Blogger news

Jumaat, 22 Julai 2011

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Kalau korang ada perasan kat penjuru gambar ni, ada sepasang suami isteri yang dah tua. Tapi jalan still berpegangan tangan sambil tengok cucu diorang tengah mandi tu...romantik betul~~



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

*Thanks to Tengku Muhammad Kalmani As-Saif

Jalan Terakhir


Nanti di persimpangan jalan
Pilihlah
Ikutilah
Kata hatimu

Kau jalan tak berhenti
Melawan kesepian
Mencari kebahagiaan di setiap sisi perjalanan
Yang mungkin lurus atau sebaliknya
Itu terpulang pada dirimu

Permulaan dari rahim
Kita meniti kehidupan
Ada perkara jijik, ada perkara mulia
Berkalang antara dosa dan pahala
Kita harungi dengan kebijaksanaan

Kehidupan
Banyak drama dan realitinya
Banyak jatuh, banyak juga bangkitnya
Namun,
Sesungguhnya kejatuhan yang nyata adalah ketidakbangkitan selama-lamanya

Jalan terakhir
untuk sekiannya
untuk penghujung tanpa sesalan
Tiada kisah selain noktah
Tamat dengan penuh kebanggaan
Dari sepanjang perjalanannya yang dulu.

Khamis, 21 Julai 2011

Cubaan Garapan

Assalammualaikum, semua. Untuk bermulanya sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, aku akan cuba mengarap sebuah cerita dari minggu ke minggu. Urmm, ni adalah percubaan pertama aku untuk memaparkan hasil nukilan aku secara online. So, aku harap korang, kawan-kawan aku dapat membaca hasil kreativiti aku, ok? Sekarang ni, draf cerita aku dah rangka. So, apa kata korang check-it-out sipnosisnyer ok??

Sipnosis:


Apakah rasa cinta? manis? pahit? Apakah cinta sememangnya terjanji bahagia? Pengakhir segala duka? Bagaimana cinta yang terhalang? Adakah PANGKAT, LATAR BELAKANG yang menjadi ukuran? Sesungguhnya cinta itu anugerah Allah S.W.T. Tiada yang mampu merubah takdir selain dariNya, andai jodoh dia bukanlah untukmu, biarpun dia bererti bagimu. Alamilah Kecekalan Annissa menemukan syurga hatinya, Ketabahan Khalif menepis kehinaan, Kasih Sayang Mia yang tak berbelah bagi& Kerinduan Hazrul meraih cinta seumur hidup. Masa berlalu, undang ketawa& sendu mereka dalam perjalanan meraih cinta dipenghujungnya.

Amacam? ok tak sipnosis?? Aku pun tak sabar nak tulis bab 1. Harap-harap penulisan aku konsisten kali ni. OK, jumpa lain kali. Assalammualaikum.

Jumaat, 15 Julai 2011

HARAPAN: Inspirasi& Dedikasi untuk K'ekin

Sorry for poor editing(arwah tak tutup aurat dalam gmabar asal, jadi PL edit supaya auratnya dijaga)
Assalammualaikum, kepada semua. Entry kali ni mungkin agak personal sikit, but it’s ok untuk berkongsi.

Actually, entry ni dibuat khas sempena perginya Allahyarhamah Nurul Ashikin bt Md Noor (5 April 1984-9 Julai 2001), kakak aku yang selalu ada untuk aku, sepanjang hayatnya. Selalu ada disisi untuk satu-satunya adik lelaki dia. Yup, aku kiranya adik kesayangan dia.
Selain dari emak, K’ekin(gelaran aku kepada dia) adalah tempat aku bermanja. Tempat aku membesar. Dia yang selalu back-up aku kalau aku bergaduh dengan kakak-kakak aku yang lain. Dia yang rajin mengajar aku matematik. Kadang-kadang ada masa dia masak, dia akan masak chicken sweet sour(makanan favourite aku waktu childhood& i really missed it). Dia, kakak yang baik menjaga adik dia yang degil ni. Haha

Banyak sifat arwah yang aku kagum. K’ekin antara pelajar terbaik di sekolah. Dikagumi oleh semua pelajar& guru di sekolah dia coz antara pelajar terbaik, terutama dalam bidang sains biologi. Meskipun K’ekin tak sempat melangkah ke SPM, tapi dia berjaya mencapai A1 untuk biologi pada percubaan, biarpun kanser yang menyerang sudahpun tahap kritikal. K’ekin sangat friendly. Dia tak kisah berkawan dengan sesiapapun, tak lokek berkongsi ilmu sehingga disenangi semua. Biarpun ditahan di wad, sifat yang ada tak pernah berkurang. K’ekin masih gigih belajar biarpun ditangguhkan SPM& menjalinkan persahabatan dengan pesakit lain(seorang hamba Allah yang sebaya dengan K’ekin, pesakit kanser& meninggal dunia selang 14 hari selepas K’ekin).

Meskipun dah hampir 10 tahun kembalinya K’ekin, aku masih teringat arwah. Sejak insiden jatuh bas sehingga saat terakhir aku iringi dia masuk ke dalam kereta, aku masih teringatkan arwah, dalam banyak bait-bait hidupku. Seperti dia ada untuk aku, aku sebagai adik juga menyokong dia, cuma aku waktu tu masih kecil& tak memahami apa-apa lagi keperitan hidup dia(itulah perkara yang mungkin sesali sampai sekarang). Aku akui masih terkilan dengan sikap aku yang waktu tu, terlalu kebudak-budakkan(meskipun aku cuma 10 tahun), aku terlalu susah untuk memahami arwah yang sakit ketika tu. Aku mengaku pernah marahkan k’ekin& mengejek “botak” coz waktu tu semua rambut dia gugur akibat kemoterapi. Waktu tu, aku memang tak faham apa-apa. Tapi, k’ekin masih melayan aku dengan sabar& tenang, meskipun kanser mula menjalar dalam diri dia perlahan-lahan. Sehingga hari ni, aku masih agak terkilan coz tak sempat minta maaf atas kedegilan& kebodohan aku.

Sepanjang 2 tahun, hospital menjadi rumah ke-2. Setiap jumaat, abah akan bawa aku bermalam di rumah mak usu di Kuala Lumpur untuk menjenguk K’ekin di HUKM. Kesemua cuti mak sepanjang tahun digunakan untuk menjaga K’ekin di hospital. Besar kasih mak menjaga K’ekin sehingga akhir hayatnya. Dari HUKM, berpindah ke PPUM. Usaha berterusan, namun gagal. Tiada perubahan. Meskipun semuanya dalam keadaan buntu, namun K’ekin tak pernah berputus asa. Kesempatan masa terluang di wad, digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Biarpun dalam hati dia agak terkilan tak dapat menelaah sewajarnya di sekolah, itu bukan pilihan untuk dia. Dari saat itu, katanya dia kini bertekad untuk menjadi doktor. Menjadi doktor untuk merawat pesakit kanser seperti dia. K’ekin sentiasa kuat semangat& percaya pada harapan. Ada masa perlepasan dari wad, hari-harinya tidak dirumah. Sebaliknya K’ekin berkeras ke sekolah, biarpun bertongkat sebelah. Dia sentiasa berdoa pada Allah S.W.T untuk masa depan yang cerah, meskipun mendung untuknya waktu itu. Dia berserah pada qada& qadar. Penyakit yang dihadapi bukan kata putus untuk kehidupannya, meskipun dia tahu saatnya.

Sepanjang hayat, arwah sentiasa cuba mendekatkan dirinya pada Allah S.W.T. Solat sentiasa cuba dipenuhi, meskipun K’ekin sudah tidak mampu bersujud ketika itu. Dia melakukan sedaya yang termampu untuk mendekatkan diri pada Allah S.W.T. Hati arwah sentiasa penuh dengan harapan. Tak ada sesalan. Dia tak menyalahkan sesiapa pun atas ujian yang dia hadapi. Biarpun permulaan, dia agak sukar menerima hakikat, lama-kelamaan K’ekin sendiri redha akan ujian yang diterima. Ada masa, airmata K’ekin akan luluh juga menahan perit kanser yang merebak dalam diri. Tangisan luluh bukan kerna putus asa, tapi kekuatan dalam hati menerima kepayahan ujian yang Allah S.W.T bagi.

Masa hampir sampai penghujung. Penawar tidak mampu menawarkan kanser tulang yang menyerang K’ekin. Keadaan memaksa untuk membawa K’ekin untuk ke Kuala Terengganu untuk bertemu pakar tulang disana. Pagi ahad itu, aku sempat menonton Cardcaptor Sakura dengan K’ekin, yang aku tak sangka untuk bersama kali terakhir. Aku berbual dengan K’ekin seperti biasa. Dalam keadaan begitu, dia tenang sperti biasa. Tapi dalam hati, aku simpati namun kagum dengan arwah ketika itu. Dia masih mampu tersenyum melihat anime kegemaran kami berdua. Biarpun dalam kedegilan& kebodohan aku, aku cuba untuk memahami situasi kakak aku. Aku akui, K’ekin sering menjadi inspirasi aku. Ketabahan, kesabaran, bijaksana, sifat sebagai ketua sering jadi ikutan, adakala aku cuba terapkan dalam diri. Sehabis Cardcaptor Sakura, aku tak sedar mak& abah sudah pun mengemas barang ke dalam kereta untuk bertolak ke Kuala Terengganu. Aku terlalu berharap masa aku & K’ekin untuk pagi itu dapat dipanjangkan lagi. Masa tambahan untuk kenangan selama-lamanya. Aku berharap Sakura bersusah payah untuk menangkap kad kemanisan, agar siri Cardcaptor Sakura dapat dipanjangkan lagi. Tapi, bagaimana manisnya mimpi, kita tetap akan bangun dari tidur untuk menghadapi kenyataan bahawa itulah saat yang akan aku ingat buat selama-lamanya sebelum pergi. K’ekin dipapah abah untuk dibawa masuk ke dalam kereta. Waktu itu, biarpun tak rela, aku hanya memerhati dengan hati sayu. Aku cuma mampu mencium& melambai selamat tinggal kepada K’ekin. Lambaian tersambut dengan senyuman arwah sebelum dia pergi, hilang dari pandangan karangan rumah. Di beranda rumah aku keseorangan, buat pertama aku menangis dalam hati, memohon ketemukan harapan yang selama ini K’ekin perjuangkan.

Malam itu, aku& kakak aku bermalam di rumah mak(mak teh yang aku anggap “mak” jugak). Mak tak henti-henti menangis menelefon mak aku di Kuala Terengganu& solat hajat malam tu memohon agar K’ekin dapat sembuh. Malam tu, aku tidur dalam memikirkan nasib kakak yang disayangi. Apakah takdir untuk dia sudah tertulis? Apa keputusan pemeriksaan? Apakah dia dibedah? Semua perkara bermain dalam fikiran, melihat mak masih tak luntur berdoa& membaca Al-Quran di tengah malam meminta kesempatan untuk K’ekin untuk membesar seperti remaja seusia sepertinya. Aku tidur dalam tangisan.

9 julai 2001, 4 pagi, aku dikejutkan. Aku termangu, untuk apa bangun seawal ini untuk ke sekolah?

“Din, bangun din. Kakak kau dah takde, din..”

Aku tergaman dalam bingung,

“Meh, bangun. Kita balik, bersihkan rumah kau.”

Sepanjang dalam perjalanan, Aku bagai bingung, biarpun aku dengar apa yang mak katakan, K’ekin dah tak ada. Sampai di rumah, aku menolong mak mengatur perabot& barang-barang dalam rumah. Aku membuat segala-gala seolah-olah aku terlalu bingung tentang apa yang berlaku. Mak, aku dan kakak mengemas rumah. Manakala, Ayah(Pak Teh yang aku anggap “ayah” juga) memanggil tok imam & khairat kematian. Sesubuh pukul 6, tiba-tiba datang sebuah ambulans. Aku lihat didalam ada emak bersama sekujur tubuh yang tertutup dengan kain. Emak ternyata masih sendu & disambut pelukkan simpati dari Mak. Manakala sekujur tubuh itu dibawa masuk ke ruang tamu& diletakkan diatas tilam yang disediakan mengikut kiblat. Mak, emak, Tuo(nenek aku) menyelakkan kain putih itu untuk memperlihatkan wajah si jenazah itu. Itulah K’ekin, yang dulunya gadis riang& bijak, kini cumalah tubuh kaku tak bernyawa lagi.

Selepas pemandian jenazah& bacaan yassin dilakukan, K’ekin dikebumikan pada pagi pukul 10. Aku turut mengiring jenazah K’ekin ke kubur. Waktu tu, tisu yang ada kat tangan habis lunyai meresap airmata yang tak henti-henti mengalir sejak pagi. Aku sendiri menyaksikan seorang yang sayangi ditanamkan di dalam tanah sedalam 6 kaki itu sendiri. Hiba terasa mendengar talkin dibaca, sayu melihat wajah kesayangan kini ditimbus buat selama-lamanya. Saat itu, adalah sukar untuk kanak-kanak 10 tahun memahami erti perpisahan. Aku tak sangka, orang yang selalu disisiku, teman baikku, kakak yang selalu membelikan aku jajan sebaik pulang sekolah, kini tiada lagi. Ketika biasa, aku selalu menangis& mengadu masalahku pada K’ekin. Kini, bila menangis, riba siapa hendak ku cari? Siapa yang sanggup mendengar masalah aku menyelesaikan soalan matematik? Siapa yang aku tunggu kepulangannya tiap hari? Waktu itu, hanya Allah S.W.T yang tau.

Kini 10 tahun berlalu, kenangan arwah masih ada. Kisah hidupnya, aku teladani sebaik mungkin untuk aku harungi hidup. Untuk 10 tahun ni, banyak peristiwa dalam hidup yang aku mengajar aku berdikari tanpa bantuan sesiapa. Ia membuatkan aku menjadi seorang yang mempunyai hala tuju, sabar, penyendiri& memerhati, serta menganalisis orang disekeliling. Aku menjalani hidup penuh warna-warna ragam manusia, namun jauh di sudut hati aku kesepian. Aku masih tak menemui rakan yang mampu mengantikan K’ekin. Kawan yang ada untukku& aku ada untuk dia. Aku kini berusaha untuk menyambung usaha K’ekin untuk membantu pesakit-pesakit untuk menemui kemungkinan untuk pulih& menemukan harapan untuk mereka yang hampir putus asa. Meskipun hanyalah jawatan juru x-ray, aku berharap setiap imej radiograf yang terhasil mampu membantu doktor-doktor memberi diagnosis terbaik untuk pesakit-pesakit ini. Aku harap dapat membantu sedaya mungkin memberi khidmat terbaik kepada semua orang yang memerlukan, seperti K’ekin andai dia masih ada lagi.

PS: Jauh disudut hati, aku berharap K’ekin berbangga dengan aku, meskipun aku bukanlah juru x-ray yang terbaik& dicemuh orang.

Khamis, 12 Mei 2011

Restoran SS2 Murni: terbaikla dari ladangla!!!!

Assalammualaikum. Ni adalah 1st review aku mengenai tempat-tempat yang best pernah aku lawat. Well, untuk pertama kali aku akan me"review"kan sebuah kedai makan favorite aku& my fren iaitu RESTORAN SS2 MURNI.

Alkisahnya bermula bila kawan-kawan aku ajak hangout sekali-sekala kat luar kawasan "selamat" kolej. So, aku setuju jela bila diorang nak pergi hangout kat somewhere restoran yang popular dikalangan penduduk PJ (asalkan diorang tak bawak aku kat tempat bukan-bukan). Tempatnya kiranya takdela terlalu jauh dari kolej aku(but, kena naik motorsikal gak nak pergi sana). Juz 10 minit jek. Sampai sana, memang tergamam aku memandang orang punyala ramai beratur singgah makan kat restoran ni. Dah kalah warung pak jabit. hahahahaha. Ni semua gara-gara harga makanan yang murah lagi sedap, kata kawan aku.

Uishh, memang sampai sana jek, menunggu adalah wajib. Bukan menunggu makanan, tapi tunggu tempat duduk. Ramai gila lah. Meja yang disediakan bukannya tak cukup, tapi terlalu ramai orang datang. Ini yang menambah excited aku nak makan ni. Sedap benar ke sampai jadi macam tu? So, bila kitorang dah dapat meja, apalagi panggil waiter. Dapat waiter pulak, dah macam rapping plak menyebut menunya(agaknya, syarat wajib untuk kerja kat situ kot...hahahahaha). Selepas meng"order", kitorang pun tunggu jela. Sementara itu, pelbagai karenah manusia, baik pelanggan atau waiter boleh dilhat. Yang pelanggan, macam-macam jenis orang datang. Yang waiternya, sekali dulangnya penuh makanan, takde ruang kosong langsung(sampai sekarang aku terkagum diorang boleh angkat sekaligus 5-7 hidangan sekali tangan..hohoho). Meskipun ramai, janganla risau. Dah masuk 3 kali pergi, order aku selalu dapat tak sampai 30 minit. Kiranya cepat juga dalam keadaan ramai macam tu. Moh kita apa yang kitorang makan:

nasi goreng chicken chop

penuh gila la dulang dia angkat...hohoho

the delicious smoothies: Pink Panther

affordable chicken pizza

Spaghetti Carbonara With a lot Meat Ball!!

sebahagian pengunjung...

Aku tengah mengendetedarah...hahahaha

hah!! ramai tak??

Memang syok wooo makan situ. Amat disyorkan untuk mereka yang suka western food+berpatutan. Malahan, banyak blog-blog tempat makanan femes mengesyorkan jugak. Cayalah!! Malam tu memang kenyang gila. Spaghetti Carbonara diletaknya banyak meatball...wuhuuuu!! Puas hati la. Siapa-siapa hendak ke sana, ini address nya:

SS2 Murni Restaurant (Restoran SS2 Murni)
Jalan SS2/75, Petaling Jaya,
47300 Selangor

Nasihat korang yang ada duk terliur dengar cerita aku ni, cuba korang pergi& rasai sendiri. Memang best punyala!!!

Erti Terbaik



Asslammualaikum. Sekian lama aku tak ber"blogging". Hurmm, sorila. Even cuti pun, aku tak macam cuti. Setiap minggu, aku manfaatkan diri dengan persediaan untuk praktikal yang kali terakhirnya di Hospital Pusrawi. Aku sekarang ni akan melayari 5 bulan perjalanan terakhir untuk menjadi seorang radiographer yang terbaik, seperti yang aku harapkan.

Tahun 2009, aku memulakan segala-galanya. Aku jejakkan kaki di MAHSA untuk seribu pengharapan. Teringat aku muka gembira bercampur airmata, akhirnya aku dapat juga melanjutkan pelajaran ke tahap yang tak tersangka dicapai. Aku mulakan semua dengan persiapan untuk menghadapi dunia kampus, latih diri berdisiplin sebagai pelajar pengajian tinggi, tanam sifat lebih berdikari, sifat ingin belajar, jadi yang terbaik dalam setiap tindakan.

Namun, tempoh 3 tahun ni menyaksikan aku bukanlah terbaik seperti yang aku ingin& fikirkan. Aku terikat dalam perkataan "terbaik" & sesat dalam ertinya. Aku bukanlah pelajar terbaik, tiap hari bangun lewat& adakala lewat ke kelas, tugasan& latihan adakala tak disiapkan, dapat review yang agak teruk dari setiap praktikal yang dahulu, "fail" peperiksaan, trial repeat paper yang gagal& berulang, dipandang rendah oleh lecturer. Belum termasuk masalah peribadi yang banyak memberi tekanan: tiada kawan yang memahami, dipingggir dalam banyak perkara, sentiasa ditinggal& mengejar, tiada dorongan dari semua orang yang harapkan, sentiasa terasing dari semua orang, takde tangan yang menyambut aku bila aku kejatuhan. Semua atas diri aku untuk berdiri. Bila aku jatuh, aku bangun balik& tak pandang ke belakang. Aku motvasi diri untuk terus bertahan, walau apa jua cara sekalipun.

Biarpun kita berhajat menjadi raja, kaya-raya, orang paling bahagia di dunia, pokok pangkal kita tetaplah cuma manusia biasa. Biar pun aku berhajatkan yang terbaik, tapi penentuan cuma Dia yang tau. Aku tetap memberikan kekuatan& penumpuanku yang terbaik, meskipun ia belum mencapai standard terbaik oleh orang yang menilai aku. Entahlah. Mungkin banyak benda yang masih perlu diperbaiki untuk mematangkan diri. Banyak perkara dikorbankan untuk menjadi terbaik. Kawan-kawan aku yang dulu rapat kini banyak yang terpisah, aku makin jauh dari impian& hala tuju aku, kadangkala aku macam tak kenal diri aku sendiri. Aku jadi sesat dalam menjadi halangan kepada kesempatan. Tanpa aku sedari, aku tertangis nasib diri keseorangan ketika belajar lewat malam. Aku terlalu mengejar membabi buta hinggakan makin aku kejar, makin banyak aku tinggalkan diri aku. Mungkin itu adalah harga untuk kejayaan& kematangan. Aku belajar lagi, lagi & lagi untuk terus hidup& walaupun terasa tak diadili sewajarnya atas pengorbanan yang aku lakukan.

Aku teruskan jalan pilihan untuk optimis, kuat, tabah, berusaha tiada penghujung untuk jadi terbaik. Aku pilih untuk lawan kesepian& kekalahan dengan kekuatan yang ada. Aku mesti kuat semangat& terus berusaha. Terus berjalan ke depan tanpa berhenti. Terima segala cerita kalah jatuh dengan hati terbuka& membuka lembaran tajuk terbaru untuk terus jadi terbaik. Aku tau, jalan ini masih jauh untuk aku rehat& berhenti. Makin terus ke depan, makin aku akan sampai ke destinasi. Tiada alasan& kebetulan, cuma ada Ia yang Maha Berkuasa diatas semua makhlukNya sahaja yang berhak menentukan takdir hamba-hambaNya.

Meskipun segala persiapan diperbuat, namun segala terletak padaNya untuk menentukan. Tipulah kalau aku kata aku tak risau akan prestasi sewaktu praktikal nanti. Seperti biasa pada permulaan hari, di hadapan cermin aku mengamati rupaku, bajuku, rambutku & senyumku untuk ku mulakan hari dengan mengatakan terbaik di dalam hati. Aku teruskan memberikan apa yang terbaik, biar pun ia belum terbaik. Aku akan terus menjalani hari biarpun penuh dengan tekanan, berikrar jangan lari & hadapi sebagai diri sendiri.

Di pengakhiran kata, aku sepatutnya berbangga dengan diri ini. Aku dah melangkau jauh dari apa yang aku jangkakan. Aku lebih dari ini. Bukannya "Loser" di awal cerita. Tapi itulah diri aku yang membina. Biarpun jatuh dibawah, ia bukan maksud Allah S.W.T tak sayangkan aku. Dia bagi aku peluang untuk belajar untuk lebih berusaha& kuat lagi, serta menghargai saat kehidupan yang mungkin dulu terlepas pandang.




Terima kasih kepada senior aku yang ingatkan aku kembali pada phrase "yang pelik tu lah bagus, baru hidup tak bosan". Sekarang aku mesti mendapatkan diri aku kembali. Teruskan mempercayai diri yang berkeyakinan& penuh bersemangat. Sentiasa menghargai kenangan yang lepas& menikmati masa depan dengan penuh kesyukuran.

Selasa, 5 April 2011

Kami perintis usahawan!!!

Asslammualaikum semua!!! Macam mana korang pada hari ini? hahahah..well, actually aku still dalam mood exam-nism lagi. Tapi, ia masih tidak lagi menghalang aku untuk terus bercerita & melepaskan geram untuk berkongsi cerita-cerita latest dengan korang. Aku perlukan "sesuatu" untuk aku membuatkan aku dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hati. So, blog is good medium for expressing myself to the world. hehehe. Macam Betty Quote dalam "Ugly Betty", blog adalah untuk mereka-mereka yang tidak mempunyai majalah, stesen tv untuk mengekspresi diri mereka kepada dunia.

Hari ni, sepatutnya aku dah kongsi perkara ni dari dulu dengan korang. Tapi, memandangkan hari ni agak free sikit(baru lepas 1 paper...hehehe) & memandangkan perniagaan kami adik- beradik semakin berkembang, so ada kesempatan ni , i think this is a good issue for my new entry. Kiranya aku nak promoting perniagaan kitorang la ni. hehehehe.

Sejak dari dulu lagi, family aku memang suka berniaga. Ni semua pengaruh mak aku yang suka berniaga. Lepas tu, turun kat kami adik beradik. Aku & kakak-kakak aku suka bereksperimen dengan perkara-perkara baru dalam kehidupan kitorang, termasukla hal-hal seperti perniagaan. Dulu, kami adik beradik pernah berniaga kuih raya & Alhamdulillah, it's success!!! Ni semua gara-gara kakak sulung aku yang memang otak suka duit lebih& suka berniaga. Kami adik-adik ni pun suka& join sekaki la(termasukla emak mempromote perniagaan kitorang, LUV U, MUM!!)

Kitorang adik beradik memang enjoy berniaga. Well, kitorang masing-masing ada cara sendiri. Macam kakak sulung aku, selepas dia graduate dari Multimedia University, dia& suaminya sedang menguasahakan perniagaan servis perkhidmatan videografi & fotografi untuk pelbagai jenis majlis (especially wedding). Alhamdulillah, perniagaan kakak aku agak maju & agak terkenal disamping harga yang berpatutan di tengah-tengah KL ni. Ni laman webnya, DMZ Design



Servis fotografi DMZ Design turut mendapat sambutan menggalakkan dari pelbagai kaum, tak kisahla kaum melayu , cina, india. Semuanya berpuas hati dengan perkhimatan DMZ Design ni. Nak tengok testimoni, sila klik sini.

Pada awal tahun 2011 ni, kakak aku yang ketiga ada order baju melalui t-net. Entah macam mana agaknya tengah dia syok ber-shopping kat t-net, tiba-tiba dia utarakan cadangan dia kat kitorang untuk membuka satu perniagaan untuk menjual baju-baju, aksesori import berkonsepkan korean street wear. Mula-mula aku macam tak berapa faham gak, tapi maybe instinct berniaga tu dah memang ada dalam darah, rasa macam seronok & nak join sekaki gak. So, dari situ bermulala usaha untuk mengusahakan butik secara online yang diberi nama "Fashion Passionista" (Link Facebook page)


Butik Fashion Passionista ni dibuka & diasaskan oleh kitorang adik beradik. Kami menjual pelbagai jenis pakaian dari jaket, t-shirt, aksesori seperti beg dan legging dengan harga berpatutan . So, kepada korang-korang yang kaki shopping, jenguk-jengukla ke butik kitorang. Andai perniagaan kitorang maju, insyAllah mungkin kitorang buka butik betul, kan? hahahaha

Meskipun perniagaan kami tidaklah begitu besar-besaran(memandangkan masalah kos & komitmen masing-masing), namun insyAllah kami adik beradik akan cuba mengembangkan& Alhamdulillah perniagaan kami berkembang. Semoga perniagaan kami akan terus berkembang& maju. Diharap para pembaca dapat menyokong kami untuk menjadi usahawan muda yang berjaya!!!!

PS: Ramadhan nanti, aku akan postkan entry jualan Kuih Raya kami yang memang selama ni laku gila!!!! it's my first time promote & jual kuih raya secara on9...hehehehe

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...