Blogger news

Ahad, 7 Oktober 2012

Song This Month: Rumor Has It - Adele



Assalammualaikum, semua. Semenjak dari akhir bulan lepas, PL telah mengalami pelbagai masalah, samada segi profession hinggalah ke soal peribadi. Yeahh~ entah mengapa Pl boleh katakan bulan oktober ni bermula dengan tidak baik sekali. Ada sahaja masalah yang menimpa. Namun, Alhamdulilla ia tidak mematahkan semangat Pl untuk meneruskan kehidupan seperti normal (tapi, bulan ni agak kelam kabut sedikit).

Pl memilih lagu Rumour Has It, dendangan Adele sebagai Song Of the Month kerana faktor tema lagu itu sendiri yang agak kena dengan pelbagai masalah yang Pl hadapi pada awal bulan ni. Tapi, apa yang PL ingin tekankan adalah seperti tajuknya, RUMOR/GOSIP.



Pada mereka yang sudah berkerja, pasti sudah biasa dengan pelbagai kerenah kakitangan disekelililng. Begitu juga PL. Sejak permulaan kerja lagi, PL telah menemui pelbagai ragam manusia yang baik samada kakitangan, atasan, bawahan, pelanggan, pesakit, tidak mengira faktor usia, bangsa serta agama. Mungkin kerana apabila berkerja dalam satu komuniti yang besar, telah menyebabkan berlakunya daya saing yang kuat antara satu sama lain untuk merebut peluang dan mengapai hajat yang disasarkan. Ada yang mengejar harta, pangkat, penghormatan, perhatian, keistimewaan dan sebagainya. Sebenarnya, PL amat menyukai bila berlakunya kompetitif diantara sesebuah komuniti. Tidak kira samada komuniti pelajar, pekerja, rakan-rakan, sifat kompetitif ini juga dipupuk dan digunakan dengan nilai moral yang tinggi, ia mampu menjadi pendorong pada si pengamalnya untuk menjadi lebih baik dan berwawasan. Di waktu persekolahan juga, PL sendiri seorang yang suka bersaing dengan rakan-rakan PL untuk menjadi pelajar terbaik. Kami, pelajar-pelajar pendidikan seni berusaha dan bersaing menghasilkan model kreatif kami yang terbaik untuk mendapat markah tertinggi untuk SPM. Tapi, tidak semua orang mempunyai sifat kendiri yang baik. Tidak semua orang berdaya saing dengan cara yang sihat.

Sure, she's got it all, But, baby, is that really what you want?


Urmm, kadangkala PL tertanya juga. Apa yang kaki gosip ini mahu? Apakah si ratu novella ini gilakan perhatian/kuasa? Dengan melayarkan khabar angin dan menjadi penglipurlara yang tidak bertauliah, apa yang dia dapat dari menyebarkan cerita? Ceritanya mungkin ada benar, ada tidaknya. Didalam mana-mana kelompok masyarakat sekalipun, golongan sebegini sememangnya ada. Kerana dia, apa sahaja yang berlaku, baik buruk, semua ada digenggamannya. Semuanya mahu dicampurinya. Sejujurnya, PL sendiri banyak kali menemui orang-orang sebegini dan PL sendiri tidak tahu apa motif mereka bertindak sebegini. Seperti PL katakan, sifat berdaya saing sebenarnya sihat dan amat digalakkan untuk melahirkan masyarakat yang produktif. Tapi, kerana insan-insan sebegini menyebabkan ada pelbagai cerita tak enak sering berlegar-legar di ruang kerja. Akibatnya, masing-masing mencurigai antara satu sama lain. Almaklumla, termakan kata dan kisah-kisah yang tidak enak dijaja oleh si kaki gosip. Jangan memandang rendah orang sebegini. Lidah mereka bukan sahaja lebih tajam dari mata pedang, malahan boleh menjadi wabak yang menular andai tidak dibendung petahnya. Kerana si propa inilah ketidak-tenteraman boleh berlaku dalam suatu komuniti.

Bless your soul, you've got your head in the clouds,

You made a fool out of me,

And, boy, I'm bringing me down,

You made my heart melt, yet I'm cold to the core,

But rumour has it I'm the one you're leaving her for,


Apa yang tertulis di entry ini adalah hasil inspirasi apa yang berlaku pada PL pada awal bulan ini. PL tidak berminat untuk menceritakannya pada kalian, tapi rasanya cukup tergambar dari nukilan entry ini. Sesungguhnya, apa yang PL boleh katakan pada si Kaki Gosip/Kaki Propa berkenaan adalah satu sahaja:

"Allah S.W.T itu MAHA ADIL.."


PL akui terasa sungguh sakit hati dengan si kaki propa ini. Kerana dia, nama PL buruk. Kerana dia, banyak kisah tidak benar tersebar. Kerana dia, PL dipandang hina. Tapi, tidak mengapalah. sekali lagi PL menyatakan:

"Allah S.W.T itu MAHA ADIL.."


PL rasa tidak perlu untuk membalas dendam. Cuma bagi PL, Si Propa ini tidak menyedari keadaannya yang tak ubah nyawa di hujung tanduk. Tunggu sahaja terbukti kebenarannya. Mungkin kerana dia menyedari pun, tindakan menjatuhkan PL adalah sifatnya yang terancam dengan kelebihan orang lain. Jikalau Si Propa ini yang menyebarkan cerita, mana tahu disuatu hari nanti segala gosip yang dicanang itu berbalik pada dirinya pula. Tunggu masa sajalah.

PS: Di akhir VC diatas, hand sign Adele tu ditujukan pada Si Propa itu...F*CK!! hahahaha~

Sabtu, 6 Oktober 2012

Katakan CELAKA pada keTIDAK AMANAHan!!!!



Assalammualaikum, semua. Untuk mereka yang tidak mengenali PL, sebenarnya PL bukanlah seorang yang sangat cakap lepas & kuat sumpah seranah. Alhamdulillah, mungkin atas didikan orang tua & nenek, PL menjadi seorang yang tidak melatah apabila berlaku suatu keadaan. But, sebaliknya mengambil jalan untuk berfikir akan tindakan untuk mengatasi suatu permasalahan. Namun, bagaimana kalau ia benar-benar menguji kesabaran & melampau batas? Sejujurnya, ada 2 kemungkinan: 1. PL juga sebenarnya seorang yang agak baran, jadi..faham-faham sajalah. 2. Memendam rasa & terus tinggalkan tanpa hiraukan apa terjadi..pergi lantakla dengan diorang tu.

Nak jadi cerita, PL dan keluarga ada mengunjungi sebuah kedai makan yang agak popular dikalangan warga-warga retro. Iyalah, kedai makan yang menyediakan perkhidmatan karaoke. Hampir kesemua lagu karaokenya dari zaman retro. Tentulah pengunjung pun kebanyakkan retro jugak. haha. Namun, mungkin kerana kemeriahan, melihat telatah-telatah golongan pencen berseronok & food not bad too!!(sedap!!) menyebabkan aku datang kali kedua ke tempat ini. Bagi PL, tempat bagus jugak untuk bersantai dengan keluarga. Almaklumla, PL ni ada sedikit taste dulu-dulu jugak, suka juga melayan lagu irama pop yeh-yeh. Secara keseluruhan, servis okla. Takde yang teruk sangat. Datang-datang terus diambil order makanan. Air minuman pun cepat je sampai. So, permulaannya memang takde yang spoil. Tapi, yang mennjadi isu kepada ketidak-amanahan ni mengenai servis karaokenya.

HAHAHAHAHA~ yeah, i'm know what u thinkin rite now. Mesti cakap PL bising pasal hal yang remeh-temeh. Sebelum korang judging tak tentu hala, sambung membaca lagi. Sebenarnya, PL tak rancang nak nyanyi atas stage malam tu sebab PL cuma ke situ untuk makan dan tengok orang nyanyi jek. Tambahan, lagu pun semua lagu era 80-60an jek lagu karaokenya. Lagi la tak nak PL nyanyi lagu lama-lama ni (tak tahu nak nyabyi lagu apa pun). Tapi, abah & mak PL pulak kemainnya excited, nak suruh PL nyanyi jugak. Urmm, nak tak nak, PL pilihlah jugak 2 lagu(1. Senandung Semalam by Alleycats. 2. Keroncong Untuk Ana by M. Nasir.). Selepas PL order lagu, PL sanggup tak makan& minum sebab semata-mata nak jaga vokal punya pasal (sungguh professional. hahahaaha). Kata pelayan, giliran PL dalam 10-11 orang lagi. So, excited punya la tunggu dari pukul 11.45 malam macam tu.

Sementara menunggu giliran tu, mak dan abah sanggup tunggu sekali , juz tengok PL perform jek. Abah sanggup tahan mata/mengantuk. Sekali tengok, memang kesian kat Abah. 2 cawan Horlick panas dibantainya. Mak pun menunggu sama. Kuetiau goreng pun dah nak sejuk. Aku pun tengok yang karaoke malam tu pun kemain overnya vokal masing-masing. Sibuk nak buat vibrato, ala-ala Ziana Zain. Yang part tarik suara tu, bukannya tarik. Menjerit adalah. Bingit dengar. PL bukan bijak dalam didikan vokal, tapi adalah ilmu sedikit, hasil pelajaran sewaktu menyertai kelas vokal untuk pertunjukkan nasyid dan pertandingan nyanyian dulu. Bayangkan nak dekat 1 jam lebih, PL sekeluarga sanggup menunggu giliran untuk tengok PL menyanyi. Yang perform pulak, orang yang sama jek. Sejujurnya, PL dah "sensed something". So, pergilah jugak ke kaunter untuk tanya bila giliran PL. Katanya dalam 2 orang lagi. Ok, tunggula lagi.

Selepas 2 orang tu, PL pun nak sedia dah ke depan. Tapi, tau-tau dipanggil nama orang lain. PL dah rasa lain macam. Tiba-tiba PL disapa oleh Tuan kedai makan. Alang-alang dah tau siapa tuan kedai, PL buat aduan juga tanda tidak puas hati. Masakan tidak puas hati, menunggu giliran hampir 1 jam lebih, tapi tidak dipanggil. Lagipun, tak terhegehlah PL nak karaoke pun. Tapi, kalau nak menjalankan servis sedemikian, tolonglah telus sikit. Mak Abah PL yang tadi kemain teruja nak tengok PL naik stage, terus hilang semangat nak tengok kerana kepenatan. Tuan kedai terus meminta maaf & meminta untuk tunggu sebentar lagi. PL nampak yang tuan kedai terus ke bahagian karaoke & bercakap dengan pengacaranya. Terus didengar nama PL disebut untuk standby selepas giliran. Pada mulanya, sejuk sikit hati mendengarnya. PL ternampak ada seorang mamat ni baru sampai kedai tu dengan motor kapcainya. Dia terus ke bahagian karaoke tu. Entah mana silapnya, tiba-tiba mamat tu naik stage menyanyi (nyanyi lagu bullshit rock kapak). Astaghfirullah!! WOII BANG***!! ITU GILIRAN AKU LA B***!!! Memang meletup PL dalam hati. Mak Abah pun dah tak tahan, katanya dah macam orang bodoh dibuatnya. PL terus ajak balik terus, dah tak tahan sakit hati rasanya. Memang nampak rasa kecewa dari air muka kami sekeluarga, tuan kedai minta maaf sekali lagi & masih suruh kami minta kami tunggu lagi. Mak PL terus cakap, "kami dah tunggu dari pukul 11 lagi. Sekarang dah nak masuk pukul 1, orang yang sama jek nyanyi tak henti-henti. Mana boleh tahan!" Terdiam terus tuan kedai. Memang angin jugak kami sekeluarga malam tu. Ada pengunjung yang perasan keadaan kami pun suruh bersabar jugak. Nak buat macam mana, itulah tabiat orang melayu. kroni didahulukan. Lepas tu, menyusahkan orang lain. Memang lepas ni, PL takkan datang kedai kau lagi(walaupun nasi goreng ayam kau sedap). Bagi PL, PL taklah rasa teruk tak dapat menyanyi. Cuma, terasa macam menghampakan mak dan abah kerana mereka yang beriya-iya nak tengok PL perform atas pentas. Sebab tu, bila nampak muka mereka kecewa+hampa, ia bagai satu perasaan serba salah yang amat. Lagilah Abah, dalam keadaan tak sihat, still nak tengok juga anak lelaki dia menyanyi. Pada malam kecewa tu, kami pulang dalam cuba menahan marah & bersabar.

Secara tuntas disini, memang apa yang PL nampak dalam kelemahan masyarakat kita ialah selalu ada semangat kekitaan atau bahasa senang, semangat kabilah/kroni. Utamakan kroni, tanpa memikirkan kesan pada orang lain yang bukan kroni. Tak rasa ke itu dah macam pentingkan diri? Sumpah PL menyampah keadaan ni sebab itu sama sekali tak adil pada orang yang mungkin lebih berusaha, lebih bersungguh-sungguh atau orang yang lebih berhak. Tak bolehla macam tu. Walaupun ini cuma hal karaoke, cuba difikirkan dalam hal-hal serius lain contohnya soal pengagihan harta, soal kerja, dan sebagainya. Apa rasanya kalau sesuatu yang kita berhak dapat, tapi jatuh pada orang lain? Dan kita dapat tahu, orang itu rapat dengan kroninya. Sumpah I"M FU*K THIS KIND OF HUMAN!! Kita kena ambil pengajaran dari hal-hal sebegini. Yes, ia nampak remeh. Tapi, yang remeh itulah selalu kita abaikan & akibatnya ia menjadi-jadi umpama wabak dalam masyarakat kita. Cuba renung-renungkan agar kita tak menganiaya orang lain di masa akan datang.

Isnin, 24 September 2012

Misteri Tingkat 13 KLCC



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah misteri yang berlaku di tingkat 13 KLCC, dikatakan kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jumaat) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ……… dan segera berkata ……..

“Maaf ya… saya kentut…abang jangan marah ya ?” :p

Hahahahahha…

Thankz to: Pen Patah

Ahad, 2 September 2012

Song This Month: Bagaikan Sakti - Siti Nurhaliza ft. M.Nasir

Assalammualaikum.

"Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda."

"Adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama."

"Belayar berbelok-belok, Sawah dibongkar di tempat tenang; Yang tinggal hati tak elok, Yang pergi hati tak senang."

"Bila sampai waktu, kita akan bersama."
Tentu korang terkejut kenapa lagu ni dipilih sebagai lagu bulan september. Sebenarnya, lagu ni dipilih aku berdasarkan impian aku untuk bulan ni. Untuk pengetahuan kalian, aku lahir pada bulan ni, 22 haribulan. Korang boleh anggap lagu ni sebagai satu luahan impian aku sempena hari jadi aku yang ke-22 ni. Lagu ni adalah interpretasi cinta bagi aku. Kita tak tau macam mana nak gambarkan perasaan kita sekarang terhadap orang yang kita jatuh cinta. Kita sukakan dia secara tiba-tiba.
Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta

Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi

Mungkin macam lagu ni, umpama menyaksi mekar kembang pagi. Suatu perasaan yang agak sentimental. Namun, indah terasa di hati. Kita terasa senang berada dengan dia, bercakap dengan dia, bergurau dengan dia. Ketika itu, yang ada di hati adalah sebuah wajah yang takkan hilang untuk selama-lamanya. Waktu itu, baru kita tahu apa itu cinta.

Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari

Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini Fana ini

Kehadiran dia umpama sinar mentari di waktu subuh. Bayangkan betapa hangatnya kehadiran dia memanaskan jiwa kita yang sejuk sepi dan kelam bagaikan malam.
Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi
Tiada sempadan
Tak bisa ku lewati
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menantimu walau sengsara
Jika ini ketentuannya

Kerana cinta, kita rela mngorbankan jiwa dan raga kita. Biarlah apa kenyataan, biarlah apa yang terjadi, kita akan terus melewati apa jua halangan dan cabaran untuk terus bersama dengan dengan dia. Kerana kita tahu, dia adalah jodoh kita dari tuhan yang Esa.

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kau kan jadi milikku jua

Kita tercipta bersama. Walaupun apa yang terjadi kita tetap terus bersama kerna ini kehendakNya. Kita mempercayai bahawa soal jodoh itu rahsia Allah dan cuma Allah lah yang sahaja tahu siapakah untuk kita. Aku teringat satu dialog didalam filem "Ayat-Ayat Cinta (2007)":



Walaupun lagu ni dah lama, tapi aku masih meletakkan lagu dalam senarai lagu yang akan aku ingati sentiasa. Entah mengapa, aku terasa sangat sentimental dengan lagu ni. Tidak seperti lagu-lagu cinta biasa, bahasa lirik yang digarap M.Nasir ni sungguh indah. Sebuah puisi kecintaan yang tinggi nilainya, seperti kisah cinta yang diadaptasi untuk lagu tema filem itu sendiri, "Puteri Gunung Ledang (2004)". Komposernya juga M.Nasir memang seorang lagenda dan ternyata lagu ini boleh dianggap satu "masterpiece" kerana uniknya lagu ini bukan sahaja pada lirik lagu yang menggunakan bahasa melayu klasik, irama balada yang diselitkan elemen irama melayu dan jawa juga menarik halwa telinga untuk terus mendengar dan menghayati berulang-kali.

Tentang kenapa aku katakan lagu ni sebagai lagu cerita impian aku kerana aku berharap untuk hari jadi ke 22 ini adalah aku mendapatkan cinta. Aku tahu aku agak jiwang disini. Tapi, aku rasa itu yang semua orang inginkan, bukan? Untuk umur 22 tahun ini, aku rasa tiba masanya aku bukakan hati aku untuk mencintai seseorang. Aku perlukan seseorang untuk bersama aku sentiasa sehingga tua. Yang dapat terima aku seadanya. Hahahaha. Sudah, tak pasal-pasal entry ni jadi medan cerita kisah cinta aku pulak. Jom, sekarang kita dengarkan lagu Bagaikan Sakti dari Siti Nurhaliza dan M. Nasir.

Khatamkah Anda?



PL: Terasa diri ini. Anda pula bagaimana?

Terima kasih:Islam Itu Indah

Sabtu, 1 September 2012

Selamat Hari Raya 2012!!!

Assalammualaikum,



SELAMAT HARI RAYA!!!!

Hehehe. Lambat gila aku ucap. Macam mana aku tak lambat? Asyik kerja, kerja, kerja!! Huh, itulah, dulu waktu takde kerja, nak kerja. Sekarang dah kerja, nak cuti lak, sambung update blog (tapi cuti pun tak update gak. hahahahaha). Entahla, Nak buat macam mana. Selalu penat. Tapi, jika ada kelapangan yang betul-betul lapang macam ni, aku try update jugak. Biasalah. hahaha~



So, kesempatan ini (walaupun macam dah terlewat), aku still nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin muslimat yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa ni. hoho. Almaklumla, jarang diupdate. But, kalaula takde kekangan waktu, InsyAllah aku akan cuba mengarang jugakla artikel-artikel terbaru. Apa-apa sahaja mengenai isu-isu semasa, pengalaman yang aku lalui, sesi membebel. Semoga korang semua terus terhibur dengan membaca artikel-artikel di blog aku ni & memberi aku semangat untuk terus menulis dan berkarya di masa akan datang. Terima Kasih Semua & Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia!!!!

Ni ada sedikit video untuk korang. Enjoy it!!!

Ahad, 29 Julai 2012

Jambatan ke Ilahi



Andai iman itu jambatan,
Bertiang lima bersendi enam,
Sempurna rukun islam dan iman,
Sempurnalah jua anak adam.

Perbuatkanlah jambatanmu dengan batu,
Agar terhindar dari malapetaka,
Bersaksilah Allah itu Satu,
Berkatalah Muhammad itu pesuruhNya.

Seraya Luqman berpesan,
Taatlah kepada ibu bapa kita,
Dikandung selama sembilan bulan,
Kasih dan sayang mereka untuk selamanya.

Kalau bertiti,
Biarlah berhati-hati,
Kalau berhajatkan cinta Ilahi,
Kejarlah Ukhrawi.

Umpamakan doa itu jambatan,
Maka jambatan itu ke syurga,
Teguhkan diri pada Sunnah dan Al-Quran,
InsyAllah terciptalah bahagia.

Selangkah demi selangkah,
Berjalanlah tanpa henti,
Tiada putus asa dalam ibadah,
Cekalkan iman, teguhkan hati.

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...