Blogger news

Jumaat, 8 Jun 2012

Song This Month: Batu Belah Batu Konkrit (Bonda) - MonoloQue ft. Azlina Aziz

Assalammualaikum.



Wahai anakanda ku sayang Kemana hilang budaya

Diculik piring terbang Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang Semua mahu cepat kaya


Menjadi manusia yang baik akhlaknya, seakan-akan mustahil di era dunia akhir zaman ini. Banyak dilema & persoalan yang datang seiring arus kemajuan dunia. Pada mereka yang tidak tahu cara untuk terus hidup menongkah arus itu, kebarangkalian untuk terus hanyut, dilemaskan dengan keduniaan yang penuh dengan kekejaman.
Wahai anakanda ku sayang Kenapa gadai pusaka

Adakah sebab cinta dan wang Atau kerana kurang peka

Seperti lalang-lalang Suka belot suka leka

Ikut telunjuk bayang-bayang Akhirnya diri terluka


Sepatutnya, dalam diri haruslah mempunyai jati diri, prinsip yang tak goyah untuk terus melayari kehidupan ini. Agama sebagai pengukuh, pasak dan tunjang pada "siapa diri kita". Tarikan materialisme yang sering menjadi punca kejatuhan dan pengaruh pada mereka yang "lemas". Jangan jadi lalang, mudah terbuai-buai tiada pendirian. Jadilah diri anda sendiri. Usah biarkan dunia menakluki anda. Pilihlah samada untuk terus berenang untuk terus "hidup" atau "lemas" dalam dunia ini.

Menggunakan medium gurindam sebagai lagu ternyata amat bijak sekali. Jarang sekali dapat perdengarkan puisi gurindam dalam gaya penceritaan yang disuntik sedikit elemen khayalan seperti "diculik piring terbang", "dimakan ditelan batu belah batu konkrit" memberi penegasan sindiran. Saya mengganggap karya ini antara lagu-lagu yang terbaik pada 2012 kerana bagi saya, lagu ini berjaya membawa puisi gurindam pada satu gaya penceritaan yang saya rasa ramai komposer-komposer Malaysia tak terfikir bahawa puisi tradisional juga mampu diubah cara penceritaannya & tak semestinya terikat dengan melodi-melodi tradisional untuk mengalunkan gurindam. Selain itu, faktor lagu yang membawa mesej yang tajam, penuh sindiran & menampilkan biduanita terkenal, Azlina Aziz serta petikan Gambus yang menambah rona "ke-melayu-an" dalam lagu ini menjadi lagu ini mempunyai pelbagai sisi yang menarik & unik diperdengarkan. Jarang dapat mendengar lagu sebegini kala balada cinta yang mendayu-dayu dan pop & rock yang mewar-warkan nilai hedonisme yang melampau-lampau menguasai halwa telinga abad ke-21 ini. Tahniah pada Monoloque & Azlina Aziz untuk karya yang bermakna ini. Moga ramai anak muda di luar dapat memahami & mengambil iktibar dari lagu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...