Blogger news

Ahad, 2 September 2012

Song This Month: Bagaikan Sakti - Siti Nurhaliza ft. M.Nasir

Assalammualaikum.

"Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda."

"Adinda bersumpah, jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda. Menginjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama."

"Belayar berbelok-belok, Sawah dibongkar di tempat tenang; Yang tinggal hati tak elok, Yang pergi hati tak senang."

"Bila sampai waktu, kita akan bersama."
Tentu korang terkejut kenapa lagu ni dipilih sebagai lagu bulan september. Sebenarnya, lagu ni dipilih aku berdasarkan impian aku untuk bulan ni. Untuk pengetahuan kalian, aku lahir pada bulan ni, 22 haribulan. Korang boleh anggap lagu ni sebagai satu luahan impian aku sempena hari jadi aku yang ke-22 ni. Lagu ni adalah interpretasi cinta bagi aku. Kita tak tau macam mana nak gambarkan perasaan kita sekarang terhadap orang yang kita jatuh cinta. Kita sukakan dia secara tiba-tiba.
Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta

Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi

Mungkin macam lagu ni, umpama menyaksi mekar kembang pagi. Suatu perasaan yang agak sentimental. Namun, indah terasa di hati. Kita terasa senang berada dengan dia, bercakap dengan dia, bergurau dengan dia. Ketika itu, yang ada di hati adalah sebuah wajah yang takkan hilang untuk selama-lamanya. Waktu itu, baru kita tahu apa itu cinta.

Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari

Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini Fana ini

Kehadiran dia umpama sinar mentari di waktu subuh. Bayangkan betapa hangatnya kehadiran dia memanaskan jiwa kita yang sejuk sepi dan kelam bagaikan malam.
Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi
Tiada sempadan
Tak bisa ku lewati
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menantimu walau sengsara
Jika ini ketentuannya

Kerana cinta, kita rela mngorbankan jiwa dan raga kita. Biarlah apa kenyataan, biarlah apa yang terjadi, kita akan terus melewati apa jua halangan dan cabaran untuk terus bersama dengan dengan dia. Kerana kita tahu, dia adalah jodoh kita dari tuhan yang Esa.

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kau kan jadi milikku jua

Kita tercipta bersama. Walaupun apa yang terjadi kita tetap terus bersama kerna ini kehendakNya. Kita mempercayai bahawa soal jodoh itu rahsia Allah dan cuma Allah lah yang sahaja tahu siapakah untuk kita. Aku teringat satu dialog didalam filem "Ayat-Ayat Cinta (2007)":



Walaupun lagu ni dah lama, tapi aku masih meletakkan lagu dalam senarai lagu yang akan aku ingati sentiasa. Entah mengapa, aku terasa sangat sentimental dengan lagu ni. Tidak seperti lagu-lagu cinta biasa, bahasa lirik yang digarap M.Nasir ni sungguh indah. Sebuah puisi kecintaan yang tinggi nilainya, seperti kisah cinta yang diadaptasi untuk lagu tema filem itu sendiri, "Puteri Gunung Ledang (2004)". Komposernya juga M.Nasir memang seorang lagenda dan ternyata lagu ini boleh dianggap satu "masterpiece" kerana uniknya lagu ini bukan sahaja pada lirik lagu yang menggunakan bahasa melayu klasik, irama balada yang diselitkan elemen irama melayu dan jawa juga menarik halwa telinga untuk terus mendengar dan menghayati berulang-kali.

Tentang kenapa aku katakan lagu ni sebagai lagu cerita impian aku kerana aku berharap untuk hari jadi ke 22 ini adalah aku mendapatkan cinta. Aku tahu aku agak jiwang disini. Tapi, aku rasa itu yang semua orang inginkan, bukan? Untuk umur 22 tahun ini, aku rasa tiba masanya aku bukakan hati aku untuk mencintai seseorang. Aku perlukan seseorang untuk bersama aku sentiasa sehingga tua. Yang dapat terima aku seadanya. Hahahaha. Sudah, tak pasal-pasal entry ni jadi medan cerita kisah cinta aku pulak. Jom, sekarang kita dengarkan lagu Bagaikan Sakti dari Siti Nurhaliza dan M. Nasir.

Khatamkah Anda?



PL: Terasa diri ini. Anda pula bagaimana?

Terima kasih:Islam Itu Indah

Sabtu, 1 September 2012

Selamat Hari Raya 2012!!!

Assalammualaikum,



SELAMAT HARI RAYA!!!!

Hehehe. Lambat gila aku ucap. Macam mana aku tak lambat? Asyik kerja, kerja, kerja!! Huh, itulah, dulu waktu takde kerja, nak kerja. Sekarang dah kerja, nak cuti lak, sambung update blog (tapi cuti pun tak update gak. hahahahaha). Entahla, Nak buat macam mana. Selalu penat. Tapi, jika ada kelapangan yang betul-betul lapang macam ni, aku try update jugak. Biasalah. hahaha~



So, kesempatan ini (walaupun macam dah terlewat), aku still nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin muslimat yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa ni. hoho. Almaklumla, jarang diupdate. But, kalaula takde kekangan waktu, InsyAllah aku akan cuba mengarang jugakla artikel-artikel terbaru. Apa-apa sahaja mengenai isu-isu semasa, pengalaman yang aku lalui, sesi membebel. Semoga korang semua terus terhibur dengan membaca artikel-artikel di blog aku ni & memberi aku semangat untuk terus menulis dan berkarya di masa akan datang. Terima Kasih Semua & Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia!!!!

Ni ada sedikit video untuk korang. Enjoy it!!!

Ahad, 29 Julai 2012

Jambatan ke Ilahi



Andai iman itu jambatan,
Bertiang lima bersendi enam,
Sempurna rukun islam dan iman,
Sempurnalah jua anak adam.

Perbuatkanlah jambatanmu dengan batu,
Agar terhindar dari malapetaka,
Bersaksilah Allah itu Satu,
Berkatalah Muhammad itu pesuruhNya.

Seraya Luqman berpesan,
Taatlah kepada ibu bapa kita,
Dikandung selama sembilan bulan,
Kasih dan sayang mereka untuk selamanya.

Kalau bertiti,
Biarlah berhati-hati,
Kalau berhajatkan cinta Ilahi,
Kejarlah Ukhrawi.

Umpamakan doa itu jambatan,
Maka jambatan itu ke syurga,
Teguhkan diri pada Sunnah dan Al-Quran,
InsyAllah terciptalah bahagia.

Selangkah demi selangkah,
Berjalanlah tanpa henti,
Tiada putus asa dalam ibadah,
Cekalkan iman, teguhkan hati.

Ahad, 17 Jun 2012

Hora Horey Family Hjh. Melah! take SABAH



Assalammualaikum semua. Untuk video kali ni, aku nak kongsi keceriaan kami, keluarga si penglipur lara. Aku & whole family aku dengan jayanya bercuti ke Sabah pada 8th Jun-11st Jun yang lepas. Kalau korang tonton VC ni, korang boleh lihat betapa besaunyerr(loghat melaka) keluarga keturunan Hajah Melah ni. Sebelum ni, kami berjaya menganjurkan Trip To Langkawi & berjaya mendapat sambutan semua pihak ahli keluarga. Bukan senang nak anjurkan trip sebegini. Tapi, alhamdulillah hasil kerjasama semua pihak, berjaya jugak kami ke Sabah. So, Check It Out!!!



Thankzz to: DMZ Design sebagai Photographer & Videographer Rasmi....

Jumaat, 8 Jun 2012

YUNA'S FASHION MAGAZINE!!



Assalammualaikum. Semua orang tahu, Yuna adalah penyanyi, penulis/pencipta lagu, ikon fesyen, malahan usahawan juga. Well, selaras dengan gelaran ikon fesyen yang memulakan pelbagai trend tudung & turban sehingga mewujudkan istilah "hijabista", Yuna telah melancarkan sebuah magazine secara online di laman sesawang butiknya, IAMJETFUELSHOP dimana memaparkan trend-trend terkini dari pelbagai jenama, baju& aksesori terkini, panduan gaya yang semestinya dari Yuna sendiri. Semestinya Yuna turut mempromosi jenamanya melalui majalah online dan secara tidak langsung menjadikan Yuna sebagai ikon fesyen yang tersendiri. Selamat membaca!!!

Song This Month: Batu Belah Batu Konkrit (Bonda) - MonoloQue ft. Azlina Aziz

Assalammualaikum.



Wahai anakanda ku sayang Kemana hilang budaya

Diculik piring terbang Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang Semua mahu cepat kaya


Menjadi manusia yang baik akhlaknya, seakan-akan mustahil di era dunia akhir zaman ini. Banyak dilema & persoalan yang datang seiring arus kemajuan dunia. Pada mereka yang tidak tahu cara untuk terus hidup menongkah arus itu, kebarangkalian untuk terus hanyut, dilemaskan dengan keduniaan yang penuh dengan kekejaman.
Wahai anakanda ku sayang Kenapa gadai pusaka

Adakah sebab cinta dan wang Atau kerana kurang peka

Seperti lalang-lalang Suka belot suka leka

Ikut telunjuk bayang-bayang Akhirnya diri terluka


Sepatutnya, dalam diri haruslah mempunyai jati diri, prinsip yang tak goyah untuk terus melayari kehidupan ini. Agama sebagai pengukuh, pasak dan tunjang pada "siapa diri kita". Tarikan materialisme yang sering menjadi punca kejatuhan dan pengaruh pada mereka yang "lemas". Jangan jadi lalang, mudah terbuai-buai tiada pendirian. Jadilah diri anda sendiri. Usah biarkan dunia menakluki anda. Pilihlah samada untuk terus berenang untuk terus "hidup" atau "lemas" dalam dunia ini.

Menggunakan medium gurindam sebagai lagu ternyata amat bijak sekali. Jarang sekali dapat perdengarkan puisi gurindam dalam gaya penceritaan yang disuntik sedikit elemen khayalan seperti "diculik piring terbang", "dimakan ditelan batu belah batu konkrit" memberi penegasan sindiran. Saya mengganggap karya ini antara lagu-lagu yang terbaik pada 2012 kerana bagi saya, lagu ini berjaya membawa puisi gurindam pada satu gaya penceritaan yang saya rasa ramai komposer-komposer Malaysia tak terfikir bahawa puisi tradisional juga mampu diubah cara penceritaannya & tak semestinya terikat dengan melodi-melodi tradisional untuk mengalunkan gurindam. Selain itu, faktor lagu yang membawa mesej yang tajam, penuh sindiran & menampilkan biduanita terkenal, Azlina Aziz serta petikan Gambus yang menambah rona "ke-melayu-an" dalam lagu ini menjadi lagu ini mempunyai pelbagai sisi yang menarik & unik diperdengarkan. Jarang dapat mendengar lagu sebegini kala balada cinta yang mendayu-dayu dan pop & rock yang mewar-warkan nilai hedonisme yang melampau-lampau menguasai halwa telinga abad ke-21 ini. Tahniah pada Monoloque & Azlina Aziz untuk karya yang bermakna ini. Moga ramai anak muda di luar dapat memahami & mengambil iktibar dari lagu ini.

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...