Blogger news

Isnin, 25 Julai 2011

Lagu-Lagu Wajib Ramadhan!!!


Assalammualaikum, semua. Setiap kali kita menyambut Ramadhan, waktu tu lagu-lagu nasyid menjadi siulan& selalu berkumandang di radio-radio(mesti banyak lagu Maher Zain diputarkan Bulan Ramadhan ni). Mesti setiap kali sewaktu kita menunggu azan Maghrib berkumandang(tunggu waktu nak buka la), selingan lagu-lagu nasyid bertemakan kemuliaan Ramadhan akan diputarkan sebelum atau selepas azan. Mari kita "cekidout" lagu-lagu popular sepanjang Ramadhan ni.

Harapan Ramadhan-Man Bai ft Raihan


Lailatul Qadar-Raihan


Yayadan-Dato Sharifah Aini


Permaidani-Aris Ariwatan


Doa-Rahimah Rahim


One of my favorite(ni bkn VC dia, VC asal dah kena block),
Jalan Lurus-Gita Gutawa


Apapun lagu yang berdendang, mesejnya harus disampai& difahami oleh orang yang mendengarnya. Begitulah mengenai lagu-lagu ini yang berkisarkan ketakwaan& keimanan kepada Allah S.W.T. Semoga kita mampu mempelajari& mengambil nasihat-nasihat dari lagu-lagu ini untuk dijadikan iktibar& pedoman hidup sebagai seorang muslim. Assalammualaikum.

Al-Kisah dalam Bulan Ramadhan




Assalammualaikum, semua. Seperti sedia maklum, sekarang ni, semua pengkaji& ahli-ahli falak duk standby(termasuk bapak aku) tunggu time nak tengok anak bulan, menunjuk bermulanya ibadah puasa seluruh umat Islam di dunia ini. So, nak diceritanya betapa "excited"nya aku nak menyambut bulan mulia yang penuh berkat ni. Alkisahnya dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ni selain bulan dimana kita menahan lapar haus disiang hari, bulan ni juga adalah bulan ujian pada ummatNya untuk melawan gelora nafsu, menjaga adab tertib, memelihara&meningkatkan ketakwaan serta menambahbaikkan keimanan kita pada Allah S.W.T.

Antara aktiviti ibadah yang aku suka buat pada sepanjang bulan Ramadhan adalah solat Tarawikh. Solat Tarawikh memang takde dalam bulan yang lain, sebab tu salah satu istimewanya bulan ramadhan adalah solat Tarawikh. Solat Tarawikh ni memang satu kenangan dari kecil aku dibiasakan mak& abah aku pergi surau/masjid setiap bulan Ramadhan menjelang. Waktu kecik-kecik dulu, kalau dapat habiskan sampai 8 rakaat pun dah kira bangga(siap cerita-cerita kat mak lagi..hahaha). Sekarang ni, walaupun sibuk dengan tanggungjawab+kerja seharian, seboleh-bolehnya aku tetap cuba untuk solat Tarawikh, sebab itulah yang aku suka pasal bulan Ramadhan.




Istimewanya bulan Ramadhan ni juga terletak pada malam yang ke-sepuluh terakhir. Malam ni juga amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang hauskan keredhaan& ganjaran yang diberikan oleh Allah S.W.T. Itulah Malam Lailatul Qadar yakni Malam Seribu Bulan. Ada disebut dalam Surah Al-Qadr:



Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Berikut adalah pengertiaan Surah Al Qadr yang khususnya menceritakan malam Lailatul Qadar yang menjadi bukti janji Allah S.W.T andai sesiapa hambanya yang beribadah serta memperolehi keberkatan Lailatul Qadar itu. Dari kecil jugak, Ustazah aku sering menceritakan keistimewaan malam Lailatul Qadar. Katanya, malam tu adalah malam yang paling ganjil dalam bulan Ramadhan. Malahan, keistimewaan malam Lailatul Qadar cuma disedari mereka-mereka yang tertentu sahaja, kata ustazahku. Wallahualam.

Selain itu, Bulan Ramadhan telah menjadi saksi pelbagai peristiwa besar dalam Islam. Mari kita hayati& renungkan kisah bulan yang istimewa ini:


Bulan diturunkan al-kitab

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

Peristiwa Badar

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

Islam membuka Kota Mekah

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad ke Tabuk

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

Islam sampai ke Yaman

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

Khalib Bin Al-Walid Meruntuhkan berhala Al ‘Uzza

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

Penyerahan Bandar Taif

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

Pembukaan Andalus (Sepanyol)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

Peperangan Zallaqah: Portugal

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

Peperangan Yakhliz

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Tertawannya garis Bar lev, Israel

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Semoga kita berjaya melalui bulan yang penuh ujian ini& serta memperolehi hidayah dariNya. Aku, Izzy Izzudin, Si penglipur lara mengucapkan pada anda semua Selamat menyambut Bulan Ramadhan. Marilah sama-sama merebut cinta& kasih sejati dari Allah S.W.T. Assalammualaikum.

thankzz to: http://g-heartmuslim.blogspot.com & http://ibnuabbas.wordpress.com

Jumaat, 22 Julai 2011

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Kalau korang ada perasan kat penjuru gambar ni, ada sepasang suami isteri yang dah tua. Tapi jalan still berpegangan tangan sambil tengok cucu diorang tengah mandi tu...romantik betul~~



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

*Thanks to Tengku Muhammad Kalmani As-Saif

Jalan Terakhir


Nanti di persimpangan jalan
Pilihlah
Ikutilah
Kata hatimu

Kau jalan tak berhenti
Melawan kesepian
Mencari kebahagiaan di setiap sisi perjalanan
Yang mungkin lurus atau sebaliknya
Itu terpulang pada dirimu

Permulaan dari rahim
Kita meniti kehidupan
Ada perkara jijik, ada perkara mulia
Berkalang antara dosa dan pahala
Kita harungi dengan kebijaksanaan

Kehidupan
Banyak drama dan realitinya
Banyak jatuh, banyak juga bangkitnya
Namun,
Sesungguhnya kejatuhan yang nyata adalah ketidakbangkitan selama-lamanya

Jalan terakhir
untuk sekiannya
untuk penghujung tanpa sesalan
Tiada kisah selain noktah
Tamat dengan penuh kebanggaan
Dari sepanjang perjalanannya yang dulu.

Khamis, 21 Julai 2011

Cubaan Garapan

Assalammualaikum, semua. Untuk bermulanya sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, aku akan cuba mengarap sebuah cerita dari minggu ke minggu. Urmm, ni adalah percubaan pertama aku untuk memaparkan hasil nukilan aku secara online. So, aku harap korang, kawan-kawan aku dapat membaca hasil kreativiti aku, ok? Sekarang ni, draf cerita aku dah rangka. So, apa kata korang check-it-out sipnosisnyer ok??

Sipnosis:


Apakah rasa cinta? manis? pahit? Apakah cinta sememangnya terjanji bahagia? Pengakhir segala duka? Bagaimana cinta yang terhalang? Adakah PANGKAT, LATAR BELAKANG yang menjadi ukuran? Sesungguhnya cinta itu anugerah Allah S.W.T. Tiada yang mampu merubah takdir selain dariNya, andai jodoh dia bukanlah untukmu, biarpun dia bererti bagimu. Alamilah Kecekalan Annissa menemukan syurga hatinya, Ketabahan Khalif menepis kehinaan, Kasih Sayang Mia yang tak berbelah bagi& Kerinduan Hazrul meraih cinta seumur hidup. Masa berlalu, undang ketawa& sendu mereka dalam perjalanan meraih cinta dipenghujungnya.

Amacam? ok tak sipnosis?? Aku pun tak sabar nak tulis bab 1. Harap-harap penulisan aku konsisten kali ni. OK, jumpa lain kali. Assalammualaikum.

Jumaat, 15 Julai 2011

HARAPAN: Inspirasi& Dedikasi untuk K'ekin

Sorry for poor editing(arwah tak tutup aurat dalam gmabar asal, jadi PL edit supaya auratnya dijaga)
Assalammualaikum, kepada semua. Entry kali ni mungkin agak personal sikit, but it’s ok untuk berkongsi.

Actually, entry ni dibuat khas sempena perginya Allahyarhamah Nurul Ashikin bt Md Noor (5 April 1984-9 Julai 2001), kakak aku yang selalu ada untuk aku, sepanjang hayatnya. Selalu ada disisi untuk satu-satunya adik lelaki dia. Yup, aku kiranya adik kesayangan dia.
Selain dari emak, K’ekin(gelaran aku kepada dia) adalah tempat aku bermanja. Tempat aku membesar. Dia yang selalu back-up aku kalau aku bergaduh dengan kakak-kakak aku yang lain. Dia yang rajin mengajar aku matematik. Kadang-kadang ada masa dia masak, dia akan masak chicken sweet sour(makanan favourite aku waktu childhood& i really missed it). Dia, kakak yang baik menjaga adik dia yang degil ni. Haha

Banyak sifat arwah yang aku kagum. K’ekin antara pelajar terbaik di sekolah. Dikagumi oleh semua pelajar& guru di sekolah dia coz antara pelajar terbaik, terutama dalam bidang sains biologi. Meskipun K’ekin tak sempat melangkah ke SPM, tapi dia berjaya mencapai A1 untuk biologi pada percubaan, biarpun kanser yang menyerang sudahpun tahap kritikal. K’ekin sangat friendly. Dia tak kisah berkawan dengan sesiapapun, tak lokek berkongsi ilmu sehingga disenangi semua. Biarpun ditahan di wad, sifat yang ada tak pernah berkurang. K’ekin masih gigih belajar biarpun ditangguhkan SPM& menjalinkan persahabatan dengan pesakit lain(seorang hamba Allah yang sebaya dengan K’ekin, pesakit kanser& meninggal dunia selang 14 hari selepas K’ekin).

Meskipun dah hampir 10 tahun kembalinya K’ekin, aku masih teringat arwah. Sejak insiden jatuh bas sehingga saat terakhir aku iringi dia masuk ke dalam kereta, aku masih teringatkan arwah, dalam banyak bait-bait hidupku. Seperti dia ada untuk aku, aku sebagai adik juga menyokong dia, cuma aku waktu tu masih kecil& tak memahami apa-apa lagi keperitan hidup dia(itulah perkara yang mungkin sesali sampai sekarang). Aku akui masih terkilan dengan sikap aku yang waktu tu, terlalu kebudak-budakkan(meskipun aku cuma 10 tahun), aku terlalu susah untuk memahami arwah yang sakit ketika tu. Aku mengaku pernah marahkan k’ekin& mengejek “botak” coz waktu tu semua rambut dia gugur akibat kemoterapi. Waktu tu, aku memang tak faham apa-apa. Tapi, k’ekin masih melayan aku dengan sabar& tenang, meskipun kanser mula menjalar dalam diri dia perlahan-lahan. Sehingga hari ni, aku masih agak terkilan coz tak sempat minta maaf atas kedegilan& kebodohan aku.

Sepanjang 2 tahun, hospital menjadi rumah ke-2. Setiap jumaat, abah akan bawa aku bermalam di rumah mak usu di Kuala Lumpur untuk menjenguk K’ekin di HUKM. Kesemua cuti mak sepanjang tahun digunakan untuk menjaga K’ekin di hospital. Besar kasih mak menjaga K’ekin sehingga akhir hayatnya. Dari HUKM, berpindah ke PPUM. Usaha berterusan, namun gagal. Tiada perubahan. Meskipun semuanya dalam keadaan buntu, namun K’ekin tak pernah berputus asa. Kesempatan masa terluang di wad, digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Biarpun dalam hati dia agak terkilan tak dapat menelaah sewajarnya di sekolah, itu bukan pilihan untuk dia. Dari saat itu, katanya dia kini bertekad untuk menjadi doktor. Menjadi doktor untuk merawat pesakit kanser seperti dia. K’ekin sentiasa kuat semangat& percaya pada harapan. Ada masa perlepasan dari wad, hari-harinya tidak dirumah. Sebaliknya K’ekin berkeras ke sekolah, biarpun bertongkat sebelah. Dia sentiasa berdoa pada Allah S.W.T untuk masa depan yang cerah, meskipun mendung untuknya waktu itu. Dia berserah pada qada& qadar. Penyakit yang dihadapi bukan kata putus untuk kehidupannya, meskipun dia tahu saatnya.

Sepanjang hayat, arwah sentiasa cuba mendekatkan dirinya pada Allah S.W.T. Solat sentiasa cuba dipenuhi, meskipun K’ekin sudah tidak mampu bersujud ketika itu. Dia melakukan sedaya yang termampu untuk mendekatkan diri pada Allah S.W.T. Hati arwah sentiasa penuh dengan harapan. Tak ada sesalan. Dia tak menyalahkan sesiapa pun atas ujian yang dia hadapi. Biarpun permulaan, dia agak sukar menerima hakikat, lama-kelamaan K’ekin sendiri redha akan ujian yang diterima. Ada masa, airmata K’ekin akan luluh juga menahan perit kanser yang merebak dalam diri. Tangisan luluh bukan kerna putus asa, tapi kekuatan dalam hati menerima kepayahan ujian yang Allah S.W.T bagi.

Masa hampir sampai penghujung. Penawar tidak mampu menawarkan kanser tulang yang menyerang K’ekin. Keadaan memaksa untuk membawa K’ekin untuk ke Kuala Terengganu untuk bertemu pakar tulang disana. Pagi ahad itu, aku sempat menonton Cardcaptor Sakura dengan K’ekin, yang aku tak sangka untuk bersama kali terakhir. Aku berbual dengan K’ekin seperti biasa. Dalam keadaan begitu, dia tenang sperti biasa. Tapi dalam hati, aku simpati namun kagum dengan arwah ketika itu. Dia masih mampu tersenyum melihat anime kegemaran kami berdua. Biarpun dalam kedegilan& kebodohan aku, aku cuba untuk memahami situasi kakak aku. Aku akui, K’ekin sering menjadi inspirasi aku. Ketabahan, kesabaran, bijaksana, sifat sebagai ketua sering jadi ikutan, adakala aku cuba terapkan dalam diri. Sehabis Cardcaptor Sakura, aku tak sedar mak& abah sudah pun mengemas barang ke dalam kereta untuk bertolak ke Kuala Terengganu. Aku terlalu berharap masa aku & K’ekin untuk pagi itu dapat dipanjangkan lagi. Masa tambahan untuk kenangan selama-lamanya. Aku berharap Sakura bersusah payah untuk menangkap kad kemanisan, agar siri Cardcaptor Sakura dapat dipanjangkan lagi. Tapi, bagaimana manisnya mimpi, kita tetap akan bangun dari tidur untuk menghadapi kenyataan bahawa itulah saat yang akan aku ingat buat selama-lamanya sebelum pergi. K’ekin dipapah abah untuk dibawa masuk ke dalam kereta. Waktu itu, biarpun tak rela, aku hanya memerhati dengan hati sayu. Aku cuma mampu mencium& melambai selamat tinggal kepada K’ekin. Lambaian tersambut dengan senyuman arwah sebelum dia pergi, hilang dari pandangan karangan rumah. Di beranda rumah aku keseorangan, buat pertama aku menangis dalam hati, memohon ketemukan harapan yang selama ini K’ekin perjuangkan.

Malam itu, aku& kakak aku bermalam di rumah mak(mak teh yang aku anggap “mak” jugak). Mak tak henti-henti menangis menelefon mak aku di Kuala Terengganu& solat hajat malam tu memohon agar K’ekin dapat sembuh. Malam tu, aku tidur dalam memikirkan nasib kakak yang disayangi. Apakah takdir untuk dia sudah tertulis? Apa keputusan pemeriksaan? Apakah dia dibedah? Semua perkara bermain dalam fikiran, melihat mak masih tak luntur berdoa& membaca Al-Quran di tengah malam meminta kesempatan untuk K’ekin untuk membesar seperti remaja seusia sepertinya. Aku tidur dalam tangisan.

9 julai 2001, 4 pagi, aku dikejutkan. Aku termangu, untuk apa bangun seawal ini untuk ke sekolah?

“Din, bangun din. Kakak kau dah takde, din..”

Aku tergaman dalam bingung,

“Meh, bangun. Kita balik, bersihkan rumah kau.”

Sepanjang dalam perjalanan, Aku bagai bingung, biarpun aku dengar apa yang mak katakan, K’ekin dah tak ada. Sampai di rumah, aku menolong mak mengatur perabot& barang-barang dalam rumah. Aku membuat segala-gala seolah-olah aku terlalu bingung tentang apa yang berlaku. Mak, aku dan kakak mengemas rumah. Manakala, Ayah(Pak Teh yang aku anggap “ayah” juga) memanggil tok imam & khairat kematian. Sesubuh pukul 6, tiba-tiba datang sebuah ambulans. Aku lihat didalam ada emak bersama sekujur tubuh yang tertutup dengan kain. Emak ternyata masih sendu & disambut pelukkan simpati dari Mak. Manakala sekujur tubuh itu dibawa masuk ke ruang tamu& diletakkan diatas tilam yang disediakan mengikut kiblat. Mak, emak, Tuo(nenek aku) menyelakkan kain putih itu untuk memperlihatkan wajah si jenazah itu. Itulah K’ekin, yang dulunya gadis riang& bijak, kini cumalah tubuh kaku tak bernyawa lagi.

Selepas pemandian jenazah& bacaan yassin dilakukan, K’ekin dikebumikan pada pagi pukul 10. Aku turut mengiring jenazah K’ekin ke kubur. Waktu tu, tisu yang ada kat tangan habis lunyai meresap airmata yang tak henti-henti mengalir sejak pagi. Aku sendiri menyaksikan seorang yang sayangi ditanamkan di dalam tanah sedalam 6 kaki itu sendiri. Hiba terasa mendengar talkin dibaca, sayu melihat wajah kesayangan kini ditimbus buat selama-lamanya. Saat itu, adalah sukar untuk kanak-kanak 10 tahun memahami erti perpisahan. Aku tak sangka, orang yang selalu disisiku, teman baikku, kakak yang selalu membelikan aku jajan sebaik pulang sekolah, kini tiada lagi. Ketika biasa, aku selalu menangis& mengadu masalahku pada K’ekin. Kini, bila menangis, riba siapa hendak ku cari? Siapa yang sanggup mendengar masalah aku menyelesaikan soalan matematik? Siapa yang aku tunggu kepulangannya tiap hari? Waktu itu, hanya Allah S.W.T yang tau.

Kini 10 tahun berlalu, kenangan arwah masih ada. Kisah hidupnya, aku teladani sebaik mungkin untuk aku harungi hidup. Untuk 10 tahun ni, banyak peristiwa dalam hidup yang aku mengajar aku berdikari tanpa bantuan sesiapa. Ia membuatkan aku menjadi seorang yang mempunyai hala tuju, sabar, penyendiri& memerhati, serta menganalisis orang disekeliling. Aku menjalani hidup penuh warna-warna ragam manusia, namun jauh di sudut hati aku kesepian. Aku masih tak menemui rakan yang mampu mengantikan K’ekin. Kawan yang ada untukku& aku ada untuk dia. Aku kini berusaha untuk menyambung usaha K’ekin untuk membantu pesakit-pesakit untuk menemui kemungkinan untuk pulih& menemukan harapan untuk mereka yang hampir putus asa. Meskipun hanyalah jawatan juru x-ray, aku berharap setiap imej radiograf yang terhasil mampu membantu doktor-doktor memberi diagnosis terbaik untuk pesakit-pesakit ini. Aku harap dapat membantu sedaya mungkin memberi khidmat terbaik kepada semua orang yang memerlukan, seperti K’ekin andai dia masih ada lagi.

PS: Jauh disudut hati, aku berharap K’ekin berbangga dengan aku, meskipun aku bukanlah juru x-ray yang terbaik& dicemuh orang.

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...