Blogger news

Rabu, 2 Februari 2011

Kelahiran anak buah sulungku!!!

Assalamualaikum, anda semua. Sepatutnya dah lama patutnyer canang cerita ni kat blog aku. But, apakan daya, masa tak mengizinkan. Huh, lantakla. Janji aku story sekarang...hahahaha




Pada pukul 5 pagi waktu subuh 16 Januari 2011 yang hujan(if not mistaken), lahir seorang hamba Allah S.W.T merangkap anak kakak aku, merangkap cucu mak abah aku, merangkap merangkap anak buah aku, so dengan rasminya aku bergelar PAK CET mulai saat itu. Cayalah!!

Diberi nama Muhammad Zafran Rayyan b. Muhammad Zaim(hasil buah fikiran bapaknya duk fikir nak bubuh nama apa..hahahaha), telah melahirkan perasaan terharu ramai yang menyambutnya. Tang ni la semua duk fikir nak gelar apa: Apan(Kakak sulung aku), Yan(Aku), Zafran(K'long)& banyak nama timangan-timangan dicadangkan lagi. Time ni jugak, masing-masing duk heboh nak fikir pangkat&gelaran apa. Yang Kakak Sulung aku, nak dipanggil Auntie Long(Panggilan "Maklong" katanya tak glamer. Huh~). Mak aku nak dipanggil Wan, taknak panggil nenek(kes macam kakak aku gak..). Abah aku dipanggil datuk. Aku?? Aku slamber jekk. Panggil Pak Cet jela. Yang kecik tak padan nakal ni(adik aku la..), panggil je Pak Ucu. Habis cerita.

Ni ada sedikit tatapan untuk korang. Inilah dia, MUHAMMAD ZAFRAN RAYYAN!!!


The MUMMY(not mumia la~~)

Walaupun macam dah lambat gila nak share berita gembira ni, tapi takpela, janji anda semua tau& gembira. Aku?? Sapala yang tak syok dapat anak buah kot?? Anak lelaki tu(boleh dibuat geng coz rumah aku ni ketandusan lelaki..hahaha). Apapun, marila kita ucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T diatas kelahiran putra sulung Nurul Aishah& Muhammad Zaim ni. ALHAMDULILLAH!!!

PS: sekarang ni umur 2 minggu, dah celik+siap main senyum-senyum lagi...hehehehe

"Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...