. Selepas cemuhan membabi buta dilontarkan pada PL, the best thing i'm always done to this kind people is ATTACK THEM WITH KOMEN MAUT!!! komen yang sampai diorang tak boleh balas balik.
Komen aku yang pedas (sindir+kenyataan).
hopefully, its really smack their head.
hahaha. u know, this kind of people always thinking they're on the top of universe. hoho. crazy people with crazy attitude. So, after that truss takde sore-sore sumbang da. itula, menyibuk tak tentu pasal. Pastu nak tunjuk pandai dengan PL? hoho. Seemly years can't change people.

Selepas dari insiden tu, PL menjalani hidup macam biasa (tak kuasa nak layan manusia tak empuk+bodoh). Tiba-tiba, sumone of my closest friend tiba-tiba pm PL:

When bezfren ask an opinion, sebagai kawan kita kena tolong kan?

PL agak terkejut jugak pertanyaan dia tu sebab PL sendiri akui, perubahan PL ni berlaku secara tak langsung. Tau-tau jek PL berubah banyak perkara & diakui banyak my bezfren. Jadi, untuk menjawab persoalan kawan PL, biarlah PL bercerita dahulu mengenai asal-usul PL.

PL merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga & adik-beradik diatas PL semuanya perempuan. Membesar bersama kakak-kakak menyebabkan PL akui terpengaruh sedikit sifat feminin. Perkara tu menjadi dilema apabila PL membesar. PL selalu menjadi sasaran pembuli-pembuli, pemeras ugut, dimalukan di khalayak ramai, menjadi mangsa batu loncatan orang lain, dipulaukan didalam kelas, dll. Kalau nak cakap herdik, hina, diejek tu dah perkara biasa dalam hidup PL. Semua ni berlaku kerana PL sendiri dibesarkan untuk takut dengan keadaan sekeliling. PL tidaklah menyalahkan ibu-bapa PL, tetapi kehidupan yang dikongkong dari kecil dan pergaulan yang terbatas menyebabkan hidup PL sebagai kanak-kanak dan awal remaja menjadi terbantut tanpa perkembangan tentang dunia luar. Sebab itu, PL menjadi penakut & sering kali membiarkan diri PL menjadi sasaran untuk manusia-manusia sebegini.

Hampir 11 tahun zaman persekolahan PL merasakan pernindasan, hanya PL bukanlah seperti mereka. PL akui, perawakan sedikit lembut, tiada ketegasan, penakut, lembab dalam pelajaran, fizikal yang gemuk dan hodoh membuat PL sendiri pun malu dengan diri PL. Ini juga menyebabkan PL menjadi remaja yang tiada langsung keyakinan terhadap diri sendiri. PL sendiri tidak malu menangis pabila dilanda masalah. Keadaan tersebut sedikit sebanyak menyebabkan pemberontakkan melampau dalam diri PL. PL pernah mengalami stress melampau sehinggakan PL terlalu takut dengan dunia luar sehingga pernah mengacukan pisau lipat kepada pembuli-pembuli. Keadaan menjadi teruk apabila cikgu-cikgu yang sepatutnya mempertahankan PL bersikap acuh tak acuh dan sebaliknya menyalahkan PL yang tidak mampu mengadaptasi dengan dunia luar.

Tapi segalanya berubah apabila PL dapat menyertai PLKN pada tahun 2008 di Kem Ayer Keroh. Permulaan yang janggal, tapi PL mengakui bahawa menyertai PLKN adalah impian PL, sementelah PL sendiri tak pernah menyertai mana-mana perkhemahan dan aktiviti lasak sewaktu persekolahan dulu(such a waste..). 3 bulan di PLKN, hidup bagai berubah. Biarpun tidaklah 360 darjah, tapi pengalaman dan pengajaran 3 bulan diakui sangat berguna oleh PL untuk menyertai dunia luar. 3 bulan bagai direhabilitasi, dimotivasi, diasah bakat(PLKN la yang berjaya mencungkil keyakinan PL untuk seni suara, berpuisi dan berani meluahan pemikiran kreatif), didisiplinkan agar kami pelatih-pelatih PLKN bersedia menghadapi dunia luar yang kian mencabar. Dari PLKN jugalah PL menyedari bahawa kisah-kisah silam PL cumalah tak ubah seperti "permainan kanak-kanak", sedangkan kehidupan yang sebenar adalah berkali-kali ganda lebih menakutkan dari sekadar kisah buli. PL juga belajar bahawa kejayaan seseorang bukanlah terletak berapa banyak A yang anda dapat didalam kertas peperiksaan (seperti budak-budak diatas yang PL sebutkan, smarty-pants group), tetapi kejayaan seorang insan adalah berkisarkan bagaimana dia menhadapi kehidupan & penilaian-penilaian yang penuh kebijaksaan dan kemanusiaan. 

Tamat sesi PLKN, tiba masanya kehidupan sebagai seorang pelajar kolej. 3 tahun di kolej pula lain ceritanya. Masuk kedalam dunia perubatan bukanlah suatu yang PL pernah jangkakan. 3 tahun kehidupan yang penuh susah payah; gagal peperiksaan, merayu pada dekan, pensyarah, disingkirkan dari kelas, diskriminasi(berlaku lagi...), belajar semalaman di McD ss14 Petaling Jaya, dan macam-macam lagi. Lagi sekali, ia menduga PL. Namun kali ini berbeza kerana asas keyakinan dan jati diri yang dah dibina di PLKN telah menyelamatkan PL dalam banyak perkara. Di kolej menjadi wadah PL untuk berlatih untuk menonjolkan diri, mencari keyakinan dan kekuatan. Biarpun diinjak (kolej mana yang takde perkauman, kan?), PL bukanlah seorang yang melatah. Pembelajaran mengenai keterbukaan dipraktis dan dinilai sebaiknya, berkat ajaran Cikgu Sulaiman (guru motivasi dan jati diri di PLKN). Biarpun dilantun mereka-mereka yang prejudis, pentingnya hidup mempunyai prinsip kerana prinsip itulah kekuatan visi seorang insan.

Siapa sangka, seorang "pondan" yang tiada keyakinan diri, lemah semangat, tiada kekuatan kini seorang lelaki yang bekerjaya, serba boleh, berkeyakinan dan lantang, dan berani menempuh cabaran. Kini PL tidak perlu menyorok disebalik bayang-bayang sinar cahaya gemerlapan orang disekeliling. Sebaliknya, sinar PL balik yang menenggelamkan mereka. hahahaha. Itulah prinsip PL yang selalu tegaskan dalam diri, Jangan Takut Untuk Jadi Diri Sendiri. Kita kena belajar untuk memahami kejadian diri kita, potensi kita, apa kita mampu lakukan untuk mempengaruhi orang lain, apa yang kita mampu jadi dan yang penting, mampukah kita untuk mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih baik? Persoalan ini yang sering terlepas pandang kala remaja-remaja kini yang membesar dengan penuh material dan kuasa. Akhirnya, kita boleh nampak kenapa remaja-remaja kini membesar tanpa jati diri, mudah putus asa, rendah akhlak, terlalu bergantung harap biarpun mendapat puluhan A+ diatas kertas peperiksaan.

Itulah yang membezakan PL dengan remaja-remaja disekeliling PL. Mereka dibesarkan dalam menilaikan material dan subjek secara kasar dan tiada asas moraliti, sedangkan PL dibesarkan dengan pelbagai kejadian dan insiden yang memberikan PL pengajaran yang tiada dalam buku teks iaitu survival. PL belajar untuk melihat suatu perkara dengan penuh seimbang dan tanpa prejudis pada suatu perkara. Belajar untuk memahami diluar jangkaan dan bukakan minda untuk menerima perkara tak tercapai dek akal. Inilah yang selalu remaja kini silap tafsir; istilah buka minda(open minded) bukanlah bermaksud anda perlu menerima elemen luar secara membabi buta tanpa tapisan ilmu, syariah dan iman. Anda perlu belajar dan mempunyai asas jati diri yang kukuh dahulu sebelum membuka minda agar tidak mudah terpengaruh. Apabila kita menghadapi sesetengah manusia yang cetek pemikiran (u knowla certain people..) yang tidak mampu menerima kita, apa yang kita boleh buat adalah kita bukakan minda dan berfikiran positif. Dan selebihnya, kita harus belajar untuk menghormati orang lain yang berlainan pendirian. Sepatutnya kita bersyukur kerana kita dikurniakan Allah S.W.T  sebuah akal yang bukan tipikal mengikut arus masyarakat sewenang-wenangnya. Kita harus belajar supaya kasihan pada mereka yang prejudis kerana ketidakmampuan mereka untuk melihat dunia ini dengan lebih indah dan positif seperti anda. Anda harus sedar, kemampuan inilah yang menjadikan setiap manusia itu unik, iaitu bagaimana mereka melihat sesuatu perkara di dunia.

PL akui diri PL sendiri bukanlah sempurna dan takkan menjadi sempurna kerana kita cumalah hambaNya yang hina. Namun, andai kita mampu belajar untuk melihat dunia ini dengan lebih cantik, InsyAllah masalah-masalah seperti perkauman, penindasan, diskriminasi dsb pasti dapat diatasi kerana kita melihat dengan mata hati kita, yakni pendirian dan iman kita.



Sabtu, 5 Julai 2014

Hatiku Kau Bawa Pergi: Selamat Tinggal Biduanita Sharifah Aini


"Inilah kisah cintaku...
Terjalin cinta pandang pertama..
Ku selalu ditinggal-tinggalkan..
Menanti penuh kerinduan..."
"Hatiku kau bawa pergi...
Terbang tinggi di awan yang biru..
Ku menanti dan menanti...
Pelukkan mu yang ku rindukan..."
Petikan lirik "Tinggi Di Awan Biru" nyanyian Allahyarhamah Sharifah Aini

Assalammualaikum semua. Sewaktu PL sedang melayari celoteh FB, PL dikejutkan oleh sebuah khabar duka iaitu Biduanita tersohor negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini @ Kak Pah telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.26 pagi ini di umur 61 tahun, 3 hari selepas hari jadinya. Sebelum ini, PL ada jugak terbaca dan mengetahui perihal kesihatan Kak Pah yang dikatakan menghidapi jangkitan Lung Fibrosis (radang paru-paru) & khabarnya Kak Pah telah dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Pakar Damansara di Petaling Jaya semalam.

Gelaran Biduanita dinobatkan sewaktu Kak Pah mendapat pengiktirafan dan penghargaan atas jasa-jasa seninya oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003. Bersama gelaran Biduanita, Kak Pah turut mendapat Pingat Panglima Jasa Negara diatas pengabdiannya didalam dunia seni. 

Sharifah Aini di zaman kanak-kanak (kredit: www.my artis.com)

Kak Pah dilahirkan pada 2 Julai 1953 di Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruJohor. Dibesarkan didalam keluarga yang miskin, Kak Pah sering membantu neneknya berniaga kuih disekitar Johor. Selain itu, Kak Pah juga membantu menyara keluarga sebagai penyanyi undangan di majlis-majlis keramaian. Sejak dari zaman persekolahan, Kak Pah sudah terkenal di sekitar Johor sebagai penyanyi undangan & malahan berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian sebagai karier profesional.

EP pertama, Seri Dewi Malam yang popular di tahun 1970.
(atas permintaan Allahyarham, gambar cover album ini PL "blur" kan
kerana menjaga aurat Allahyarham.)
Permulaan kerjaya profesionalnya bermula apabila Kak Pah menyertai Pertandingan Nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968. Membawa lagu 3 Malam, Kak Pah berjaya mendapat Johan Pertandingan & menarik minat Syarikat Rakaman EMI Malaysia untuk melamarnya sebagai artis rakaman pada 1969. EP pertama, Seri Dewi Malam diterbitkan pada 1970 mendapat perhatian dan sambutan hangat ketika itu.

Disepanjang kariernya sebagai anak seni, Kak Pah telah berkerjasama dengan pelbagai syarikat rakaman, mahupun didalam dan luar negara. Dikagumi di  negara serantau di Asia seperti Jepun, KoreaHong KongChinaSingapuraBrunei dan Indonesia & menghasilkan sebanyak 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris, Kak Pah sewajarnya patut dicontohi oleh para pelapis-pelapis penghibur masakini akan kejayaannya. Seiring itu, Kak Pah sering diberi penghormatan dalam dan luar negara & konsert-konsert anjurannya sering mendapat sambutan menggalakkan dan tiket juga laris terjual. 

Pengiktirafan tidak putus-putus untuk Kak Pah apabila memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006).

Kehilangan Allahyarhamah Kak Pah sememangnya tiada pengganti. Begitu juga PL meminati Kak Pah semenjak diperkenalkan oleh ayah PL menerusi lagu-lagu seperti Seiring dan Sejalan (duet bersama Breory Marantika), Tinggi Di Awan Biru, Filem Hapuslah Air Matamu sewaktu kecil lagi. PL amat meminati setiap lagu-lagu tradisional dendangan Kak Pah seperti Di Pinggir Kayangan, Yaladdan (duet bersama Allahyarham Fadzil Omar), Kenang Daku Dalam Doamu dan lain-lain. PL mengakui Kak Pah sering menjadi muse PL dalam setiap lagu-lagu tradisional, selain Allahyarhamah Saloma, Allahyarhamah Rosiah Chik. 

koleksi Piring Hitam Sharifah Aini kepunyaan PL yang telah di"convert"kan
menjadi bentuk CD. (atas permintaan Allahyarham, gambar cover album ini PL "blur" kan
kerana menjaga aurat Allahyarham.)
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu & kami anak-anak seni akan sentiasa mengingati dan kesejahteraan untukmu disana. Alfatihah...

Sumber:

Jumaat, 4 Julai 2014

Suatu Coretan Di Malam Ramadhan...

Assalammualaikum, semua. hurmm..kalo tengok jam, dah pukul 2.30 pagi. Alang-alang tak tido, baik blogging sekejap...

ni tak start lagi siaran tarawikh....baru selawat dengan zikir-zikir...

Kalo setiap ramadhan, dah jadi kebiasaan aku akan tengok siaran langsung tarawikh di Tanah Mekah. Seronok tengok orang gi Mekah ni, lebih-lebih time bulan posa ni...huhu. Tapi, sejak dah zaman kerja ni memang terganggu tabiat aku ni. Tapi sekarang Alhamdulillah. Berkat clash dengan ex-awek aku tahun lepas, aku berjaya membeli Samsung Tab 2/10. hoho. Lepas tu, download la pulak Astro On The Go. Kini, hidupku ceria kembali. Tak payah nak beli TV. Sonang nak nengok TV kat mana-mana, even tengah on-duty kat dalam bilik bedah sekalipun. hahahaha. 

Kebetulan, aku dah apply seminggu cuti sempena awal ramadhan. Aku mintak cuti ni bukan saja-saja, tau? Banyak urusan nak disiapkan. Aku sekarang nak mohon loan kereta. Sekarang ni payah gilerla kalau takde kereta. Sebelum ni, aku banyak berjalan kaki pergi kerja, pergi Alamanda (yang ni naik bas la, takkan aku nak jalan kaki pulokk), turun bandar KL, atau pegi mana-manala. Sonang cakap, kerana tabiat aku yang suka menggunakan kaki secara optimum ni telah menyebabkan kaki aku lagi tough dan sado dari badan. hahahahha. Tapi, tak bolehla camtu kan? Lagila bila kerja hospital ni, bila-bila masa jek dia call kita untuk kes urgent@emergency. Time tu, dah tanggungjawab kita kena ada sekelip mata(aku cakap sekelip mata coz kadang-kadang ada doktor ni ingat kita ni duk dokat, pastu datang naik tikar tobang...bangang) dah ado kat department, standby wat kes diorang. huh. Time ni korang bayangkanla, betapa gagih(gagah+gigih)nya aku berjalan nak 2km lebih dari rumah ke hospital untuk buat kes? Kalau siang takpela jugak, ni kalau dapat kes tongah-tongah malam, memang dahsyat gak keberanian aku, lobih-lobih lagi nak seberang somak samun ngan kebun tongah-tongah golap nak pergi hospital. hoho. So, secara tuntasnya kereta memang keperluan asas & kene ada. 

my tool-box....ngah siapkan detailing sambil tengok siaran tarawikh
Pastu, tujuan apply cuti ni gak sebab nak ada masa siapkan order baju orang. Aku ada buat servis design & wat detailing baju. Kelass ko Jahh!! Ko cakap nak baju macam mana, bling-bling, diva cam Ning Baizura, nak ropol-ropol cam Ramlah Ram?? Semua mak sodiakan!!! hahahahaha...cam haram...

Korang-korang yang pembaca blog aku selama ni mesti tau yang cita-cita asal aku adalah Designer. Selain nak jana pendapatan duit lebih(dahla buat oncall, pastu ambik upah design baju lagi...huh, gagih kau!!), aku nak kumpul pengalaman dengan design-design baju ni yang kebanyakkannya ditempah oleh kawan-kawan sekerja yang percaya dengan bakat aku. Time nila, nak kumpul pengalaman dengan asah bakat yang selama ni duk pendam jadi pekasam. So, sapa cakap kalau dah kerja radiographer tak boleh pursuit cita-cita designer? InsyAllah, yakin boleh!!!!

ni Floral Mask. Functionnyer nak buang sel-sel mati +
black &white head disekitar muka....tapi, kenapa pink? -.-" i hate pink
Kebetulan, sewaktu menguruskan application for loan keta(berurusan dengan admin hospital), kawan aku, Ieka Usahawati Berjaya gitau order aku dah sampai. Huishh, dak Ieka ni memang store berjalan. Semua barang dijualnya; tupperware, lotion, baju, kek, tudung, alat-alat facial care, shaklee dan segala macam yang boleh dijual. Hari tu aku ada order Floral Mask dari dia untuk kegunaan sempena nak raya ni (saja nak try. Kut-kut biaula berseri-seri sikit muka raya tahun ni...hehe). Setelah tengok bermacam-macam testimoni pengguna & dak Muaz laki si Ieka ni pun pakai gak, aku yang metroseksual ni kompom tak nak mengaku kalah. So, aku pun order satu. Bila dah dapat ni, baguss nau supplier ni. Ingatkan beli Floral Mask, dapat tu jek. Rupanya dibagi sekali Eye Mask siap ngan Surah Yassin. hoho. murah rezeki supplier ni. Amin...

Sekarang, habis coret-coret ni aku bercadang menyambungkan kerja wat detailing baju sampai ke sahur. Takut terlepas sahur macam semalam. 

Ok tu jek. Ni jela coretan untuk membuang sedikit masa dan kebosanan. hah lupa lak, SELAMAT BERPUASA & MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM!!



Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...