Blogger news

Rabu, 2 Februari 2011

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara ku di bumi Mesir!!!

Assalammualaikum guyzz. Aku akui aku jenis yang lambat up to date pasal hal-hal dunia ni. Bila baca surat khabar, aku paling benci baca hal-hal perang coz ia terlalu menyedihkan sampai terkadang mengalir airmata aku bila bacanya. Dan sekarang, keadaan sama berlaku di Bumi Anbia, Mesir. Sekarang ni keadaan semakin teruk, rakyat memberontak sampai tercetus perang sivil nak mengulingkan sekutu setan, Husni Mobarak. Tak cukup dengan perang, banyak penjara-penjara yang menempatkan penjenayah-penjenayah besar terlepas. Dari apa yang aku dengar& baca, ramai penuntut Malaysia di Alexandria dirompak& penuntut wanita dirogol. Masya Allah, tak terbayangkan betapa teruk chaos kat sana?

Apa yang ditulis dibawah ni aku ambil dari blog hamba Allah yang prihatin terhadap nasib diorang kat sana.

Disini ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.
Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter,blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.
edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.


edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.
7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blogKrisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.
9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.

Kepada readers yang membaca ni, tolongla bukak mata dengan keadaan dibwah ni..




ini buktinya penjara dah musnah...




Sejujurnya, aku tak tau apa yang membuatkan aku tergerak hati nak baca berita malapetaka ni, tapi tiba-tiba terasa macam pintu hati terbuka untuk membaca kisah-kisah ni. Honestly, sewaktu aku siapkan artikel ni, airmata aku tak henti-henti mencurah memohon keselamatan untuk semua saudara-saudara seumat dengan kita. Meskipun aku tak mampu untuk membantu, sekurang-kurang doa& artikel yang aku tulis pada subuh ni mampu sampai ke mata para pembaca semua untuk sama-sama bangkit menghulurkan bantuan yang terdaya& sama-sama membantu antara sama lain. InsyaAllah, jika niat murni ingin menolong saudaranya dalam kesusahan, pastinya Allah S.W.T makbulkan. AMIN

PS: diharap semua saudara-saudara muslimku, sama-samala bermunajat pada Allah S.W.T akan keselamatan& kesejahteraan semua saudara kita di Mesir. Marila sama-sama solat hajat& bacaan Yassin untuk mereka. InsyAllah, Allah S.W.T akan melindungi mereka...

Kelahiran anak buah sulungku!!!

Assalamualaikum, anda semua. Sepatutnya dah lama patutnyer canang cerita ni kat blog aku. But, apakan daya, masa tak mengizinkan. Huh, lantakla. Janji aku story sekarang...hahahaha




Pada pukul 5 pagi waktu subuh 16 Januari 2011 yang hujan(if not mistaken), lahir seorang hamba Allah S.W.T merangkap anak kakak aku, merangkap cucu mak abah aku, merangkap merangkap anak buah aku, so dengan rasminya aku bergelar PAK CET mulai saat itu. Cayalah!!

Diberi nama Muhammad Zafran Rayyan b. Muhammad Zaim(hasil buah fikiran bapaknya duk fikir nak bubuh nama apa..hahahaha), telah melahirkan perasaan terharu ramai yang menyambutnya. Tang ni la semua duk fikir nak gelar apa: Apan(Kakak sulung aku), Yan(Aku), Zafran(K'long)& banyak nama timangan-timangan dicadangkan lagi. Time ni jugak, masing-masing duk heboh nak fikir pangkat&gelaran apa. Yang Kakak Sulung aku, nak dipanggil Auntie Long(Panggilan "Maklong" katanya tak glamer. Huh~). Mak aku nak dipanggil Wan, taknak panggil nenek(kes macam kakak aku gak..). Abah aku dipanggil datuk. Aku?? Aku slamber jekk. Panggil Pak Cet jela. Yang kecik tak padan nakal ni(adik aku la..), panggil je Pak Ucu. Habis cerita.

Ni ada sedikit tatapan untuk korang. Inilah dia, MUHAMMAD ZAFRAN RAYYAN!!!


The MUMMY(not mumia la~~)

Walaupun macam dah lambat gila nak share berita gembira ni, tapi takpela, janji anda semua tau& gembira. Aku?? Sapala yang tak syok dapat anak buah kot?? Anak lelaki tu(boleh dibuat geng coz rumah aku ni ketandusan lelaki..hahaha). Apapun, marila kita ucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T diatas kelahiran putra sulung Nurul Aishah& Muhammad Zaim ni. ALHAMDULILLAH!!!

PS: sekarang ni umur 2 minggu, dah celik+siap main senyum-senyum lagi...hehehehe

"Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya.."

Isnin, 31 Januari 2011

busy weyhh...BBBBBZZZZZ!!!!!!




Assalammualaikum guyz.. hehehehe. Lama gak aku tak update blog. Adakah aku telah bersara dari dunia blogging??? OOHH TIDAK!!! Actually, bulan januari ni agak aku agak busy sikit. Mana taknyer, still awal sem lagi. Banyak benda nak kene manage awal-awal sem ni(alhamdulillah, thankz to my planner to keep all my important&event list). Sekarang ni dah tinggal final year. Akhir bulan 11 ni, aku graduate. huhuhu. Well, wish me luck!!

Tengah malam-malam siapkan assignment ni, dah alang-alang pasang t-net, why not spend few times to update my blog, rite?? hahahaha...pening seyhh hari-hari mengadap kojo jo. Dah tak mengantuk ni, bukak blog, tengok latest cerita dari blog kawan-kawan& update dengan perkara semasa. Tapi, memandangkan dah lama tak update, so aku dah ketinggalan banyak cerita-cerita sensasi yang boleh dibuat isi blog ni. Tapi, apakan daya, study ku menuntut pemerhatian yang lebih dariku. aduyai~~

Well, walaupun bz dengan belajar, itu still tak menghalang aku dari menghadapi pelbagai kisah hidupku: dapat anak buah sulung(YEAHHHH!!!), wallet aku hilang(B*****!!!), repeat paper dengan jayanya, jadi MAHSA Representative dekat Education Fair, love life yang agak...(tak tau nak cakap apa~). So, tu jela kiranya sipnosis sedikit sebanyak post yang bakal aku post tak lama lagi(itupun kalau tak bzz...ahakzz)

Urmm...sekarang ni, dah nak pukul 5 pagi. Aduyai, tak tidur lagi gamaknyer aku ni. Mana taknyer, BZZZZZZ!!!!! Walaupun mata ni macam nak melanyut, tapi jari ni still gagah nak tekan keypad sambil layan HURU HARA FM....hahahaha...apapun, BZZZZNYERRR!!!!!!!

Ahad, 2 Januari 2011

Khairul Fahmi bakal menjadi pemain MU???

Assalamualaikum!!!! Kepada kamu semua yang baca headlines di atas ni, janganla panik meraban tak tentu arah yekk?? Aku tau apa mataku tau. Aku tau, korang semua macam tak percaya, bukan? 1st time pemain Malaysia masuk Liga Eropah. Wakluuu!!! Sesungguhnya, akhirnya doa eden tercapai juga nak menengok pemain Malaysia yang dulu dipandang kokak sebelah mata oleh rakyat Malaysia, kini sudah mampu untuk melangkah jauh sehingga pesada antarabangsa. MALAYSIA BOLEH!!!!!


OPPSSSS, nanti dulu yek~ Eden tau korang semua mesti baca headlines ni. But, jika diperhatikan betul-betul, page website ini adalah TIRUAN!!!!! Tak percaya??? Ini buktinya:

1. kalau dilihat pada alamat web nyer, dah terang lagi bersuluhla page ni penipu!! Page MU yang sebenarnyer, www.manutd.com(Official MU page) , but as u can see, page ni pulak http://man-united.co.nr. So, pandai-pandaila korang judge sendiri yek~~

2. kalau anda bukak pagenyer(man-united.co.nr), cubala korang bukak mata bosa-bosa tengok penjuru belah kanan bawah tu. Sila baca kuat-kuat siapa yang design page ni???? Kompom melopong lepas korang baca...LOL

3. Kepada mereka yang pandai BI(aku bolehla sikit-sikit), tentu korang terasa macam ada yang tak kena dengan text BI dia yang agak macam terabur sikit. Kalaula ikut logik, Official MU page yang dah memang asal UK sana yang dah memang bahasa ibunda diorang pun bahasa inggeris, apa korang ingat diorang gajikan budak tadika diorang ke untuk update kan official page?? LOLXD

Mungkin tujuan manusia yang buat page ini hanyalah untuk bergurau sajer(terbakar hutan nampak asap, terbakar hati sapa yang tau), tapi kalau difikirkan segala yang dikatakan adalah doa, bukan?? Cuba fikirkan, kalau doa termakbul bila 40 orang duk menyebut, insyAllah dimakbulkan, bukan??? u know what i mean??? LOL

PS: kalau masin+gatai mulut budak ni, memang bangga aku sebagai anak Malaysia!!! hahahaha~

"Tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi..."

MALAM PESTA MUDA MUDI TAHUN BARU 2011!!

anak buah den, ADAM

Assalammualaikum!!! SELAMAT MENYAMBUT 2011!!! So, ini adalah blog sulung untuk tahun ni. Syabas!! Untuk tahun baru ni, sama-samala kita mendoakan kesejahteraan Kg. Talang!!! Eihh silap~ Kita sama-samala mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan& kecemerlangan di tahun 2011 ni. Moga-moga Allah S.W.T rahmati perjalanan& perjuangan tahun ni. Amin.

Dari semua blog-blog kawan-kawan aku, semua orang duk bercerita pasal impian, cita-cita, azam& bla bla bla…..yang aku sendiri tak tau nak cerita lagi pasal azam-azam ni. Hahaha. Entahla, masing-masing punya blog. Lantakla apa diorang nak buat& cerita kat blog diorang.

Anyway, meh aku cerita pulak sambutan tahun baru kitorang sekeluarga. Actually, malam tahun baru tu malam berinai besar abang saudara akula kiranya (Selamat pengantin baru Azrul&Rose!!!!). So, malam berinai tu diserikan dengan marhaban penduduk setempat. Sementara tu, majlis makan-makan untuk tetamu pun mula. Tetamu semua disajikan dengan buffet nasi lemak kukus ayam goreng. Walaupun simple, but I like!!!! Suka tang sambalnya(saperla buat sambalnyer, pedas+enak sungguh!!), pekena pulak dengan ayam goreng panas 2 ketul, UMMPPPHH!!!! Sajian tepat untuk dinner di malam yang sejuk…huhuhuhu.

Selesai bacaan marhaban, kami yang darah-darah muda ni(hehehehe) mulala mencari sesuatu untuk bersuka-ria. Apalagi, KARAOKE!!! Sememangnya, karaoke adalah aktiviti wajib kitorang waktu-waktu malam berinai besar ni. Bukan apa, juz hiburan family& acara untuk menunjukkan darah seni masing-masing. Hahahaha. Semacam tradisi dalam keluarga kami, setiap majlis perkahwinan wajib mengadakan karaoke booth untuk semua saudara-mara berhibur. Well, keluarga kitorang memang havoc sikit. Mana taknyer, hampir semua ahli keluarga kami semuanya ada talent bab-bab menyanyi ni. Ada yang pandai nyanyi rock kapak(itu dah semestinya), lagu era P’Ramlee( bapak-bapak jer selalu nyanyi), lagu pop yeh yeh, lagu taraf Klasik Nasional gitu, lagu nada tinggi(semestinya aku), nada rendah, dangdut(pandai mak long aku nyanyi)& semuala jenis genre.

tetamu-tetamu& saudara mara yang turut buat persembahan

Untuk permulaan persembahan untuk menghiburkan tetamu yang tengah duk makan waktu tu, start pukul 10. 30 malam aku yang mula-mula rasmikan karakoke menyampaikan lagu “Keroncong Untuk Ana”. Huh, memang terlepas hajatla aku yang dah beberapa bulan ni tak berkaraoke ni. Hahahaha.

Selepas tu, mulala saudara-mara aku pun nyanyi sekali(aku tak ingat pulak turn sapa yang buat persembahan). Malam bertambah rancak bila abang pengantin pulak nyanyi lagu rock(aku tak ingat tajuk apa da) dengan baju jubahnya lepas layan tetamu tadi. Memang macam gampang, tapi kudos untuk bang chik untuk persembahan yang best. LOL. Pastu pulak, ada penyanyi jemputan mana ntah(saudara ipar mak ngah kot~). Perghhhh!! Suara memang tahap Anuar Zain la kiranya. Terlayan syahdu den mengenangkan zaman muda-mudi menyanyikan lagu Anuar Zain ni(sekarang ni tak boleh coz suara dah keras semacam. LOL).

aippp!!! jaga-jaga kain, bang chik oiit!! terserlah karang!! LOL!!!

nak menyanyi ke nak bagi tazkirah??

yang mengandung pun tak nak mengalah...cayalah!!



Siapa sangka, ada pulak orang hari jadi time malam tahun baru ni. Birthday gurl, Mak Usu aku menyambut hari jadinya yang entah ke berapa umurnya. Secret katanya. Hahahahaha. Walaupun takde kek, tapi takpe. Janji happy dengan persembahan kitorang. LOL.

tiup "lilin" sampai padam...



Sedar tak sedar(heboh duk nyanyi masing-masing), dah pukul 11. 55 malam. Apalagi, gatal la nak buat countdown kiranya. So, tangan masing-masing dah prepare mercun bola& lighter nak tunggu kiraan. So, tunggu punya tunggu, sampaila “LIMA”, “EMPAT”, “TGA”, “DUA”, “SATUUUUUU!!!!!”. Memang gamatla malam tu. Bukan mercun kitorang jer duk memekak, jiran-jiran taman pun sama-sama tunjuk skill bakar mercun. Yang budak-budak kecik, main bunga api. Memang tak aman siapa tidur malam tadi. Hahahaha. Apapun, persembahan still berjalan(still, tak ingat aturan penyanyi).


Mira&Nana

Akhirnya, semua orang dah mengantuk. Orang kerja rewang semua dah penat. So, kiranya persembahan pun berakhir. Aku yang memulakan acara, so aku akan juga mengakhirkan acara karaoke malam tu dengan “Mahakarya Cinta”. Walaupun penat, tapi energy nak tergelak still ada bila Angah buat lawak kat belakang aku time aku tengah nyanyi. Hampeh…hahahahaha. Apapun semua enjoy~~~

Sekian kisah sambutan tahun baru 2011 kitorang. Semoga tahun ni banyak “ong” la. Hahahaha

PS: teramat sorryla gambar tak lawa+hancuss...almaklumla, admin miskin nak beli henpon kamera canggih-canggih ni. AHAKZZ!!

“IT’S A FINAL COUNTDOWN!!!!”

Jumaat, 31 Disember 2010

Saksikanlah!!!!!!!(episod 2)

ASSALAMUALAIKUM, SEMUA!!!!!!

Kini, tinggal 24 jam lagi menandakan risiko anda mendapatkan rambut uban semakin tinggi. hahahahaha. Apapun, chill!!! Takkan muka tahap tosai nak masuk tahun 2011 kan?? Korang mesti bersemangat beb...Kalau ada-ada yang sedih pada tahun 2010, sila-silakan tinggalkan& ambilla iktibar untuk dijadikan pengajaran yang mematangkan kehidupan korang di tahun 2011 ni. Apapun, hayatila gambar-gambar dibawah ni. Moga-moga mampu mengubat duka, mengukir senyuman& some credits, gelakla kuat-kuat sikit..Apapun, SENYUM!!!

kalau berani, mohla cari gaduh dengan diorang ni..

Sebut dalam 1 nafas, ada berani?

kedai mamak 18 tahun keatas...NO KOMPROMI!!!

Iklan Coke yang direject...

Perintis/Fanatik Jessica Simpson????

SELAMAT TAHUN 2011!!!!!

PS: takziah kepada keluarga Mendiang Bridget Maureen Pereira((17th Dec 1990 - 30th Dec 2010)....actually, she is my senior...

Khamis, 30 Disember 2010

Cuti Kebangsaan kerana bola???

Assalamualaikum, semua. hehehe. Well, diminta anda semua tidak perlu terkujat dengan headlines diatas. Ia adalah gimik semata-mata(gimik ke??). Actually, Cuti ni telah di declare oleh Perdana Menteri kita, YAB Najib Tun Razak sempena diatas kejayaan Team Malaysia pada Piala Suzuki semalam. Cuti itu jatuh pada 31 Disember 2010, yakni hari Jumaat ni.


so, amacam??? kewll jgak kalau macam ni. hahahahaha..Sesungguhnya Malaysia ni sungguh kaya dengan cuti-cutinya sampai kita menang lawan bola pun dapat cuti. Apapun, tahniah pada Team Malaysia!!

PS: Selalunya waktu kita nak cuti tu la tak cuti...tapi, bila dah dapat cuti, tak nak pulak cuti...hahahaha

"Cuti-cuti Malaysia..Cuti rehatkan minda..Semuanya kita ada..Malaysia mempersona!!!"

Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...