Blogger news

Sabtu, 12 April 2014

C'est La Vie

Assalammualaikum. Dear blog & semua pembaca, aku minta maaf sangat untuk sekian lama, takde khabar berita dan takde entry baru langsung. Aku harap entry latest ni, akan membuatkan korang faham akan situasi aku & tentang masa depan blog ni. 

Pada bulan Julai tahun lepas, rumah aku dah dipecah masuk & aku kehilangan semua gajet-gajet kesayangan aku. Kamera Nikon P510, Lenovo lappy, Printer+scanner Canon, Buffalo External Hard Disk semua dicuri. Tapi yang paling sayangnya bila kenangkan semua kenangan dalam setiap barang-barang tu seperti semua kerja-kerja assignment waktu kolej, gambar-gambar kenangan, gambar kahwin abang aku yang masih ada lagi dalam kamera, semua entry yang bakal nak di post ke dalam blog, semua penat lelah aku dalam cuba nak membangunkan butik online aku (semua data jualan, item inventory, data harga, contact supplier) semua hilang dalam sekelip mata. Memang waktu tu, antara waktu tersukar dalam hidup aku, bila kenangkan semua hasil susah payah, titik peluh dalam motivasi nak dapatkan semua tu. Bayangkan hidup aku dalam bulan Ramadhan(kebetulan bulan julai tahun 2013 jatuh pada Ramadhan) diuji macam sekali. 

Sebelum tu, aku mengalami masalah dengan semua orang. Aku mulakan 2013 dengan break-up dengan my future-wife. Lepas tu, aku mengalami masalah dengan keluarga aku. Selain tu, aku juga bergaduh dengan housemate aku atas salah faham & silap aku. Pasal ni, aku taknak review banyak atau taknak cakap apa-apa dah sebab pasal ni terlalu banyak buatkan aku jadi heart-broken.

Sepanjang tahun 2013, macam-macam perkara belaku & memerlukan pemikiran matang untuk melakukannya. Sejujurnya selepas kejadian tu, aku mengalami patah hati yang teruk sangat. Aku banyak habiskan masa di jabatan, buat OTcall dan Oncall banyak-banyak, cover shift orang lain lagi semata-mata tak nak balik rumah sebab hati dah terlalu sakit. Kalau tidur pun, tidur kat jabatan. Balik rumah cuma untuk tukar baju jek. 

C'est La Vie. Itulah kehidupan. 2013 berlalu dengan banyak perkara yang mengingatkan aku tentang banyak perkara mengenai kehidupan. Mungkin juga Allah S.W.T nak cuba tunjukkan pada aku bahawa hidup perlu terus ke depan, walau macam mana kau jatuh sekalipun. Yup. Sebelum kejadian hilang pecah masuk ni, aku selalu ingat akulah paling rasional sekali dalam keluarga, kawan-kawan, tempat kerja, sampaikan mak aku pun boleh cakap aku ni berubah habis. Entahlah, aku pun tak tau kenapa boleh jadi macam tu. 

Memanglah setiap berganjak umur dan fasa kehidupan, perubahan akan berlaku samada kau sedar atau tak. Tapi, apa yang aku inginkan perubahan yang baik untuk diri aku, bukannya perubahan yang akan buatkan diri aku jadi orang lain. Step out in this adult world makin me harder to breath coz i need to be fast and smart to get a place on this world. Banyak pengorbanan terpaksa dibuat; aku jarang balik kampung, masa dengan keluarga dan kawan-kawan terhad, ada impian terpaksa dilupakan atas sebab kerjaya, komunikasi semakin berubah. Aku terpaksa buat. lagipun, aku sedar aku ni kena bekerja keras untuk berdiri sama taraf dengan orang-orang disekeliling aku. 

Tapi bila difikir balik, apalah erti kejayaan tanpa orang yang kita sayangi? Semua perkara akan datang dan pergi. Duit masuk dan keluar, kawan datang dan pergi, kekasih datang dan pergi, pesakit datang dan pergi. Tetapi keluarga tidak. Diorang tak akan buang ahli keluarga sesuka hati, melainkan ahli keluarga korang perangai macam binatang. Keluarga sebenar adalah keluarga yang sanggup terima siapa diri kita yang sebenar. Itu yang aku selalu tekankan dalam diri aku, sementelah aku adalah anak lelaki sulung dalam keluarga, jadi aku dianggap tiang peyangga keluarga aku. Biarpun macam mana teruk perangai ahli keluarga dan kawan-kawan aku, aku tak boleh cuma tengok dan biarkan diorang kesusahan macam seolah-olah takde kena-mengena dengan aku. I must stand-up & help to fix the problem for my family. Umur aku dah masuk 24, dah tiba masa untuk berbakti dengan keluarga.

Kebelakangan ni, aku telah berjumpa dan bercakap banyak perkara mengenai masa depan dan hala tuju dengan kawan-kawan aku dengan harapan mendapat pandangan mereka tentang situasi aku. Thankz to my bff, Farhan, Fakhroul@Stefan dan Kak Pah for our conversation. Glad to know ur opinion. Sekarang aku sedar, i can't be vintage guy forever. i can't stick in old ways & need to move on because that what we called "C'est La Vie". 

Sekarang, segalanya Alhamdulillah. Terima kasih pada sokongan kawan-kawan, aku belajar dan memutuskan untuk teruskan kehidupan mengikut acuan aku sendiri. Kini aku kembali untuk berusaha membangunkan balik HerStory Boutique(wish me luck, guyzz!!), lepas tu aku dah pun membuat keputusan untuk kembali ke Melaka untuk menjaga keluarga aku, dan aku juga sedang menumpukan pada minat baru, memasak dan mereka baju!! hehe. InsyAllah, artikel untuk ruangan Resipi Orang Bujang akan ditambah. Ikutkan hari-hari aku memasak & kawan-kawan sekerja pun selalu tanya resipi dengan aku, tapi InsyAllah aku akan tulis resipi-resipi lagi. hehe. Dan, kini aku tak perlu rasa kosong setiap kali balik ke rumah.

Setiap kali aku turun ke KL, sambil mendengar lagu Nor Kumalasari dan Saloma, aku sedar semua manusia berlumba untuk mendapat tempat di dunia. Mengintai disebalik tingkap LRT, memerhati setiap orang masuk dan keluar, aku tahu dunia ni cumalah perlumbaan dan perjuangan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik pada persepsi masing-masing. Terpulanglah pada niat individu. Tapi, apa yang penting jangan sesekali kita hilang punca tentang siapa diri kita. Teringat pulak kata kata P Ramlee dalam Bujang Lapok:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...