Blogger news

Jumaat, 31 Disember 2010

Saksikanlah!!!!!!!(episod 2)

ASSALAMUALAIKUM, SEMUA!!!!!!

Kini, tinggal 24 jam lagi menandakan risiko anda mendapatkan rambut uban semakin tinggi. hahahahaha. Apapun, chill!!! Takkan muka tahap tosai nak masuk tahun 2011 kan?? Korang mesti bersemangat beb...Kalau ada-ada yang sedih pada tahun 2010, sila-silakan tinggalkan& ambilla iktibar untuk dijadikan pengajaran yang mematangkan kehidupan korang di tahun 2011 ni. Apapun, hayatila gambar-gambar dibawah ni. Moga-moga mampu mengubat duka, mengukir senyuman& some credits, gelakla kuat-kuat sikit..Apapun, SENYUM!!!

kalau berani, mohla cari gaduh dengan diorang ni..

Sebut dalam 1 nafas, ada berani?

kedai mamak 18 tahun keatas...NO KOMPROMI!!!

Iklan Coke yang direject...

Perintis/Fanatik Jessica Simpson????

SELAMAT TAHUN 2011!!!!!

PS: takziah kepada keluarga Mendiang Bridget Maureen Pereira((17th Dec 1990 - 30th Dec 2010)....actually, she is my senior...

Khamis, 30 Disember 2010

Cuti Kebangsaan kerana bola???

Assalamualaikum, semua. hehehe. Well, diminta anda semua tidak perlu terkujat dengan headlines diatas. Ia adalah gimik semata-mata(gimik ke??). Actually, Cuti ni telah di declare oleh Perdana Menteri kita, YAB Najib Tun Razak sempena diatas kejayaan Team Malaysia pada Piala Suzuki semalam. Cuti itu jatuh pada 31 Disember 2010, yakni hari Jumaat ni.


so, amacam??? kewll jgak kalau macam ni. hahahahaha..Sesungguhnya Malaysia ni sungguh kaya dengan cuti-cutinya sampai kita menang lawan bola pun dapat cuti. Apapun, tahniah pada Team Malaysia!!

PS: Selalunya waktu kita nak cuti tu la tak cuti...tapi, bila dah dapat cuti, tak nak pulak cuti...hahahaha

"Cuti-cuti Malaysia..Cuti rehatkan minda..Semuanya kita ada..Malaysia mempersona!!!"

Salam Tahniah dari England!!!

Assalamualaikum!!!! wahhhhh!!! malam ni wa manyak gembira woo itu Malaysia Team suda melenang!!! hahahahaha. Sesungguhnya, syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah mentakdirkan akhirnya Malaysia yang menjulang Piala Juara Suzuki..hohohoho!!!

Menurut kawan aku, Kay(http://kaydaheartless.blogspot.com/)mengatakan yang Rio ferdinand, permain tengah England sendiri mengucapkan tahniah kepada Team Malaysia melalui laman Twitternya diatas kejayaan Team Malaysia merangkul tempat juara Piala Suzuki. Demikian katanya:


Sememangnya, Team Malaysia harus berbangga diatas pujian tersohor England. Diharap Team Malaysia dapat meningkatkan lagi prestasi untuk mendapatkan peluang beraksi di peringkat antarabangsa. CAYALAH!!!!

PS: tiba-tiba rasa patriotik pulak...dengarlah video ni kalau korang anak Malaysia~~


"Engkau terunggul....Wajar Standing In The Eyes Of The World...."

Citra Cita

Assalammualaikum, u guyzz…meet u all again. Urmmmm…sekarang ni nampaknya Team Malaysia tengah duk berhempas pulas menentang Team Indonesia. Dari sayup-sayup sorakan semua fans bola kat Kafe MAHSA ni, nampaknya masing-masing team tengah berhempas pulas cuba menjaring gol(aku tak dapat tengok coz aku sekarang ni turn aku pulak jaga MAHSA Recreational Centre…aduyai). Apapun, dalam hati aku menyokong& mendoakan semoga Team Malaysia berjaya membawa kejayaan Piala Suzuki kali ni. Kepada pihak yang kalah( tak kisahla Team Malaysia ke Indonesia ke), diharap janganla duk nak bergaduh 24 jam. Tak kisahla mana pihak yang mulakan dulu, juz bersabar& terima jela kekalahan dengan hati terbuka jela. Kalau kalah pun, It’s doesn’t mean ur loser, rite???

Selamat berjuang MALAYSIA&INDONESIA!!!

Aku pun sebenarnya taklah pandai nak bercerita pasal bola& aku pun taknak la berhipokrit bercerita macam tu jer pasal bola(itupun aku juz tau kalau masuk bola dalam ruang gol, so maknanya itu goal….). hahahahaha. Well, tak payahla akula bercerita kenapa aku tak minat bola. Harap korang faham yek.
Daripada aku duk buang masa menjaga Centre ni dengan tak buat apa-apa, baik aku tulis blog macam ni. At least ada juga benda nak dibuat.

So, apa kata aku berbicara pasal cita-cita?? Hahahaha….aku sekarang ni tengah blur
nak fikir topik apa…so, sorila kalo tak berkenan.

Bila datang tahun baru macam ni, sedar tak sedar umur pun dah tua setahun. Aiiii….makin tua kita yekk. Tak cukup rasanya umur remaja ni. Macam tak nak jer jadi dewasa. Aku harap umur yang makin lanjut ni, takkan menghalang aku untuk bermimpi@berangan lagi..hahahahahaha. well, bukan angan-angan mat jenin tau. Actually, aku tengah berikhtiar@berazam dapat buat post-graduate untuk Art&Design. InsyaAllah, aku takkan melupakan impian asal aku sebelum ni& mudah-mudahan Allah memberi peluang pada aku untuk kabulkan hasrat ni. Apapun, kerjaya sebagai radiographer ni takkan aku lepaskan macam tu jek (dah penat-penat belajar, tak jadi pulak…..tak ke bodoh namanyer?? Hahahaha) sekarang ni, aku harap experience aku sebagai freelancer designer kat MAHSA Student Representative Club boleh digunakan untuk menimba ilmu sebagai truly designer bila sampai masa nanti.

Selain tu, cita-cita aku yang lain pulak aku nak ceburi perniagaan. Aku nak bukak perniagaan kafe. Kafe yang macam mana?? Aku nak buka kafe makanan yang berkonsep mesra-pelajar. Macam mana tu?? Well, korang sebagai student, pernah tak terfikir kesukaran nak mencari tempat berdiskusi, belajar, hang out dengan culai-culai korang, kafe yang memberi kemudahan Wifi dengan berkonsepkan ala-ala perpustakaan? Sebenarnya aku dapat idea ni bila aku tengok filem SEPI, adegan Iman(Baizura Kahar) dan Ian(Syed)& the gang melepak sama-sama kat sebuah kafe yang lengkap dengan tempat diorang nak menelaah& ada rak yang penuh dengan buku pelbagai silibus& genre, pastu ada tempat belajar& melepak diasingkan, interior decorate pulak memang cozy& simple jek. Bila dah konsep mesra-student, of cozla aku nak buka kafe ni berdekatan dengan mana-mana IPTA/IPTS yang berdekatan& sasaran aku adalah student-student yang duk cari tempat untuk belajar diluar kampus, suka belajar sampai lewat malam kat kafe(mana tau aku bukak dekat MAHSA??). Pasal idea kafe ni, kakak pernah usulkan cadangan kat aku untuk jadi rakan kongsi, then I say YES!!(of cozla orang mengantuk disorong bantal!!). But, aku cakap kat kakak aku yang aku kenala kerja untuk beberapa tahun dulu sebelum buka kafe ni coz nak kumpul modal beli furniture, nak cari lokasi strategik lagi, pastu nak buat perancangan betul-betul pasal kertas kerja untuk mendaftarkan perniagaan lagi, nak cari pekerja lagi. Semuanya nak fikirkan lagi. Tambah-tambah lak aku nak sambung pelajaran lagi. Semuanya nak diambil kira.

Aku jugak cita-cita nak ada rumah sendiri sebelum umur aku 30 tahun. Well, lokasi rumah aku sebolehnya berdekatan bandar& tempat kerja aku. Aku tak kisah kalau rumah tu kecik ke apa ke, tapi make sure rumah tu bukan rumah apartmen, pangsa, even kondomanium sekalipun aku tak hairan( sebab malas nak naik tangga..LOL). aku nak rumah yang ada laman. At least, boleh gak aku buat taman kecil-kecilan sambil mengembangkan bakat hiasan laman ke…hahahaha.

Sekarang ni, aku nak tutup Centre coz dah pukul 10 pm. Sekarang ni aku nak balik bilik& siapkan kerja-kerja design untuk SRC Club. Nanti kita sambung cerita lagi, yekk???

WASSALAM

PS: waktu nak tutup bilik ni, aku call Darvin(kawan aku) nak tau pasal Piala Suzuki…Then, berita gembira bila MALAYSIA menang 4-2…ALHAMDULILLAH!!!!!

“Allahamdulillah syukur nikmat, kepada Allah yang member rahmat”

Selasa, 28 Disember 2010

mendadakan LASER!!!!!!!

Salam, guyzz. Actually, aku tengah merayap baca Berita Harian Online. Saja nak update hal-hal terkini pasal dalam& luar negara(nak beli surat kabor kodokut bebeno..hehe. then, aku terjumpa satu tajuk yang agak sensasi untuk diceritakan. sama-sama hayati yekk..


Usaha ganggu tumpuan pada perlawanan akhir Piala Suzuki

JAKARTA: Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez (atas) yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok.
Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan ‘serangan’ laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.
Oleh sebab itu, dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal.

Perkara itu disuarakannya ketika dihubungi wartawan Indonesia yang kemudian membuat soalan susulan sejauh mana dia serius dengan hal berkenaan.

“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi.

Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.


haaa....begitula ceghito gamaknyerrrr.....karang dikomplen Indonesia ni bodoh, 1Indonesia karang attack page den ni baru nak membangun ni. namun, apakan daya. kita rakyat-rakyat Malaysia diminta buat dano jela. Biau nampak berilmiah sikit..hehehe. Walaupun ambo ni taklah gila bola, makan bola, minum coca-cola(isshhh...promote pulak), tapi eden dengan patriotismenyer mengucapkan selamat berjuang& maju jaya pada semua pemain Malaysia yang akan berlawan nanti. InsyAllah, kejayaan akan berada dalam genggaman kita.

PS: Sok, ramai yang datang stadium bukan orang nak tengok bola...duk nak tengok buah dada ang jer....aduyai~~

"Kekanda dimedan perang..Adinda dimedan seni..sama-sama berjuang, sama-sama berbakti...Semoga tabah hati"

Jangan Ketawa!!!! (era 90an)

hahahahahaha!!!LOL!!!!& sewaktu dengannya adalah adalah kata yang dapat mengambarkan kelawakan JANGAN KETAWA( skema ayat aku tul..). Actually, rancangan JANGAN KETAWA ni popular pada era lewat 80an hingga awal 90an. menggunakan Dee, Allahyarham Moon, Mendiang Rambo Chin, Harith Iskandar & ramai lagi sebagai pelakonnya.











Actually, banyak lagi video JANGAN KETAWA ni. Tapi yang diantaranya lawak bagi aku. Bagi aku, diorang ni lagi ori lawaknya dari pelawak zaman sekarang ni yang teramat poyo bagi aku. Rancangan JANGAN KETAWA ni juga penuh penglibatan dari pelbagai bangsa. Kiranya JANGAN KETAWA ni betul-betul 1MALAYSIA la. Apapun, kudos untuk semua pelakon JANGAN KETAWA...

*Al-Fatihah pada semua pelakon-pelakon JANGAN KETAWA yang telah meninggal dunia.

PS: rancangan ni pernah DIBANNED gara pakai pelakon-pelakon macam Dee& Moon....kononnya takut pengaruh budak-budak....iyola tu~~

Saksikanlah!!!!!!!

sempena tahun baru ni, aku saja nak kasi korang ketawa dengan kuatnya tak ingat dunia yang fana serta segala isinya yang pelbagai flora& faunanya yang bukan sahaja dinilai keindahnya serta keunikanya dan nya..nya..nya jela~ hahahahahaaha

*juz ignore the message...tengah sewel akibat kekurangan oksigen pada otak akibat melihat gambar-gambar dibawah ni...

Bila nenek menurunkan "ilmu" pada cucunya...


tangkap gambar mengunakan MATA...

MOTORbasikal

urutan terbaekk!!!!


"Fair& lovely ternyata berkesan...." Barack Obama

"Kacak luar, Kacak dalam, Kacak dengar sini..Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali..Kalau kita senyum, semua orang berjangkit..Kalau semua orang senyum, dunia tiada penyakit...SENYUM!!"

Mr. Shahidan..tryla to stop the world...if u can...

actually, aku dah lama baca pasal hal ni kat Facebook dah lama dah. but, sajer nak share lagi sekali dengan korang. Sharing is caring, rite?? hehehe...Apapun, silala baca untuk menyelesaikan kekusutan di pemikiran anda setelah baca kapsyen dia atas ni...hahhaha


KANGAR, Dec 6 — Umno Supreme Council member Datuk Seri Dr Shahidan Kassim today called for the blocking of the Facebook social networking website if its contents continue to pose a threat to national security.

He said a Facebook account holder was found to have taken advantage of the technology to insult Islam and leaders of Malaysia.

“If the website content poses a threat to national security and insults Islam, then it is unnecessary to have Facebook,” he told reporters after accompanying Perlis Facebook Association committee members to lodge a report at the Kangar police station on the insults hurled at Prime Minister Seri Najib Razak and former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad on a Facebook page.

The report was lodged by the association’s deputy president, Mohd Faizuddin Ismail, at about 5.30 pm.

Shahidan said a report would also be lodged at the State Islamic Religious Department as the holder of the Facebook account had also insulted Islam, and added that the insults hurled at Najib and Mahathir were discovered by a member of the association on November 29.

Shahidan, who is Tambun Tulang assemblyman, said the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), the Malaysian Islamic Development Department and the National Fatwa Council should act against the holder of the Facebook account. — Bernama

PS: aduyai...wahai En. Shahidan...tell me how u gonna block facebook?? u want riot whole Malaysia@1Malaysia haa?? jangan sebab 1, 2 masalah..Encik nak block sesuka hati facebook. jangan terlalu heboh memandang negatif kalau positif tak diambil kirala...aduyaiii~~

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/shahidan-wants-facebook-banned-cites-national-security/

"jangan nila setitik, rosak susu sebelanga"

TAHUN BARU, BARUKAN TAHUN???

Assalammualaikum, korang semua…….permulaan ni, aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada korang semua yang melayari blog aku. Well, agak 2 tahun menyepi dari blogging. Mana tak nyer…hehehehe. Nasib baik aku still ingat password. Hahahaha….
So, apa yang nak diceritakan pasal tahun baru? Urmmm…Azam baru? Pengalaman baru? Stail baru? Awek baru??(ececehh….macam ada)…Entahla. Aku serahkan pada Allah yang Maha Esa. Dia lagi mengetahui apa yang terbaik untukku. Apapun, bak cogankata Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Dol Said(SDDS), HIDUP MESTI BERJUANG. Nak hidup kat dunia ni, memang kena berjuang dalam macam-macam hal. Tak boleh mengalah& dikalahkan. Kalau tak, anda akan sentiasa mundur& ditindas kebawah. Tapi, bukan semua dikalahkan itu teruk. Sometimes, it’s ok to be loser, if u don’t give-up. Jadi loser sekali-sekala juga member kita pelbagai perspektif dalam kehidupan. Tak sentiasa kita adalah juara. Kadangkala kita harus kalah& terima qada& qadar dengan hati terbuka. Menjadi loser juga memberi kita banyak peluang untuk banyak experience yang kita tak pernah alami ketika kita “juara”. Dari “kalah”, kita dapat renungi diri kita cumalah insan@hamba yang lemah& hina jer. Kita juga dapat merasakan hidup itu ”hidup” untuk kita sebab “kekalahan” itu akan sendiri mengajar kita akan erti hidup.




As u can see, semua yang aku tulis kat paper tu adalah azam aku sempena final year ni. Macam-macam lagi nak capai woo….Itulah, dah tahun terakhir kat MAHSA ni, kira dah pangkat-pangkat otaila kat kolej ni. LOL. Sekarang ni sem 5. Walaupun sem ni subjek pun tak banyak maner( juz 4 subjek: Pengajian Islam, Special Procedure, Image Critique& Evaluation, Basic Managemen), tapi bila nak setup 2 event besar dalam sem ni(almaklumla senior.....hehehe) terasa bahang busy tu dah ada dah. Baru semalam aku dengan Mamu(classmate aku) bincang nak buat proposal untuk Majlis Grand Dinner untuk final year kitorang. Sya pulak awal-awal dah tunjukkan aku contoh proposal untuk perkhemahan akhir tahun kitorang kat Pulau Pangkor (tengok aktiviti, boleh tahan gak….aku on jer). Tu baru event-event besar yang dah tau. Yang belum tau, perancangan SRC lagi….aduyai…Apapun, aku akan cuba memberikan yang terbaik untuk tahun terakhir ni.

Walaupun azam yang aku tulis kat paper tu macam sikit jer, tapi pelaksanaan dia yang macam payah sikit. Yelah, azam mana boleh dicapai tanpa perancangan (betul tak???). So, untuk memastikan semuanya berjalan lancar&tercapai dengan jayanya, perancangan yang teliti& bersungguh-sungguh mesti dibuat. Pasal perancangannnyerrr, aku sekarang ni cuba sedikit-dikit membiasakan diri aku untuk perancangan tersebut. Aku tak nak jadi “angan-angan Mat Jenin”. Aku cuba pastikan semua tercapai. Itulah, kadang-kadang bila difikirkan ada jer azam yang lepas tak selesai& sempurna. Ishhhh….takpela, forget it la!!! Yang lepas, lepas....renew azam& jalani hidup dengan bersemangat…hahahaha. Tapi apapun, kita juz manusia biasa&hamba yang lemah. So, pentingnya tawakal& doa untuk memastikan kehidupan kita terlindung dari semua ancaman bahaya* malapelataka. Kita cuma merancang, tapi Allah S.W.T jela yang menentukan segala-galanya…..

Sebenarnya, azam tu aku dah tulis since Awal Muharram lagi hari tu. Aku berharap sangat semua yang tulis tu tercapai& dimakbulkan Allah S.W.T. Tentang kehidupan ni, memang banyak yang tak dijangka. Tapi, kita mampu untuk mengubah yang tak dijangka itu menjadi samada positif/negatif. Semuanya bergantung pada diri kita. Anyway, sempena tahun baru ni, aku ucapkan selamat tahun baru pada korang semua yang banyak menyokong& baca blog aku. Well, sekarang ni, aku baru terfikir untuk bergiat balik dalam arena blogging ni. Hehehe. Apapun, jaga solat, jaga kesihatan, jaga adab& pekerti& jaga prestasi, insyAllah, semuanya akan berjalan lancar pada tahun 2011. Wassalam…

“experience is great& cruel teacher because it’s tested you before it’s teaching you”…….

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...